Saturday, May 30, 2009

service tayar sebelum ke Melaka

adjuster untuk tayar RM43
beli accessesories skrew RM28
upah/alignment RM30
total RM101

Big boss potong singit bayar Rm100 je la

total : RM224 + 100 = RM324

Friday, May 29, 2009

Berita Gembira Untuk Aku

Balik dari hari terakhir PTK4, mandi dan rehatkan diri. Update blog yang sudah seminggu tak layan. kalau dia perempuan mesti dia sedey. Aku bukak emel dan aku dapat berita ini. 

Dear Mr Mamat

I am writing to let you know that your offer letter, visa letter, ATAS document and other information will be sent to you today by DHL mail. The tracking number is xxxxxxx.

I wish you every success in obtaining your visa nad if you have any further question please do not hesitate to contact me.

Regards
Sharon


Sharon Ferguson
Postgraduate Secretary

Tahniah lagi sekali Rab!

PTK4

Kerana nak mencabar diri sendiri dan naik gaji, 6 hari aku berulang alik ke Ri-Yaz Heritage. Tempat kat mana Monsun Cup berlangsung. Disitu didedahkan dengan teori-teori pendidikan pengajian tinggi. Dengan kata lain, buktikan diri sendiri adalah pensyarah tahap 4.

Badan letih gila. 2 hari terakhir di beri presentation assignment pulak. Preparation kena buat kat umah. Aduh! badan dah letih kena prepare pulak untuk hari esok. Berjaya jugak aku mencabar minda dan tubuhbadan.

Tahniah Rab!

Saturday, May 23, 2009

Jemput Masuk Fluxbox!

Diantara banyak-banyak Windows Manager dalam Linux, aku paling suka Fluxbox. Aku suka Fluxbox sebab ia ringan dan rekabentuknya sama sekali berbeza dengan lain-lain Window Manager dalam Linux. Antara perbezaan yang ketara ialah ia tiada butang start untuk menu navigator. Untuk mendapatkan menu, user Fluxbox hanya perlu did a right click anywhere on screen the the menu will appears. Kaedah ini, pada aku dapat mempercepatkan proses mendapatkan menu dan sangat menarik. Menu ini pula boleh dicustomizedkan mengikut citarasa sendiri terutamanya dari sudut font, color and size. Tetapi malangnya, semua kelebihan dalam fluxbox tidak datang dengan hanya "click". Ia perlu dicustomizedkan dengan mengedit fail-fail text tertentu. Ini satu lagi bab yang menyebabkan aku suka Fluxbox, membuatkan kita rasa seperti hacker. :D. Pakar-pakar sukarela diperlukan untuk selesaikan masalah ini. Kalaulah boleh diubah kaedah configuration kepada butang click orientation, pasti peminat Fluxbox akan jadi lebih ramai.

Selepas hampir sehari setengah melombong Fluxbox FAQ dan documentation, akhirnya dapat jugak aku customized Fluzbox mengikut citarasa dan keperluan aku sendiri. Tengoklah screenshoot disebelah diambil dengan menggunakan Gnome Screenshot Tools. Fluzbox tidak seperti lain-lain Window Manager yang sudah dipackagekan dengan software tertentu, semua mesti diadutn mengikut kegunaan sendiri. Mungkin sebab inilah ia menjadi "ringan". So, benda pertama aku tambah ialah software conky. Software conky berfungsi memaparkan beberapa maklumat mengikut pilihan ke desktop secara real time. Antaranya ialah maklumat host, CPU, usage time, dan banyak lagi lah. Ia akan sentiasa di update mengikut interval masa yang ditetapkan. Aku masukkan conky sebab yang utama bukan kerana maklumat yang di paparkan, tetapi seoalah-olah ia menjadi decorated kepada wallpaper itu sendiri membuatkan desktop walpaper itu hidup. kalau kat screenshoot, conky ialah text yang ada tulisan merah dan kuning. Kemudian, aku perlukan juga maklumat yang sangat penting iaitu status battery, walaupun conky pun ada menyediakan status battery, but not too informative. Sebab tu aku kena install slit application seperti yang ditunjukkan oleh icon-icon disebelah kanan bawah. So kat situ boleh lah tengok status Battery. Selain dari itu, aku letak jugak lah maklumat berkaitan penggunaan ram , hard disk, CPU. Jadi senang lah nak monitor laptop aku nih.

**bersambung

Friday, May 22, 2009

MPV dan Van

Aku keliru sebenarnya. MPV bukan sahaja boleh memuatkan tidak lebih dari 7 orang, tetapi hiasan dalamannya amat mengagumkan. Ada sesetengahnya, seperti macam dalam cockpit kapalterbang. Itu sebabnya namanya MPV, sekejap cam kapal terbang, sekejap cam kapal selam sebab ada sunroof. Ada pemain DVD supaya budak kat belakang duduk diam, jadi pemandu dapat menghayati pemanduan dengan lebih jitu. Kalau yang canggih sikit, mungkin ada GPS skrin kat dashboard. Lebih rendah dan lebih tough.

Van pulak boleh muat sehingga lebih dari 12 orang kalau berani. Hiasan dalaman amat gampang. Kalau ada pemain kaset itu sudah cukup baik. Kalau jenis ada TV, mungkin dia sedang bawak TV untuk diperbaiki. Kalau nak GPS jugak, bawak jer bersama telephone GPS enable. Binaan badan memang seperti tin sardin, boleh ditolak ke dalam dan ke luar.

Tapi ada juga MPV yang lekeh, struktur tak ubah macam van. Muka depan memang macam van. Tinggi sama macam van. Panjang sama macam van. Harga je lebih maha dari van. Itu aku keliru tu!

Thursday, May 21, 2009

Teka Teki 1

Kenapa game bolasepak dimainkan selama 45 minit? Kenapa tak dimainkan selama 30 minit atau 1 jam ? kenapa? dan ada pulak masa kecederaan 2 minit?

jawab-jawab jangan tak jawab?

Wednesday, May 20, 2009

Dalam Isyarat

Laut tak berombak Ombak tak beriak Camar tak melayang Mata tak berkedip
Dada tak berdebar Daun tak gugur Dada tak terdepang Lembar puisi tak terselak
Salam tak bersambut Getaran tak menggelombang Kasih tak berkocak
Janji tak tertunai Helah tak tergambar Muslihat tak terpeta Kitab puisi tergeletak
Penyair patah kalam Kata tak kenal pilih Antah dalam beras Padi terkulai lemas
Aruan tak menghambur Ular berlingkar di lubuk Undan kematian angin
Jejak lama tak padam-padam Dalam rupa di mana dupa Geruh apa dalam guruh
Sukma sebuah bertatah cinta Rumah pertama tak menemu Ombak tak berombak
Riak tak beriak Gairah padam Meluluh waham.

Kemala    
2006-2007

dari : penyair.wordpress.com

Monday, May 18, 2009

Musim mengawan

‘musim mengawan’ selalunya dikaitkan dengan sambutan tahun baru, hari kekasih dan tidak dilupakan juga hari kemerdekaan.

Jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes mengandung luar nikah, telah menunjukkan satu trend secara konsisten berlaku beberapa bulan atau 9 bulan selepas sesuatu perayaan itu berlaku.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof. “ Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. Dan kira-kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT".

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya lagi .

Ah, propaganda dan tipu daya penentang islam sudah mula menunjukkan hasilnya. Syaitan berjoget membaca blog aku ini.

Friday, May 15, 2009

Kemboja

Tak perlu kau jadi mawar merah kerana aku ini kekasih sejati

Lalu, usahlah kau sedih dan menyisih biarlah sekadar kemboja suci nan putih

Mari aku belai kuntum hatimu “bukankah kau juga bunga?”

Paling tidak, bilaku tiada nanti pohonmu masih menghias dadaku

Biar hancur, diremuk musim gugur kita setia dimamah kubur.

- ABDUL RAHIM IDRIS

dari : penyair.wordpress.com

Thursday, May 14, 2009

Ubat Kuat!

Kajian Institut Penyelidikkan Perhutanan Malaysia (FRIM) terhadap 10 jenama Tongkat Ali yang popular di pasaran pada 2007 menunjukkan 7 daripada produk tersebut hanya mengandungi 0.25% hingga 1.6% ekstrak Tongkat Ali. Peratusan tersebut tidak memberi apa-apa manafaat kesihatan kepada pengamal minuman tersebut. Penyelidikkan itu juga mendapati, kandungan aktif herba Tongkat Ali dalam minuman hanyalah 0.0039% hingga 0.0246% sahaja iaitu 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3 ng, satu jumlah yang tidak memberi apa-apa manafaat kesihatan.

Khasiat herba Tongkat Ali hanya diperolehi jika mengambil sekurang-kurangnya 1 milligram Tongkat Ali bagi setiap kilogram berat badan. Dengan kata mudah, jika berat badan ialah 80kg, ia memerlukan 80mg herba tongkat ali.

Oleh sebab itu, jika mengambil nilai 49.3 ng bagi setiap sachet/packet tongkat ali, untuk mendapat khasiat sebenar tongkat ali, pengamal minuman ini yang mempunyai berat 80 kg perlu minum sebanyak 1622719 packet tongkat ali!

Gila ko!


Wednesday, May 13, 2009

Hairan Metro

Membaca beberapa berita dan info dalam harian metro hari ini seolah-olah aku membaca majalah lucah yang halal. Adik 'awang' sedikit rasa terganggu!

Tuesday, May 12, 2009

Bahasa Terindah 1

Dalam bahasa melayu, sukukata bu, bun dan bung selalunya membawa idea tentang benda yang bulat atau hampir bulat. Contohnya:

Bu lan,    Bu ah,   Bu yong, Bu tir, Bu sar, Bu kit, Bu sut,

Bun tar, Bun ting, Bun cit, Bun tut

Bung kus


Rujukan : 

1. A Manual of the Malay language With an Introductory Sketch of the Sanskrit Element in Malay

 

Monday, May 11, 2009

Melayu I

Semakin kuat aku menjerit
semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin mereka tergelak
gelak yang rancak
gelak yang galak

Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa
kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan

dari : zurinahhassan.blogspot.com

Sunday, May 10, 2009

Komplot - Episod 6

Jam sudah hampir pukul 2.00 pagi. Bilik gerakan masih penuh dengan rakan-rakan penyokong yang ingin tahu peristiwa dalam bilik tadi. Penceritaan seperti ceramah sudah lama berlalu. Masing-masing kini berada dalam kumpulan perbincangan tidak rasmi. Layaknya seperti LDK, membincangkan pro dan kontra peristiwa yang berlaku tadi.

Aku tidak mahu tenggelam dalam kenangan 'kemenangan' tadi. Tetapi bayangan si Tuman datang menerkam ketika aku berseorangan di balik air, di pedestrian walk, di kantin, di padang amat menakutkan. Aku terlelap di bilik gerakan. Esok latihan hoki akan bermula selepas subuh, coach hendak membawa kami menjaga stamina berjogging ke pantai.




Thursday, May 07, 2009

Pomen Peribadi

akhirnya dapat special pomen. pomen datang rumah amik kete.

and then in about 9.30pm sending back my car.

current kilometer : ? (i check it out)

charge: Rm 15 ( i gave Rm20, without his concern)

total now: 209 + 15 = 224

Rempit dan Ragut

Akal aku bahagian yang zalim berkata :

1. Kalau terjumpa mat-mat yang sedang merempit,buatlah sesuka hati kamu ke atas mereka sehingga mereka akan berenti merempit seumur hidup

2. peragut yang di tangkap hendaklah diseret dengan tali oleh kuda macam yang dibuat oleh John Wayne dalam banyak banyak cerita cowboy

Sekian Terimakasih

Wednesday, May 06, 2009

Brake Pad

Beli Brake pad Rm100 made in German

total know = rm209

Jelajah Lapisan Kedua - II

Aku diberitahu Melaka adalah pusat pengembangan Islam di Asia Tenggara. Tetapi Masjid yang tertua di Melaka iaitu Masjid Tanjung Kling atau Masjid Hang Tuah hanya dibina 200 tahun selepas penaklukan Portugis ke atas Melaka. Benarkah Melaka pernah jadi pusat pengembangan Islam?  Kalau benar mengapakah masjid hanya dibina selepas 200 tahun selepas era kegemilangannya?

Aku pernah sampai dan bersembhyang di masjid ini. Memang masjid ini kelihatan amat exotic, klasik dan tua. Tetapi bila aku pergi ke Bandar Hilir, aku tengok Gereja Belanda masih seperti baru, sedangkan tak silap aku ia lebih tua dari Masjid Hang Tuah. Apa sudah jadi sebenarnya?

 

Tuesday, May 05, 2009

Mee Goreng Pokok Nangka

Kuala Terengganu memang sudah sinonim dengan keropok lekor dan ikan celup tepung (ICT). Kerana kesinoniman ini, banyak perkara lain seolah-olah dipinggirkan. Sedangkan perkara lain-lain itu, kadang-kadang amat menyeronokkan kerana kadang-kadang keluar dari kebiasaan.

Kalau singgah ke 'bandaraya' kuala terengganu jangann lupa makan mee goreng pokok nangka. itu pesanan dari aku. Kalau makan mee ini memang tak kan menyesal. Mee goreng pokok nangka memang enak. Setiap urat mee tersalut dengan cebisan goreng telur yang mengiurkan, kuah yang meleleh basah tidak kering pun tidak, tidak begitu masin dan tidak begitu tawar. Tambah pulak sesudu jeruk cili api. Kemudian jangan juga lupa memesan keropok lekor goreng untuk dimakan bersama mee. Pasti peristiwa ini akan di ceritakan kepada orang kampung.

Kedai mee goreng yang aku maksudkan ini, hanyalah sebuah kedai kecil milik seorang perempuan bernama Hamidah Mat Amin. Itu yang aku tengok pada lesen perniagaan yang di tampal kat dinding. Kedai ini terletak bersebelahan dengan Stesyen Bas Kuala Terengganu. Di hadapannya ialah bekas panggung wayang cathay keris yang sekarang dah jadi kedai jual macam-macam. 

Setakat nie, dalam 'bandaraya' KT, inilah mee goreng yang aku sanjung. Tak percaya? cubalah!

Monday, May 04, 2009

Komplot - Episod 5

Menanti satu detik berlalu ketika itu amat meletihkan. Baru terasa ruginya bagi setiap setik yang terbuang begitu sahaja dalam kehidupan sehari-hari. Tombol pintu kelihatan dipulas dari luar. Kami semua sedang berada dalam kedudukan bersedia.

Sejurus sahaja, daun pintu ditolak. Mocks, si gemuk pendek itu terus mengesahkan lelaki yang akan masuk adalah Tuman yang kami berenam nantikan semenjak tadi. Isyarat dari Mocks ialah dengan segera menutup lampu. Dengan serta merta juga Mocks menutup pintu. Tugasan seterusnya disambung oleh Joe (lelaki paling tinggi di antara kami). Joe yang dari tadi berdiri di sudut itu terus menarik kepala Tuman yang masuk. Tarikan kuat si Joe, menyebabkan Tuman tertunduk dan mementum kinetiknya membawa Tuman ke tengah bilik dalam keadaan terhoyong hayang.

Keadaan bilik gelap tidak gelita! Kami melihat objek Tuman dengan pandangan hati, pancaindera ke lapan. Kini tugasan seterusnya terletak di bahu aku. Aku mesti memulakan sandiwara ini dan habiskannya dengan cepat sebelum keadaan menjadi havoc. Aku terus membuat satu tendangan magic, "flying back kick" yang aku tak pernah belajar di mana-mana pun, tepat ke muka Tuman. Gerakan tadi menyebabkan aku tersasar ke dinding bilik. Tuman sudah terduduk!. Aku cuba kembali untuk gerakan kedua. Tetapi tiada ruang lagi untuk ku. Tuman sedang dikelilingi oleh rakan-rakan lain. Sepak terajang silih berganti singgah ditubuh Tuman yang bertungkus lumus menjaga dirinya.

Tuman menjerit kuat sambil memaksa dirinya untuk bangun. Tangannya melibas-libas di tengah-tengah kemelot. Mendengar jeritan Tuman, rakan-rakan lain menjarakkan diri. Peluang itu tidak disia-siakan oleh Tuman. Secepat kilat Tuman melompat ke tingkap yang sedari tadi terbuka. Tuman mengendap-ngendap dalam kegelapan itu keadaan di bawah. Aku cuba menghampiri Tuman. Tuman sudah tidak takut lagi. Ketakutan membuatkan Tuman jadi berani. Tuman terus terjun ke tanah dari bilik di tingkat dua itu dan hilang dalam kegelapan malam.

Lampu dinyalakan, kasut putih 3 jalur ku lihat ada titisan darah!

Sunday, May 03, 2009

Jelajah Lapisan Kedua

Aku sering tertanya-tanya, sejauh manakah Inggeris telah menjelajah "Tanah Melayu" ini.

Dalam keadaan sekarang, untuk sampai ke Cameron Highland adalah satu kepayahan! Bagaimana Inggeris boleh ke sana dan membuka ladang-ladang teh yang sehingga kini masih lagi menjadi milik mereka. Begitu juga dengan emas di Kuala Lipis dan Raub? Kalau sekarang Kuala Lipis dan Raub masih di anggap jauh, apatah lagi pada zaman sebelum inggeris dulu. Tidak lupa juga, Bukit Besi yang pada masa sekarang amat ketinggalan. Tapi masih juga dapat dihidu besinya oleh inggeris pada masa itu, yang kita katakan masih dhaif sistem perhubungannya, apatah lagi sistem komunikasinya.

Itu yang selalu aku tertanya-tanya?

Sudah tentu inggeris sudah pun menghantar James Bond terlebih dahulu ke Semenanjung Tanah Melayu untuk melihat dan melaporkan tentang kekayaan hasil bumi yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Dan mungkin juga di atas nama kajian sosial, mungkin atas nama sains sosial, kajian tentang sifat orang-orang melayu pun dilakukan. Dan ini sudah pasti dilakukan bertahun-tahun sebelum inggeris mula bertapak di tanah melayu. Seterusnya sehingga kedatangan Encik Francis Light.
ke Pulau Pinang. Mungkin sudah ada penjelajahan awal dari pihak inggeris yang tidak dinyatakan dalam buku. Kita tidak tahu!

Friday, May 01, 2009

Komplot - Episod 4

Suasana dalam bilik ini semakin tegang. Riak wajah masing-masing jelas menunjukkan ketegangan tersebut. Aku sendiri masih lagi berkecamuk melawan perasaan sendiri, di antara kemanusiaan dan kesyaitanan.

Malam semakin larut, kali ini, kejayaan operasi ini tidak lagi bergantung kepada kami semua yang berada di bilik ini. Dan juga tidak bergantung kepada orang-orang lain yang menjalankan tugas masing-masing di luar bilik ini. Kejayaan keseluruhan operasi malam ini sepenuhnya bergantung kepada Tuman. Ya! Tuman! Ketidakhadiran si Tuman boleh menidakkan kejayaan misi malam ini. Kalaulah Tuman memahami situasi ini, Tuman akan insaf dan tidak akan menjadi Tuman seperti hari ini. Malam ini Tuman sangat berharga!

Tiba-tiba terdengar kuat bunyi lagu ‘Isabella’ dari corong radio sebuah bilik. Sejurus selepas itu, kedengaran pekikan menyuruh radio diperlahankan. Dengan segera lagu Isabella hilang dari pendengaran. Rocks, Choke, Kemal, Joe, Mocks dan aku saling berpandangan apabila mendengar jeritan itu. Saat yang ditunggu sudah tiba, bila-bila masa sahaja Tuman akan menolak daun pintu bilik di mana kami berada.

Hari Pekerja

Selamat menyambut hari pekerja kepada yang tidak pernah merasa bosan, menepati waktu, amanah dan sabar membuat kerja untuk diri sendiri, majikan dan negara.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...