Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Baik

orang selalu berkata " buat baik akan di balas baik, buat jahat akan di balas jahat". Apa maksudnya? Aku selalu terbaca tulisan-tulisan kayawang-kayawang dari barat yang lahir dari kelompok bawahan dan akhinya mati menjadi bangsawan. Mereka selalu berkata "kunci kepada kejayaan mereka adalah hasil dari perbuatan baik yang mereka lakukan. Jadi mereka tidak segan silu mengagihkan apa yang mereka ada kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, Bill Gates sendiri mempunyai yayasan sendiri untuk mengagihkan kekayaan beliau, sama seperti arwah Steve Jobs, memberikan pendapatan beliau kepada badan-badan derma.

Ada seorang professor muda di hull universiti yang aku dengari sangat suka membantu orang ramai. Seorang pelajar malaysia yang kebetulan dibawah penyelian berkata, professor ini selalu didatangi oleh pelajar-pelajar dari penyelia lain, bahkan dari fakulti lain untuk bertanyakan soalan. Tetapi beliau membantu mereka semua dengan sepatutnya dan beliau tidak pernah menolak! Juga diceritakan, beliau suka belanja orang makan ketika tengah hari. Tetapi yang paling best, beliau juga turut membelanjakan gaji beliau untuk membantu rakyat palestin!!

Aku ingat-ingat lupa sebuah hadis rasullullah yang membawa maksud satu sedekah yang diberikan akan dikembalikan sebanyak 10 kali ganda. Sebagaimana kisah seorang hamba Allah di waktu itu yang meyedekahkan sebutir jambu ( aku tak ingat apa sebenarnya yang disedekahkan) ketika petang dia didatangi sahabat yang lain dengan membawa 9 biji jambu dihadiahkan kepada beliau. lantas beliau bertanyakan mana sebiji lagi. Lantas sahabat tadi mengeluarkan sebiji yang telah disembunyikan lalu bertanya kenapa dia tahu jambu tersebt tak cukup? Sahabat ini lalu menyebut hadis tadi.

Dan sekarang aku amat berbangga dengan sahabat-sahabat di sekeliling yang selalu berbuat baik sesama manusia. Siapa yang sanggup mengambil baju-baju serta kain-kain pelikat yang diwakafkan disurau lalu membasuhnya dan memulangkan kembali kesurau tersebut supaya musafir yang singgah dapat mengunakan baju atau kain pelikat yang wangi. Sahabat-sahabat yang sedaya upaya membersihkan karpet masjid sebelum jumaat supaya nanti kita sujud di tempat yang bersih tidak hapak, sahabat-sahabat yang mengutip sampah di jalanan lantas membuangnya kerana tidak mau org lain sakit mata kerannya.  Juga sahabat-sahabat yang membantu membetulkan tulisan orang lain dengan niat kerana Allah.

Aku respek sekali kerana aku masih tidak mampu melakukan perkara sebegitu.

Sunday, August 05, 2012

10 Wasiat

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.


10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

Wednesday, July 25, 2012

Selamat Datang Ramadhan!

Maksud Al-Quran Surah Al-Baqarah:183-187

183. Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.  

184. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.  

185. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 

186.  Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

187.  Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
 
------------------------------ 

Maksud Al-Quran Surah Al-Qadar

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 

2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 

4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 

5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

-----------------------------
 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

 

Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
 

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."
 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

 
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

 
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.
 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."


Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

Sunday, May 29, 2011

Gajah Duduk

Seberapa ketika aku berada di dalam masjid UNISZA, fikiran ku terganggu dengan kehadiran banyak "gajah yang duduk". Entah mengapa, hari ini, fikiran ku amat terganggu bukan sahaja dengan gajah-gajah yang duduk yang paling banyak, tetapi dengan pelbagai brand lain lagi seperti mangga, atlas, nur anjung dan lain-lain.

Gangguan yang aku maksudkan ialah gangguan tumpuan! Setiap kali, mereka berdiri tegak di depan ku, aku pasti akan terpandang "logo" kain pelikat masing-masing. Logo kain pelikat pulak, selalunya di letakkan di bahagian belakang sebelah bawah. Dan aku pasti akan membacanya.

Siapakah yang menetapkan cara pemakaian kain pelikat ini, yang berjalur di letakkan di belakang dan logo pula di bawah itulah prosedur memakai kain pelikat dewasa ini. Hukum siapakah itu! Dengan kehadiran bermacam-macam logo, ia cukup menganggu fikiran orang yang suka membaca seperti aku. Nasib baik, big-big company masih lagi tidak berminat dengan potensi kain pelikat. Kalau lah, John Master, Orlando, Pierre Cardin, Alain Delon Ataupun Dunhil mula mengambil minat dan terjeremus dalam industri kain pelikat, pasti lah lagi meriah keadaan di masjid. Penuh dengan logo yang pelbagai-bagai.

Entahlah! aku tiba-tiba mula merasakan ada konspirasi dalam kain pelikat, dari segi buatannya sehingga kepada pemakaiannya!

Entahlah.................

Friday, November 19, 2010

Menara Masjid baru


Dari rumah aku dapat melihat dengan jelas, menara masjid baru yang bernilai 4 juta itu. sudah lama aku ingin berkongsi kegemilangan itu dengan sesiapa. sehingga hari ini, hanya ini yang dapat aku berikan. Tetapi kubahnya amat sepi sekali, tanpa suluhan cahaya apa-apa pun!



Sunday, September 19, 2010

Dalam Iftitahku

Allahu Akbar
Dengan Segala KebesaranMu
Segala puji hanya bagi mu Ya Allah
Yang Tidak Terhitung banyaknya
Maha suci Allah di waktu malam dan siang

Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada Allah
Yang menjadikan langit dan bumi dan diantaranya!

Aku adalah muslim sejati
Bukan dari orang yang menyekutukan Mu

Sesungguhnya solatku,
ibadahku
hidupku
dan matiku
hanyalah keranaMu Ya Allah
Tuhan sekalian alam

Sunday, September 05, 2010

Tentang Doa

Bila Allah makbulkan doa mu, maka DIA menyayangi mu
Bila DIA lambat makbulkan doa mu, maka dia ingin mengujimu
Bila DIA tidak makbulkan doa mu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik padamu

Oleh sentiasalah bersangka baik pada Allah pada setiap keadaan jua kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.

Thursday, August 19, 2010

Duduk Antara Dua Sujud

Tuhanku,
Ampuni Aku,
Sayangi Aku,
Tutuplah Aib-aib ku,
Angkatlah Darjat ku,
Berilah Aku Rezeki,
Berilah Aku Petunjuk
Sihatkan Aku
Maafkan Aku

Thursday, August 12, 2010

Lailatul Qadr Yang Di Cari

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadr

2. Dan tahukah kamu, apakah malam Lailatul Qadr itu?

3. Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan

4. Malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Rabb-Nya untuk mengatur segala urusan

5. Malam itu (penuh) kesejahteran sehingga ke fajar

**Al-Qadr:1:5

Sabda Rasullullah:

1. "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan"

2. "Carilah malam Lailatul Qadr di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan"

3. "Sebenarnya aku keluar ingin mengabarkan pada kalian tentang malam Lailatul Qadr, tetapi sifulan dan sifulan berdebat sehingga (waktu Lailatul Qadr) dilupakan dariku. Barangkali itu lebih baik bagi kalian. Carilah di malam 2 9, 2 7 dan 2 5"

Petua oleh Imam Ghazali untuk mencari Malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) Isnin – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
3) Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan

4) Khamis – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan

5) Sabtu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Jika mengikut petua Iman Al-Ghazali itu, sudah pasti untuk tahun ini, ia akan jatuh pada selasa 7/9 malam rabu.

hadis rasulullah tentang tanda Lailatul Qadr:

1. "Pada hari malam lailatul qadr, matahari terbit putih tidak menyilaukan seperti bejana hingga meninggi"

2. "Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah dan tidak panas dan tidak juga
dingin. Keesok harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan"

Kesimpulan tentang tanda-tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Kata Aisyah "Apabila Rasulullah memasuki sepuluh hari terakhir (Ramadhan), maka beliau mengencangkan kainnya (menjauhi istrinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan para istrinya"


Cara menghidupkan malam 21-30:
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar


2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas


3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


Tetapi, harus di ingat, setiap malam di bulan ramadhan penuh dengan keberkatan, isilah sepenuhya setiap malam itu dan anggaplah Lailatul Qadr sebagai bonus bagi mereka yang tidak lalai!

Wednesday, August 11, 2010

Nasihat Ibnu Qayyim

**Sampaikan Oleh Mu walau pun satu ayat**

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T

3. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah S.W.T

4. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarnya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya

5. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadanya.

6. Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenarnya kepadaNya.

Siapa Ibnu Qayyim?

Wednesday, August 04, 2010

Oh! Begitu Rupanya.

Begitu 1:

Entah macam mana, banyak sekali suratkhabar arus perdana yang dilanggan pada hari itu. Setelah selesai membaca (baca membelek) kesemuanya, aku sangsi dengan pakatan yang wujud di antara penerbit suratkhabar berkenaan. Yang aku sangsikan ialah mereka berpakat untuk sama-sama mengiklankan barangan perabut. Ye! barangan perabut. Cerita/Gossip/Iklan berangan perabut hampir sama tebal dengan berita yang ingin disampaikan.

Begitu 2:

Setelah selesai dengan suratkhabar aku pun beralih pula ke TV. Kebetulan ada cerita kartun kegemaran aku sedang berlangsung "Avatar: The last air bender". Aku pun menonton dengan dengan sepuas hati tanpa gangguan sesiapa. Malang sekali, dalam pada itu, sempat juga pihak TV menyelitkan iklan-iklan yang merosakkan minda.

Iklan-iklan cerita-cerita masakan dan cerita kisah orang baik-baik seringkali berputar silihganti bertukar di kaca TV. Aku jadi bangang dan bengang, kerana Avatar aku telan kemarahan itu dalam selamba.


Begitu 3:

"Jalan raya terasa sunyi untuk aku terus bermimpi, mata pun tidak mengantuk lagi, bawa ke mana sahaja ku pergi"-lirik butterfingers. Begitulah keadaan jalan raya petang itu digambarkan. Dan radio juga melaporkan, kuih-kuih di pasar batu enam, di pasar cabang tiga dan juga pasar kedai payang habis di beli orang. Aku masih mengira-ngira bilakah nisfu syaaban akan tiba. Rupanya inilah malamnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oh begitu rupanya, pose sudah hampir tiba!
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Wednesday, July 21, 2010

Pancaindera

Aku sudah boleh melihat dengan mulut,
Aku sudah boleh mendengar dengan mata,
Aku sudah boleh berkata dengan telinga,
Aku sudah boleh merasa dengan hidung,

dalam lembut ada kabur
dalam kabur ada kasar
dalam kasar ada rapuh
dalam rapuh ada lembut

antara semuanya
lembut
kabur
kasar dan rapuh
adalah sama

dan katakanlah Dia hanya satu
dengan mulut rapuh mu
dengan mata kabur mu
dengan telinga kasar mu
dengan hidung lembut mu

Saturday, May 15, 2010

Masjid Sultan Ahmad Shah Pahang

سماس برچوتي هاري ڤکرجا اکو باوا انق-انق تيڠݢل د هوتيل مورهن شهزن ينن. کبتولن بيليق ÙŠÚ  دبري بتول-بتول مڠادڤ مسجد سلطان احمد شاه کوانتن، اکو ڤون سناڤ دوا تيݢ Ú©Ú¤ÙŠÚ  ݢمبر ڤد ببراڤ وقتو بربيذا دڠن مڠݢوناکن کاميرا ديݢيتل
Canon IXY100.






تاڤي سايڠ، اکو تق برجماعه ڤون د مسجد ايت.

Saturday, March 27, 2010

Masjid Al Makmur Kuantan






Sudah lama aku teringin solat di masjid ini. Sebelum ia di renovate aku selalu jugak solat di situ. Tetapi selepas renovate, aku kerapkali terlepas seolah-olah terlepas pandang. Semalam aku berjaya berenti selepas memasang niat jauh di hentian bandar muazam shah.

Inilah dia masjid Al-Makmur, Kilometer 16 Jalan Gambang Kuantan ( Sebelah Kem Batu 10)

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...