Monday, October 24, 2016

Oh TNB Ku

Penantian selama hampir 4 bulan kini sudah berakhir. Semalam, aku telah menerima bil tnb yang berjumlah sebanyak 813 hinggit.

Huh, mana nak cekau duit nak bayar sekaligus. Hari ni menggunakan perisian OG1Asean, aku bayar je dulu sebanyak RM200. Itu je yang aku ada.

Kalu TNB dah beria sangat nak potong nak buat camner kan! kan! kan!

Anyway menggunakan OG1Asean aku dah dapat jimat 10 hinggit, saper nak beri kan! kan! kan!

Friday, October 14, 2016

Internet Laju

Sekarang aku guna tm streamyx 2mb, mula-mula guna dulu rasa macam laju dan tak putus. sekarang aku rasa tidak berbaloi dengan bayaran aku buat. Rasa nak potong je line internet ni. Tapi suatu masa nanti akan aku potong jugak! beringatlah wahai telekom, customer akan hilang sorang!

Giliran aku nak capai internet je, line macam putus-putus, hampeh betul. Tambahan pula bila semua orang dalam rumah start capai internet. Lagi la giler dia punya perlahan. Aku memang dah fedap!

Tapi aku tak de alternative lain sekarang ni! So terpaksalah bersabar dengan keadaan ini dengan bangun awal awal pagi untuk capai internet dan buat kerja ak. Orang lain bangun semayang tahajud, aku lak bangun capai internet, kira adalah perasaan kesal jugak!

Bila aku cari-cari, aku tengok maxis macam best je homeplan dia! tambahan abg ipar aku kat kayel pun guna line tu. Memang best. malangnya kat tempat aku tak de package tu, maxis suruh regis bb. Alahai buat apa?

Maxis, bila nak datang sini, biar telekom sedar diri sikit!

Benci aku!

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...