Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Sunday, February 01, 2015

Hujan , Sesat dan Seorang Amoi Yang Merokok Part II

Part I

setiba di kl central jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Aku pun memanjat tangga mengikut bontot pramugari dan pramugara air asia yang turut serta dalam bas tersebut. Di kiri dan kanan hanyalah tembok bisu

Lantas masuk ke dalam perut KL central. Hanya ruang yang luas dengan jumlah orang yang boleh dikira dengan jari. Hanya kedai seven e sahaja yang dibuka. Pramugari/gara terus menuju ke escalator yang aku tidak tahu ke mana. Dan aku terus ke seven-e mengisi telefon.

Beberapa kali aku menelefon kawan yang sealiran, namun tidak berjawap. Aku menuju ke arah pintu masuk utama. Lantas melihat kelibat pak guard yang bertugas aku terus tanyakan soalan. Jawapan yang diberikan ialah hala ke sana (arah aku naik tadi) dan melintas jalan.

Tiada pilihan, kembali semula ke sana dan turun ke tempat bas. Stelah berlegar-legar, aku nampak ada satu lorong, melalui lorong tersebut aku tiba ke jalan tun sambathan. Hujan renyai-renyai. Sebuah bangunan baru siap mungkin, dan seorang guard perempuan di dalamnya di kaunter di sebelah ku. Aku masuk dan bertanya lagi. Jawabnya, dia tak berapa pasti.

Aku mengucapkan terimakasih dan keluar. Aku memerhati dari kanan ke kiri. Tidak pasti arah mana harus ku tuju. Lantas, ilham mengajak aku ke kiri. Aku berjalan sambil mengheret sebuah beg tayar dan dibelakang ku sebuah backpack untuk laptop. Dalam renyai-renyai aku berjalan-jalan di susur-susur banggunan yang ada.

Teksi yang lalu memperlahankan gerakan. Tapi aku tak layan. Tiba-tiba ternampak bayang seseorang. Sedikit gempal, tapi pendek, Muka bulat dan sedang merokok, duduk berseorangan sahaja. Hanya itu yang aku nampak dalam kesamaran tersebut. Aku mendekati dan bertanya lagi.

OH, sebelah sana je, kena lintas jalan nie. Kalau nak senang naik jejantas je, turun jejantas ada satu lorong , masuk terus jumpa. Tapi lorong tu bahaya sikit tengah-tengah malam nie. Baik U , lalu ikut bank sebelah sini  dan lalu ikut kedai makan, itu lebih selamat. Aku mengucapkan terimakasih, Rupanya, dari slang dia bercakap rasa tidak syak lagi dia seorang cina.

Aku pun terus mengikuti arahan yang diberi, melalui restoran mewah yang didepan atau ditepinya ada warung-warung dhaif. Kadang-kadang terpijak lopak air yang aku rasakan seperti air longkang. Tidak beberapa lama tersegam di depan ku hotel yang aku cari. Aku terus masuk dan check-in. Jam di dinding hotel menunjukkan pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah.

Saturday, January 31, 2015

Aku mahu jadi kaya Part II

update pada : 31 Jan 2015

Dari analisis rambang bukan akademik yang aku buat, di antara banyak-banyak jalan yang ada di internet, kebanyakkannya adalah tipu muslihat perekanya untuk menjadi kaya. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar memberi ruang untuk mendapatkan wang mudah  melalui internet.

Aku temui sebuah iklan yang menawarkan pelbagai kerja dari rumah samada jenis kerani surat menyurat, mengisi data yang berjumlah ribu-ribu atau menjawab survey atau apa sahaja, tetapi iklan ini disertakan dengan pembelian kit yang bernilai RM50, kemudian "job" akan ditawarkan dan bergantung kepada nasib bilangan job yang akan ditawarkan nanti. Dalam iklan tersebut dinyatakan mungkin hasil kerja sebelum ini akan menjadi rujukan untuk mendapat banyak job. So, bagaimana mahu mendapatkan yang pertama? Tanpa kit tersebut, tiada job akan diberikan. Bukankan pembelian kit ini mengandungi unsur penipuan? Mungkin bagi orang tidak!

tetapi ada juga kaedah yang dicadangkan memang benar memberikan hasil, contohnya meletakkan banner iklan dalam laman web sendiri dan menjawab survey atau memberikan rekomendasi bagi sesuatu product, kebanyakkan kelihatan amat jujur dan booleh dipercayai.

Thursday, January 15, 2015

Aku dan Sebuah Basikal Tua

Sudah beberapa hari aku lihat basikal tua itu berada disitu. Setiap kali aku berpura-pura melihat orang-orang tua kampung bermain dam aji disitu, ketika itulah aku meneliti basikal tua itu. Bahkan tiada kesan ia didorong oleh sesiapa pun, Bahkan kedudukannya juga tidak berubah.

Hari berlalu, dan ia masih disitu. Aku merasakan inilah peluang untuk aku mempunyai sebuah basikal. sebagai langkah awal untuk menjadikan basikal ini kepunyaan ku ialah aku harus menguncinya. jadi petang itu aku telah mengunci basikal itu dengan kunci yang memang sudah ada distu. Dan kunci berkenaan aku selitkan di bawah lantai pasar.

Selang beberapa hari, aku pun pergi melihat lagi basikal berkenaan. Ah, ia sudah tiada. Dan seperti biasa, untuk mengetahui cerita-cerita sekitaran aku pun mendekati sekumpulan yang verloggok ditepi dam aji. Dan aku mendegar cerita.

Semalam pemilik basikal baru pulang dari kampung setelah pergi ke sana selama beberapa minggu. Dari bus stand dia berjalan dan ingin mengambil basikal yang diletakkan disitu, dan seterusnya berkayuh balik kerumah. Tapi setibanya di basikal, dilihat basikalnya dikunci, jadi terpaksalah dia membuka kunci berkenaan secara paksa yang mengambil masa lebih kurang sejam. Dia berkata "kalau aku tau saper yang buat, jagalah dia!". Aku beransur balik perlahan-lahan.

Kini, tuan basikal sudah lama meninggal, dan aku tidak pernah memohon maaf kerana perbuatan aku itu ketika aku belum berakal. Budak baru nak mengenal dunia.

Tuesday, January 06, 2015

Nasik Lemak 2.0

Aku selalu menonton rancangan man vs food. Sebuah rancabgan TV untuk channel TLC dihostkan oleh Adam Richman (Adam lelaki Kaya). Intipati rancangan tersebut ialah sekuat manakah nafsu manusia untuk menghabiskan satu hidangan makanan yang dikatakan sedap tapi mencabar. Mencabar mungkin kerana ia sangat banyak atau pun memmpunyai ciri-ciri pemusnah seperti pedas tahap masuk tanah. Selalunya, apabila menonton rancangan ini, aku mula membayangkan host rancangan ini akan berumur pendek!

Aku pehatikan, dalam rancangan tersebut setiap bekalan yang dijual ditimbang dengan adil. Jika sebutir burger mempunyai daging, dagingnya ditimbang dengan tepat dan selalunya ada penimbang di sisi tukang masak. Dan lain-lain bahan yang dikra sebagai sebagai hiasan diberi sebanyak mungkin contohnya sayur-sayuran mentah dan juga kentang goreng. Tetapi jika menu itu berkait dengan kentang goreng, kentang goreng akan ditimbang mencukup dengan harga yang ditawarkan.

Aku melihat perkara ini tidak berlaku di dalam masyarakat kita dengan andaian sudah ada persetujuan antara pembeli dan penjual di atas transaiksi yang dilakukan. Contohnya, kalau beli nasik lemak harga yang dikira ialah sebungkus, tetapi tidak mengambil kira berat nasik dalam bungkusan tersebut, kadang kadang satu bungkus nasik lemal lebih banyak dari sebungkus yang lain. Kadang-kadang ikan bilis atau aya dalam nasik lemak lebih banyak dari nasik dan sebaliknya.

Begitu juga kalau kita membeli keropok lekor, saiz keropok yang dijual seringgit sebatang itu pun mempunyai perbezaan. Tidak kurang juga dengan saiz roti canai. Walaupun perbezaan itu kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi besar! 

Namun, sudah ada aku lihat pengusaha yang menimbang doh keropok lekor sebelum ia direbus. Begitu juga, sudah ada penjual nasik lemak yang menggunakan ukuran cawan sebagai asas sebungkus nasik lemak. Tetapi adakah itu saiz sebenar untuk sebungkus nasik lemak. 

Aku teringin membeli nasik lemak yang ditampal "10gm RM2.00, lauk percuma".






Monday, October 13, 2014

Hujan , Sesat dan Seorang Amoi Yang Merokok

Cuaca tidak begitu baik, semua penumpang diminta berada di tempat duduk masing-masing dan memasang tali pinggang keledar , bunyi suara dari speaker kapal terbang yamg aku naiki, aku memandang ke tingkap, sekali sekala bila lampu sayab kapal terbang berkelip, aku lihat titik hujan berkabus berebut untuk jatuh. Aku dapat membayangkan, hujan diluar sana sangat lebat. Sekali sekala kapal terbang bergegar  kuat. Kadang-kadang ia turun mendadak membuat perut terasa geli tanpa raja lawak.

Aku terus memejamkan mata kerana aku memang rasa mengantuk, malam tadi aku tidur sedikit lewat kerana melakukan explorasi linuu. Jadi peluang ini, aku ambil untuk melayan mata yang mengamtuk. Setiba di KLIA 2, aku rasa ia sedikit lewat, Ini kali pertama aku tiba ke KLIA 2, jadi aku sedikit lambat mengatur langkah kerana berjalan sambil melihat sekeling serta membaca arahan/papan tanda mencari arah ke tempat pengambilan bagasi. Akhirnya, dalam kessusahan yang senang itu, akhirnya aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke KL Central.

ahhhhhhhhh ngantuk ah.. lain kali aku sambung....

Wednesday, September 10, 2014

Emel kepada Pomen

Salam Tuan Ramadhan, Tahniah diatas belog yang bermaklumat dan banyak membantu.
Saya ada satu masalah yang memeningkan kepala.
Saya ada sebuah waja auto tahun 2000. Pada suatu subuh, selepas 10 mint memandu, enjin kereta saya tiba-tiba bergegar amat teruk sekali dan lampu engin pun menyala. Ketika itu juga, power kereta amat lemah sekali (gear satu macam org tolak je). Saya mematikan enjin. dan tunggu sekejap (mungkin dalam 5 minit kot).
selepas distart. keadaan kembali normal. Saya balik rumah kerana bimbang lain-lain  perkara yang mungkin berlaku.
Dalam masa 3 hari saya asyik start kereta tu, tapi tak de pulak gegaran yang berlaku.
Tapi saya masih tidak konfident dan cuba memandunya dikawasan yang berhampiran. tetapi tiada masalah berlaku.
Pada harti yang lain, selepas memandu hampir sejam, kereta saya bergegar lagi dan kehilangan kuasa seperti sebelumnya dan lampu engin pun menyala, nasib baik dah dekat rumah, jadi saya teruskan ke garage dalam keadaan bergegar dan amt perlahan itu, dan terus matikan enjin.
setengah jam kemudian, saya cuba start engine tu, dan alhamdulillah, ia kembali normal.
saya hantar ke pomen dan tinggal kereta tersebut untuk di ligam oleh pomen debgan izin, tapi pomen memaklumkan tiada gegaran berkenaan berlaku dan dia tak dapat memberikan jawapan. Tapi pomen menemui kipas aircond tidak berfungsi dengan baik, dan motornya ditukar.
Dari pengalaman encik, apakah masalah sebenarnya?
Terimakasih saya dahulukan.
terimakasih

 update====

Jawapan Pomen ( http://serbamaneka.blogspot.com/2014/09/periksa-vacum-perodua-alza-cara-koman.html)

Wsalam.Berdasarkan pengalaman saya keadaan tersebut disebabkan ignition coil yang hampir rosak. Kereta Waja ada 2 ignition coil. Persoalannya yang mana satu bermasaalah? Dalam blog ini ada 2 teknik yang boleh digunakan untuk periksa ignition system. 1) Periksa ignition sistem cara koman, 2)Periksa ignition coil Proton Waja Cara Koman. Cuba buat yang itu dulu.Pastikan ignition sistem tidak bermasaalah,

update====
Lanjutan dari penerangan tuan pomen yang baik hati itu, aku membawa waja ini ke sebuah bengkel. kerana kaedah (1) dan (2) memang aku tak reti. Tapi bengkel ini yang dimiliki oleh seorang melayu mempunyai alat komputer untuk membaca maklumat dalam computer board.

Alat berkenaan  yang sebesar telepon di sambungkan ke komputer board. selepas 10 minit, beliau memperolehi 'error code" iaitu 44 dan memeriksanya melalui internet. Seketika beliau memberitahu, berdasarkan kepada diagnosis, ignition coil 1 dan 4 mungkin bermasalah.

CSI seterusnya menunjukkan ada sedikit air di dalam coil 1, jadi beliau mencadangkan supaya di cuci bahagian tersebut.

....................

aku memandu kereta ini dengan senang hati ke parit raja dan berkelana di sana selama 3 hari. Tiada masalah gegaran wujud walaupun sedikit.

-------------

pagi tadi ia kembali bergegar, dan tiada nyalaan lampu enjin, aku kembali bingung!

update  -- 9 10 2014
hari nie aku beli satu ignition coil jenama denso dan di gatkan di posisi 4. setaakt ni tiada gegaran berlaku lagi.

inilah ignition coil jenama proton yang dimaksudkan kalau belum kenal



Monday, July 21, 2014

Cerita Raya - AKu pernah Punyai Abang

Aku pernah punyai seorang abang. Setiap kali hari terakhir puasa, beliau aku tiba dirumah ayahku untuk berbuka puasa, solat maghrib dan isyak bersama-sama. Tetapi beliau tetap akan balik ke rumah beliau sebelum solat raya. Kadang-kadang sesudah isyak, kadang-kadang tengah malam. Aku kenangi saat indah ini kerana setiap kali beliau datang, pasti ada habuan untuk aku dan adik beradik lain, tidak sedikit dan tidak banyak, namum cukup banyak untuk seorang budak seperti aku. Dan isteri dan anak-anaknya akur dengan rutin ini.

Dan di dalam ingatanku, beliau tidak pernah lupa untuk mengulangi perkara yang sama. Walaupun ketika ayahku sudah tiada beliau masih mengulangi perkara yang sama. Sekarang beliau sudah tiada. Sudah hampir sepuluh tahun mungkin!

Walaupun, tidak raya bersama, tetapi, kebolehadaan (avalability) di malam raya adalah satu keseronokkan buat ibu bapa. Apakah tugas seorang anak selain menghiburkan ibu dan bapa, memberikan mereka kesenangan, samada senang hati atau senang material.

Aku terpanggil untuk melakukan perkara yang sama. Alfatehah untuk beliau Abdul Hamed Mamat..

Tuesday, July 01, 2014

Tersasar Tapi Masih Belum Jauh!

Selamat berpuasa, dengan maksud yang diberikan sebagai menahan diri dari memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Atau dengan lebih mudah, jangan masukkan sesuatu pun ke dalam mulut, hidung, telinga dan anus, bermula dari masuk waktu subuh hingga masuk waktu magrib!  Nak lebih detail buka kitab puasa atau gi dengar ceramah UAI.

Pagi ini aku temui sesuatu yang sedikit lari dari perancangan dalam hidup ku. Seolah-olah macam cerita "Back to the Future", dia nak kembali ke tahun 1985, dan dia berjaya kembali ke tahun 1985, tapi bukan tahun 1985 yang sebenar (Eh, macam-macam idea mat salleh nie!). So gitulah yang aku rasakan.

Aku berazam untuk sentiasa berjemaah di surau/masjid, aku berazam puasa sunat isnin/khamis, aku berazam membantu seramai org mungkin, aku berazam macam-macam, tapi susur kehidupan masih macam dulu jugak!

Pernah berlaku sedikit perubahan, tapi tak lama, aku kembali kepada aku yang asal.

Puasa-puasa nie buat aku terfikir untuk kembali kepada perancangan asal!


Wednesday, March 05, 2014

Ilham Dari tuhan

Di satu jalan, aku diberitahu supaya membuat pusingan disatu susur keluar. Aku terus mengikuti arahan itu. dan kini aku berada di persimpangan tanpa henti, dikiri dan kanan ku kenderaan berat dan besar bertali arus, sekali-sekali, ada kenderaan kecil melintas. Lama aku disitu, berfikir bagaimana untuk mencelah masuk.

Sebuah kereta di belakang, menyusur ke tepi dan memandangku. Dia pun meluru masuk di tengah-tengah kesibukan itu. Aku pun menurut dengan kaedah yang ditunjukkan!

Aku teringat cerita Qobil dengan burung gagak!

Tuesday, March 04, 2014

SMS kepada Kanjee

* diolah semula dari sms kepada kanjee

Salam Kanjee, Aku sampai rumah jam 12++ malam tadi, First aku mintak maaf sebab kensel program hari isnin (maaf juga untuk shidah). Lepas bertolak dari parit raja aku hubungi wan shafei, kerana arah tujuan aku pada hari itu, aku menuju ke rumah wan di pulau indah. (Bayangkan sudah 23 tahun aku tidak menemui beliau).

Kebetulan pula aku tiba hampir sama dengan waktu wan balik kerja, dan kebetulan GPS yang aku pakai buatkan aku tersesat, aku dijemput oleh wan di depan sekolah menengah pulau indah.

Berdasarkan nombor yang ko beri, selepas beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat alamat wak latif. Wak Latif kini tinggal di puncak alam fasa 3. Malam tersebut kami terus ke sana dibantu oleh pakcik papago.

Keadaan kaki Wak Latif kini lebih baik dari gambar dalam FB, cuma ada sedikit yang belum kering. Tetapi Latif masuk hospital baru nie kerana jangkitan baru di sebelah tangan kanan, kerana tercucuk kayu penyapu ketika jatuh di bilik air. Aku cuma boleh gambarkan, keadaan tangan itu membengkak seperti bisul yang nak pecah, kemerahan dan sesetengah tempat sudah ada tanda kekuningan . Aku rasa derita yang latif tanggung lebih teruk daripada yang aku ceritakan ini. Tapi aku tak mampu nak ambil gambar, kerana aku rasa tidak sesuai. Sekarang aku menyesal kerana tak ambil gambar.Bengkak itu bermula dari atas pergelangan sehngga ke pangkal ketiak.

So misi aku untuk beri dia ubat yang diberikan oleh supervisor aku sudah berjaya, cuma aku tidak pasti akan makan atau tidak. Kalau ko boleh suruh dia makan, kerana ko juga mendengar cerita dari supervisor aku tu kan?

Latif menyebut dia mendapat banyak lawatan dari kawan-kawan sekolah, tetapi tidak dari rakan-rakan sediploma. Sehinggakan isteri beliau bertanya, kami berdua dari rakan yang mana?

Bagaimana pun, latif seorang yang tabah, masih ceria melayan kami berdua. Masih buat joke seperti orang yang sihat. Tapi hati di dalam siapa yang tahu? Kami berbual-bual sehingga hampir jam 12+- malam.

So malam itu aku bermalam di rumah Wan yang sentiasa honey moon. Semua anak anak beliau tinggal di asrama, 2 di mrsm dan satu di unimap.

Keesokan selepas breakfast, aku bergerak mencari lagi seorang rakan TNB (aku memanggilnya Pakcik) yang sudah pencen di Sungai Buluh.

Sekian.

Saturday, December 28, 2013

Aku Tertipu

Selepas menyelesaikan tugas di Kuala Lumpur, aku memandu keluar dari bandar raya metropolitan itu dengan senang hati. Oleh kerana perjalanan ini adalah perjalanan santai lantas aku teringin melihat keindahan alam disudut yang lain sambil menyahut seruan kerajaan yang menyuruh rakyatnya menggunakan jalan biasa disebalik highway. Jadi aku membuat keputusan untuk melalui jalan lama karak menuju ke Kuantan. anak-anak mula merungut kerana mereka teringat cerita seram yang bertajuk "Karak". Tetapi diwaktu siang sebegitu,  mereka berjaya dipujuk membuang khayalan mereka yang tidak bagus itu.

Aku mengesyaki, Filem 'Karak' adalah filem dakyah menakutkan rakyat jelata dari menggunakan jalan biasa. (Ini hanyalah pendapat aku sahaja, org lain aku tak peduli)

Setiba di persimpangan karak lama dan highway pantai timur aku pun masuk ke kiri menunaikan keputusan tadi.  Sebentar melalui jalan itu, sebuah lori tangki memotong laju dan aku terkial-kial melihat jalan didepan mencari arah untuk dituju. Tiba-tiba aku melihat papan tanda yang tertulis " Lancang, Termeloh dan Kuantan ' dengan anak panah ke kiri. Tanpa lengah aku terus masuk kekiri. Melalui jalan yang sedikit berselekoh itu aku sedinit gembira kerana hajat di hati hampir tercapai.

Tiba-tiba kereta ku menyusur keluar ke jalan utama kembali dan di depan ku tersegam pondok tol. Argh, aku kembali ke lebuhraya yang sudah tiada titik pusing!

Thursday, December 26, 2013

Gimp dan Photoshop

Aku sudah lama berkeinginan untuk belajar photoshop. Tetapi, setiap kali aku cuba mengikut langkah demi langkah dalam photoshop aku jadi buntu dan hilang punca. Lantas, aku merasakan aku sudah tua untuk belajar photoshop ataupun photoshop bukanlah dunia ku.

Tiba-tiba aku terdedah kepada Gimp dan aku merasa ia amat mudah berbanding dengan photoshop. Gimp adalah satu produk persekutuan sumber terbuka yang pada asalnya dibina untuk pelantar Linux. Sejajarnya dengan misi persekutuan sumber terbuka, banyak program sumber terbuka dalam pelantar linux telah dibangunkan untuk pelantar window.

Sebagai asas untuk aku menggunakan Gimp, perkara pertama yang aku buat ialah mengubah gambar kepala bagi blog ini. Inilah gambar pertama yang aku buat dengan Gimp. Gambar ini ialah sebuah tulisan dengan menggunakan tiga imej sebagai latar teks tersebut.

Namun ketika itu, ketika digabungkan dengan gambar kerosakkan alam Tok Jembal, aku gagal untuk menjadikan ia lebih baik kerana aku tak tahu untuk menjadikan ia transparency! Ia menjadi seperti berikut:


Melihatkan gambar yang sedikit cacat dan tidak memenuhi kehendak peribadi, aku mencari kaedah bagi menjadikannya transparency. Akhirnya ia berjaya diubah seperti berikut:

Terdapat 2 garis menegak lebihan gambar latar yang tidak diperasani. Namun ketika diadunkan dengan gambar kerosakkan alam tok jembal, ia boleh dipadamkan begitu sahaja. Jadilah hasilnya seperti berikut:

Oleh kerana aku tak reti nak potong gambar tu guna Gimp, jadi proses pemontongan dibuat dengan menggunakan Paint program. Jadilah hasilnya seperti berikut sepertimana header yang aku letak kat atas tu. tapi yang atas tu dimasukkan bersama dengan teks yang juga di edit menggunakan paint.

Selepas nie aku nak belajar bagaimana nak kerat image guna Gimp. Kalau dah expert nanti bolehlah aku buka kelas percuma untuk budak-budak sekolah!

Sunday, December 01, 2013

Lembu dan Negaraku Yang Aman

Aku melihat sekumpulan lembu, mungkin dalam 8 hingga 10 ekor meragut rumput ditepi pagar batu rumahku dengan penuh bebas dan mungkin penuh keriangan juga. Aku katakan mungkin kerana aku tidak reti mentafsir riak keriangan pada wajah lembu-lembu ini dan aku katakan mungkin kerana mereka merenung aku ketika di sergah seolah-olah mengganggu keriangan mereka.

Aku menyergah mereka kerana aku bimbang. Selain dari meragut rumput, mereka akan melepas hajat mereka disitu, meninggalkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Nasib baik, musim hujan begini, bau-bau ini tidak kekal lama, dibersihkan oleh air yang turun dari bukit.

Walaubagaimanapun, mereka sedikit pun tidak terkasima dengan sergahan aku, malahan mendongak memandang seolah-olah marah! Bukan seekor, bahkan hampir kesemuanya begitu. Aku membaling sebiji batu agar mereka berganjak, tapi sedikit pun mereka tidak mengendah balingan batu yang aku tidak tujukan pada badan mereka itu, melainkan terus mengunyah-nguyah rumput hijau yang benihnya sengaja ditaburkan oleh tuan punya lembu ketika kawasan rumah ku masih lagi kosong dulu.

Tiba-tiba aku ternampak seekor lembu jantan muda berwarna hitam berkilat macam kuda "black beauty". Cantik sekali ciptaan Tuhan, walaupun terletak pada seekor lembu, tapi kecantikkan itu tetap menyerlah. Lantas fikiran setan menusuk masuk, "Kenapa engkau tak tangkap je lembu itu, bukannya Tuannya tahu pun?"

Aku masih lagi melihat lembu-lembu ini meragut rumput, hati malaikat ku berkata "Kerana aku orang islam, aku tidak boleh mengambil harta orang lain sesuka hati, islam ada peraturan untuk semua ini demi jaminan sebuah kehidupan yang baik di sana juga disini"

Melihat lembu-lembu ini, aku merasakan negaraku ini adalah negara yang paling aman kerana lembu-lembu ini lepas bebas ke sana ke mari oleh tuannya yang tidak risau lembu-lembu akan dicuri orang atau tidak! Sedangkan ruang dan peluang untuk mengambil lembu ini tetap ada seperti persekitaran rumah ku ini yang dikelilingi oleh hutan pokok-pokok kecil. tetapi kenapa ia jarang-jarang berlaku? Hati ku menjawab, inilah hakikat kehidupan yang mempunyai roh islam.

Namun, kecurian lembu tetap berlaku macam cerita musang berjanggut. Pernah dulu ada cerita dalam suratkhabar, pencuri menyuntik lembu dengan obat pelali dan ketika lembu tu sedang pening-pening ia dimasukkan ke seat belakang dan lepak diam disitu.

Kerana melihatkan gaya memelihara lembu yang mudah dan ringkas di kejiranan ini, aku pernah meminta seekor anak lembu atau kambing dengan seorang towkey lembu. Dia tanya, camner nak bela? Aku jawab lepas bebas je lah tepi pagar rumah! Dia berkata, kalau tak de kawasan sendiri tak payah lah membela lembu nanti kena sumpah seranah orang jer. Kesannya kita tak tahu!

Jadi, disebalik kelangsungan kebebasan menternak lembu dengan cara ini, tuan-tuan lembu hendaklah juga islamik dalam pemikiran mereka. Bukan disebabkan oleh orang lain islam, tidak mengambil lembu mereka, tidak bermakna mereka boleh lepas bebas lembu-lembu mereka. Mereka juga hendaklah mengambil kira nasib orang lain yang mendapat "faedah" dari lembu-lembu mereka, seperti berak dan kencing merata-rata, pucuk pokok yang tak pernah tinggi dan gangguan fizikal atau pun mental dari lembu-lembu mereka itu. Aku teringat ketika perasaan dan fikiran ku sedikit terganggu apabila terpaksa brek dengan tiba-tiba dan menunggu hampir 10 minit kerana kawanan kerbau dalam 40 ekor melintas jalan. Bukan melintas macam budak sekolah, tapi macam-macam gaya ada.

Jika tuan-tuan lembu ini berfikiran sebegini, sudah pasti tiada lembu kambing yang ada di jalanan.

Thursday, November 07, 2013

Sebuah Bilik dan Sebuah Komputer

Masa berlalu amat pantas, dan aku masih lagi berada di dalam kekeliruan di antara rehat yang panjang (kerana aku bekerja dari rumah) dan tugasan hakiki disebuah ruang pejabat yang tidak punyai apa-apa selain sebuah meja, 3 buah kerusi dan sebuah komputer serta sebuah printer.

Sedar tidak sedar, aku sudah hampir sebulan tidak menggunakan perisian windows dalam kehidupan ini. Dan aku tidak pula merasai kehilangannya. Detik ini terjadi kerana aku dibekalkan dengan sebuah komputer yang pantas tetapi tidak boleh diupdate windowsnya. Ini menyebabkan ia pantas diserang oleh virus dan bakteria komputer.  Komputer desktop yang diberikan ini juga dikunci supaya perkakasan dalaman seperti ram, cpu, grafik card dann hard disk tidak dicuri oleh aku (agaknya) kerana hanya aku yang ada access ke bilik ini.

Menggunakan komputer desktop ini membuatkan aku merasa susah, kerana perlu menyalin setiap data yang ada ke dalam pendrive untuk digunakan pula di komputer di rumah. Pada masa sekarang aku sudah jarang menggunakan laptop 13 inci yang aku banggakan dulu, kerana mata ku sudah tidak cukup kuat untuk mengendap huruf-huruf dan nombor yang aku rasakan semakin kecil dalam skrin berkenaan atau mungkin sebenarnya mata ku sudah letih untuk mengendurkan urat-uratnya. (aku akui itu)

satu ketika dulu, ketika aku ingin berpindah dari bilik yang lama dan terpaksa menyerahkan komputer yang lama, banyak sekali dvd yang aku gunakan untuk backup dan banyak juga data yang terpaksa ku tinggalkan kerana tidak cukup duit untuk beli dvd. Aku tidak ingin perkara yang sama berlaku lagi. 

Akhirnya, aku membuat instalasi Ubuntu Linux ke dalam sebuah hard disk dan menggunakannya di sebuah desktop dirumah, dan aku membawa sebuah desktop lain ke pejabat dan menjadikan hard disk itu betul betul portable.

Aku rasa setakat ini, masalah mata yang rabun , dan msalah menyalin data tidak lagi timbul. kerana aku sudah gunakan monitor 24 inci dirumah dan pejabat dan sebuah hard disk 320GB yang masih lagi tidak penuh!



Sunday, October 13, 2013

Baju Superman

Aku tidak mahu menguraikan kepelikkan baju superman di mana celana dalamnya di pakai di luar. Tapi menulis ebegini membuat ilusi aku bertanya, adakah superman masih memakai celana di dalam?

tetapi aku terfikir kenapa aku tidak sahaja memakai costume superman untuk kerja kerana aku sudah tidak perlukan iron dan aku pasti sudah berjaya menjimatkan fulus ketika duit ku yang dulu kelihatan banyak tetiba menjadi kurang nilainya


Thursday, September 19, 2013

Sebuah Dongeng Hampir Nyata

Malam tadi aku melihat 2 buat jentera angkasa yang berbentuk V terbalik, terbang melintasi ruang angkasa rumahku. Dan tiba-tiba, sebuah daripadanya meletup kerana di langgar sebuah droid. dan sebuah lagi masih lagi melilau-lilau disitu menunjuk lagak berani.

Setelah itu, aku mendapat tahu, droid itu dilancarkan oleh tentera malaysia dan jentera angkasa berbentuk V itu ialah mungkin sebuah jet tentera amerika. dan aku mendapat tahu kita telah diserang amerika.

Ketika peristiwa itu berlaku aku sedang menunjukkan sebuah teknologi baru kepada seorang kawan yang aku pasti memang lebih pandai dari aku kerana ia melihat ciptaan ku ini secara sambil lewa dan perbualan kami terhenti kerana tiba-tiba awan putih disulami langit biru tiba-tiba bertukar menjadi sebuah helikopter pengangkut yang besar, lantas menerjunkan tentera-tentera amerika ke bumi ku ini.

Aku masih tidak lari kerana ketika itu aku adalah seorang saintis dan aku terpegun dengan teknologi samaran itu. Dalam kekalutan itu, aku merasa mereka masih bodoh kerana membukakan penyamaran mereka ketika mereka mahu menurunkan askar-askar tadi. Aku merasakan ia adalah lebih baik jika penyamaran itu tidak dibuka langsung, jika berlaku sebaliknya aku hanya akan melihat, askar-askar yang tiba-tiba keluar dari awang dan langit biru. Itu lebih baik dan amat menakutkan.

Ketika itu juga aku terfikirkan kenapa tentera mereka tidak menggunakan teknologi samaran seperti helikopter pengangkut mereka. sedangkan itu lebih baik dari membiarkan kami nampak tentera-tentera mereka sedangkan mereka sudah pun menggunakan teknologi tersebut ke badan helikopter mereka. Kenapa tidak dipanjangkan sahaja kepada baju-baju tentera mereka.

Tiba-tiba, nama ku dipanggil beberapa kali diruh melarikan diri. Dan aku masih lagi keliru kenapa kampus yang berkait dengan kelautan ini menjadi sasaran. Apakah yang kami cipta disini?

nama ku terus dipanggil beberapa kali, dan aku menyahut sambil mindaku masih cuba menterjemah dan memahami kekeliruan ini.

Satu teriakan namaku yang kuat kedengaran!


Ahhh. Aku bermimpi lagi........

Wednesday, September 11, 2013

Jangan Jadi Lembu

Aku tidak mahu jadi lembu yang tiba-tiba masuk ke jalanraya ketika aku sedang meluncur laju dan memaksa aku menekan brek kecemasan. Setelah beberapa kali memberi hon lembu itu masih disitu seperti seekor raja dengan singahsananya. Dan aku terpaksa memulas stering kereta ke arah lain dan dia pun pura-pura berganjak dengan perlahan sekali.

Ketika aku sedang beratur cantik menanti anak balik sekolah seperti orang lain, ada sebuah kereta yang di pandu oleh orang yang mungkin ada kaitan dengan lembu di atas. Memandu dan terus berhenti ditengah satu-satunya jalan keluar yang ada disekolah itu. seorang perempuan keluar dari perut kereta lelaki berhati lembu , dan aku lihat beliau melilau-lilau mencari sesuatu, mungkin anak si lelaki berhati lembu itu atau mungkin anak nya juga. Dan aku terus memerhati, Sebuah kereta ingin keluar dari barisannya, dan bersusah payah memulas stering mencari ruang kosong antara kereta lelaki berhati lembu itu. Kereta lelaki berhati lembu itu, masih disitu tidak bergerak seperti tiada apa-apa, persis lembu yang aku temui tadi. Dan, kereta itu berjaya menyelit keluar,

Sebuah kereta lagi ingin keluar, tetapi kali ini, laluan beliau amat sukar, kerana sedikit dihalang oleh lelaki berhati lembu itu, satu hon dibunyikan, bukan dengan segera, kereta lelaki lembu itu bergerak sedikit ke depan memberi ruang kepada kereta yang ingin keluar. Tapi kereta itu hanya mampu mengeluarkan bontotnya sahaja. Satu lagi hon dibunyikan, Dan kereta berhati lembu ini, bergerak sedikit-sedkit dan akhirnya berlalu. Kereta itu keluar dengan jayanya. Dan aku lihat kereta lelaki berhati lembu ini kembali disitu !

Maaf, aku tidak memarahi manusia itu, aku cuma memarahi lembu yang ada dalam diri mereka.

Monday, July 22, 2013

Internet

Internet pejabat ku selalu di war-warkan amat laju. Yer ! amat laju jika bergerak dalam intranet, sehinggakan muat turun office 2010 hanya mengambil masa 3 minit. Tetapi bila bertemu dengan jaringan luar, ia jadi amat perlahan, menggunakan internet pejabat, aku memerlulkan 5 jam untuk update linuxmint, tetapi mengunakan jaringan luar aku hanya perlukan 20 minit, Bayangkan berapa banyak masa aku tergadai kerana menunggu prosess update ini selesai apabila menggunakan internet pejabat, Tapi malang sekali, apabila ia hampir selesai aku terpaksa mengcancelkan proses update tersebut, kerana ada projek lain menunggu dan aku perlu membawa laptop yang tiada bateri ini bersama!

Entahlah....

p/s: ketika aku menyiapkan perkataan terakhir di atas, linux mint sudah diupdate sepenuhnya.

Friday, July 12, 2013

Lori II

Ramadhan membawa keberkatan. Pada petang "me'gang" puasa, sebuah lori pengangkut tiba aku tak tau pukul berapa kerana apabila aku balik dari kerja aku sudah melihat ia disitu. Lori-lori semut, masih lagi berebut-rebut masuk mengambil tanah sehingga hampir 6 petang. Ketika eskavator turun perlahan-lahan dari puncak bukit, masih lagi ada lori-lori semut mengambil tanah dengan terburu-buru, dan eskavator mencedok tanah dimana sahaja ia berada. Lantas aku terfikir, "ada jualan murah tanah ke?" kerana keaadaan itu seperti berebut-rebut mencari barang offer di Sogo!.

Hampir senja barulah lori pengangkut naik ke bukit dan membuat urusan disitu. Aku tidak nampak apa-apa kerana dilindungi pokok-pokok, yang kedengaran hanyalah ngauman eskavator dan kadang-kadang deruman lori pengangkutan diselang seli dengan bunyi ketukan.

Sejak itu, tiada lagi lori-lori semut masuk ke kawasan ini! Ramadhan memang membawa keberkatan!

Tuesday, July 09, 2013

Lori

laluan short-cut ditepi rumah ku sudah menjadi laluan short cut lori pula. Bila dilarang oleh mandor tanah, lori-lori ini berenti sekejap. Tetapi, semenjak ada pengurusan baru tanah itu oleh org muda, pemandu lori ini makin agresif dengan muka bersahaja melalui laluan tersebut dengan tidak sedikit memandang kepadaku yang berada ditepi.

Aku menjadi sangat marah, lantas terfikirkan perkara berikut:

1. Gali longkang besar supaya mereka tak boleh lalu, dan aku juga
2. tanam pokok rambutan atas tanah orang tu,
3. pasang jerangkap samar, supaya jadi peringatan pada lori lain
4. lempar bim tangan pada lori yang lalu supaya jadi peringatan pada lori yang lain
5. gali lubang buat perangkap serupa flinstone
5. sembunyi dalam semak dan lastik cermin lori itu
6. nak beli senapang sniper then, faham-faham je la..


kecuali 1, 2 dan 5, lain-lain semuanya nak bunuh orang, busuknya hati

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...