Monday, March 29, 2010

Jangan Pandang Belakang

Selepas mengambil duit di CIMB KT, aku melangkah meninggalkan tempat tersebut. Sebelum sampai ke tangga aku terasa angin memuncak diperut dan perlu dikeluarkan, supaya tidak muncul penyakit lain kemudian hari.

Sebelum menuruni tangga, aku pun berdiri disitu sambil memandang keadaan trafik hari sabtu yang sedikit sibuk dari hari hari biasa. Angin kembali memuncak diperut minta dilepaskan.

Sememangya, perjalanan jauh selama 8 jam semalam menyebabkan perut ku berangin, sebu dan tidak selesa. Ini perkara biasa apabila aku travel.

Aku pun menoleh kiri, kanan dan belakang. Setelah aku amat pasti tiada orang aku pun melepaskan apa yang terbuku diperut. Amat panjang dan perutku kembali sedikit selesa.

Aku kembali memandang belakang, seorang lelaki yang baru selesai mengeluarkanwang berada di pintu bank tersebut sambil tersenyum memandang aku.

Aku buat-buat tidak tahu!

Saturday, March 27, 2010

Mesin Pintar

Seperti biasa, hujung bulan adalah hari-hari untuk membayar hutang. Bagi orang yang bergaji besar, hutangnya mungkin lebih besar dan berselerak. Maknanya banyak tempat dia berhutang. Tapi orang macam aku hanya berhutang hanya untuk dua perkara sahaja, satu hutang rumah dan satu lagi hutang kereta. Dan aku pun sama seperti sipenghutang yang lain hujung bulan selepas dapat gaji terus bergegas ke bank untuk membayar hutang.

Hari ini merupakan hari sabtu yang pertama selepas hari gaji. Orang sangat ramai. Hari sabtu bank tutup. Proses membayar hanya dilakukan di mesin kemasukkan tunai (MKT)

Untuk rumah aku meminjam dengan public bank. Kebetulan, ketika aku sampai tiada orang di kaunter MKT. Jadi aku dengan pantasnya berjaya membayar hutang untuk bulan ini. Mungkin orang tak berminat dengan pinjaman public bank agaknya. Entahlah kenapa? Aku tak mau memecahkan kepala memikirkan kemungkinan itu. tetapi setau aku, public bank adalah sebuah bank dengan perkhidmatan kaunter yang cekap. masa menunggu sangat efficient. Mungkin diaorang buat kajian "Teori Beratur".

Kemudian aku pergi ke MKT bank untuk membayar kereta pula, kali ini bank yang terpilih ialah ambank. Nampaknya aku tidak bernasib baik kali ini. Barisan sangat panjang, tetapi aku tidak mau kembali ke sini esok atau lusa, jadi aku berpendapat eloklah aku beratur daripada datang pada waktu kali.

Sedang beratur tiba-tiba masuk seorang pemuda dengan bertopi dan bercermin mata gelap dan kelihatan sangat brutal terus beratur di belakang orang yang sedang membuat urusan di KMT. Ia tidak mengindahkan orang lain. Mungkin susun atur KMT di bank ini seolah-olah orang lain hanya beratur untuk satu KMT sahaja. Aku amat meluat dengan lelaki ini. Tetapi lebih baik aku berdiam diri, salah buat, kena pukul tak ke naya? Sudah banyak kejadian sebegitu aku baca di dalam suratkhabar.

Kebetulan atau sememangnya hukuman Allah, lelaki yang sedang berurusan di KMT dimana lelaki brutal berada dibelakangnya memounyai banyak sekali urusan. Mesin KMT disebelah silih berganti penggunanya. Tetapi lelaki di KMT lelaki brutal masih tidak berganjak!

Akhirnya, tiba jua giliran lelaki brutal, dan giliran aku sudah semakin hampir. Aku lihat lelaki brutal mula memasukkan wang ke dalam KMT. Dan, aku lihat KMT memuntahkan balik wang yang dimasukkan. Lelaki brutal mencuba lagi memasukkan wang ke dalam KMT. Tidak lama KMT memuntahkan balik wang lelaki brutal. KMT seolah-olah tidak mahu menelan wang yang dimasukkan oleh lelaki brutal. Setelah mencuba berualang kali, KMT masih macam tu, lelaki brutal terus blah!

Orang seterusnya menggunakan KMT itu membuat urusan dengan berjaya tanpa apa-apa masalah. Keadilan sudah pun ditegakkan oleh mesin!

Alangkah seronoknya kalau mesin-mesin ada semangat keadilan seperti KMT ini, pasti aman damai dunia ini.

Keadaan barisan di dalam bank kembali normal. Wajah-wajah di belakang ceria semula!

Masjid Al Makmur Kuantan






Sudah lama aku teringin solat di masjid ini. Sebelum ia di renovate aku selalu jugak solat di situ. Tetapi selepas renovate, aku kerapkali terlepas seolah-olah terlepas pandang. Semalam aku berjaya berenti selepas memasang niat jauh di hentian bandar muazam shah.

Inilah dia masjid Al-Makmur, Kilometer 16 Jalan Gambang Kuantan ( Sebelah Kem Batu 10)

Thursday, March 25, 2010

Masterpiece

Ini adalah hasil orang-orang yang bersemangat tinggi dan tidak hampa. Gigih dengan daya usaha, berkeyakinan, mempunyai kemahuan yang tidak boleh digugat, mampu berinteraksi dengan baik. halangan hanyalah ilusi. bersepakat. kuat bekerja. mengikut jadual. menepati masa. berinspirasi.

Akhirnya lahirlah:

AspirasiParagon Edisi Ke2


***lagu "I Always Love You" dendangan Vanessa May sedang berdegung di dalam telinga kerana aku pakai headphone.

***Siang tadi aku di tahan oleh supervisor!
Terimakasih Prof kerana mendidik aku....

Monday, March 22, 2010

now broadband@maxis

sebentar tadi duit dah terbang sebanyak rm150 untuk pendaftaran baru maxis broadband. aku amik package 3 GB dengan modem. Tempoh percubaan adalah 7 hari. Kalau aku memulangkan device dalam masa 7 hari duit akan dipulangkan.

Buat masa sekarang aku sedang belayar dengan broadband@maxis. performance sekarang sangat menyakitkan hati. Maxis masih berwarna hijau, bermaksud GPRS. Manakala modem broadband@celcom kat usb sebelah sedang berkelip-kelip biru (tandanya 3G).

Aku rasa macam x puas hati jugak dengan broadband@maxis nie. tapi aku sabor jer dulu. broadband@celcom masih belum di disconnect kan.


tengok siapa yang kena samada maxis @ celcom @ aku!

Gladiators Melayu

Menonton cerita-cerita kepahlawanan zaman greek. Aku merasakan manusia zaman itu amat tidak bertamadun. Melagakan manusia seperti lembu. Bahkan membina ruang teater yang besar untuk mempertontonkan kebrutalan itu kepada umum. Itu yang kita panggil sebagai gladiator.

Tetapi aku mula merasakan, tamadun mula wujud apabila manusia pandai berkomunikasi dan mengawal tingkahlaku manusia lain untuk kepentingan diri sendiri.

Tetapi aku heran dan pelik kerana gladiators juga pernah wujud disini satu waktu dulu. Yang aku maksudkan ialah ketika Hang Tuah dan Taming Sari atau dengan kata lain Gladiator Melayu vs Gladiators Jawa iaitu taming sari.

Mereka bertikam-tikaman untuk siapa? Untuk membanggakan tuan masing-masing dan juga untuk nyawa masing-masing. Kalau mereka menang, tuan mereka yang akan mendapat nama. Kalau mereka kalah, pasti kelemahan diri sendiri yang akan dipersoalkan.

Yang pasti, kalau dari sudut penerokaan aku di dalam layar perak, mereka adalah gladiator!

Entahlah! Siapa Peduli!

Sunday, March 21, 2010

Ini Basikal Aku





Mungkin aku akan pindah

malam ini aku sudah tidak berupaya lagi menahan sabar menunggu bait-bait masuk ke komputer dari rangkaian besar. Sekarang ini aku sedang meneliti pelan-pelan yang ditawarkan oleh maxis.

esok mungkin aku bukan lagi pengguna celcom broadband berdaftar.

setelah menjadi antara orang pertama yang mendaftar broadband disini ketika harga modem ialah rm800 sekali dengan pendaftaran, aku sedikit amat kecewa dengan perkembangan terkini celcom broadband.

seolah-olah tiada pembaharuan langsung.

hidup mesti berubah.

Thursday, March 18, 2010

Ubat Panjang Umur

Aku terbaca dalam paper, satu kajian barat mengatakan wanita yang memakan pil perancang keluarga lebih panjang umurnya dari wanita yang tidak mengambilnya.

terus terlintas dikepala tentang satu cerita kontra diantara kajian barat dan hadis nabi berkenaan dengan memakan organ haiwan. Akhirnya terbuka cerita sebenar, yahudi hanya mahu memusnahkan bangsa lain secara tidak sedar. Sedangkan mereka sendiri menjauhi dari memakan perkara sebegitu.

Aku cuba mengaitkannya dengan kajian terbaru itu. Mungkin ini satu lagi kaedah untuk mengurangkan umat manusia yang bukan yahudi di muka bumi ini. Entah! aku tidak tahu.

Yang pasti, harga pil perancang pasti akan meningkat bukan untuk merancang kehamilan tetapi merancang kematian.

Mungkin lelaki pun berebut membelinya!

Wednesday, March 17, 2010

Sketsa memilih kereta

Sebelum ini:

Aku selalu terfikirkan tentang kesusahan orang yang mempunyai banyak kereta. Kesusahan yang aku maksudkan ialah kesusahan untuk memilih kereta mana yang akan digunakan bila ada aktiviti luar.

Keluar dari pintu rumah terus lihat kereta yang berderet-deret yang mempunyai nilai yang setara. Jadi pasti susah untuk memilih kereta yang mana secara spontan, melainkan jika dibuat jadual terlebih dahulu.

Tak kan termenung dulu memilih kereta mana yang harus di guna. Adakah ia seperti memilih nak memakai baju yang mana? sedangkan baju penuh satu almari.


Sekarang ini:

Setelah aku mempunyai 2 kereta, aku dapati fikiran aku tentang "masa berfikir" tidak wujud sama sekali".

Kebanyakkan pemilihan sudah dibulatkan ketika terlintas di kepala satu perbuatan akan menggunakan kereta.

Selalunya pemilihan berdasarkan kepada keperluan perjalanan tersebut. Mungkin berapa ramai orang nak naik? Mungkin juga faktor minyak yang sudah hampir habis diambil kira. Mungkin jugak faktor, kereta itu sudah lama tak bergerak. Mungkin juga kerana senang nak keluar dari tempat parking?

Jadi tidak ada alasan untuk termenung memikirkan nak pakai kereta mana?

:D

Tuesday, March 09, 2010

Tulisan orang kaya..

Ini aku terjemah sendiri dari emel seorang kawan dari blog seorang jutawan muda singapura. Versi english ada di bawah:
--------------------------------------------------------------------------------------------
oleh Adam Khoo

Hampir semua orang tahu saya kerap berjalan sepanjang rantau ini, melawat dan membuat seminar di pejabat saya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Suzhou (China). Saya berada di lapangan terbang hampir pada setiap minggu, dan saya berjumpa dengan orang yang menghadiri seminar saya atau pun membaca buku-buku saya.

Baru-baru ini, dalam penerbangan ke KL, seseorang datang kepada saya dan kelihatan terkejut. Dia bertanya, "Macam mana jutawan seperti kamu, menaiki penerbangan kelas ekonomi". Jawapan saya ialah "Sebab itu, saya jadi jutawan". Dia masih lagi memandang dengan wajah bingung. Ini sekali lagi mengesahkan bohong besar tentang harta kekayaan (yang mana saya tulis tentangnya dalam buku terkini saya "Secret of Self Made Millionaires"). Ramai orang telah "dibasuh otak" supaya percaya jutawan mestilah memakai Gucci, Hugo Boss, Rolex dan duduk dalam kelas satu dalam penerbangan. Ini adalah sebab utama kenapa ramai orang tidak menjadi kaya, kerana pada saat dia memperolehi wang, mereka berfikir adalah normal untuk berbelanja lebih, meletakkan mereka kembali ke kedudukan asal.

Sebenarnya, jutawan kendiri ini amat berhemat dan hanya berbelanja kepada apa yang perlu dan bernilai. Itulah sebab mereka boleh menghimpun dan menggandakan harta kekayaan mereka dengan pantas. Untuk 7 tahun terakhir, saya menyimpan 80% dari pendapatan, sementara hari ini saya hanya menyimpan 60% (kerana saya mempunyai isteri, mak mertua, 2 bibik, 2 anak, etc untuk ditanggung). tetapi ia masih melebihi sesetengah orang yang menyimpan 10% pendapatan mereka (jika mereka bertuah).

Saya menolak untuk membeli tiket penerbangan kelas pertama kerana saya fikir ia amat membazirkan wang. Walau bagaimanapun, saya gembira membayar 1300 untuk menghantar anak perempuan saya yang berumur 2 tahun kepada kelas "Pidato dan Drama Julia Gabriel" tanpa berfikir 2 kali.

Apabila saya menyertai YEO (organisasi usahawan muda) beberapa tahun lepas (YEO ialah kelab esklusif yang terbuka kepada mereka yang berumur bawah 40 dan memperolehi pendapatan melebihi 1 juta dalam perniagaan mereka) saya dapati mereka yang jutawan kendiri berfikir seperti saya. Kebanyakkan mereka dengan pendapatan bersih melebihi 5 juta menggunakan kelas ekonomi dan sebahagian dari mereka memandu Toyota dan Nissan (bukan Audi, Merc atau BMW).

Saya sedari hanya mereka yang tidak pernah kerja kuat untuk membina kekayaan mereka (ada juga beberapa menteri dan anak-anak taikon dalam kelab) yang berbelanja seperti esok sudah tiada. Entah macam mana, bila kamu tidak mulakan dari bawah, kamu tidak pandai menilai wang. Ini adalah alasan tepat kenapa kekayaan keluarga jarang kekal sehingga generasi ke 3. Terimkasih Tuhan, ayah ku yang kaya ( oh tidak! aku seperti Kiyosaki) nampak kemungkinan yang teruk ini dan tidak memberikan aku satu sen pun untuk memulakan perniagaan.

Kemudian, sesetengah bertanya, "Apa guna banyaj wang, sedangkan tak menikmatinya?". Sebenarnya, saya tidak menemui kegembiraan dengan membeli pakaian atau perhiasan berjenama atau duduk dalam penerbangan kelas pertama. Kalau pun ia mengembirakan, itu hanyalah sementara. Ia tidak kekal selamanya. Kegembiraan material tidak kekal lama ia cuma memberikan penyembuhan cepat. Tidak berapa lama, perasaan teruk itu akan kembali dan harus membeli barang lain yang mana pada fikiran akan memberikan kegembiraan. Saya selalu berfikir jika kamu perlukan barang material untuk memperolehi kegembiraan, maka kehidupan kamu amatlah sedih dan tidak bermakna.

Sebaliknya, yang membuatkan saya gembira ialah apabila melihat anak-anak ketawa bermain dan belajar dengan cepat. Apa yang buatkan saya gembira ialah apabila syarikat dan pelatih bertambah dalam negara yang semakin bertambah setiap tahun. Apa yang saya gembira ialah apabila membaca emel tentang bagaimana buku dan seminar saya telah memberikan inspirasi kepada kehidupan seseorang. Apa yang buatkan saya gembira ialah membaca semua pos yang mengagumkan bagaimana blog ini telah memberikan inspirasi. Kegembiraan ini membuatkan saya merasa bagus untuk jangkamasa yang lebih panjang, lebih panjang dari apa yang Rolex dapat berikan.

Saya fikir, apa yang utama ialah, kegembiraan datang dari apa yang kamu buat dalam kehidupan (mengajar, bina rumah, merekabentuk, berdagang, memenangi pertandingan, ect) dan wang hanyalah produk sampingan.

Jika kamu bosan dengan apa yang kamu lakukan dan bergantung kepada wang yang diperolehi untuk membuatkan kamu gembira dengan membeli barang-barang, maka saya fikir kehidupan kamu tiada makna.
------------------------------------------------------------------------
By: Adam Khoo

Some of you may already know that I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia, Indonesia, Thailand and Suzhou (China). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.

Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked.
He asked, 'How come a millionaire like you is travelling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused. This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self Made Millionaires' ). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the
moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.

The truth is that most self-made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster. Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I
have my wife, mother in law, 2 maids, 2 kids, etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if they are lucky).
I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. However, I happily pay $1,300 to send my 2-year old daughter to Julia Gabriel Speech and Drama without thinking twice.

When I joined the YEO (Young Entrepreneur' s Organization) a few years back (YEO is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self-made thought like me. Many of them with net worths well over $5m, travelled
economy class and some even drove Toyota's and Nissans (not Audis, Mercs, BMWs).

I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club)
who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation. Thank God my rich dad (oh no! I sound like Kiyosaki) foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.

Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.
Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life.

Instead, what make ME happy is when I see my children laughing and playing and learning so fast. What makes me happy is when I see by companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries. What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired someone's life. What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this
BLOG is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.

I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be in teaching, building homes, designing, trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product.
If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaningless.

Sunday, March 07, 2010

Solar dan Angin

aku sangat percaya bahawa penciptaan battery adalah innovasi yang paling hebat. Hebat bukan kerana teknologinya yang hebat, tetapi hebat kerana ia adalah kaedah paling asas untuk menyimpan tenaga, dan membawanya ke sana ke mari dan masih lagi digunakan sehingga ke hari ini! Mungkin lebih hebat dari e = mc square.......(ntahlah)

Perjalanan aku dipagi ini disinari oleh mentari terik pukul 8 pagi. Sememangnya bumi kita sedang mengalami kepanasan yang hebat. Sepanjang perjalanan pagi tadi, aku melihat banyak lopak-lopak air yang sudah kering, banyak rumput-rumput yang kuning keemasan dan ada juga yang hitam kerana hangus terbakar. aku terdengar berita sesetengah negeri sudah mula membuat catuan air. tetapi di tempat aku masih lagi selamat, allhamdulillah, syukur dan puji kepada ALLAH yang memberkati tanah ku ini, walaupun hangat air boleh terasa hingga ke waktu dinihari.

Perjalanan aku pagi ini juga melintasi pantai yang sudah rosak, tetapi masih dihembus bayu pagi, menyentap rambut, tidak lah laju, dan tidak lah perlahan. Cukup untuk menyedapkan hati dan perasaan buat seketika dan mengeringkan peluh yang mengalir ditubuh.

Aku mulai perasan, inilah dua anugerah ditanah ini yang dibazirkan. Anugerah panas dan angin! Panas boleh menghasilkan tenaga dan angin juga boleh menghasilkan tenaga. Walaupun tidak banyak, tetapi kalau dilaksanakan pasti ada yang boleh dijimatkan dan pasti ada yang boleh diselamatkan. Kalaulah, tenaga ini boleh memanaskan air atau tenaga ini boleh menyejukkan rumah. Sudah pasti elektrik boleh dijimatkan, sudah pasti tasik kennyir tidak tenggelam.

Aku merasakan minda kita sudah lama di perangkap dengan kata-kata "kos yang mahal", sehingga kita tidak mampu untuk mencubanya atau gagal untuk berfikir dengan waras. Kata orang, belum cuba belum tahu!

Aku melalui, ILP gong badak, dan aku melihat kipas tenaga berpusing sangat laju. Aku melalui batu enam, sudah ada panel pandu arah bertenagakan solar.

Argh! mungkin ada yang tidak mahu kita tahu tentang kelebihan dua tenaga ini.

Friday, March 05, 2010

Di Ruang Yang Sempit Ini dan Jiran ku

diruang yang sempit ini aku cuba melemparkan jauh keluh kesah kerana dinding bisu berhaba ini membuatkan aku makin gelisah menunggu pagi datang kerana benak fikiran ku terbelenggu dengan tali ghaib kecelaruan kehidupan.

Senja tadi jiran rumah sewa ku datang memohon simpati katanya dengan ayat ku sendiri "tolong jangan bising!". Argh aku hanya tinggal 2 hari sahaja dalam seminggu di sini, mana mungkin aku sempat menganggu keindahan kehidupan orang lain. Tetapi aku hanya memohon maaf, aku tidak mahu keharmonian ini diganggu gugat, berkali-kali aku mengucapkan kata maaf.

Dalam ruang yang sempit ini, haba panas yang berbaur resah dalam hati terus silih berganti dan subuh yang aku nantikan semakin kurasakan jauh kerana waktu seakan beku dan tubuh seperti dikukus dan aku seperti udang dibakar walaupun tidak mati tetapi panas pedih menjalar hingga mengalirkan peluh dan aku seperti dijemur dibawah payung mentari detik dua belas.

Kata jiran ku lagi, berilah dia peluang, wife beliau baru empat hari meninggal. So tolong lah jangan bising. Aku hanya baru sampai subuh tadi, dan terus tido dalam keletihan. Anak dan isteriku pun, semuanya mengantikan tido. Dan aku meninggalkan mereka pada pukul 8 pagi untuk ke kuliah. Dan baru sekarang aku pulang, aku masih tidak faham pakah bentuk bising yang diperkatakan. Wife aku kata, semuanya OK jer!

aku masih bermain dengan akal dan nafsu mengumpulkan keresahan supaya aku jadi lebih kuat dan mengayam impian untuk memeluk bulan . antara pejam dan celik fatamorgana ini, ada bayu sejuk melingkari tubuh dan mata semakin terpejam, gelap pun datang dan aku tidak sedar apa -apa pun lagi!

Bila aku tersedar pagi ini, yang bising ialah bunyi anak-anak tangga kayu yang bertiangkan besi. Bila dipijak pasti akan berkeriut lah bunyinya. Kebetulan tangga itu diletak didinding, pasti bunyi itu akan bergerak ke rumah sebelah. Aku cuba meletakkan kaki paling perlahan, tapi ia tetap berbunyi. Anak ku yang paling kurus dan ringan juga berjaya mengeluarkan bunyi keriut di tangga tersebut, apatah lagi aku!

Nanti ku minta tuan rumah mengetatkan skru-skru ditangga itu!

Hidup mesti diteruskan, kematian bukan disebabkan oleh tangga, tapi tangga ini mungkin penghapus sedikit dosa menjelang kematian kerana ada hukumanNYA sudah dibalas atas dunia yang fana ini.


Wednesday, March 03, 2010

Serapah Pendekar Bujang Lapok

"Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin,
mambang berasal dari gunung si mambang, berdampinglah dengan ku wahai
si mambang, hanya itulah pesanku wahai si mambang"

- baca berulang kali samada dalam telaga buruk, rumah buruk atau atas kubur

pesan tok guru " kalau ada apa-apa datang, jangan takut jangan lari, itu semua hanya CUBAAN

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...