Sunday, February 17, 2008

Gejala Sosial

Ada sesuatu yang agak menarik untuk dibincangkan, difikirkan dan dibuat kesimpulan. Kalau kita tengok TV, terutamanya drama swasta (ada slot drama kerajaan ke?), kebanyakkan cerita ada kisah tunggang-langgang. Antaranya kisah, suami berkasih dengan dara orang, mak nenek bercinta dengan teruna, kebas tunang orang dan tipu harta orang. Yang kaya berusaha keras membolot kekayaan orang lain. Yang hampir nak kaya berusaha keras supaya orang lain tak jadi kaya macam dia.

Dalam surat khabar pun ceritaka benda yang sama dan lebih kurang aje. Anak kena rogol, kena rogol selepas keluar dengan lelaki yang baru 3 jam dikenali menerusi ruang sembang internet, pak sedara rogol anak sedara, cucu rogol nenek, anak tetak ayah, ayah pukul ibu. Anak lari dari rumah. Suami bercinta isteri orang kena pukul. Polis makan rasuah. Beri suapan sek. 

Kalau buka bahagian soal jawab agama pulak, masih lagi berkisar kepada perkara yang sama. Adakah taubat saya diterima kerana saya telah terlanjur? Apakah status anak yang saya 
kandung ini? Boleh tak saya bermadu dengan kakak saya? Bukak bahagian curahan rasa, isk isk isk benda yang sama jugak. Biarku tanggung keterlanjuran ini. Perlukan aku menduakan dia? Kesaih Tak tau aku pernah terlanjur. Bukak pulak bahagian Dr Ismail Thamby, soalan dan masalah nya pun sama antaranya Saya pernah melakukan aktiviti sek yang melampau.. bala bla. Semasa remaja saya suka melancap. bla..bla.. bala.. Kenapa telo saya senget dan besar sebelah. Kenapa mani saya warnah merah. Dan macam macam lagi.

Kesimpulannya, masyarakat kita memang sedang dilanda masalah sosial yang amat dasyat. Jika tiada tindakan awal, gejala sosial ini akan merebak dan menjadi barah. Baliklah pada agama senang cerita. Selesai semuanya.

Friday, February 15, 2008

Dilema Pemblog

Kalau mengikut pengalaman aku, masalah utama orang yang baru belajar memblog macam aku ialah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Sebenarnya bukan tidak tahu apa yang nak ditulis tetapi asyik memikirkan samada idea yang hendak ditulis nanti sesuai atau dapat mewujudkan glamor atau tidak. Atau mempunyai mempunyai nilai moral atau tidak. Atau mempunyai nilai intelektual atau tidak.

Tetapi bila aku realize balik, apa perlunya semua itu? Asalkan aku boleh terus mengetuk keyboard ini dan mengekalkan keaktifan minda ini untuk mengeluarkan idea-idea yang core dan terus menulis. Juga mengalihkan minda aku daripada kebiasaan yang menjemukan. 

Sebenarnya tidak timbul masalah sebegitu. Kenapa? kerana, blog tidak ada peraturan yang perlu diikuti, tidak menghadkan jenis tulisan yang hendak ditulis. Kalau tetiba rasa nak buat surat, karang je lah surat tersebut dan masukkan dalam blog. Kalau nak khususkan lagi, buat lah surat cinta ke, surat mintak kerja ker atau surat mohon tanah ke! Tetapi penulis blog seharusnya mempunyai kesedaran moral yang tinggi iaitu jangan buat orang lain marah!!

Sebenarnya banyak perkara yang boleh ditulis dan dihuraikan. Mungkin sebuah kisah tentang monyet yang melintas jalan ketika aku balik kampung. Ia bagus kerana aku tak perlu pergi ke zoo untuk melihat monyet dan aku dapat melihat monyet dalam keadaan "wild" tidak seperti di zoo. Supaya ia lebih tragis, aku boleh selitkan kisah monyet 2 beranak yang kemalangan dan tiada nyawa lagi ketika melintas jalan kerana anak duduk di kendong ibunya dan mati katak (katak dapat nama, walaupun yang mati itu monyet). Itulah sebahagian dari wildness yang buatkan cerita lebih menarik. 

Atau pun, aku pernah lihat tentera yang bawak trak macam moto besar, cilok sana dan sini. Dan tak heran, jika ramai tentera mati dalam kemalangan dari mati dalam peperangan. Aku boleh ceritakan tentang perkara itu.

Kalau nak lebih kreatif aku boleh menulis sedikit tentang satira politik negara, mengulas sajak mantan PM dulu "melayu mudah lupa" (setau aku, melayu tak pernah lupa kerana melayu tak pernah nak ingat apa-apa").  Atau menulis tentang khutbah jumaat yang aku pernah dengar. Ada satu frasa khutbah yang aku masih ingat ialah "wahai orang islam yang ada iman dihatinya".  Aku maksudkan ialah reverse kepada ayat tersebut ialah "ada orang islam yang tiada iman di hatinya!!"

Pendek kata, tulislah apa sahaja yang sesuai.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...