Wednesday, December 02, 2009

Musim Hujan

1. Indahnya ciptaan Allah, dianugerahkan kepada kita 3 hari yang panas ketika beredulAdha!.

2. sebelum itu, hujan mencurah turun, aku boleh katakan 4 hari berturut-turut, sehinggakan ada yang kena berpindah banyak jalan ditutup dan ada tempat yang terputus hubungan fizikal.

3. Sekarang (Selepas itu), hujan masih lagi mencurah-curah, kadang-kadang lebat dan kadang-kadang tidak. Air bertakung dijalanraya. Aku tidak marah dengan semua itu.

4. Baju diampaian tidak kering, aku tidak marah. Sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam (dimana hitamnya?), aku masih tidak marah.

5. Tetapi, akhir-akhir ini, celcom broadband sangat teruk. Aku hampir-hampir putus hubungan secara maya. Aku tidak dapat membaca berita terkini. Aku tidak boleh update komputer kepada software terkini. Aku tidak boleh update iphone kepada software terkini. Banyak kerja-kerja bukan pejabat terganggu kerana keterukan celcom broadband ini.

6.Tolong lah! jangan buat aku marah dan bermulut jahat!

Muzium Ubi

p/s: aku nak cuba menulis macam che det!

1. Kita diberitahu, masa lepas akan mencorakkan masa depan. Ketika musim hujan sebegini, kedai, ntahlah, apa istilah yang sesuai untuk merujuk kepada penjual ubi di tepi-tepi jalan beralaskan plastik. Aku lihat banyak kereta yang berenti disitu.

2. Banyak jenis ubi dijual disitu, dari pada ubi yang paling besar, aku panggil dengan nama ubi besar! (atau ubi gajah) sehingga ubi yang paling kecik, berbutir-butir, dan aku sudah lupa apa namanya (ubi toroks agaknya!). Semua jenis ubi berkumpul disitu. Cuma jangan cari ubi kentang!

3. Kalau ada kesempatan bawaklah anak-anak singgah disitu. Kalau tak membeli pun tak apa. Asalkan boleh perkenalkan ubi-ubi ini kepada anak-anak. Jangan tunggu, hendak ditubuhkkan muzium ubi, baru ubi-ubi ini ada nilainya.

4. Pengalaman lepas berkata "Sedapnya makan ubi kayu cicah nyor bersama air kopi panas di kala hujan merembis jatuh ke bumi" (apa benda merembis ntah!!)

Sunday, November 29, 2009

Cerita Tentang Pawagam II

Selain dari 3 kali masuk pawagam, banyak kali juga aku menonton di pawagam pacak. Pawagam pacak adalah merujuk kepada layar yang dipacak dipadang sekolah, oleh agensi kerajaan terutamanya kementerian penerangan serta kadang kala ada juga pihak swasta yang mendirikan pawangan pacak ini.

kementerian kewangan selalunya membawa masuk pawagam pacak dengan cerita-cerita box office 6 bulan lepas dengan tujuan untuk memberikan informasi terkini tentang dasar-dasar kerajaan. Manakala pihak swasta pula kebanyakkan lebih fokus kepada mempromosi produk seperti ubat kuat dan untuk tujuan komersial semata-mata.

Proses menukar reel filem selalunya digunakan untuk mempromosikan produk mereka.

Apa yang menarik tentang pawagam pacak ialah proses mengwarwarkan pawagam tersebut. Pada waktu petang, kadang-kadang sehari atau 2 hari sebelum hari tayangan, van-van akan berligar sekitar kampung memaklumkan mengenai tayangan tersebut. Sama macam mengwarwarkan ceramah politik di satu waktu dulu. Bezanya, van-van pawagam pacak akan di follow oleh budak-budak dan sangat havoc. Sebijik macam cerita Seniman Bujang Lapok.

Ketika itu, budak yang paling hero ialah budak yang berjaya memperolehi poster wayang yang ditayangkan. Kalau dapat poster boleh lah dikira hero dan opportunities kerana poster tersebut adalah original dan warna warni, yang paling penting ialah jumlah poster tersebut adalah amat terhad kerana jaman dulu mana ader mesin xerok.

2 perkara yang paling tidak menarik tentang pawagam pacak ialah ketika klimaks cerita sedang berlangsung, reel filem terpaksa ditukar dan terpaksa menunggu hamoir setengah jam kerana dipaksa mendengar ceramah masing-masing walaupun proses menukar reel hanya mengambil masa 5 minit. Aku pernah duduk sebelah tukang tukar reel untuk melihat proses tersebut.

Perkara kedua yang tak best ialah pergi sekolah kesokkan harinya, kena kutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh penduduk kampung. Sampah paling popular ialah kertas surat khabar yang digunakan untuk lapik punggung!

Saturday, November 28, 2009

Cerita Tentang Pawagam

Pawagam adalah idea P. Ramlee yang menyingkapkan perkataan "Panggung Wayang Gambar". Tujuan singkatan ini hanya satu iaitu supaya pawagam dekat dihati disamping mencipta satu jargon word yang akan membuatkan sesiapa akan teringin untuk ke sana.

Dalam sejarah hidupku, Aku hanya pernah memasuki pawagam sebanyak 3 kali. Itu pun ketika aku berusia dalam lingkungan 22-23. Cubaan pertama untuk aku ke panggung wayang ialah ketika aku berada di tingkatan 5. Selepas berjaya melintasi cabaran pagar asrama, aku dan kekawan bersetuju untuk "midnight" di sebuah pawagam di bandar kuantan. Nasib baik menyebelahi aku kerana cerita yang hendak ditonton adalah cerita box office, jadi tiket telah habis lebih awal. Itu menandakan perancangan awal petang tadi telah terbantut dan aku masih berjaya mengekalkan rekod peribadi!

ketika aku mula bekerja, aku tinggal dengan tok wan. tok wan lelaki yang "kurang dengar" dan tok wan perempuan yang nyanyuk. Jadi tak banyak yang boleh aku lakukan untuk mendekati mereka. Ketika itulah rekod peribadi aku itu dipecahkan, tiga malam berturut-turut aku di ajak seorang sepupu ke panggung wayang. Malam pertama aku menghayati pawagam sepenuhnya. Malam kedua dan ketiga aku lebih menghayati pawangan dengan tidur lena di dalamnya.

Sejak itu, aku tidak pernah lagi masuk ke situ!

Perempuan IV ( Isteri Merungut)

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

Friday, November 27, 2009

Salam EdulAdha

Hari ini seekor lembu akan tumbang dan akan dibahagi lapan tujuh. Ada peserta hanya menunggu bahagian masing-masing tanpa membuat apa-apa. Dia menerima bahagian yang menjadi miliknya sebentar lagi tanpa apa-apa kemuskilan. Kalau daging elok yang diperolehi, dia bersyukur kepada Allah SWT. Kalau dapat yang kurang elok dia pun masih bersyukur dengan keredhaan yang sama.

Ada peserta melihat-melihat bahagian manakah yang mempunyai isi yang bagus. Dan mengsasarkan bahagian itu akan menjadi miliknya sebentar lagi. Dia cuma hanya berharap, agar bahagian itu akan menjadi milikya nanti. Tapi nasibnya masih diserah kepada Allah.

Ada peserta yang sudah memilih bahagian yang dikehendaki, dia turut sama membahagikan daging-daging, ada bahagian-bahagian yang cantik diberikan kepada kepadanya, dan ada jugak diletakkan di bahagian orang lain. Nampak keadilan ada di situ. Tapi yang orang lain itu adalah disasarkan kepada anak sendiri. Terserah pada Allah menentukan korban ini.

Ada yang memerhati bahagian dengan rapi. Melihat dengan mata, mencongak dengan hati, akal tidak ditepi. Permainan orang-orang berani diperhatikan. Ringan badan kerana bersebab. Hati mula jadi marah, memikirkan nasib teman-teman lain dan bahagian masing-masing. Argh, aku akan mengambil bahagian itu, yang dikumpulkan oleh sipolan-polan supaya ia menganga nanti dan pengajaran kepadanya.

Situasi ini, orang tidak berebut kerana memikirkan korban yang dibuat, kalau berebut bahagian daging korban kurang ajarnya namanya. Tapi pengajaran harus diberikan, kerana daging ini bukan milik perseorangan.

Si pemotong daging, melihat dengan mulut mencebik, aku sudah sedaya upaya membahagikan sama rata. Kerana di sana nanti aku akan di tanya. Kalau ada yang cuba buat pandai, apa lagi aku boleh buat. Aku hanya pemotong daging. Aku sudah cuba sedaya upaya ku.

Wednesday, November 25, 2009

Mendung pun Ada cantiknya

Aku menulisnya Di facebook. Entah mengapa hati hari ini senang sekali. Melihat langit biru, cuaca tidak dingin seperti semalam. Yang penting aku sudah berjaya melihat mentari pagi ini. Tringat juga aku kepada mendung yang mentabiri 2 e hari lepas, sengsara kehidupan aku , sengsara lagi mereka yang perlu berpindah meninggalkan rumah cantik yang dibina, Dan tinggal disekolah-sekolah mungkin juga disurau- surau menanti air surut. Sambil itu boleh juga mendekatkan diri kepada Allah mendoakan kebaikkan ke seluruh alam.

Karang- kadang Tiba juga dikepala mendung yang datang Ada cantiknya.

Dipos dengan iPhone 3g

Perempuan III ( Isteri Merungut)

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."


- dipetik dari inbox (karangan siapa entah!)

Tuesday, November 24, 2009

Elektromagnetic dan Tikus

Prof Henry Lai dari Universiti Washington telah melatih 100 ekor tikus yang diletakkan di dalam satu bekas supaya berenang ke arah satu platform yang disediakan apabila paras air meningkat di dalam bekas tersebut. Latihan ini diulang beberapa kali.

50 ekor tikus kemudian didedahkan kepada gelombang elektromagnet.


100 ekor tikus disatukan semula dan latihan berenang diulang. Didapati 50 ekor tikus 'lupa' dimana kedudukkan platform yang harus dituju apabila paras air meningkat.

Prof Henry Lai membuat kesimpulan antara lain ialah pendedahan kepada elektromagnet sedikit sebanyak akan menganggu ingatan!



rujukan:

H. Lai, Spatial learning deficit in the rat after exposure to a 60 Hz magnetic
field, 1996

Sunday, November 22, 2009

Teka Teki Imam Ghazali

1. Apakah benda paling dekat dengan kita?

2. Apakah benda paling jauh dengan kita?

3. Apakah benda paling berat?

4. Apakah benda paling ringan?

5. Apakah benda paling tajam?

**aku menggunakan 'benda' kerana tiada kata ganti yang sesuai

------------------------------------------------

1. mati

2. masa lepas

3. amanah

4. tinggalkan solat

5. lidah


** fikir-fikirkanlah