Friday, June 29, 2012

Semi FInal

Aku antara generasi yang banyak dimomokkan dengan propaganda perang USA. Antara yang popular ketika itu ialah perang Vietnam dengan siri "Nam-Tour of Duty" dan juga perang dengan german dalam siri "Combat". Watak USA digambarkan tidak begitu berdisiplin, dengan rambut yang kusut masai, tak suka pakai helmet askar, baju pakai singlet je, suka gaduh dalam kem tetapi kuat dan hebat serta selalu memang dalam pertempuran, Sebaliknya watak Vietnam dan German selalu dikaitkan dengan disiplin yang tinggi, baju yang sentiasa kemas dan lengkap, tidak pernah tak pakai baju atau hanya bersinglet, tetapi selalu kalah dalam peperangan mereka.  Dan aku rasakan propaganda ini amat berjaya ketika itu.

Kini aku sudah jadi sebaliknya!

.......

Setelah pasukan oren yang aku sokong terkeluar dari saingan EURO12, aku pun berpaling kepada kepada pasukan German, kerana  aku suka pada Hitler!. Malangnya, malam tadi mereka telah kalah dengan bermaruah!

........

Aku membuat kesimpulan pasukan yang aku sokong pasti akan kalah :D, kerana "sensor" aku selalu memilih untuk menyokong mereka yang kalah!

........

Pendapat orang lain dia punya hal lah....

Thursday, June 28, 2012

Musim Panas

Sekarang musim sedang menghampiri panas, di tambah pula dengan peningkatan kerosakkan molekul matahari (kata saintis), buatkan panas ini semakin panas, dan ia semakin "panas" dengan pelbagai isu mutakkhir ini.

Penemuan, rektor nuklear kuno di Gabon, Afrika pada 1972, amat mengejutkan, malahan kajian menunjukkan mereka mempunyai langkah-langkah keselamatan yang lebih baik dan yang paling penting mereka berjaya mencipta teknologi nuklear dengan sisa yang sangat sedikit berbanding dengan teknologi sekarang yang memerlukan satu kawasan yang lebih luas untuk menyimpan sisa nuklear!

Tapi aku bukan nuclear scientist, aku tak berminat dengan penemuan yang hebat ini, aku hanya seorang hamba yang mencari Khaliknya!  aku lebih ingin tahu, siapa mereka ini yang hidup 2,000,0000,000 tahun dulu yang mempunyai pengetahuan yang sangat hebat dan mereka sudah pasti lebih awal dari Nabi Adam. Dimana mereka sekarang? Apa yang berlaku kepada mereka?  ....



Sunday, June 24, 2012

Barat vs Timur


Di benua barat, orang pergi dalam filsafat dari bawah ke atas, dari kebanyakkan kepada persatuan, dari benda kecil kepada alam. Orang barat menyelidiki electron dan molekul, logam dan tumbuhan, bintang dan bulan untuk melihat kesatuan dunia. Dari dunia jasmani ia mendirikan jenjang ke dunia rohani. Dari pengalaman ia membentuk undang-undang yang umum. Bahagian-bahagian disatukan menjadi jumlah.

Di Timur, orang pergi dari atas ke bawah, orang turun dari dunia rohani ke dunia jasmani, menurunkan undang-undang kehidupan dari undang-undang umum. Kebanyakkan di pandang dari persatuan, waktu dari kebakaan, keadaan dari ketetapan. (Sanoesi Pane, 1934, 330)


-Lim, Kim Hui - Budi

Sunday, June 17, 2012

the ulek

aku sebenarnya sangat obses dengan lagu ulek mayang. bukan sahaja dengan lagunya tapi juga ulit nadanya yang kadang-kadang buat aku jadi bersemangat dan kadang-kadang buat aku seprti bersedih, sebuah lagu yang punyai banyak rasa!

  Ulekmayang by kurodakazima

Thursday, June 14, 2012

Euro 2012

Aku bukan sportman, apatah lagi peminat tegar bola sepak kerana sepanjang usia ini aku tidak pernah bersengkang mata menunggu sesebuah perlawanan bolasepak lewat pagi. Tetapi, entah macam mana mungkin sudah takdir, aku pernah menang sebutir cawan tembikar kunig berbunga putih dengan piringnya sekali dalam acara lari di atas bata peringkat sekolah rendah. Aku tak ingat darjah berapa, dan aku sangat pasti ketika itu bukan darjah 6! Antara acara tahunan yang aku join ialah "rentas desa" kerana wajib pada yang duduk hostel! Dan atas kehendak takdir juga, aku pernah mewakili sekolah menengah atas dalam acara hoki. 

Selepas sekolah, aku berjinak-jinak dalam sukan silat, tapi tak bertahan lama kerana Tok Guru suka pegang anu lelaki dari belakang. Kata rakan-rakan seperguruan, sesiapa yang dipegang oleh Tok Guru, akan menjadi lemah. Justeru itu, aku selalu mengawasi pergerakan Tok Guru dan akhirnya aku berhenti tanpa mandi minyak!

Selepas itu aku berjinak-jinak pula dengan sukan angkat berat! Oleh kerana tiada besi-besi seperti gym, aku membina peralatan sendiri, memasukkan simen ke dalam tin milo yang pelbagai saiz, sehingga badan ku terbentuk seperti arnold swashdsssseger. Tapi sekarang aku tidak lagi begitu!

Tapi, pada tahun  2012 ini, aku menyaksikan pasukan favorite aku sudah kecundang dari euro 2012 iaitu Belanda. Aku tak tahu kenapa aku pilih Belanda, tapi pagi tadi aku mendapat jawapannya, rupanya kerana aku suka warna oren! Tapi kata orang tua-tua cinta tidak perlukan sebab kan.....

DIY1000 - Panasonic Water Pump

  Haaaaaaa kat atas tu, adlah dua bende yang aku amik dr atas dan diganti dengan yang baru. Yang biru tu namanya tangki tekanan tinggi. Ada ...