Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Friday, March 05, 2010

Di Ruang Yang Sempit Ini dan Jiran ku

diruang yang sempit ini aku cuba melemparkan jauh keluh kesah kerana dinding bisu berhaba ini membuatkan aku makin gelisah menunggu pagi datang kerana benak fikiran ku terbelenggu dengan tali ghaib kecelaruan kehidupan.

Senja tadi jiran rumah sewa ku datang memohon simpati katanya dengan ayat ku sendiri "tolong jangan bising!". Argh aku hanya tinggal 2 hari sahaja dalam seminggu di sini, mana mungkin aku sempat menganggu keindahan kehidupan orang lain. Tetapi aku hanya memohon maaf, aku tidak mahu keharmonian ini diganggu gugat, berkali-kali aku mengucapkan kata maaf.

Dalam ruang yang sempit ini, haba panas yang berbaur resah dalam hati terus silih berganti dan subuh yang aku nantikan semakin kurasakan jauh kerana waktu seakan beku dan tubuh seperti dikukus dan aku seperti udang dibakar walaupun tidak mati tetapi panas pedih menjalar hingga mengalirkan peluh dan aku seperti dijemur dibawah payung mentari detik dua belas.

Kata jiran ku lagi, berilah dia peluang, wife beliau baru empat hari meninggal. So tolong lah jangan bising. Aku hanya baru sampai subuh tadi, dan terus tido dalam keletihan. Anak dan isteriku pun, semuanya mengantikan tido. Dan aku meninggalkan mereka pada pukul 8 pagi untuk ke kuliah. Dan baru sekarang aku pulang, aku masih tidak faham pakah bentuk bising yang diperkatakan. Wife aku kata, semuanya OK jer!

aku masih bermain dengan akal dan nafsu mengumpulkan keresahan supaya aku jadi lebih kuat dan mengayam impian untuk memeluk bulan . antara pejam dan celik fatamorgana ini, ada bayu sejuk melingkari tubuh dan mata semakin terpejam, gelap pun datang dan aku tidak sedar apa -apa pun lagi!

Bila aku tersedar pagi ini, yang bising ialah bunyi anak-anak tangga kayu yang bertiangkan besi. Bila dipijak pasti akan berkeriut lah bunyinya. Kebetulan tangga itu diletak didinding, pasti bunyi itu akan bergerak ke rumah sebelah. Aku cuba meletakkan kaki paling perlahan, tapi ia tetap berbunyi. Anak ku yang paling kurus dan ringan juga berjaya mengeluarkan bunyi keriut di tangga tersebut, apatah lagi aku!

Nanti ku minta tuan rumah mengetatkan skru-skru ditangga itu!

Hidup mesti diteruskan, kematian bukan disebabkan oleh tangga, tapi tangga ini mungkin penghapus sedikit dosa menjelang kematian kerana ada hukumanNYA sudah dibalas atas dunia yang fana ini.


Thursday, July 23, 2009

Aku sangat kecewa..

aku sangat kecewa
kalau diberikan sebuah ladanag ,
aku masih kecewa
kalau diberikan sebuntil emas
aku masih kecewa
kalau diberikan apa pun
aku masih kecewa

kecil hati
kecil lagi perasaan yang terbuku
aku boleh bernyanyi
tapi kecewa ini masih ada
aku boleh senyum
tapi kecewa ini tetap ada

kecewa ini tiada ubatnya
kecuali aku kembali percaya
qadar dan qadak itu milik tuhan

Wednesday, May 20, 2009

Dalam Isyarat

Laut tak berombak Ombak tak beriak Camar tak melayang Mata tak berkedip
Dada tak berdebar Daun tak gugur Dada tak terdepang Lembar puisi tak terselak
Salam tak bersambut Getaran tak menggelombang Kasih tak berkocak
Janji tak tertunai Helah tak tergambar Muslihat tak terpeta Kitab puisi tergeletak
Penyair patah kalam Kata tak kenal pilih Antah dalam beras Padi terkulai lemas
Aruan tak menghambur Ular berlingkar di lubuk Undan kematian angin
Jejak lama tak padam-padam Dalam rupa di mana dupa Geruh apa dalam guruh
Sukma sebuah bertatah cinta Rumah pertama tak menemu Ombak tak berombak
Riak tak beriak Gairah padam Meluluh waham.

Kemala    
2006-2007

dari : penyair.wordpress.com

Friday, May 15, 2009

Kemboja

Tak perlu kau jadi mawar merah kerana aku ini kekasih sejati

Lalu, usahlah kau sedih dan menyisih biarlah sekadar kemboja suci nan putih

Mari aku belai kuntum hatimu “bukankah kau juga bunga?”

Paling tidak, bilaku tiada nanti pohonmu masih menghias dadaku

Biar hancur, diremuk musim gugur kita setia dimamah kubur.

- ABDUL RAHIM IDRIS

dari : penyair.wordpress.com

Monday, May 11, 2009

Melayu I

Semakin kuat aku menjerit
semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin mereka tergelak
gelak yang rancak
gelak yang galak

Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa
kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan

dari : zurinahhassan.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Preface & Appendix

the nigh was faulty,
it knock the end of another gloomy twilight
and in the deepest of silence!!
-preface


Ahh!
the silence was deafening,
resemble the turning point of a struggle
..and the dream goes on
-appendix


cromok - defeaning silence

Sunday, April 12, 2009

Ulu sepri 2




darah kembali berharga
merah buat penyeri muka
senyum terus meniti di bibir
kasih sayang jadi milik semua

kita bebas terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta
kita bebas terbang laksana burung
terikat hanya di tali cinta

Sunday, January 18, 2009

Hijrah itu..

Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu Perjuangan..
Hijrah itu persaudaraan..
Hijrah itu membentuk perpaduan..

Tuesday, August 22, 2006

Pemimpi

terbangun dihujung musim seperti melepaskan kekasih pergi. musim luruh tiba bersama calit tragedi berbaur kematian. hinanya diri tanpa tuhan hilang dalam ruang tirai.  kesayuan dan merana dan lemas dalam bayang kehidupan. minda dibayangi kesuraman dan kesakitan merajai tubuh.

tinggalkan semangat diri di sini untuk tidur dan bermimpi. dikelilingi daun-daun berguguran dalam taman kepiluan tanpa hujung. Tiada yang selain Nya tempat ku mengadu.

di bawah pucat langit kelabu aku mimpikan kurnia Mu. doa agar Kau sangat hampir dalam kehidupan yang pilu ini. dan mimpi indah jadi abu dan harapan tiada lagi.

setelah kesakitan berpanjangan dan kebahagian tidak kunjung tiba dalam jiwa ku seru kematian

aku sangat sejuk,  aku sangat sejuk. hampirkah Izrael dengan ku?

Air mata jatuh dan masih menitik panas, musim gugur telah lama mati. kabus suram tanpa hujung menyelubungi. terpersona aku dengan kecantikkannya. makbulkah doaku? makbulkah doaku?

dibawah salji berguguran, dan di taman pilu tanpa hujung, jiwa sengsara dan terbiar. harapan tidak pernah datang. sekarang aku sedar mimpi ini mainan, kembali aku hidup mutlak.





Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...