Tuesday, August 30, 2016

Merdeka 59

Selamat menymbut ulangtahun kemerdekaan yang ke 59.
Semoga merdeka jiwa
merdeka raga,
merdeka segala-galanya

Wednesday, August 10, 2016

Damailah Disana Sahabat

Entah mengapa, aku tia-tiba teringat pada arwah. Aku cuba menelefon beberapa kali, tapi tidak berjawab.

Aku menelepon isterinya, dan menerima jawapan dia sudah tiada.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedutan dari harian metro 10 Disember 2015

Marang: “Biasanya arwah hanya akan terbang apabila saya berada bersamanya, tetapi kali ini dia melakukan penerbangan tanpa saya,” kata Wan Johairah Jaafar, 43, isteri kepada Mohd Asri Ismail, 46, yang maut selepas paramotor dinaikinya terlanggar benteng sebelum jatuh ke dalam sungai.
Dalam kejadian jam 6.30 petang di Pengkalan Bukit Datu, Bukit Tunggal di Kuala Nerus, kelmarin, Mohd Asri meninggal dunia akibat lemas.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
Rakan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya patah tangan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Paramotor dinaiki Mohd Asri dan rakannya terlanggar benteng ketika mereka cuba melakukan penerbangan sebelum terjunam ke dalam sungai.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alfatihah aku sedekahkan, semoga aman disana.

Al-Fatihah..

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...