Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Wednesday, April 29, 2009
Komplot - Episod 3
Aku memandang ke arah Choke. Si putih yang jiwanya rosak akibat kehendak kebendaan ibu dan bapa. Tapi silap kalau menyalahkan mereka, kerana mereka menafsirkan dunia seperti kehendak kapitalis. Jadi anak seperti si Choke ini lah yang akan menjadi mangsa. Siapa tidak kenal ayah Choke, Datuk Doktor Syakirin? Manusia melayu pertama mendapat anugerah tertinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia kerana idea dan sumbangan ketika krisis kemanusiaan di Timur barat dan manusia pertama menemui kaedah pembedahan tulang belakang dengan risiko 0.
Kejayaan ayahnya selalu diperdengarkan ditelinganya semenjak dia masih kecil. Ini menambahkan bosan dan akhirnya dia menjadi penentang yang sejati. Apa sahaja yang berkaitan dengan doktor pasti akan dibencinya! Choke tidak pernah bercita-cita menjadi doktor bedah seperti kehendak ayahnya. Dia ada misi dan visi yang lebih hebat. Dia ada cita-cita yang lebih tinggi. Dia mahu menjadi jurutera yang punyai enjin sendiri. Amarah ini lah yang membentuk Choke seperti hari ini.

Monday, April 27, 2009
Komplot - Episod 2
Kehangatan bilik kian terasa menyucuk di kulit di tengah-tengah ekuinok. Baju dipakai sedikit lembab dengan peluh yang memercik. Peluh panas dan peluh sejuk! Kata guru geografiku, ketika ini matahari tepat di kepala di kawasan khatulistiwa. Mungkin benar! Musim panas memang telah datang,rumput-rumput di sekeliling hostel ku lihat kekuningan ketika aku berjogging petang tadi. Marah hati makin bergelegak disulam oleh kehangatan malam yang ku rasakan sedikit panjang untuk malam ini. Tuman masih tidak muncul!
Kami berenam, masing-masing diam membisu seribu bahasa melayan perasaan sendiri. Mungkin mengenangkan peristiwa sebentar lagi yang akan menjadi sejarah buat kami dan juga sejarah hitam buat manusia yang bernama Tuman itu. Dan kami adalah pencipta sejarah itu. Dan Tuman adalah "colateral damage" kepada sejarah yang kami akan ciptakan nanti. Atau mungkin, kami sedang mengyerap bait-bait ketakutan agar rahsia kami di bilik ini tidak pecah di ketahui umum. Biar pecah di perut, di mulut tidak sekali ia terkeluar. Sebab itulah kami semua diam di posisi masing-masing. Ah! sempat aku mengarut dalam situasi yang membahang sebegini.
Kecuali aku, kesemua mereka datang dari daerah ini. Dan mereka bukan anak orang biasa seperti aku. Kalau pun mahu dibandingkan aku dengan mereka adalah seperti langit dan bumi. Walaupun kami satu level tingkatan, tapi mereka adalah lebih senior daripada aku, kerana aku masih lagi baru menjadi pengungsi di sini. Sedangkan mereka semua sudah betah dengan asam garam kehidupan di hostel ini. Segala undang-undang yang ada di sini, pada mereka hanyalah bidak percaturan mereka. Mereka sudah lali dengan hukuman yang dikenakan kerana kelemahan peraturan yang selalu mereka permainkan. Dan mereka semuanya sememangnya “hati kering”.
Rocks lahir dalam golongan elit kelas atasan. Seorang yang panas baran pada awal remajanya kerana sering ditinggalkan oleh ibu dan bapanya yang selalu keluar negara. Seorang yang pendiam. Tidak pernah sekalipun meninggalkan kelas Tae Kwon Do, kerana di situ beliau boleh melepaskan geram. Ada cerita tentang Rocks yang sangat hebat dan beliau disanjungi kerana cerita yang amat luar biasa itu. Di katakan, malam pertama Rocks di hostel ini, beliau telah membelasah 3 orang senior yang cuba membuli tetapi akhirnya beliau terpaksa lari mencari warden apabila 3 senior tadi tiba-tiba bertukar menjadi satu team bola sepak. Kes di tutup begitu sahaja selepas sessi bermaaf-maafan.

Sunday, April 26, 2009
Komplot - Episod 1
Malam itu aku sudah siap berkasut adidas "high cup" yang baru ku tukar tapaknya dengan tapak berharga RM30. Berat dan keras ku rasa tapak kasut itu. Tapi kerana ada 3 jalur putih di atasnya, aku teruskan juga memakai kasut itu dengan egonya. Malam ini kasut itu pasti akan menagih darah!
Minggu lepas, mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan hukuman ini. Aku telah diminta menjadi executor. Dan aku tidak pernah lagi mengecewakan mereka. Aku adalah penguat semangat kepada rakan-rakan lain. Aku tak boleh menolak. Tanpa aku, operasi ini akan gagal, dan yang pasti aku akan menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan kalau pun bukan untuk di panggang!
***
Manusia malang malam ini ialah Tuman. Tuman budak kampung yang berjalan terhenjut-henjut macam samseng. Butang baju kemeja sebelah atas memang tak pernah dikacing. Hujung baju kemeja belakang dibiarkan lepas keluar, sama panjang, dengan ekor tali pinggang yang juga dibiarkan terjuntai.
Melihat gaya itu sahaja sudah cukup sakit hati. Tetapi hati makin sakit apabila melihat Tuman memakai baju kepunyaan rakan-rakan yang lain. Baju western kotak-kotak warna coklat jenama Levis yang aku pasti milik aku. Kadang-kadang t-Shirt cap buaya warna biru muda yang aku pasti milik Tuan Brahim. Kadang-kadang beliau memakai topi softball team Jepun jenis Reebok yang hanya dimiliki oleh Brother Kamal. Ah! Sakitnya hati melihat gelagat Si Tuman itu.
Hari ini, marah kami terhadap aksi dan perangai Tuman sudah tidak di kawal lagi. Kalaupun barang-barang kami yang dicuri tidak kembali. sekurang-kurangnya hati kami puas. Tuman mesti di ajar, dia mesti diberi amaran pertama. Walaupun hati kasihan, tapi demi gah dan megah, Tuman mesti "dikembalikan ke pangkal jalan" walaupun dengan cara yang sukar.
***
Aku dan 5 penghukum yang lain sudah lama menunggu di bilik. Hawa dalam bilik yang tertutup itu sedikit bahang. Sebahang hati kami yang sedang menunggu Tuman. Kemarahan hati di gandakan supaya kami boleh mengerjakan Tuman sebaik mungkin, no-mercy! Aku berdiri di satu sudut dengan topi yang menutup muka. Dan rakan-rakan lain sudah berada di posisi nasing-masing yang dirasakan sesuai!

Friday, April 24, 2009
Tube Ubat Gigi
Aku fikir! Barangkali semua orang-orang lain pun fikir macam apa yang aku fikir ini. Tube ubat gigi besar ialah untuk orang yang mempunyai keluarga yang ramai. Dan saiz tube ubat gigi ini berkadar terus dengan saiz penggunanya. Itu pada fikiran aku.
Satu hari aku terpaksa membeli tube ubat gigi kecil (aku beli yang jenis baru dan ada ciri-ciri resepi kampung yang dijamin halal) sebab aku nak guna untuk diri sendiri di luar daerah. Jadi hypotesis di atas sudah ada sedikit kebetulannya. Tetapi tube ubat gigi tersebut tertinggal di daerah berkenaan.
Balik ke tempat sendiri, aku merindui tube ubat gigi tersebut, lantas aku membeli satu lagi tube ubat gigi yang kecil jenis yang sama yang aku tertinggal dulu untuk kegunaan sendiri. Ahli keluarga lain mungkin tidak akan guna tube ubat gigi baru ini kerana mereka sudah biasa dengan ubat gigi yang popular itu. Jadi, sekali lagi hypotesis aku betul.
Selepas Tube ubat gigi popular habis, secara drastik, ubat gigi jenis baru telah dijadikan ubat gigi rasmi. Jadi terpaksalah membeli yang bertube besar, sebab pembelian kali ini adalah untuk kegunaan ramai. Nah! sekali lagi hypotesis aku di atas sudah betul.
Sekarang aku mempunyai dua tube ubat gigi yang sama jenis tetapi berbeza saiz, satu bertube besar dan satu bertube kecil yang hampir habis. Jadi aku boleh menggunakan kedua-duanya secara bebas mengikut capaian tanngan tanpa apa-apa sekatan. Aku dapati, tube kecil mempunyai mulut yang kecil dan tube besar mempunyai mulut yang lebih besar. Dengan kadar picitan yang sama, kedua-dua tube memberikan hasil yang berbeza, dimana tube besar akan mengeluarkan lebih banyak ubat gigi berbanding dengan tube kecil. Jadi ubat gigi besar akan cepat habis walau digunakan oleh bilangan yang sedikit. Sekarang hypotesis aku sudah tidak betul.
Tube ubat gigi besar bukan untuk keluarga besar sebenarnya, tetapi untuk yang berwang besar sebenarnya! Itulah kesimpulan dari kajian ini.

Thursday, April 23, 2009
Dalam Istikharahku
Ya Allah, Sesungguhnya aku manusia yang melampau! Aku memohon itu dan ini kepada Mu. Aku memohon segalanya kepada Mu mengikut hawa nafsu ku. Tetapi aku tidak pernah peduli apakah yang aku pohon itu sesuai dengan tubuh badan ku? Aku mohon keampunan mu Ya Allah di atas kealpaan aku ini.
Ya Allah, yang maha mencipta, yang menciptakan manusia dari segumpal tanah, dan zuriatnya dari setitis air mani. Aku mohon Engkau tunjukkan aku jalan yang lurus. Berikanlah kepadaku yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang ada, sesungguhnya Engkaulah yang maha mengatur akan sesuatu. Engkau yang memberikan rezeki kepada ku.
Ampunilah dosaku. Ya Allah. Amin

Sunday, April 19, 2009
OO Programming
menyusun lego adalah lebih hebat dari OOP kerana lego bermula dengan tiada bentuk apa-apa melainkan kotak yang berbintik, berbanding dengan OOP yang telah mempunyai bentuk tertentu seperti bentuk frame, butang dan sebagainya.
Menyusun lego tidak memerlukan apa-apa syarat, asalkan jadi sudah!! tetapi OOP mempunyai banyak syarat yang dikenali sebagai OOP principal.
Kalau aku diberi pilihan, walaupun lego lebih senang untuk disusun, aku memilih menyusun objek dengan syarat-syarat ketat dalam OOP.

Kupik
Aku menelefon seorang kawan bertanyakan tentang nombor telefon seorang kawan yang lain. Lalu aku meminta beliau mengSMS nombor tersebut. Tetapi beliau beliau menyuruh aku menelefon balik kerana katanya tepon beliau tak de kredit. Setau aku, tepon beliau bukan jenis prepaid!!
Aku mengSMS seorang kawan, bertanyakan tentang satu berita yang amat gempar. Beliau tidak menjawab SMS tersebut sedangkan berita itu sebenarnya datang dari mulut beliau yang aku dengari dari mulut orang lain.
********************
Kupik sungguh!!
********************
Kalau semua orang berfikiran seperti beliau ini, maka tidak akan untunglah penyedia perkhidmatan telefon mudah alih. Dan yang paling penting, tak ada lah hubungan silaturahhim.Kata orang , kita hidup kerana kesudian untuk memberi dan menerima, hasilnya kita dapat suasana menang-menang. Kalau asyik beri jer, dan asyik kalah jer, pasti letupan akan berlaku nanti.
Faham-faham je lah!!

Thursday, April 16, 2009
Hampa
Berdiri di halaman ini, menatap bait-bait penuh makna seorang sasterawan yang hilang, minda bercelaru dan kosong.
Kenapa boleh ada kekosongan ini setelah kita meninggalkan kekosongan dulu. Ah, hati berkata itu tidak pelik dan asing!.
Dan, aku teringat kata-kata hamka, kalau singa jadi pemimpin kambing sudah pasti satu dunia akan ditawannya. Apakan daya! bangsa singa ku hanya di pimpin oleh si kambing!

Monday, April 13, 2009
Preface & Appendix
the nigh was faulty,
it knock the end of another gloomy twilight
and in the deepest of silence!!
-preface
Ahh!
the silence was deafening,
resemble the turning point of a struggle
..and the dream goes on
-appendix
cromok - defeaning silence

Sunday, April 12, 2009
Ulu sepri 2
merah buat penyeri muka
senyum terus meniti di bibir
kasih sayang jadi milik semua
kita bebas terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta
kita bebas terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta
Friday, April 10, 2009
Wisdom of George Carlin
The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness. We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often. We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things. We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less. These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete... Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever. Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side. Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent. Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you. Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again. Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind. AND ALWAYS REMEMBER: Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away. George Carlin
Thursday, April 09, 2009
Mimpi
Aku sering bermimpi yang bukan-bukan! Argh mimpi itu mainan tido. Lupakan sahaja mimpi itu atau mungkin disimpan sebagai "saat yang indah" jika perlu.
Aku mulai perasan mimpi-mimpi yang hadir kadang-kadang adalah cerita yang bersambung-sambung. Tapi sayang aku lupa semua cerita dalam mimpi itu.
Kadang-kadang aku jugak perasan, mimpi yang hadir adalah mimpi yang sama tapi versi berbeza. Dan ketika terbangun dari "cerita" yang seronok itu, mindaku mengaku pernah alami mimpi yang sebegitu tapi ada sedikit perbezaan.
Pernah dulu aku bermimpi menjadi pemandu bas pelancong. Bas ku pandu sangat laju, semua penumpang duduk diam, sehingga aku mengambil satu selekoh tajam dan berjaya. Lalu memberhentikan bas tersebut. Semua penumpang turun dan merayakan kejuaraan aku mengambil selekoh yang tajam tersebut.
Tadi malam, aku mengalami mimpi yang sama tapi versi kedua. Aku masih lagi pemandu bas pelancong. Aku pun masih sama memandu dengan lajunya. Tetapi kali ini, penumpang yang aku bawa, tidak duduk diam seperti mimpi dulu sebaliknya ramai nak duduk di hadapan, melihat pemandangan sambil melihat aku memandu. Keadaan kecoh sekali. Dan aku pun terpaksa jugak mengambil selekoh tajam seperti mimpi dulu. Tapi kali ini selekoh tajam yang ditepinya adalah bangunan-bangunan dan peniaga gerai di kiri dan kanan.
Dan dalam versi ini aku tidak berjaya mengambil selekoh tersebut, ada beberapa peniaga yang dilanggar. Semua penumpang turun dan memarahi aku. Ada yang cepat-cepat melihat siapa yang cedera!!
Aku sendirikah pengarah kepada cerita dalam mimpi ini?
Wednesday, April 08, 2009
Bumper Talian Kasih
Ada sepasang bumper yang dipasang tidak berjauhan di antara satu sama lain. Aku memanggilnya bumper talian kasih. Setiap kali kereta lalu disitu pasti akan berselisih dengan kereta dari arah bertentangan ditengah-tengah antara kedua-dua bumper tersebut dalam keadaan perlahan. Dalam keadaan perlahan itu, pasti mata akan memandang kereta sebelah dan sudah pasti tuan kereta sebelah pun akan memandang kita dan sekurang-kurangnya dapat melihat wajah pemandu di sana.
Argh!! jangan taburkan cinta di laluan ini!
Tuesday, April 07, 2009
Berapa lama viper nie tahan?
Hampir 3 hari hujan lebat. Pernah satu malam, aku memandu sangat perlahan kerana kereta kat depan pun perlahan. Aku nak memotong, tapi apa kan daya, hujan yang renyai-renyai membuat aku tak dapat mengagak jarak kereta di depan di tambah pula oleh viper kereta yang macam gampang!! Cuba bayangkan memandu sambil tunduk melihat di celah cermin paling bawah dekat dengan dashboad, kerana tempat itu sahaja jelas nampak lebih jelas.
Hari ini aku ke kedai Yeow, tempat aku selalu beli spare part kereta. Aku tanya viper paling mahal. Katanya kalau nak yang 50 pun ada. He he he he! dah melampau sangat soalan rupanya. Aku rendahkan tawaran tanya soalan lain pulak. Ada tak viper yang lasak sikit!
katanya, kalau yang 30 ringgit satu pun dah lasak dah. Tambahan pulak buatan jerman. Aku pun angkatlah sepasang. hangus jugak lah 60 ringgit. Tapi katanya, lepas nie, boleh jer beli refill.
Semasa stafnya sedang pasang viper tu, aku tanya lah tip yang patut untuk menjaga viper supaya lebih lama. Kata beliau, kalau parking angkat je lah viper jangan kasi sentuh cermin. Alas!! kalau tips tu aku pun tahu!
Tapi tak pe lah, at least aku nak tengok berapa lama viper mahal nie tahan bermula dari hari ini.
Rumah Bapaku - Episod 2
Rumah baru bapaku tersegam indah. Terwarnakan dengan warna asli kayu pada semua binaan. Rumah lama masih tidak dirobohkan. Sebuah jejantas dibina untuk menghubungkan kedua-dua binaan tersebut. Rumah lama dijadikan dapur sementara. seingat aku 'sementara' itu mungkin dalam tempoh hampir 3 tahun agaknya. Mungkin budget tiada dan kami makan semakin banyak kerana keperluan zat kami makin meningkat dan perut kami semakin banyak ruang!!
Dari tepi, rumah itu sudah seperti keretapi, sangat panjang dan lebarnya tidak sepadan. Gabungan yang memang tidak serasi. Rumah baru berwarna coklat kayu, rumah lama berwarna hitam legam. Tapi mungkin rumah lama itu sangat nostalgic pada padangan ayahandaku. Peneroka yang membuka tanah dengan kudrat sendiri, dalam hutan yang amat jauh dari pekan, mungkin lebih ramai komunis mati disitu dibaham harimau berbanding mati dalam perang. Ahh Mungkin disitu, kasihnya tumpah!
Akhirnya sambungan itu dibubarkan dan 'sementara itu' di sahkan sebagai sementara setelah hampir 3 tahun, kerana ada permintaan untuk disewakan. 2 beranak berkelana mencari rezeki halal memohon tinggal di situ. Kata emak, jika bukan kerana haji itu seorang yang warak, pasti rumah itu tidak diberikan. Argh!! desakan hidup waktu itu, memaksa orang yang tidak pernah kenal kelapa sawit, menurut gelombang kapitalis, tetapi berpatah arang berkerat rotan tidak sama sekali. Atau! desakan hidup jugak yang membenarkan rumah lama yang menyimpan kenangan itu disewakan, walau pun perlu mengecilkan ruang yang sedia ada!
Justeru itu, dapur kami dipindahkan ke sebuah bilik di satu sudut hujung di dalam rumah baru. Aku bernafas lega, kerana tidak perlu lagi merempuh angin malam yang sejuk ketika melintas jejantas untuk ke dapur. Tambah-tambah lagi ketika aku kelaparan di tengah malam dan angin itu semakin sejuk dan mendebarkan hati.
2 tahun disitu, mereka berpindah balik kampung. Anak itu kini sudah bergelar usahawan barang letrik di batu 6. Akhirnya rumah lama itu dibiarkan kosong. Kenangan lama bersama rumah lama itu mungkin sudah jadi usang seusang rumah lama itu. Ia tidak lagi dihiraukan. Senget dan menunggu masa untuk runtuh. Tidak berbaloi untuk membetulkan yang senget itu.
Aku tidak ingat tempoh sebenar penggunaan dapur baru tersebut. Tapi aku pernah jatuh dari tingkap dapur tersebut ke dalam air "chor" ketika "terjunga-junga" bermain air hujan yang menitis dari atap dapur itu. Ah budak nakal, alah bisa tegal biasa. Kesakitan jatuh hampir 0%, malah keseronokkan berganda berkubang dalam air "chor" yang bercampur air hujan yang ada sedikit jernih pada hari itu. Kalau hari-hari biasa takkan ku terjun ke situ. :D
Akhirnya, sampai waktunya, tukang baru pun diupah, membina tambahan dapur baru menjadi sasaran. Kali ini, bukan orang jauh yang di upah, hanya abang ipar ku sendiri. Aku pun ketika itu sedang menunggu result satu peperiksaan besar. Jadi aku pun turut menjadi buruh paksa rela kepada projek baru ini. Akhirnya, nak kata siap, nampak macam tak siap, nak kata tak siap, nampak cam siap. Tapi begitulah kalau dah suruh saudara mara buat kerja. nak suruh lebih-lebih, dia kan sedara!! Tapi bolehlah start makan besar kat situ. Ruang dapur baru yang amat besar!!
Sunday, April 05, 2009
Rumah Bapa Ku - Episod 1
Sedalam ingatan ku, hanya rumah inilah yang menjadi tinggalan bapaku. Rumah asalnya tiada dalam memoriku. Kalau pun ada, hanya sedikit-sedikit kehitaman tanpa bentuk, Agh lupakan rumah asal itu walaupun aku dilahirkan di situ kata ibu ku.
Sedalam ingatan ku, untuk menjadi seperti bentuk sekarang, rumah bapaku ini telah menjalani beberapa perubahan. Tapi sebetulnya, tiada perubahan dari yang asal kerana bapaku membina sebuah binaan baru tidak sama sekali mengubah yang asal itu. Ringkasnya, merombak rumah asal itu dan membina yang baru. Atau lebih tepat lagi, dia tidak terlebih dulu merombak yang lama, tetapi terlebih dahulu membina yang baru. Sehinggalah sampai waktunya, barulah yang lama itu dirombak.
Kalau aku tidak silap, rumah baru dibina ketika aku sudah bersekolah rendah. Mungkin kerana saiz keluarga kami yang semakin ramai dan saiz badan kami yang semakin besar. Rumah lama tidak cukup luas untuk menampung kami semua. Itulah wawasan bapaku.
Seingat aku, 2 orang tukang diupah untuk membina rumah baru ini, kerana makan dan tido mereka ditanggung oleh bapaku. Mereka makan apa yang kami makan dan tidak banyak songel. Tapi menghormati tetamu budaya kita, aku pun turut merasai tempias penghormatan itu apabila turut sama makan makanan yang luar dari kebiasaan dan mewah itu!
Seingat aku, pembinaan rumah baru bermula dengan membina ibu rumah. Aku tak tau apakah bentuk rumah itu sepatutnya. Kerana aku tidak pernah melihat tukang-tukang ini membuka blueprint atau apa-apa drawing yang berkaitan. Cuma, kadang-kadang aku melihat mereka, melakar-lakar di tanah sambil menganguk-anguk kepala. Apabila aku meninjau lakaran tersebut, tiada bentuk apa-apa pun melainkan cakar ayam sahaja. Dan aku tidak dapat sedikit pun mengaitkan lakaran tadi dengan apa-apa sudut pandangan dalam ilmu geometri ketika itu. Ah lakaran pandangan dari angkasa agaknya!
Apabila ibu rumah siap dipasang, rekabentuknya mulai kelihatan, aku mulai tahu rumah baru ini hanyalah berbentuk empat segi dengan bumbung biasa rakyat marhaen. Resmi tukang dahulu ialah memasang atap apabila kerangka siap berbeza sama sekali dengan binaan rumah batu sekarang, siapkan dinding dan atap paling akhir. Justeru atapnya siap di pasang, tukang rumah terus merasmikan rumah itu walaupun masih tiada dinding dan lantai. Mereka terus berpindah ke satu ruang yang mereka siapkan untuk mereka dan juga untuk alat-alat mereka. Selepas itu, aku turut melihat makan minum mereka juga disitu.
Selepas memasang lantai seterusnya memasang kerangka pintu dan tingkap, seterusnya dinding dan tingkap dan daun pintu, akhirnya memasang syiling. Tukang kemudian, memasang dinding untuk membina 3 bilik, bagi kami semua. Rumah baru bapaku pun siap. Rumah yang aku rasakan besar ketika itu, ruang tamuyang mampu menampung 100 orang untuk kenduri tahlil, mungkin untuk menghadapi kematian nanti!
Saturday, April 04, 2009
Kalam Kasturi
Bersantai dengan Kalam Kasturi - Ramli Sarip , adalah bingkisan dari orang biasa kepada orang biasa. Menusuk masuk ke lubuk hati menjalar hingga ke tulang hitam orang biasa seperti aku. Argh! Lucutkan sahaja gelaran sinonim beliau itu.
Thursday, April 02, 2009
Prihatinkah Kita?
Naik Putra-LRT aku ternampak signboard yang berbunyi:
"Tempat duduk ini dikhaskan untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita mengandung, Tidakkah kita prihatin?"
Aku cuba snap gambar tu, tapi ketika tu aweks sangat ramai duduk kat situ. So aku pendamkan sahaja hasrat ku itu.
Aku cuba menjawab soalan yang diberikan. Permandangan mula merayap ke dinding-dinding yang lain. Oh! ya, sebelah hujung gerabak ada lagi 3 seat yang diperuntukkan. Aku mula mengira, kalau satu coach ada peruntukkan 6 seat, maka satu putra-lrt pasti akan ada 24 seat, jika ada 4 coach.
Jadi jawapannya ialah kita memang tidak prihatin!! Sepatutnya semua seat adalah untuk mereka. Tapi kebenaran untuk duduk diberikan jika mereka tiada. Barulah betul-betul prihatin!
Betul tak?
Menyelami Lirik Anak-anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang di bawah mentari sumbing sambil bernyanyi lagu ketakutan hari-hari ini. Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri. Selamatkan anak kita dari padang jerangkap samar, order baru politikus usang. Anak-anak kitakah yang bermain di hutan belukar dengan senapang kayu ubi cambah tak kenal bahaya. Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang bila petang kerana terlalu sibuk main lastik dan berpistolan, pistol-pistolan. Jaga-jaga anak kita jangan sampai jadi hamba, jaga-jaga anak kita, kita ini orang merdeka. Panggilah mereja pulang, ayah nak ajar tentang kurang ajar jadi mereka takkan sendiri lagi. Panggilah mereka pulang ayah nak ajar tentang kurang ajar jadi mereka takkan dimomok lagi.
Fikir! Selamatkah kita di tangan tukang karut itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu? Fikir! Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu? Fikir! Selamatkah ditangan tuhan-tuhan itu?
Wednesday, April 01, 2009
Erti Kebebasan...
Erti sebuah kebebasan ialah aku bebas ke hulu hilir, ke depan ke belakang dan kembali pulang menuruti jejak yang aku lalui tadi tanpa rasa bersalah, takut, jumud atau yang sewaktu dengannya.
Erti kebebasan ialah aku boleh melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, dan kereta yang meluru laju berenti dengan tiba-tiba sehingga berasap tayarnya membiarkan aku melintas jalan dengan selamat tanpa membunyikan apa-apa hon.
Erti kebebasan ialah aku mendekati seorang lelaki dan mengepitkan dua jari dibibir mulut. Lantas lelaki tadi mengeluarkan sebatang rokok dari kotak dari poketnya. Dan menghulurkan kepadaku dan mengambil lighter menyalakan rokok yang dinyalakan tadi. Dengan tersenyum berlalu pergi meninggalkan aku yang tiba-tiba berada di dalam alam khayali nikotin.
Erti kebebasan ialah apabila aku masuk ke kedai makan dan duduk di meja ketika panas terik, si pelayan dengan segera memberikan aku segelas sirap limau tanpa perlu di order terlebih dahulu.
Itulah erti sebuah kebebasan.
*** Semua ini adalah hasil pemerhatian ke atas seorang "orang yang special", berjalan sambil membimbit sebuah beg hitam dan berhenti di wakaf-wakaf mengira-ngira kertas putih sambil menulis-nulis kertas surat khabar.
Ermmm!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...