Monday, March 30, 2009

Tape Aku Pernah Beli

Ini adalah band music yang aku pernah layan.

Sweet Charity - Aku mula mendengar lagu band ini ketika pesta. Dan aku pernah beli satu album kaset kumpulan ini kerana aku mahu di gelar rocks. Tetapi, dari keseluruhan album tu, hanya satu je lagu aku layan. Ha ha ha ha

Warlord - Ini citer time nak exam SPM. Tape band ini aku pinjam dari kawan aku. Tapi pinjam dalam erti kata tukar hak milik. Dan aku layan band ini dengan sony walkman yang kecik tu, saiz tape je. Punyalah aku layan band nie sehingga, tali tape itu putus semasa sedang bertugas kira macam M.I.A lah!!

Megadeth - Disebab tajuk yang sangat ngam " Anachy in UK", aku pun berjaya ditipu untuk beli satu album beliau ini. Masa tu aku aku kat university. Kebetulan aku ada sebuah Hi-Fi jenis sony. Setiap kali balik lecture, aku selalu layan band ini. Disebabkan aku balik lecture jalan kaki, aku selalu sampai rumah waktu senja, jadi ketika senjalah aku layan band ini. Disebabkan rumah aku tu ada seniro yang agak warak dan alim,  walaupun ada Hi-Fi tapi aku terpaksa layan lagu band ini dengan headphone. Isk isk isk dah nasib badan.

Brother Nasir - Ada 3 album aku beli untuk periuk nasik beliau. Ketika beliau mula menyanyi solo. Masa tu aku kat university. Dah kureng dengan Megadeth, ada cerita yang buat aku terus membenci Megadeth. Tapi Bro Nasir memang best! membelai jiwa aku yang berkecamuk dengan jayanya. Tapi sempat layan 3 tape jer , selepas itu aku dapati beliau semakin mengarut!! Pendapat aku sendiri yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.

Wohnen - Aku sempat jugak layan album nie, masa tu aku sedang frust ma! hehehehehe

Metallica - Banyak jugak duit aku habis untuk band ini. Tapi yang paling best pada pendapat aku ialah .. and justice for all. Masih lagi aku layan dan dengar. Selepas itu, abis jugak duit untuk black album. Tapi dah tak berapa cool. Kemudian, band ini semacam kembali berekperimen. Apa daa, biorlah aku kekal dengan ... and justice for all.

Carburetor Dung - Sekali berjalan kat central market lepas balik kerja sementara nak naik bas mini nombor 14, aku merayau kat tingkat atas. Capai album kumpulan ini, terus gi bayar kat kounter.  Sebelum dah dengo satu lagu kumpulan nie tentang cerita orang naik bas mini. Tapi boleh lah... Masih layan jugak album ni sampai sekarang, tapi dalam bentuk MP3 lah, album yang dibeli dulu , ntah tercampak ke mana ntah!!

Seingat aku itu jer album yang aku sempat beli. Lain pada tu seme aku download. I love technologies.

opss.. Varieties of music genre huh!

Sunday, March 29, 2009

Maaf, Aku tidak Mahu

Aku ingin mohon maaf kerana aku sudah berani berkata tidak! Aku tidak segan lagi menyatakan aku tidak mahu kepada sales man yang datang mempelawa di pejabat aku. Aku sudah tidak malu lagi untuk berkata Aku ada kerja untuk diselesaikan! 

Maaf aku mohon. Aku bukan mahu kurang ajar. Aku masih lagi melayu yang punyai budi perkerti. Tapi budi pekerti ini memang selalu disalah guna. Aku sering terperangkap dengan keluhuran budi perkerti diri sendiri.

Mohon maaf, aku bukan berniat mahu mengasari kamu semua, aku tahu kamu mencari rezeki sendiri. Tapi aku pun punya kemahuan dan kehendak.

Mohon maaf!

Thursday, March 19, 2009

Cerita Tentang Pesta

Masa aku kecik dulu-dulu, belum lagi ada pemimpin berkepala otak geliga yang mempunyai idea untuk mengadakan "pasar malam" atau "pasar minggu".  Pendek kata, masa tu belum lagi ada apa yang di gelar "pasar malam' atau "pasar minggu"  seperti sekarang ini.

Seingat aku ada 2 event yang menjadi penghibur/hiburan kepada rakyat marhaen kampung aku iaitu wayang gambar  dan Hari Gaji.

Selalunya kat kampung aku ini waktu dulu ada wayang gambar bergerak. Satu dari RTM dan satu lagi dari AJU (Agen Jual Ubat). Dua-dua organisasi datang bawak gambar dengan satu hajat iaitu untuk menyampaikan maklumat masing-masing. AJU memang sudah pasti untuk mempromosikan ubat-ubat mereka. Manakala RTM pula untuk menyebarkan maklumat terkini seperti kempen daftar mengundi, kempen derma darah dan macam-macam kempen lagi lah. Aktiviti wayang gambar bermula dengan hebahan keliling kampung 3 hari sebelum malam event tersebut. Kemudian pada hari event, sekali lagi mereka membuat hebahan jemputan terakhir kepada orang-orang kampung.  Selepas itu, mereka akan ke padang sekolah (padang sekolah selalu menjadi mangsa dalam kes-kes begini. Tak tau lah berapa AJU bayar kepada pihak sekolah, yang RTM tu memang lah free)  untuk memasang layar putih yang digantung pada 2 tiang macam pasang net badminton tu, tapi ada 4 tali yang ditarik untuk memegang tiang agar tidak terbalik. 

So malam tersebut, selepas maghrib, orang kampung akan datang berduyun-duyun ke padang sekolah.  Ada yang bawak tikar mengkuang yang besar, ada yang bawak kertas aje. Ada yang datang sorang, berdua dan ada yang datang satu keluarga siap dengan makanan macam orang nak piknik. Aku pulak mesti datang bawak batu je, carik port yang bagus sikit, duduk lah atas selipar. Senang citer!! Selalunya aku memilih untuk duduk di bahagian projektor, kalau duduk arah lawan projektor jawabnya ada lah sedikit kelainan. Antaranya kepelikkannya ialah sarikata yang terbalik!!

Mak aku memang tak suka tengok wayang. Bapak aku pulak kekadang tu adalah joint jugak kalau wayang gambar RTM, bukan nak tengok cerita tapi nak dengo pengumuman yang dibuat. Katanya lah. Tapi aku tak kisah, kalau aku nak pergi, tetap aku pergi walau sorang diri. 

Selalunya penuh lah padang sekolah aku ini. Maklumlah, wayang gambar kan!! Cerita yang ditayang pulak cerita baru zaman tersebutlah dan amat mengikut trend semasa. Tapi ada jugak yang bawak citer lama, tapi citer lama yang meletuplah. Seingat aku, kalau citer Sangam tu, dah banyak kali di tayangkan, tapi penuh jugak padang sekolah nie. 

Setiap kali abis satu-satu reel filem, sementara juru projektor menyambung reel yang baru, peluang tersebut di isi dengan dakyah penayang filem. RTM selalunya tidak menggunakan masa yang lama. Tetapi, AJU selalu mengambil masa yang panjang untuk menukar reel. Dan AJU pulak tidak menunggu habis reel untuk membuat hebahan. Kadang-kadang sedang syok climate cerita, AJU akan berhenti sekejap untuk laluan penaja. Nak tak nak, orang kampung aku terpaksa menahan telinga mendengar jualan ubat kerana nak tengok ke penamat. Bulat-bulat kena tipu. Tapi nak wat camner, itu jer peluang yang ada lagi pun sedang syokk kan!! Tunggu je lah. 

Kadang-kadang filem-filem ini habis hampir pukul 11 malam. Aku yang pergi sorang diri follow lah bontot sapa-sapa yang akan balik melalui depan rumah aku. 

Esokkannya, bila pergi sekolah, macam-macam ada kat padang sekolah, makanan, minuman, tikar buruk, kertas surat khabar. Walaupun padang sekolah gelap sejati tak de plak dengo citer orang jumpa kondom!! Kalau nasib aku tak baik, kalau hari tersebut ada pendidikan jasmani terpaksalah bersenam dengan mengutip sampah sarap yang ditinggalkan. Tapi tak ada dendam pun dalam hati. :D

Satu lagi liburan ialah hari terima gaji. Masa dulu, hasil kelapa sawit secara otomatik akan di dijual kepada pihak feld. Felda pulak akan bayar duit jualan kelapa sawit secara berkala sebulan sekali.  Selalunya hujung bulan selepas 20 hb dipilih sebagai hari bayar gaji. 

Pada hari tersebut, ramailah saudagar-saudagar berkunjung ke kampung aku. Aku tak tau lah macam mana diaorang dapat berita. Sedangkan masa tu, nak kata internet, telefon awam pun tak ada kat kampung aku tu. 

Tapi tanda-tanda awal nak dapat gaji ialah ada orang kampung aku semelih lembu dan jual kat pasar. Hari dapat gaji jer dapat makan daging lembu!!

So pada hari tersebut, saudagar-saudagar nie datang berduyun-duyun dengan barang dagangan masing-masing. Ada yang jual buah-buahan, ada yang jual baju, ada datang melelong barang-barang, 4 barang 10 ringgit. Ada jual apam balik, keropok dan mee goreng. Ada jugak yang datang jual kaset-kaset. Pendekkata penuh lah pasar kampung aku dengan peniaga-peniaga luar yang menjual barang yang luar dari biasa. Pada hari itu, berdaunglah bunyi nyanyian di mainkan dari arah pasar. Ramailah orang kampung keluar menikmati keseronokkkan tersebut, walau pun tak beli barang, tapi berada dalam keramaian tersebut amat mengujakan.

Aku pun turut ke sana dan ke mari walau pun dalam poket habuk pun tiada!!! 








Sunday, March 15, 2009

Cerita Tentang Elektrik dan TV

Masa aku kecik dulu-dulu, belum lagi ada pemimpin berkepala otak geliga yang mempunyai idea untuk mengadakan "pasar malam" atau "pasar minggu".  Pendek kata, masa tu belum lagi ada apa yang di gelar "pasar malam' atau "pasar minggu"  seperti sekarang ini.

Masa aku kecik dulu pun, rumah aku tak de bekalan letrik lagi. Senja-senja, bapak aku akan pam lampu gasolin. Selalunya 2 lampu, satu untuk ruang tamu, dan satu lagi untuk ruang dapur. So, aku adik beradik selalunya berkumpul lah kat bawah lampu tu buat keje sekolah. Bende yang paling seronok dibuat pada waktu tu ialah kerja sekolah. Kalau tak ada kerja sekolah waktu tu, memang boring habis, sebab tak de benda lain dah nak buat. Nak tengok TV, TV tak ade. So kalau tak ada kerja sekolah, memang tido awal lah jawabnya. 

Jaman tu, hanya orang orang terpilih aje ada TV kat rumah. Ye lah bukan senang nak miliki TV pada zaman tersebut. Memiliki TV bermakna harus jugak memiliki sebuah enjin elektrik. Orang yang paling hebat pada waktu itu ialah orang yang mempunyai enjin elektrik. Bila dah memiliki enjin elektrik pasti mereka juga akan memiliki Mesin basuh elektrik, TV, pemain video (jaman dulu mana ada cd), Peti Sejuk Besar 2 pintu dan yang pasti mereka ialah pemilik kedai makan. :D. Ye lah, ada peti sejuk besar-besar nak isi apa? 

Cuma kadang-kadang aku ke rumah jiran untuk menonton citer kegemaran. Citer kegemaran ialah pada pukul 8.30 selepas berita. Cerita yang aku tunggu ialah citer Six Million Dollar Man. Itu citer yang aku paling suka waktu tu. Selain dari citer tu, citer yang ditunggu-tunggu ialah citer melayu klasik. Waktunya ialah hari jumaat malm sabtu. Pada malam tersebut, seawal sesudah maghrib aku dah bertengek kat umah makcik yang ada TV nih. Bukan apa, cuma nak amik port depan. Sebab malam sabtu ramai jiran-jiran lain akan turut sama menghiburkan diri di rumah makcik sorang ni. 

Pada suatu hari, sebab aku tiba sebaik sahaja sesudah orang azan maghrib. Makcik TV nie dah me"nyound" aku. "Weh, tunggu anak dara aku ke?" katanya. Aku tersipu-sipu. Sejak pada hari itu, aku dah benamkan kesukaan aku pada TV, aku dah jarang-jarang pergi ke rumah beliau. Akibat kes kena sound tu, aku banyak buat hal-hal sekolah lah kat umah, daripada buat keje sekolah aku jadi rajin baca buku, aku pinjam buku library baca kat umah. Dan aku dah jarang-jarang gi tengok TV kat umah makcik TV tu. Memang aku tak menolak, anak makcik nie memang solid, tahap pinggang kerengga semenya. Cuma bukan taste aku,  kalau tak dah lama aku usha, lagipun, dia kan pemilik TV, kalau aku usha anak dia, tak bbest lah nak tengok TV kat umah dia. itu jer!!!

Orang kampung aku bukan tak mampu beli. Aku rasa semua orang mampu beli TV. Pernah ada satu cerita dimana orang kampung aku beli peti sejuk. Tapi bukan untuk menyejuk, sebaliknya nak letak kain baju, sementara tunggu LLN (dulu-dulu, namanya Lembaga Letrik Negara (LLN), skang namanya dah jadi Tenaga Nasional berhad (TNB), banyak beza tu!!) masukkan elekrik kat kampung aku . Itu maknanya orang kampung aku mampu beli TV. Cuma, kata orang sekarang, apa ke hal beli TV, pada hal letrik tak de pun.

Akibat dari kekurangan ini, adalah kepala-kepala "oppotunities" mengisi ruang yang di ada. Antaranya menjadi pembekal letrik kepada rumah-rumah berdekatan dengan bayaran bulanan untuk kos minyak katanya. So adalah tiang tiang letrik haram didirikan. Kedai makan yang ada TV menjadi tempat lepak yang sejati, sambil makan sambil sembang sambil tengok TV. Tengok TV memang sangat luxury pada masa tu. Sekurang-kurang perlu secawan teh untuk tengok TV. Ada yang minum segelas kopi sehingga berjam-jam akibat penangan TV. 

Ada juga yang bukak "mini theater" kat umah. Buat siaran video kepada orang awam. Sekali tengok kena bayar 20 sen. Katanya untuk cover kos minyak enjin dan sewa video. Tapi semua cerita yang ditayangkan tidak ditapis terlebih dahulu. Jadi banyaklah jugak unsur-unsur SX, PL dan sewaktu dengannya masuk kepala otak yang putih bersih ini. Tambahan pula tiada had umur yang ditetapkan. Cuma kekadang aku terdengar, kalau waktu malam, cerita lagi "sedap" ditayangkan. Tapi waktu malam aku tak pergi, rumah aku jauh ooooi. Selalunya desas-desus tentang cerita yang akan ditayangkan sudah berlegar dikhalayak seminggu lebih awal. Kalau pembawa desas-desus tu pandai bercerita, maka penuhlah mini theater tersebut. Aku sempat join 2 3 cerita je. Lepas tu aku rasa bosan.

Tapi puasa TV aku nie tak lama sebenarnya, kerana setahun kemudian LLN berjaya membekalkan eletrik 12 jam ke kampung aku. Maksudnya ialah elektrik hanya dibekalkan selama 12 jam sahaja iaitu dari pukul 7 petang sehingga pukul 7 pagi. Jadi meriah lah sedikit kehidupan malam kat kampung aku nie.

Akibat dari kemasukkan bekalan letrik ini, bapak aku pun beli sebuah TV. Aku masih ingat, beliau antara orang terawal beli TV warna kat kamoung aku. Masa tu, TV warna dikira luxury lah jugak. TV bapak aku beli tu jenis TOSHIBA QUINTRICK 21", dah cukup beso pada masa tu, seme ada, saluran ada 12 seme jenis push on button, bukan jenis kena pulas untuk tukar siaran, sound control ada, yang tak ada hanya remote jer!! TV tu skang hanya tinggal kotak kayu nya sahaja, masih ada lagi kat umah mak aku. 

Selepas itu, anasir-anasir propaganda TV mula masuk ke setiap rumah. Tapi masih lagi boleh ditahan sebab boleh tengok 12 jam jer. Apabila balik sekolah, cepat-cepat buat kerja sekolah supaya malamnya nanti boleh layan TV.  

Aku rasa sebab tak de TV lah yang buat aky jadi rajin belajar untuk mengisi kekosongan waktu. Aku belajar bukan kerana kepentingan ilmu, aku mana tau Ilmu tu penting masa tu. Tapi aku teringat kata guru aku masa itu emas, jangan membazir waktu!!

Tuesday, March 10, 2009

Buku Pertama Tahun Ini

Tahun ini, aku berazam untuk membaca lebih banyak buku. Terutamanya buku-buku yang berkait dengan kehidupan.

Pada cuti Hari Agong tempoh hari, aku telah meronda-ronda ke kedai buku. Membelek sebuah buku lain tapi tak begitu menarik. Aku lantas menarik sebuah buku lain, tetapi tak dapat dibelek kerana buku tersebut diseal dengan plastik. Tapi dengan tajuk yang menarik aku ke kaunter dan membayar. Harga buku yang dicatatkan ialah RM20. Tetapi kaunter memulangkan RM2, so aku dapat diskaun RM2. Gitu cerita pada awalnya.

Buku yang bertajuk "Travel log seorang dai" aku habis membacanya dalam tempoh 2 hari aja. Aku memang ulat buku. Kalau bacaan meimbulkan perasaan ingin tahu, aku pasti akan lupa pada makan, minum dan mungkin tido. Justeru itu aku berjaya menghabiskannya dalam tempoh 2 hari selepas ditolak dengan gangguan-ganguan persekitaran.

Pada aku buku tersebut amat bagus sekali untuk menguatkan/meningkatkan kepercayaan/iman kepada Allah melalui pengalaman orang lain. Tapi sejujurnya, penulis masih mempunyai banyak kelemahan. Tapi aku respek pada beliau kerana berani mencuba. Dan itulah falsafah beliau.

Antara lain yang menarik ialah cebisan tulisan berikut yang boleh dijadikan pegangan dan iktibar dan selalu bersyukur kepada Allah

Pada hari ini aku tetap bersyukur
Walaupun aku bukan orang yang paling kaya,
tapi aku bukan orang yang paling miskin
Walaupun aku bukan orang yang paling berjaya,
tapi aku bukan orang yang paling gagal
Walaupun aku bukan orang yang paling mulia,
tapi aku bukan orang yang paling hina
Walaupun aku bukan orang yang paling pandai,
tapi aku bukan orang yang paling jahil
Walaupun aku bukan orang yang paling kuat,
tapi aku bukan orang yang paling lemah
Walaupun aku bukan orang yang paling terkenal,
tapi aku bukan orang yang paling dilupakan
Dengan berkat dan rahmatnya, begitulah aku pada hari ini

Sunday, March 08, 2009

Sepasang Baju Askar

Aku sudah lupa samada aku pernah berpakaian askar menyambut hari raya. Kelupaan aku mungkin kerana aku dikelirukan oleh keinginan yang membuak-buak dan fantasi yang melebihi had. Aku merayau-rayau di hari raya dengan berbaju askar. Amat bangga sekali. Justeru itu aku jadi keliru samada aku pernah berpakaian begitu atau sekadar ilusi. Tetapi, samada berilusi atau realiti, yang pasti semenya sudah melekat di kepala otak ku sehingga aku tidak bisa lagi membezakan keduanya.

Aku teringat kepada baju askar ini apabila aku terpandang seorang askar memakai baju askar ketika bersolat jumaat. Aku melihat kebanggaan dalam diri beliau. Walaupun beliau kelihatan lebih gerun pada kuasa Allah kerana aku hanya nampak seorang aja askar bersolat jumaat pada hari itu. Sedangkan dalam pengetahuan aku, askar tidak berjalan seperti lone ranger sebaliknya mesti dalam platoon. Mungkin beliau ada misi sendiri, aku tidak pasti.

Kebanggaan askar ini kepada seragam nya, mungkin seperti anak-anak kecik yang tidak tau apa-apa tapi amt bangga dengan suit tersebut. Aku ingin sekali menyelami fikiran anak-anak kecik yang menyukai seragam askar ini. Kenapa mereka suka pada baju askar? Apa yang mereka nampak sebenarnya?

Adakah patriotik dalam hati mereka? Mesti sudah ada sedikit kecintaan mereka kepada negara. Mungkin dalam bentuk untuk menjadi Hero. Mereka yang berpakaian askar adalah hero pada mata mereka. Mereka masih tidak tahu perjuangan untuk negara. Tapi dari manakah semangat kecintaan itu datang. Itu yang harus di selami sebenarnya.

Thursday, March 05, 2009

from gong badak to ulu sepri

Somehow, once in a lifetime I need to joint what so-called "Kursus Kenegaraan" handled by BTN and will be held at the Ulu Sepri Bina Negara Camp located in Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. 

"Apakah yang diperjuangkan? Apakah yang dipertahankan? Adakah aku harus jadi pahlawan?" Lirik lagu Mohamad Nasir itu terus tergiang-giang di telinga. Amat mengusek dan memotivasikan hati. Sememangnya aku sedari, aku adalah pahlawan dengan cara ku yang tersendiri yang tidak melanggar etika atau pun apa-apa perkara dalam perlembagaan negara pun.  Aku pasti akan merindui tempat ini!!

Permulaan yang sedikit perlahan pada awalnya sedikit-sedikit berubah menjadi panas dan mengegarkan hai dan jiwa aku yang mulus ini. Perasaan mula berbaur dengan amarah dan kecewa. Isu yang di bawa berjaya membina kebingungan dalam kepala hotak yang mulanya seakan tahu seme perkara. Rupanya aku pun ada kebodohan.  Lapisan kedua pun di dedahkan!!

Aku masih lagi berada dalam persimpangan di antara mencari yang tersurat dan tersirat dari kursus ini. Walaupun lapisan kedua, perlahan-lahan dirungkaikan, objektif pada benak ku masih kabur.

Aku sudah mempunyai kepercayaan sendiri sebenarnya!






DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...