Tiba-tiba sebuah lagu lama tapi masih segar kedengaran di udara. Lagu nyanyian John Lennon yang bertajuk "In My Life" ini dengan segera memberhentikan aku dari kerja-kerja yang sedang aku lakukan. Fikiran aku menerawang jauh sehingga aku sudah kembali ke asal tanah air ku. Aku teringat satu persoalan ketika aku kecil dulu ketika melihat pekerja-pekerja koontraktor TNB menaikkan tiang kayu kerana daerah keahiran aku itu masih belum punyai letrik. Tiang-tiang letrik hendak di pasang itu hanya untuk menampung letrik 8 jam sahaja terlebih dahulu. Ketika itulah hati berdetik "Macam mana aku nak main wau lepas ni?" Ketika itu aku 7 tahun.
Dan aku teringat lagi, ketika musim-musim panas sebegini, sungai di daerah kelahiran aku ini akan dipenuhi dengan budak-budak kerana pada musim panas airnya hanya setakat pinggang, boleh menyejukkan badan seperti kerbau. Namun airnya jernih sehingga boleh nampak udang galah yang bertempiaran lagi mendengar bunyi air akibat terjunan kami semua. Dan aku teringat juga, selepas mandi sungai, aku akan balik melalui rumah Pak Mat (mungkin sudah arwah), dan tanpa malu, mintak jambu batu untuk dimakan ketika berjalan pulang. Pak Mat tidak kedekut! Jambu batu diberikan percuma, dan kami makan habis semuanya, dengan butir-butirnya sekali kerana Jambu dulu-dulu kulitnya nipis, tapi butirnya banyak dan manis, tidak seperti sekarang jambu berkulit tebal tidak berbiji tapi rasanya masam dan hambar.
Argh.. lagu ini amat bernostalgia!
There are places I'll remember
All my life, though some have changed
Some forever, not for better
Some have gone and some remain
All these places had their moments
With lovers and friends, I still can recall
Some are dead and some are living
In my life, I've loved them all
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Showing posts with label Retro. Show all posts
Showing posts with label Retro. Show all posts
Wednesday, May 23, 2012
Wednesday, February 08, 2012
Wednesday, March 09, 2011
November Rain
Itu tajuk lagu november rain oleh GNR. Sebentar tadi, ia baru diputarkan oleh Radio Sinar. Kebetulan ketika itu aku sedang memandu. Dan, Sinar adalah stesen wajib dalam kereta wife aku. Secara tidak langsung, aku kembali mendengar lagu ini. Sememangnya sudah lama aku tidak melayan kerenah 'ROCKS' yang ada dalam diri aku ini. Lagi pun, lagu ini tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan aku. Cuma aku suka bab gitar solo yang dimainkan oleh Slash. Pada pendapat aku, memang 'tangkap leleh'. Dan sama seperti waktu-waktu aku 'ROCK' dulu, sekali lagi aku tenggelam dalam asyik itu. Nasib baik aku dah awal-awal lagi solat isyak, kalau tidak solo ini sudah boleh dikira haram.
Entah kali yang keberapa, mungkin yang ke 43, player aku masih mengulang-ulang solo yang aku 'cut' sendiri ini dan aku masih tidak bosan mendengarnya.
Malam yang bertambah larut dan sunyi, menambahkan lagi kesyahduan dan meningkatkan asyik aku.
Ah! Lagu ini memang tidak membawa apa-apa makna dalam diri aku!
Wednesday, November 24, 2010
Aku dan robinson crusoe
Salah satu buku yang menjadi kegemaran aku ialah buku yang bertajuk "Robinson Crusoe". Cerita mengenai seorang lelaki yang dilanda ombak dan terperangkap di sebuah pulau. Aku menyukai cerita ini kerana ia adalah cerita jati diri dan kemahiran hidup serta ditambahi pula dengan satu sudut 'kebebasan' yang ditonjolkan dalam buku tersebut.
Antara yang memberi kesan ialah apabila aku membuat sebuah pondok, bukan pondok sebenarnya, tapi para yang bersaiz lebih kurang 3 kaki x 3 kaki di atas pokok belimbing di depan rumah ku. Cukup untuk memuatkan aku serta 3 orang yang lain bersaiz aku di atas para tersebut. Ketinggian pondok tersebut dari aras tanah lebih kurang 25 kaki. Dan dengan semangat robinson crusoe, aku sedikit pun tidak merasa takut dengan ketinggian tersebut. Saat paling sukar ketika membina para tersebut ialah ketika memaku 4 kayu tapak para tersebut, terpaksa berdiri dan memaut dahan sambil mengetuk paku dan sebelah tangan memegang kayu yang dipaku.
Selepas itu, hampir seminggu aku melakukan semua perkara rutin di atas para tersebut antaranya, makan nasik, baca buku dan tido. Termasuk juga mencipta perkara-perkara yang jarang aku buat seperti makan "colek" belimbing , usek budak-budak balik balik masjid lepas isyak, tengok bintang di waktu malam serta main 'daun'.
Sebenarnya, aku tidak ingat langsung tentang aktiviti robinson crusoe ini. Ingatan ini hanya diaktifkan apabila aku melihat sebuah pondok berwarna kuning di atas pokok kelapa dikejauhan sebuah jalan raya. Tetapi aku, merasakan ia hanya mainan kanak-kanak. Tetapi andaian ini bertukar apabila melalui jalan tersebut di malam hari, pondok tersebut bercahaya dengan mentol letrik. Aku pastiia adalah mainan orang dewasa. Lantas aku ceritakan kepada adik lelakiku. Dia yang mengimbau ingatan aku kepada Robinson Crusoe lantas mencoretkan disini.
Aku tidak pasti kenapa, ada ingatan yang 'idle' dan memerlukan 'loader' untuk di aktifkan!
Monday, September 06, 2010
Retro : Konklusi
Aku berada di persimpangan dilema! Di kiri ku ada peluang dan dikanan ku ada ruang. Aku harus memilih satu daripadanya dan membuang yang satu lagi. Yang akan dipilih bukan terbaik, yang akan dibuang bukannya buruk! Aku kini benar-benar tersepit dalam ruang opsi. Tumpuan tidak lagi tertumpu kepada apa yang terbaik kerana kedua-duanya adalah 'uncertain' dan 'undifferentiated'. Sekarang aku lebih fokus kepada apa yang aku suka/cinta kerana tanpa suka/cinta itu, aku tidak akan melakukannya sepenuh hati nanti.
Akhirnya aku memilih diploma kerana sebutannya lebih baik dari sijil, sedangkan aku sendiri tidak tahu membezakan diploma dengan sijil ketika itu. Yang aku tahu dan pasti ialah diploma itu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan sijil dan sebutan diploma itu lebih rasa asing!
Percaturan ini sebenarnya beralas. Aku katakan beralas kerana sains komputer ketika itu amat asing dan pelik. Marhaen masih belum tahu akan kewujudannya. Komuniti sains komputer ketika itu masih amat kecil, dan peluang pula sangat besar. Antara sumber rujukan aku ialah ruang-ruang iklan dalam new strait times. Waktu itu, keperluan untuk graduate sains komputer sangat besar. Boleh dikatakan setiap hari ada puluhan posting yang berkait dengan keperluan pekerja yang bersains komputer!
Percaturan ini juga kerana aku sukakan cabaran. Sumber aku mengatakan, setiap tahun pada zaman itu, graduate sains komputer sangat sedikit. Bukan kerana tidak ramai yang memohon sebaliknya, tidak ramai yang berjaya keluar dengan baik! Jadi aku anggap ini semua adalah cabaran untuk aku membuktikan, sekurang-kurangnya kepada diri aku sendiri, aku boleh lulus dalam bidang ini.
Argh! Seribu sebab boleh aku tuliskan. Mungkin takdir aku itu sudah begitu!
Saturday, August 21, 2010
Retro: Di Persimpangan Dilema
Berita yang diterima hari itu amat menyedihkan. Permohonan untuk mengikuti Matrikulasi ditolak. Aku menerima berita itu dengan hati yang membara, luka dan kecewa. Aku menelefon kawan-kawan yang sealiran (result hampir sama dengan aku), kebanyakkan dari mereka dalam keadaan bergumbira meraikan kejayaan masing-masing. Hati muda tertanya, apakah sistem yang dipakai untuk pemilihan itu sehinggakan nama aku tercicir. Terdetik dalam hati, mungkin nama aku seawal lagi sudah dipotong setelah ditawarkan belajar ke luar negara. Ketika itu, aku sangat sibuk dan kesedihan ini menghilang begitu sahaja di bawa angin musim panas.
Ketika aku sudah mula melupai berita kecewa itu, surat dari petronas tiba. Ia adalah utusan yang memberitahu bahawa aku berjaya menjadi pelatih di sana. Aku sekali lagi berada di dalam emosi. Emosi gembira kerana halatuju sudah sedikit jelas, tetapi juga emosi kecewa kerana ini bermakna aku sudah menjadi pekerja kelas dua! Itu lah pendapat aku pada waktu itu. Walau bagaimanapun dateline masih jauh dan aku punyai banyak masa untuk memikirkannya dan banyak parameter untuk di pertimbangkan.
Tidak lama kemudian terima satu lagi surat, kali ini dari universiti pertanian malaysia ketika itu. Surat ini masih jugakmengucapkan tahniah kepadaku di atas sebab yang sama. Ketibaan surat ini juga berjaya menaikkan emosi aku. Emosi gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga universiti yang mengesahkan kejayaan aku dalam SPM dan menerima aku sebagai mahasiswa mereka dan juga emosi rendah diri kerana nama 'tani' itu amat melugakan.
Sekarang aku berada di persimpangan. Memilih universiti bermakna aku akan memiliki kelayakkan akademik yang tinggi dan aku akan terus bergerak di laluan itu. Bagaimana pun, ia tidak menjanjikan kedudukan kewangan yang hebat mahupun pekerjaan. Apalah sangat erti sekeping diploma?
Sebaliknya, petronas menjanjikan kerjaya yang berpendapatan 4 angka dan bonus berbulan gaji ketika itu. Siapa tidak kenal petronas yang rakyat marhaen berebut untuk bernaung dibawahnya.
Aku termanggu di situ!

Wednesday, August 18, 2010
Retro: Bila Ramadhan Datang 2
Dalam bas pada malam itu aku mengira dan mencongak ke mana aku selepas ini? Ingatan aku menjejaki kembali apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Saat-saat aku mencapai sebuah nilai yang di anggap kejayaan. Diantara semuanya, hanya satu kegagalan yang aku jumpai iaitu, mendapat F dalam satu peperiksaan semester disekolah bagi subjek Bahasa Inggeris. Sebelum itu, aku tidak pernah tahu erti gagal. Aku terus meneroka ruang-ruang memori yang masih hangat ketika itu, aku cuba mencari kekuatan diri sendiri disamping kelemahan yang akan menjadi kekangan untuk aku meneruskan kehidupan selepas aku membuat keputusan yang sangat luar biasa ini.
***
Aku merasakan peluang aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sudah tersekat. Aku mula mengisi borang-borang untuk peringkat yang lebih rendah. Ketika itu peluang yang ada sangat sikit, aku hanya memilih 2 institusi untuk halatuju aku dimasa akan datang. Institusi tersebut ialah Institut Latihan Petronas atau dikenali sebagai INSTEP pada hari ini untuk pengambilan siri 1 dan kemasukkan program diploma UPM setelah meminta set borang dari seorang kawan yang tidak memerlukannya sebab dia dapat pergi oversea. Jadi dengan 2 borang tersebut aku bertawakal kepada ilahi. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa.
***
Soalan kenapa dan mengapa terus ditujukan kepada aku! Aku bingung untuk menjawapnya kerana aku sendiri tidak tahu apa sebab sebenar aku cabut dari situ.

Tuesday, April 20, 2010
Sudah Sampai Sini
Mati itu Pasti, Bersediakah kita untuknya?
Di sana kepastian akan menanti kita, Di situ tanda tanya Di situ haluannya
Di sana kepastian akan menanti kita, Di situ tanda tanya Di situ haluannya
Thursday, March 25, 2010
Masterpiece
Ini adalah hasil orang-orang yang bersemangat tinggi dan tidak hampa. Gigih dengan daya usaha, berkeyakinan, mempunyai kemahuan yang tidak boleh digugat, mampu berinteraksi dengan baik. halangan hanyalah ilusi. bersepakat. kuat bekerja. mengikut jadual. menepati masa. berinspirasi.
Akhirnya lahirlah:
AspirasiParagon Edisi Ke2
***lagu "I Always Love You" dendangan Vanessa May sedang berdegung di dalam telinga kerana aku pakai headphone.
***Siang tadi aku di tahan oleh supervisor!
Terimakasih Prof kerana mendidik aku....

Wednesday, December 30, 2009
Retro 87: Blok G MRSM Kuantan

Aku sangat lupa dan tiada idea langsung tentang sebab musabab kenapa wujudnya gambar ini. Apakah aktiviti yang dilakukan sebelum itu? Pada waktu pagi, tengah hari atau malamkah? Ingatan tentang itu memang dipadamkan an secara kekal. Kalaulah ada kekawan boleh ingat bolehlah tolong restore ingatan aku tentang gambar ini. Tapi nama kawan-kawan dalam gambar ini masih aku ingat!
Watak aku pada ketika itu ialah brutal!
Tuesday, December 29, 2009
Retro : Konvo 1992
Gambar ketika konvokesyen diploma di UPM. Ketika tu, Almarhum Sultan Selangor jadi Canselor.
Tengok pada gaya memang aku tak gi reheasal. Tangan elok-elok je hulur sebelah, sebelah lagi letak kat perut, sebijik macam terima keris sakti dari guru silat.
Bab kaki lagi best, step tak kira langsung, elok jer sampai depan tu, terlebih pulak, pengkang pulak tu. isk isk isk. apa punya tur!Aku rasa sultan nie dah bertahun-tahun tengok pelbagai gelagat orang amik skroll. Mungkin gaya aku sebahagian dari ingatan beliau. Maklumlah lain pada biasa.
Konvo nie yang membuatkan aku berazam untuk amik degree sebenarnya. Ini kerana aku tak puas hati mengadap sultan dengan berbaju melayu. Aku nak berjubah!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...