Monday, September 23, 2013

Aplikasi Theorem Pythagoras

Ketika ini aku sedang rungsing kerana garaj kereta + store masih belum siap. dan tukang yang aku tunggu selama 3 bulan telah aku firedkan.

Petang tadi tukang baru datang dengan assistantnya, mengambil masa 2 jam sebelum berbuka untuk mengukur tapak. Dan hari ini sejarah tercipta, kerana tukang aku telah menyebut theorem pythagoras ketika membuat kerja-kerja mengukur "kesikuan". Aku tidak pernah mendengar seorang tukang pun pernah menyebut apa-apa theorem sebelum ini.


Thursday, September 19, 2013

Sebuah Dongeng Hampir Nyata

Malam tadi aku melihat 2 buat jentera angkasa yang berbentuk V terbalik, terbang melintasi ruang angkasa rumahku. Dan tiba-tiba, sebuah daripadanya meletup kerana di langgar sebuah droid. dan sebuah lagi masih lagi melilau-lilau disitu menunjuk lagak berani.

Setelah itu, aku mendapat tahu, droid itu dilancarkan oleh tentera malaysia dan jentera angkasa berbentuk V itu ialah mungkin sebuah jet tentera amerika. dan aku mendapat tahu kita telah diserang amerika.

Ketika peristiwa itu berlaku aku sedang menunjukkan sebuah teknologi baru kepada seorang kawan yang aku pasti memang lebih pandai dari aku kerana ia melihat ciptaan ku ini secara sambil lewa dan perbualan kami terhenti kerana tiba-tiba awan putih disulami langit biru tiba-tiba bertukar menjadi sebuah helikopter pengangkut yang besar, lantas menerjunkan tentera-tentera amerika ke bumi ku ini.

Aku masih tidak lari kerana ketika itu aku adalah seorang saintis dan aku terpegun dengan teknologi samaran itu. Dalam kekalutan itu, aku merasa mereka masih bodoh kerana membukakan penyamaran mereka ketika mereka mahu menurunkan askar-askar tadi. Aku merasakan ia adalah lebih baik jika penyamaran itu tidak dibuka langsung, jika berlaku sebaliknya aku hanya akan melihat, askar-askar yang tiba-tiba keluar dari awang dan langit biru. Itu lebih baik dan amat menakutkan.

Ketika itu juga aku terfikirkan kenapa tentera mereka tidak menggunakan teknologi samaran seperti helikopter pengangkut mereka. sedangkan itu lebih baik dari membiarkan kami nampak tentera-tentera mereka sedangkan mereka sudah pun menggunakan teknologi tersebut ke badan helikopter mereka. Kenapa tidak dipanjangkan sahaja kepada baju-baju tentera mereka.

Tiba-tiba, nama ku dipanggil beberapa kali diruh melarikan diri. Dan aku masih lagi keliru kenapa kampus yang berkait dengan kelautan ini menjadi sasaran. Apakah yang kami cipta disini?

nama ku terus dipanggil beberapa kali, dan aku menyahut sambil mindaku masih cuba menterjemah dan memahami kekeliruan ini.

Satu teriakan namaku yang kuat kedengaran!


Ahhh. Aku bermimpi lagi........

Wednesday, September 11, 2013

Jangan Jadi Lembu

Aku tidak mahu jadi lembu yang tiba-tiba masuk ke jalanraya ketika aku sedang meluncur laju dan memaksa aku menekan brek kecemasan. Setelah beberapa kali memberi hon lembu itu masih disitu seperti seekor raja dengan singahsananya. Dan aku terpaksa memulas stering kereta ke arah lain dan dia pun pura-pura berganjak dengan perlahan sekali.

Ketika aku sedang beratur cantik menanti anak balik sekolah seperti orang lain, ada sebuah kereta yang di pandu oleh orang yang mungkin ada kaitan dengan lembu di atas. Memandu dan terus berhenti ditengah satu-satunya jalan keluar yang ada disekolah itu. seorang perempuan keluar dari perut kereta lelaki berhati lembu , dan aku lihat beliau melilau-lilau mencari sesuatu, mungkin anak si lelaki berhati lembu itu atau mungkin anak nya juga. Dan aku terus memerhati, Sebuah kereta ingin keluar dari barisannya, dan bersusah payah memulas stering mencari ruang kosong antara kereta lelaki berhati lembu itu. Kereta lelaki berhati lembu itu, masih disitu tidak bergerak seperti tiada apa-apa, persis lembu yang aku temui tadi. Dan, kereta itu berjaya menyelit keluar,

Sebuah kereta lagi ingin keluar, tetapi kali ini, laluan beliau amat sukar, kerana sedikit dihalang oleh lelaki berhati lembu itu, satu hon dibunyikan, bukan dengan segera, kereta lelaki lembu itu bergerak sedikit ke depan memberi ruang kepada kereta yang ingin keluar. Tapi kereta itu hanya mampu mengeluarkan bontotnya sahaja. Satu lagi hon dibunyikan, Dan kereta berhati lembu ini, bergerak sedikit-sedkit dan akhirnya berlalu. Kereta itu keluar dengan jayanya. Dan aku lihat kereta lelaki berhati lembu ini kembali disitu !

Maaf, aku tidak memarahi manusia itu, aku cuma memarahi lembu yang ada dalam diri mereka.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...