Showing posts with label Travel Log. Show all posts
Showing posts with label Travel Log. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

Kue Tradisional

Budok-budok lening, koho dog kenal makanang tradisi, soh beng kate kue, nasik pung tuko bimbo lagi, nok wat guaner, makanang lening modeng belake, orang mude tak boh belajo, nok ngarak ke orang tue sokmo, yer gi paso malang , kheling-kheling kue datah meje, nok tanye malu, pahtu hok jual tanye nok pebende, wat wat mikir, tunjuk tunjuk koleh kacang, pah tu parok, die gi kabo, ambe nok tok aji serbang, tukang jual senyum khissing, pah tu yer kabo, bukang hok ning, tok aji serbang tak dop sining, hoh ce mung gi ita tepat laing, ambe jual koleh kacang, beke ubi, belebak pisang, kue baik, tepung gomok nasik kapik sambal ade gok, hok tepi ambe jual nganam, kue bako, bubur pulut itang, hoh ade gok putu bambu, rojok kateh, bronok sagu, ahhh tengok tengok kot ade kennang, maner tau ork, hooo kenal kue dak pe doh, ke waner, mek, awang.
rojok kateh

Tuesday, March 04, 2014

SMS kepada Kanjee

* diolah semula dari sms kepada kanjee

Salam Kanjee, Aku sampai rumah jam 12++ malam tadi, First aku mintak maaf sebab kensel program hari isnin (maaf juga untuk shidah). Lepas bertolak dari parit raja aku hubungi wan shafei, kerana arah tujuan aku pada hari itu, aku menuju ke rumah wan di pulau indah. (Bayangkan sudah 23 tahun aku tidak menemui beliau).

Kebetulan pula aku tiba hampir sama dengan waktu wan balik kerja, dan kebetulan GPS yang aku pakai buatkan aku tersesat, aku dijemput oleh wan di depan sekolah menengah pulau indah.

Berdasarkan nombor yang ko beri, selepas beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat alamat wak latif. Wak Latif kini tinggal di puncak alam fasa 3. Malam tersebut kami terus ke sana dibantu oleh pakcik papago.

Keadaan kaki Wak Latif kini lebih baik dari gambar dalam FB, cuma ada sedikit yang belum kering. Tetapi Latif masuk hospital baru nie kerana jangkitan baru di sebelah tangan kanan, kerana tercucuk kayu penyapu ketika jatuh di bilik air. Aku cuma boleh gambarkan, keadaan tangan itu membengkak seperti bisul yang nak pecah, kemerahan dan sesetengah tempat sudah ada tanda kekuningan . Aku rasa derita yang latif tanggung lebih teruk daripada yang aku ceritakan ini. Tapi aku tak mampu nak ambil gambar, kerana aku rasa tidak sesuai. Sekarang aku menyesal kerana tak ambil gambar.Bengkak itu bermula dari atas pergelangan sehngga ke pangkal ketiak.

So misi aku untuk beri dia ubat yang diberikan oleh supervisor aku sudah berjaya, cuma aku tidak pasti akan makan atau tidak. Kalau ko boleh suruh dia makan, kerana ko juga mendengar cerita dari supervisor aku tu kan?

Latif menyebut dia mendapat banyak lawatan dari kawan-kawan sekolah, tetapi tidak dari rakan-rakan sediploma. Sehinggakan isteri beliau bertanya, kami berdua dari rakan yang mana?

Bagaimana pun, latif seorang yang tabah, masih ceria melayan kami berdua. Masih buat joke seperti orang yang sihat. Tapi hati di dalam siapa yang tahu? Kami berbual-bual sehingga hampir jam 12+- malam.

So malam itu aku bermalam di rumah Wan yang sentiasa honey moon. Semua anak anak beliau tinggal di asrama, 2 di mrsm dan satu di unimap.

Keesokan selepas breakfast, aku bergerak mencari lagi seorang rakan TNB (aku memanggilnya Pakcik) yang sudah pencen di Sungai Buluh.

Sekian.

Saturday, December 28, 2013

Aku Tertipu

Selepas menyelesaikan tugas di Kuala Lumpur, aku memandu keluar dari bandar raya metropolitan itu dengan senang hati. Oleh kerana perjalanan ini adalah perjalanan santai lantas aku teringin melihat keindahan alam disudut yang lain sambil menyahut seruan kerajaan yang menyuruh rakyatnya menggunakan jalan biasa disebalik highway. Jadi aku membuat keputusan untuk melalui jalan lama karak menuju ke Kuantan. anak-anak mula merungut kerana mereka teringat cerita seram yang bertajuk "Karak". Tetapi diwaktu siang sebegitu,  mereka berjaya dipujuk membuang khayalan mereka yang tidak bagus itu.

Aku mengesyaki, Filem 'Karak' adalah filem dakyah menakutkan rakyat jelata dari menggunakan jalan biasa. (Ini hanyalah pendapat aku sahaja, org lain aku tak peduli)

Setiba di persimpangan karak lama dan highway pantai timur aku pun masuk ke kiri menunaikan keputusan tadi.  Sebentar melalui jalan itu, sebuah lori tangki memotong laju dan aku terkial-kial melihat jalan didepan mencari arah untuk dituju. Tiba-tiba aku melihat papan tanda yang tertulis " Lancang, Termeloh dan Kuantan ' dengan anak panah ke kiri. Tanpa lengah aku terus masuk kekiri. Melalui jalan yang sedikit berselekoh itu aku sedinit gembira kerana hajat di hati hampir tercapai.

Tiba-tiba kereta ku menyusur keluar ke jalan utama kembali dan di depan ku tersegam pondok tol. Argh, aku kembali ke lebuhraya yang sudah tiada titik pusing!

Wednesday, November 14, 2012

Tika Di Garis penamat

seringkali membaca berita-berita kemalangan ngeri, hati ini menjadi insaf selain daripada menunjukkan reaksi kesian, kadang-kadang hati juga m3ndengus tentang kecuaian merekan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
tetapi bak kaata oranag orang tua, malang tidak berbau,hanya ALlah yang maha mengetahui. kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa agar tidakmataai dalam keadaan begitu.

disuatu kejadian, kerana aku sudah lama mengekori sebuah lori kosong yang tidak laju dan tidak perlahan, aku mula mengintai intai peluang dan ruang untuk memintas lori tersebut. lama mengekori hati mula menjafi tidak sabar. memandangkan setiap kali selrpas selekoh tiada kenderaan melintas, aku pun menggunakan instinct sendiri untuk memintas lori didepan. andaian aku ialah tiada kenderaan di selekoh hadapan. ketika pemotongan berada ditengah lori yang panjang itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba tiba muncul menandakan instinct aku tak boleh dipakai. aku pun terus menekan minyak, hati hanya berharap aku berjaya melepasi lori tanpa melanggar kenderaan pacuan empat roda tersebut. ya, betu, aku hanya ingin melepasi lori tersebut. pacuan empat roda ,ula memberikan  lampu amaran pertama, tetapi dia masih laju, dan aku terus menekan minyak. tiad yang terlintas di hati ketika itu, hanya harapan agar berjaya melepasi lori dan aku tidak ditimpa kemalangan. kenderaan pacuan empat roda kelihatan memperlahankan panduan, dan aku berjaya menyusup masuk diruang kecil yang ada itu. lantas hon panjang kendengaran.

selepas itu, barulah aku mengingati mati, batulah aku mengingati tuhan. dan barulah aku sedar aku terlalu mengikut perasaan. bila sudH terlalu lama memandu, kadang kadang kitamerasakan kita sudah cukup hebat, sudah cukup berhati hati dan berjaga jaga tetapi sedetik tadi menyedarkan aku, kecuaian boleh datang dengan tiba tiba dan mulakan perjalanan dengan doa.

alhamdulillah, garisnpenMat ku bukan disitu.

Thursday, May 10, 2012

DI Manakah Batu Rakit?

Selepas membuat penyelidikkan yang sangat saintifik dengan merujuk kedudukan sebenar kuala lipis, aku membuat kesimpulan dan rumusan, Batu Rakit Sebenar pun boleh ditemui dengan cara yang sama!  Setelah bertemu dengan Batu 1 KM, aku pun mengira satu lagi KM dengan speedometer, akhirnya aku temui di mana Batu Rakit Sebenar! Jika aku melalui jalan darat aku akan melalui sebuah rumah cina di depan Masjid Batu Rakit, dan itulah kedudukan 0 KM dari batu 1KM terakhir. Tetapi kalau aku mengambil jalan laut, aku akan bergerak terus sebanyak 1 KM menuju ke Batu Rakit yang berada di dalam laut!




Monday, December 05, 2011

Negeri Antalya!

Waktu sangat pantas berlalu, dengan hidangan sebiji sandwich yang dilapisi keju putih dan sekeping timun hirisan saiz burger, dan sekotak jus oren, tanpa sedar perjalanan satu jam sudah berlalu, dan flight sudah hampir mendarat di Antalya Airport. Pemandangan dari udara juga menakjubkan, gunung disaluti putih, yang aku yakin salji! Tapi ada juga yang bersalut putih tapi bukan salji, melainkan pepasir putih yang di angkat menjadi gunung ketika "big bang" dulu, amat takjub dan menakjubkan pemandangan dari atas sini.

Airport Antalya juga sibuk, (aku melihat kesibukkan ini ketika, aku berada di air terjun di Bandar Antalya, kapalterbang beratur untuk landing, dan juga turutan kapalterbang yang take - off salin silih ganti). Tetapi, ketibaan di Antalya lebih mudah, sekali lagi jalan-jalan mengikut kaki dan sense membawa aku terus ke pintu keluar! Tapi aku sempat berpusing sebentar mencari money changer, kerana aku perlukan Turkish Lira kata "pancaindera ke 7", aku tak tahu mengapa dan aku hanya menurut kata hati ini.
Akhirnya aku sudah tercongok di depan ruang domestic arrival menunggu...






Friday, December 02, 2011

Istanbul Airport!

Waktu bertolak di kuala lumpur ialah pada pukul 12.35 pagi. Setelah mengharungi pernerbangan selama 12 jam, kira-kira pada pukul 6 pagi waktu Turki, aku tiba di Airport Artatuk Istanbul. Dingin mula terasa walaupun berada dalam bangunan airport. Dalam kekalutan pukul 6 pagi, mencari-cari pintu keluar, mencari surau untuk solat subuh, dan barisan panjang untuk melalui imigresen. Tanpa sedar, berjalan mengikut hayunan kaki dan sedikit "sense", aku sudah terpacak di ruang ketibaan airport tersebut. Tetapi itu bukan penamat total kerana aku perlu
melangkah mencari bangunan penerbangan domestik. Nasib baik, beg heret yang seberat 17 kilo sewaktu di timbang di KT sudah awal-awal aku masukan ke luggage menuju terus Antalya! Aku kini hanya berlengang dengan sebuah backpack mengandungi sebuah laptop dan sebuah camera mahal!

Langkah diteruskan dengan bantuan penunjuk arah dan sedikit "sense", dan aku sudah terpacak di kawasan daftar-masuk domestik. Pencarian ini sedekit sebanyak mengambil masa dan tenaga, aku sedikit dahaga dalam kedinginan airport istanbul, tak tau di mana nak beli mineral water dan masa untuk terbang semakin hampir!

Akhirnya aku hanya menunggu di ruang menunggu ke Antalya! Walaupun domestik flight, penerbangan sangat banyak, sehingga hangar tidak mencukupi untuk menampung semua flight yang turun dan naik. Alternatif yang di buat ialah, kapalterbang parking jauh dan bas digunakan untuk mengangkut penumpang menaiki kapal terbang. Masa terluang waktu menggu aku gunakan untuk melihat lain-lain warga yang menaikki flight yang sama.

next station Antalya!

p/s: 1. wah! mautnya soalan tu, tapi ada somebody dari duduk belakang, dia pindah duduk depan masa gue present! tak tau lah result camner?

Wednesday, November 30, 2011

Turkiye!

Tiba-tiba aku berpeluang untuk singgah dan merayap dibumi Turki kerana kertas kerja yang aku hantar ke satu persidangan di sana telah diterima tanpa compromise! Dengan perasaan berat tapi teruja tiada apa yang aku lakukan melainkan memohon kepada kementerian untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kerja-kerja PhD di sana dengan izin penyelia ku!

Terimakasih kepada Najib Razak kerana dengan usaha beliau, rakyat negara ini tidak perlu lagi menggunakan visa untuk ke Turki. Hal-hal penerbangan aku serahkan kepada Magna Bridge sebuah syarikat pelancongan. Ini membuatkan aku kurang berfikir tentang keberangkatan aku ke Turki.

Banyak masa ditumpukan kepada penyediaan powerpoint, penulisan kertas kerja baru, serta sedikit-sedikit penulisan thesis. Hati sedikit pun tidak berdebar, seolah-olah aku sudah acap-kali terbang ke luar negara!

Mendapat perlepasan dari kementerian merupakan berita gembira, tapi ia juga bermakna aku perlu menyediakan duit sendiri untuk pendahuluan ke sana, kementerian hanya menerima tuntutan sahaja. Letih aku memikirkan tentang keperluan duit ini! Tetapi dengan izin Allah, kebetulan duit sara hidup untuk 3 bulan telah masuk ke dalam buku bank, jadi hanya perlu top-up separuh sahaja lagi. Setelah berhempas pulas, korek di dalam buku bank, tabung haji, tabung entah-entah apa-apa, akhirnya aku berjaya jugak mengumpulkan wang untuk bayaran tiket penerbangan. Setelah difikir balik, rupanya dalam sengkek kehidupan aku, aku sebenarnya sudah mampu untuk pergi Umrah berdua. Aku mula bertekad dan menyemai keinginan untuk menggunakan duit tuntutan nanti untuk melakukan umrah! InsyaAllah...

Bayaran RM11800 pun dijelaskan untuk tambang pergi dan balik untuk dua orang ke negeri Altanya, Turki iaitu dari TEGANU-KOLUMPO-INSTANBUL-ALTANYA-ISTANBUL-KOLUMPO-TEGANU. Tidak termasuk lagi duit untuk sara hidup, ah mana lagi nak cekau?

Wednesday, January 19, 2011

Bandar Permaisuri

Semalam pergi ke bandar permaisuri setiu kerana urusan tanah yang belum selesai. Aku menyerahkan hal-hal kamera kepada co-pilot 100%. Ini hasil buah tangan dia!

Tanda yang menyatakan pelaku telah tiba di Bandar Permaisuri






Monday, November 29, 2010

Bumbung Raja

Perjalanan yang selesa menuju ke Bumbung Raja sedikit terganggu dengan kehadiran 'mat rempit tua' yang mengarah ke tepi sambil memandu di laluan aku macam dia sorang je yang bayar road tax. Akan aku tuntut dosa dia pada aku ini di akhirat nanti. Inilah semangat 'Malaysia Boleh' yang negatif.


Perjalanan yang mudah ini sedikit tersasar apabila tiba-tiba kami sampai ke pinggir jalan masuk ke kubu pahlawan Mat Kilau.

Disinilah dikatakan pahlawan ini berkampung membina strategi baru!


Ketika aku tiba di persimpangan kawasan rekreasi Bumbung Raja, terlintas dikepala bahawa aku pernah sampai di sini melalui mimpi. Walaupun ada perbezaan antara realiti dan fantasi tapi secara keseluruhannya apa yang di gambar dalam mimpi adalah seperti yang aku lihat sekarang. Ini membuatkan aku jadi konfius, samada aku pernah sampai ke sini atau pun tidak!


Musim hujan seperti waktu sekarang membuatkan sungai mengalir deras. Berdiri di pasir sungai pun aku jadi takut dengan apa yang di panggil 'kepala air'. Ramai yang telah mati kerana kejutan 'kepala air' ini.


Oleh itu, lawatan ke Bumbung Raja pada musim ini hanya menjadi lawatan suaikenal. Pada pendapat aku, tempat rekreasi ini amat sesuai untuk sesiapa yang tidak suka 'bergelewak' dengan orang ramai di tempat yang sesak. Menjadi ruang escapisme yang terbaik.


Mempunyai dewan solat serta bilik air. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah serta kemahiran hidup.



Dalam perjalanan pulang, pemandangan indah mengamit lagi. Dari jauh, air terjun Cemerong melambai-lambai mengajak aku ke sana. Aku berazam untuk berada di puncak ke tujuh air terjun Cemerong itu di waktu akan datang!

Saturday, June 26, 2010

Desa Anthurium Apartment



Setibanya di desa Anthurium aku terus menelefon "encik" yang incharge pada hari tersebut.


Beberapa minit kemudian beliau tiba, rupanya "encik" yang aku panggil itu ialah seorang perempuan yang lelaki. Aku terus membetulkan panggilan dan meny
elesaikan hal-hal berkaitan dengan penyewaan. Baki RM400 terus dibayar lungsum dan resit dikeluarkan, pintu apartment dibuka, dan aku terus ditinggalkan dengan pesanan "jika ada masalah sila telefon".



Apartment ini boleh dikatakan cantik dan berada di persekitaran yang cantik.


Pokok buah limau dan pokok bunga-bunga tumbuh segar dan berbunga amat cantik sekali. Mungkin tidak akan subur sebegitu jika di tanah rendah.

Apartment 3bilik disediakan dengan semua peralatan asas untuk memasak seperti dapur, pinggan mangkuk serta periuk. Apartment ini dikatakan untuk muslim guest sahaja, jadi aku lebih confident menggunakan peralatan yang disediakan kat situ.


Selain dari katil kembar dalm setiap balik, 2 bilik utama disediakan juga satu katil bujang. Di samping itu, ada 3 lagi tilam double yang boleh dibentangkan di ruang tamu.

Penginapan di sini amat selesa sekali.


Wednesday, June 23, 2010

Santuari Gajah Sungai Ketiar

Santuari gajah Sungai Ketiar adalah satu tarikan tersendiri di laluan di bawah tasik kenyir. Ia adalah percuma dan perkhidmatan menunggang gajah secara percuma juga disediakan.
Berenti sebentar disini melihat Seri dan Suria, 2 ekor anak gajah berusia 3 dan 10 tahun di santuari ini, hati sedikit sedih melihat mereka yang mungkin lapar di santuari kita (ini padanngan aku, pandangan orang lain mungkin berbeza dan aku tidak bertanya hal ini dengan staff disitu). Terdetik dihati untuk memasukkan RM10 dalam peti cadangan mungkin berguna untuk membeli makanan anak-anak gajah ini.Tetapi akibat tercabar oleh anak bongsu ku yang tiba-tiba menjadi orang pertama menunggang gajah bersama bapa saudaranya, aku pun turut sama menunggang si Suria. Geli punggung masih terasa ketika gajah ini bergerak. Disamping menunggang, boleh juga menyuapkan ubi atau tebu yang disambut oleh belalainya dan mengisi buku pelawat. Disini juga ada juga disediakan tandas dan surau, boleh dijadikan perhentian R&R bagi laluan ini.Kakitangan disini juga amat ramah, tanpa segan meminta pelawat bergambar dengan gajah tetapi servis menunggang tidak di offer sebaliknya perlu ditanya terlebih dulu. Walaupun begitu jenis perkhidmatan di santuari ini ada tertulis di pintu pagar!
Kira berbaloi jugak lah melalui laluan di bawah tasik ini!

Monday, June 21, 2010

Laluan Di Bawah Tasik


Pada pandangan aku laluan ini bermula sebaik sahaja melepasi simpang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.

Keadaan jalan amat cantik sekali seolah-olah baru siap, tetapi ada beberapa tempat yang mengalami tanah runtuh dan dibuatkan lencongan. Walaupun begitu ia masih tidak dapat mengurangkan keseronokkkan memandu dijalan ini. Tetapi harus di ingat, laluan ini masih belum dibuka kepada umum. Banyak juga papan tanda yang menjelaskan risiko menggunakan laluan ini adalah tanggungjawab pengguna. Dan tiada juga signal komunikasi.Keseronokkan pertama memandu di laluan ini pada pendapat aku ialah kerana boleh dikatakan tiada kenderaan lain di laluan ini. Seolah-olah berada di tempat asing, hanya kehijauan pokok-pokok dikiri kanan jalan serta sekali-sekala terselit kehijauan air tasik yang memukau mata. Pada sudut-sudut hutan yang menyegarkan minda.Setiap kali melihat keindahan ini, terasa ingin sekali menekan brek kereta dan menikmatinya secara nyata. Tetapi perjalanan yang tidak tau hujungnya tidak memungkinkan perkara itu terjadi.Sepanjang laluan ini, aku perasan ada juga 2 air terjun yang mengalir dicelah-celah batu serta 1 aliran sungai juga dicelah-celah batu. Tetapi lagi sekali, aku tidak berani untuk berhenti dan menikmatinya.Laluan dibina sepanjang lereng bukit, ada beberapa buah jambatan yang dibina menyambung dua bukit dan dibawahnya adalah aliran tasik kenyir. Amat mengujakan. Sehingga terlupa sedang memandu di laluan yang tiada orang dan belum digazetkan.Hampir-hampir ditengah-tengah laluan ini ada sebuah santuari gajah yang dimiliki oleh Jabatan Perhilitan. Boleh berhenti sebentar jika perlu.
Akhinya, selepas semua keindahan ini, kita akan di sambut dengan laluan safari jalan Felda Aring.

Untuk melalui laluan di bawah tasik ini, pastikan kenderaan di servis sebaik mungkin dan bertawakalah agar tidak terjadi apa-apa.

Friday, June 18, 2010

Ke Cameron Highland



Perkara pertama terlintas di dalam kepala apabila menyebut Cameron Highland (CM) ialah laluan mana yang perlu di ikuti? Setelah merujuk kepada internet, ada beberapa blog yang menceritakan tentang jalan dekat ke CM iaitu melalui Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang. Tetapi kebanyakkannya sudah outdated dan ada unsur ugutan iaitu jalan banyak rosak. Dan aku sendiri tidak pernah tahu ada jalan yang menghubungkan Tasik Kenyir dengan Gua Musang.
Bila dirujuk kepada pakcik google maps, aku nampak hanyalah laluan yang tidak bersambung seperti kat bawah (aku sambung sendiri dengan titik merah). Jadi itulah laluan yang aku akan lalui.


Dalam internet, ada dua nama yang popular bagi merujuk jalan yang ghaib ini iaitu Lebuhraya Timur-Barat 2 dan Laluan Di atas Tasik. Aku suka merujuk laluan ini sebagai Laluan di Atas Tasik kerana ia lebih berkait dengan tasik kenyir. Setelah yakin dengan ilmu yang diperolehi aku nekad untuk melalui jalan ini, kerana ia sudah pasti lebih dekat dan yang paling penting kerana ia memberikan pengalaman yang berbeza.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah tempat penginapan. Setelah membuat beberapa panggilan telefon akhirnya aku mendepositkan Rm200 ke dalam sebuah akaun untuk booking sebuah apartment 3 bilik dengan kos RM300 sehari di sebuah tempat antara Tanah Rata dan Brincang di kenali sebagai Apartment Desa Anthurium iaitu kos piawai pada musim cuti sekolah. Kalau bukan musim cuti sekolah, harga apartment ini jatuh sehingga RM150 sehari. Aku rasa elok bercuti pada bukan musim cuti sekolah!

Hati sangat teruja untuk melalui pengalaman yang berbeza ini.


Saturday, May 29, 2010

Rupanya Cuti Wesak

0400 28 May 2010 Bertolak dari Rumah di Gong Badak

0417 28 May 2010 Isi minyak di shell batu buruk RM81.85

0630 28 May 2010 Berenti Solat Subuh di Masjid Cherating
(sedikit kekeliruan muncul dikepala, kenapa banyak sangat kereta singgah bersolat)

0640 28 May 2010 Meneruskan Perjalanan
kekeliruan masih berpusing dikepala, banyak kereta dijalanraya)

0739 28 May 2010 Berenti sarapan di Persimpangan Muadzam

0800 28 May 2010 Meneruskan Perjalanan

1100 28 May 2010 Sampai ke kampus UTHM,
(tak de orang pun , rupanya hari ini cuti wesak)
Membaca di Bilik Siswazah

1428 28 May 2010 Lunch

1508 28 May 2010 Tiba kat rumah sewa di Parit Raja,dan mula berkemas

1400 28 May 2010 Bertolak dari bekas rumah sewa
Singgah mobil ayer itam isi minyak RM10.00
Dalam perjalanan isi minyak lagi kat shell chaah RM86.85

1800 28 May 2010 Singgah Qasar dan Jamak Zuhur dan Asar di Petronas Simpang Muadzam

2015 28 May 2010 Singgah Masjid Cherating Sembahyang Maghrib dan Jamak Isyak

2145 28 May 2010 Makan Burger di Kampung Nyior Paka

2330 28 May 2010 Sampai Rumah di Gong Badak
Air paip tiada
Terus Tido


P/S:

Malam tadi aku bermimpi di ziarahi oleh Shafie Afdal, Yazid Saman ketika muda dan Seorang Waris yang asyik bercerita tentang aku yang selalu duduk tengkuk beliau. Mereka makan-makan dalam kelompok masing-masing dan aku hanya bertuala!

Monday, May 17, 2010

Terlintas di kepala ku tadi

Versi Rumi ada di bawah!

کتيک برݢرق باليق دري برماءين بدمينتون د ارينا فوتسل ݢوڠ بادق، اکو ليهت راماي انق-انق مودا برماءين \"بولا دالم کندڠ\". دان کليهاتن جوݢ انق-انق ݢاديس برماءين دالم ڤادڠ يڠ لاݢي ساتو. تاڤي تياد ساتو ڤون يڠ کليهاتن مانيس ڤد ڤنداڠن مات اکو.

تيبا-تيبا اد ايديا ليار داتڠ مڠݢڠݢو د بنق فيکيرن. اکو مراساکن ڤرماءينن فوتسل اياله اݢيندا يهودي اونتوق ملمهکن بڠسا بوکن يهودي. راسيونلڽ اياله بيلا برماءين بولا دالم کندڠ، بادن تيدق دڤنچاري ڤانس ماتهاري ممبواتکن اي جادي کوات. کالاو برڤراڠ ڤستي اکن کاله اول کران ڤڤراڠن اداله دتمڤت تربوک!

بوليه تريما ک؟



Ketika bergerak balik dari bermain badminton di Arena Futsal Gong Badak, Aku lihat ramai anak-anak muda bermain "bola dalam kandang". Dan kelihatan juga anak-anak gadis bermain dalam padang yang lagi satu. Tapi tiada satu pun yang kelihatan manis pada pandangan mata aku kerana semuanya seperti lelaki!

Tiba-tiba ada idea liar datang mengganggu di benak fikiran. Aku merasakan permainan futsal ialah agenda yahudi untuk melemahkan bangsa bukan yahudi. Rasionalnya ialah bila bermain bola dalam kandang, badan tidak dipancari panas matahari membuatkan ia jadi cepat lemah. Kalau berperang pasti akan kalah awal kerana peperangan adalah ditempat terbuka!

Boleh terima ke?

Thursday, May 06, 2010

Uncertainty/Ketidakpastian

Selepas mengharungi perjalanan selama 7 jam, aku tiba ke kampus pada pukul 11.14 pagi. Tanpa perlu memikirkan hal-hal lain, aku terus ke bilik siswazah. Aku terus disitu tanpa menyedari masa berlalu amat pantas.

Pukul 11 malam, tubuh mula merasa letih lesu kerana penat hasil perjalanan jauh siang tadi. Aku hanya mengharapkan sebuah peristiwa mandi yang menyegarkan dan sebuah tempat pembaringan untuk aku merehatkan badan dan minda serta melelapkan mata.

Aku pun menuju ke rumah sewa ku.

Sampai di sana, pintu pagar dibuka, kereta dimasukkan. pintu pagar pun dikunci.

Pintu rumah dibuka dan aku pun meraba-raba mencari suis cuba menentang kegelapan. Suis dibuka, tapi tiada respon yang ku terima. Suasana masih kelam. Aku mencapai telefon bimbit dan menyuluh ke switchboard, semua fius berada dalam keadaan "on". Aku terus mencari sebabnya.

Dengan bantuan cahaya iphone, aku temui, fius penyambung diluar dikebas orang.




Aku kembali ke bilik siswazah dan tido disitu tanpa siraman kerana aircond disitu sudah cukup menyejukkan dan aku masih terkasima dengan keinginan yang tak tercapai sebentar tadi dan aku amat malas sekali.

Monday, March 29, 2010

Jangan Pandang Belakang

Selepas mengambil duit di CIMB KT, aku melangkah meninggalkan tempat tersebut. Sebelum sampai ke tangga aku terasa angin memuncak diperut dan perlu dikeluarkan, supaya tidak muncul penyakit lain kemudian hari.

Sebelum menuruni tangga, aku pun berdiri disitu sambil memandang keadaan trafik hari sabtu yang sedikit sibuk dari hari hari biasa. Angin kembali memuncak diperut minta dilepaskan.

Sememangya, perjalanan jauh selama 8 jam semalam menyebabkan perut ku berangin, sebu dan tidak selesa. Ini perkara biasa apabila aku travel.

Aku pun menoleh kiri, kanan dan belakang. Setelah aku amat pasti tiada orang aku pun melepaskan apa yang terbuku diperut. Amat panjang dan perutku kembali sedikit selesa.

Aku kembali memandang belakang, seorang lelaki yang baru selesai mengeluarkanwang berada di pintu bank tersebut sambil tersenyum memandang aku.

Aku buat-buat tidak tahu!

Saturday, March 27, 2010

Mesin Pintar

Seperti biasa, hujung bulan adalah hari-hari untuk membayar hutang. Bagi orang yang bergaji besar, hutangnya mungkin lebih besar dan berselerak. Maknanya banyak tempat dia berhutang. Tapi orang macam aku hanya berhutang hanya untuk dua perkara sahaja, satu hutang rumah dan satu lagi hutang kereta. Dan aku pun sama seperti sipenghutang yang lain hujung bulan selepas dapat gaji terus bergegas ke bank untuk membayar hutang.

Hari ini merupakan hari sabtu yang pertama selepas hari gaji. Orang sangat ramai. Hari sabtu bank tutup. Proses membayar hanya dilakukan di mesin kemasukkan tunai (MKT)

Untuk rumah aku meminjam dengan public bank. Kebetulan, ketika aku sampai tiada orang di kaunter MKT. Jadi aku dengan pantasnya berjaya membayar hutang untuk bulan ini. Mungkin orang tak berminat dengan pinjaman public bank agaknya. Entahlah kenapa? Aku tak mau memecahkan kepala memikirkan kemungkinan itu. tetapi setau aku, public bank adalah sebuah bank dengan perkhidmatan kaunter yang cekap. masa menunggu sangat efficient. Mungkin diaorang buat kajian "Teori Beratur".

Kemudian aku pergi ke MKT bank untuk membayar kereta pula, kali ini bank yang terpilih ialah ambank. Nampaknya aku tidak bernasib baik kali ini. Barisan sangat panjang, tetapi aku tidak mau kembali ke sini esok atau lusa, jadi aku berpendapat eloklah aku beratur daripada datang pada waktu kali.

Sedang beratur tiba-tiba masuk seorang pemuda dengan bertopi dan bercermin mata gelap dan kelihatan sangat brutal terus beratur di belakang orang yang sedang membuat urusan di KMT. Ia tidak mengindahkan orang lain. Mungkin susun atur KMT di bank ini seolah-olah orang lain hanya beratur untuk satu KMT sahaja. Aku amat meluat dengan lelaki ini. Tetapi lebih baik aku berdiam diri, salah buat, kena pukul tak ke naya? Sudah banyak kejadian sebegitu aku baca di dalam suratkhabar.

Kebetulan atau sememangnya hukuman Allah, lelaki yang sedang berurusan di KMT dimana lelaki brutal berada dibelakangnya memounyai banyak sekali urusan. Mesin KMT disebelah silih berganti penggunanya. Tetapi lelaki di KMT lelaki brutal masih tidak berganjak!

Akhirnya, tiba jua giliran lelaki brutal, dan giliran aku sudah semakin hampir. Aku lihat lelaki brutal mula memasukkan wang ke dalam KMT. Dan, aku lihat KMT memuntahkan balik wang yang dimasukkan. Lelaki brutal mencuba lagi memasukkan wang ke dalam KMT. Tidak lama KMT memuntahkan balik wang lelaki brutal. KMT seolah-olah tidak mahu menelan wang yang dimasukkan oleh lelaki brutal. Setelah mencuba berualang kali, KMT masih macam tu, lelaki brutal terus blah!

Orang seterusnya menggunakan KMT itu membuat urusan dengan berjaya tanpa apa-apa masalah. Keadilan sudah pun ditegakkan oleh mesin!

Alangkah seronoknya kalau mesin-mesin ada semangat keadilan seperti KMT ini, pasti aman damai dunia ini.

Keadaan barisan di dalam bank kembali normal. Wajah-wajah di belakang ceria semula!

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...