Monday, June 03, 2019

Jean Reno

Jean Reno memang tidak pernah mengecewakan. Pendapat ini datang dari 3 filem beliau yang aku pernah tonton. Mula terjebak dengan Jean Reno melalui Leon: The profession. Sebuah filem lama keluaran tahun 1994. Beliau memegang watak sebagai pembunuh upahan yang melatih seseorang untuk penerusan legasi beliau. Seterusya aku terkena pulak dengan filem Wasabi, kisah seorang polisperancis yang bermasalah dan mencari kebenaran di bumi Jepun. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2001. Dan hari ini, aku menonton pula The Immortal atau 22 bullets, iaitu kisah seorang mafia yang mencari jalan pulang. Filem keluaran 2010 ini juga tidak mengecewakan. Selain dari Tiga ni, ada banyak  lagi filem lakonan beliau. Tapi aku belum ada masa. Tontonlah 3 filem di atas pasti menghiburkan.

Saturday, June 01, 2019

Niat dalam Hati

Aku teringat waktu menyambut puasa adalah dengan debaran dan apatah pula nak menyambut raya lagi lah thrill. Budak budak sekarang dah tak de thrill seme tu. Setahun nak puasa dah tahu dah puasa jatuh hari apa, raya bape haribulan semua dah dalam pengetahuan. Tak syok langsung. Kalau dulu ada juga can nak doa supaya anak bulan tak nampak. Sekarang mana ada dah.  Dulu - dulu berebut duduk depan tv nak tunggu pengumuman dari pemegang mohor. Ye lah! Masa tu baru tau jadi ke tak jadi. Sekarang dah tak perlu dah. Job spec pemegang mohor pun dah boleh ubah tu.
Cukuplah tu nanti sambung!

Aku dia dan Lagu (Ramadhan Akan Pergi)


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...