Showing posts with label Bisik Hati. Show all posts
Showing posts with label Bisik Hati. Show all posts

Monday, February 02, 2015

Aku Mahu Kaya Part iii (AMKP3)

Part II

Ya betul, sememangnya internet adalah satu ruang baru untuk menjana duit. tetapi sama juga seperti ruang-ruang nyata, perlu ada usaha dan modal barulah keuntungan dapat dijana.

Ada sesetengah orang berpendapat ruang internet adalah seperti tanah kosong. Membuka sebuah perniagaan internet adalah seperti membuka sebuah bandar baru yang perlukan infrastruktur dan menyediakan peluang-peluang. Dan yang paling penting ialah bagaimana membawa masuk jutaan orang ke bandar tersebut.

Jadi, sebelum jatuh, ilmu tempur tentang internet mestilah diketahui terlebih dahulu. seseorang mestilah tahu tentang beberapa istilah teknikal sekali dengan kepenggunaannya.

Sunday, February 01, 2015

Hujan , Sesat dan Seorang Amoi Yang Merokok Part II

Part I

setiba di kl central jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Aku pun memanjat tangga mengikut bontot pramugari dan pramugara air asia yang turut serta dalam bas tersebut. Di kiri dan kanan hanyalah tembok bisu

Lantas masuk ke dalam perut KL central. Hanya ruang yang luas dengan jumlah orang yang boleh dikira dengan jari. Hanya kedai seven e sahaja yang dibuka. Pramugari/gara terus menuju ke escalator yang aku tidak tahu ke mana. Dan aku terus ke seven-e mengisi telefon.

Beberapa kali aku menelefon kawan yang sealiran, namun tidak berjawap. Aku menuju ke arah pintu masuk utama. Lantas melihat kelibat pak guard yang bertugas aku terus tanyakan soalan. Jawapan yang diberikan ialah hala ke sana (arah aku naik tadi) dan melintas jalan.

Tiada pilihan, kembali semula ke sana dan turun ke tempat bas. Stelah berlegar-legar, aku nampak ada satu lorong, melalui lorong tersebut aku tiba ke jalan tun sambathan. Hujan renyai-renyai. Sebuah bangunan baru siap mungkin, dan seorang guard perempuan di dalamnya di kaunter di sebelah ku. Aku masuk dan bertanya lagi. Jawabnya, dia tak berapa pasti.

Aku mengucapkan terimakasih dan keluar. Aku memerhati dari kanan ke kiri. Tidak pasti arah mana harus ku tuju. Lantas, ilham mengajak aku ke kiri. Aku berjalan sambil mengheret sebuah beg tayar dan dibelakang ku sebuah backpack untuk laptop. Dalam renyai-renyai aku berjalan-jalan di susur-susur banggunan yang ada.

Teksi yang lalu memperlahankan gerakan. Tapi aku tak layan. Tiba-tiba ternampak bayang seseorang. Sedikit gempal, tapi pendek, Muka bulat dan sedang merokok, duduk berseorangan sahaja. Hanya itu yang aku nampak dalam kesamaran tersebut. Aku mendekati dan bertanya lagi.

OH, sebelah sana je, kena lintas jalan nie. Kalau nak senang naik jejantas je, turun jejantas ada satu lorong , masuk terus jumpa. Tapi lorong tu bahaya sikit tengah-tengah malam nie. Baik U , lalu ikut bank sebelah sini  dan lalu ikut kedai makan, itu lebih selamat. Aku mengucapkan terimakasih, Rupanya, dari slang dia bercakap rasa tidak syak lagi dia seorang cina.

Aku pun terus mengikuti arahan yang diberi, melalui restoran mewah yang didepan atau ditepinya ada warung-warung dhaif. Kadang-kadang terpijak lopak air yang aku rasakan seperti air longkang. Tidak beberapa lama tersegam di depan ku hotel yang aku cari. Aku terus masuk dan check-in. Jam di dinding hotel menunjukkan pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah.

Tuesday, January 20, 2015

Aku mahu jadi kaya

seorang penulis dan penggemar barangan seni berkata "Aku mahu jadi kaya tetapi aku tidak mahu melaksanakan langkah-langkah yang menjurus kepada kaya". Semua orang pada dasarnya ingin menjadi kaya. tetapi berapa ramai yang mahu membuat kerja-kerja ke arah kekayaan. Bahkan ramai yang bertanya, mesti ada cara untuk mendapatkan kekayaan tanpa perlu bekerja 24 jam sehari. tetapi bagaimana caranya? dengan kata lain ramai orang ingin menjadi kaya tetapi malas membuat kerja-kerja yang menjurus kepada kekayaan. Tetapi bagaimana ya?

update pada : 31 Jan 2015

Dari analisis rambang bukan akademik yang aku buat, di antara banyak-banyak jalan yang ada di internet, kebanyakkannya adalah tipu muslihat perekanya untuk menjadi kaya. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar memberi ruang untuk mendapatkan wang mudah  melalui internet.

Aku temui sebuah iklan yang menawarkan pelbagai kerja dari rumah samada jenis kerani surat menyurat, mengisi data yang berjumlah ribu-ribu atau menjawab survey atau apa sahaja, tetapi iklan ini disertakan dengan pembelian kit yang bernilai RM50, kemudian "job" akan ditawarkan dan bergantung kepada nasib bilangan job yang akan ditawarkan nanti. Dalam iklan tersebut dinyatakan mungkin hasil kerja sebelum ini akan menjadi rujukan untuk mendapat banyak job. So, bagaimana mahu mendapatkan yang pertama? Tanpa kit tersebut, tiada job akan diberikan. Bukankan pembelian kit ini mengandungi unsur penipuan? Mungkin bagi orang tidak!

tetapi ada juga kaedah yang dicadangkan memang benar memberikan hasil, contohnya meletakkan banner iklan dalam laman web sendiri dan menjawab survey atau memberikan rekomendasi bagi sesuatu product, kebanyakkan kelihatan amat jujur dan booleh dipercayai.

Thursday, January 15, 2015

Aku dan Sebuah Basikal Tua

Sudah beberapa hari aku lihat basikal tua itu berada disitu. Setiap kali aku berpura-pura melihat orang-orang tua kampung bermain dam aji disitu, ketika itulah aku meneliti basikal tua itu. Bahkan tiada kesan ia didorong oleh sesiapa pun, Bahkan kedudukannya juga tidak berubah.

Hari berlalu, dan ia masih disitu. Aku merasakan inilah peluang untuk aku mempunyai sebuah basikal. sebagai langkah awal untuk menjadikan basikal ini kepunyaan ku ialah aku harus menguncinya. jadi petang itu aku telah mengunci basikal itu dengan kunci yang memang sudah ada distu. Dan kunci berkenaan aku selitkan di bawah lantai pasar.

Selang beberapa hari, aku pun pergi melihat lagi basikal berkenaan. Ah, ia sudah tiada. Dan seperti biasa, untuk mengetahui cerita-cerita sekitaran aku pun mendekati sekumpulan yang verloggok ditepi dam aji. Dan aku mendegar cerita.

Semalam pemilik basikal baru pulang dari kampung setelah pergi ke sana selama beberapa minggu. Dari bus stand dia berjalan dan ingin mengambil basikal yang diletakkan disitu, dan seterusnya berkayuh balik kerumah. Tapi setibanya di basikal, dilihat basikalnya dikunci, jadi terpaksalah dia membuka kunci berkenaan secara paksa yang mengambil masa lebih kurang sejam. Dia berkata "kalau aku tau saper yang buat, jagalah dia!". Aku beransur balik perlahan-lahan.

Kini, tuan basikal sudah lama meninggal, dan aku tidak pernah memohon maaf kerana perbuatan aku itu ketika aku belum berakal. Budak baru nak mengenal dunia.

Tuesday, January 06, 2015

Nasik Lemak 2.0

Aku selalu menonton rancangan man vs food. Sebuah rancabgan TV untuk channel TLC dihostkan oleh Adam Richman (Adam lelaki Kaya). Intipati rancangan tersebut ialah sekuat manakah nafsu manusia untuk menghabiskan satu hidangan makanan yang dikatakan sedap tapi mencabar. Mencabar mungkin kerana ia sangat banyak atau pun memmpunyai ciri-ciri pemusnah seperti pedas tahap masuk tanah. Selalunya, apabila menonton rancangan ini, aku mula membayangkan host rancangan ini akan berumur pendek!

Aku pehatikan, dalam rancangan tersebut setiap bekalan yang dijual ditimbang dengan adil. Jika sebutir burger mempunyai daging, dagingnya ditimbang dengan tepat dan selalunya ada penimbang di sisi tukang masak. Dan lain-lain bahan yang dikra sebagai sebagai hiasan diberi sebanyak mungkin contohnya sayur-sayuran mentah dan juga kentang goreng. Tetapi jika menu itu berkait dengan kentang goreng, kentang goreng akan ditimbang mencukup dengan harga yang ditawarkan.

Aku melihat perkara ini tidak berlaku di dalam masyarakat kita dengan andaian sudah ada persetujuan antara pembeli dan penjual di atas transaiksi yang dilakukan. Contohnya, kalau beli nasik lemak harga yang dikira ialah sebungkus, tetapi tidak mengambil kira berat nasik dalam bungkusan tersebut, kadang kadang satu bungkus nasik lemal lebih banyak dari sebungkus yang lain. Kadang-kadang ikan bilis atau aya dalam nasik lemak lebih banyak dari nasik dan sebaliknya.

Begitu juga kalau kita membeli keropok lekor, saiz keropok yang dijual seringgit sebatang itu pun mempunyai perbezaan. Tidak kurang juga dengan saiz roti canai. Walaupun perbezaan itu kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi besar! 

Namun, sudah ada aku lihat pengusaha yang menimbang doh keropok lekor sebelum ia direbus. Begitu juga, sudah ada penjual nasik lemak yang menggunakan ukuran cawan sebagai asas sebungkus nasik lemak. Tetapi adakah itu saiz sebenar untuk sebungkus nasik lemak. 

Aku teringin membeli nasik lemak yang ditampal "10gm RM2.00, lauk percuma".






Wednesday, October 29, 2014

Proton Iriz

Proton Preeve sudah lama aku reject kerana rekabentuknya bukan kesukaan hati. Tambahan pula ia kelihatan "fesyen lama". Jadi aku tidak terus kepada perincian, kerana pandang pertama tidak memberikan cinta padaku. Kini aku cuba mencari kelebihan terperinci yang ada pada supreme setelah aku sukai ia pada pandangan pertama. Aku berulangkali membaca spesifikasi proton supreme dan semakin lama ia semakin menusuk ke dalam hati. Walaupun lebih mahal dari vios dan city, aku masih belum punyai alasan untuk menolak piihan hati ini. Namun, satu ketika aku terpandang pandangan depan sebelah menyebelah dengan prevee. Aku terkasima. Ia serupa dan cinta ini aku campakkan pula kepada Iriz.

Monday, August 04, 2014

Huh.

Ketika aku  mulai mengambil tempat duduk, aku melihat sepasang perempuan berambut lelaki, menghisap rokok, terhembus-hembus sedang bersembang kencang.

Aku melihat mereka dengan perasaan yang jengkel sekali, aku tidak pernah melihat perempuan yang tiada sedikit pun keindahan sebegitu. Yang terlintas difikiran ialah betapa jahilnya mereka, dan apakah yang selalu ada di minda ibu-bapa mereka sehingga memperolehi anak perempuan yang sebegitu.

Selalunya inilah, colateral-damage dari hari raya yang telah berlalu, mereka yang balik kampung dengan gaya bandar yang rangi, tapi orang kampung seperti aku sudah pasti menolak kehadiran mereka mentah-mentah. Tambahan pula aku bukan pendakwah atau iman muda atau pencetus umat. Jadi penglihatan aku hanyalah cemuhan semata-mata!

Monday, July 21, 2014

Cerita Raya - AKu pernah Punyai Abang

Aku pernah punyai seorang abang. Setiap kali hari terakhir puasa, beliau aku tiba dirumah ayahku untuk berbuka puasa, solat maghrib dan isyak bersama-sama. Tetapi beliau tetap akan balik ke rumah beliau sebelum solat raya. Kadang-kadang sesudah isyak, kadang-kadang tengah malam. Aku kenangi saat indah ini kerana setiap kali beliau datang, pasti ada habuan untuk aku dan adik beradik lain, tidak sedikit dan tidak banyak, namum cukup banyak untuk seorang budak seperti aku. Dan isteri dan anak-anaknya akur dengan rutin ini.

Dan di dalam ingatanku, beliau tidak pernah lupa untuk mengulangi perkara yang sama. Walaupun ketika ayahku sudah tiada beliau masih mengulangi perkara yang sama. Sekarang beliau sudah tiada. Sudah hampir sepuluh tahun mungkin!

Walaupun, tidak raya bersama, tetapi, kebolehadaan (avalability) di malam raya adalah satu keseronokkan buat ibu bapa. Apakah tugas seorang anak selain menghiburkan ibu dan bapa, memberikan mereka kesenangan, samada senang hati atau senang material.

Aku terpanggil untuk melakukan perkara yang sama. Alfatehah untuk beliau Abdul Hamed Mamat..

Tuesday, July 01, 2014

Tersasar Tapi Masih Belum Jauh!

Selamat berpuasa, dengan maksud yang diberikan sebagai menahan diri dari memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Atau dengan lebih mudah, jangan masukkan sesuatu pun ke dalam mulut, hidung, telinga dan anus, bermula dari masuk waktu subuh hingga masuk waktu magrib!  Nak lebih detail buka kitab puasa atau gi dengar ceramah UAI.

Pagi ini aku temui sesuatu yang sedikit lari dari perancangan dalam hidup ku. Seolah-olah macam cerita "Back to the Future", dia nak kembali ke tahun 1985, dan dia berjaya kembali ke tahun 1985, tapi bukan tahun 1985 yang sebenar (Eh, macam-macam idea mat salleh nie!). So gitulah yang aku rasakan.

Aku berazam untuk sentiasa berjemaah di surau/masjid, aku berazam puasa sunat isnin/khamis, aku berazam membantu seramai org mungkin, aku berazam macam-macam, tapi susur kehidupan masih macam dulu jugak!

Pernah berlaku sedikit perubahan, tapi tak lama, aku kembali kepada aku yang asal.

Puasa-puasa nie buat aku terfikir untuk kembali kepada perancangan asal!


Saturday, May 31, 2014

Baik

orang selalu berkata " buat baik akan di balas baik, buat jahat akan di balas jahat". Apa maksudnya? Aku selalu terbaca tulisan-tulisan kayawang-kayawang dari barat yang lahir dari kelompok bawahan dan akhinya mati menjadi bangsawan. Mereka selalu berkata "kunci kepada kejayaan mereka adalah hasil dari perbuatan baik yang mereka lakukan. Jadi mereka tidak segan silu mengagihkan apa yang mereka ada kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, Bill Gates sendiri mempunyai yayasan sendiri untuk mengagihkan kekayaan beliau, sama seperti arwah Steve Jobs, memberikan pendapatan beliau kepada badan-badan derma.

Ada seorang professor muda di hull universiti yang aku dengari sangat suka membantu orang ramai. Seorang pelajar malaysia yang kebetulan dibawah penyelian berkata, professor ini selalu didatangi oleh pelajar-pelajar dari penyelia lain, bahkan dari fakulti lain untuk bertanyakan soalan. Tetapi beliau membantu mereka semua dengan sepatutnya dan beliau tidak pernah menolak! Juga diceritakan, beliau suka belanja orang makan ketika tengah hari. Tetapi yang paling best, beliau juga turut membelanjakan gaji beliau untuk membantu rakyat palestin!!

Aku ingat-ingat lupa sebuah hadis rasullullah yang membawa maksud satu sedekah yang diberikan akan dikembalikan sebanyak 10 kali ganda. Sebagaimana kisah seorang hamba Allah di waktu itu yang meyedekahkan sebutir jambu ( aku tak ingat apa sebenarnya yang disedekahkan) ketika petang dia didatangi sahabat yang lain dengan membawa 9 biji jambu dihadiahkan kepada beliau. lantas beliau bertanyakan mana sebiji lagi. Lantas sahabat tadi mengeluarkan sebiji yang telah disembunyikan lalu bertanya kenapa dia tahu jambu tersebt tak cukup? Sahabat ini lalu menyebut hadis tadi.

Dan sekarang aku amat berbangga dengan sahabat-sahabat di sekeliling yang selalu berbuat baik sesama manusia. Siapa yang sanggup mengambil baju-baju serta kain-kain pelikat yang diwakafkan disurau lalu membasuhnya dan memulangkan kembali kesurau tersebut supaya musafir yang singgah dapat mengunakan baju atau kain pelikat yang wangi. Sahabat-sahabat yang sedaya upaya membersihkan karpet masjid sebelum jumaat supaya nanti kita sujud di tempat yang bersih tidak hapak, sahabat-sahabat yang mengutip sampah di jalanan lantas membuangnya kerana tidak mau org lain sakit mata kerannya.  Juga sahabat-sahabat yang membantu membetulkan tulisan orang lain dengan niat kerana Allah.

Aku respek sekali kerana aku masih tidak mampu melakukan perkara sebegitu.

Wednesday, March 05, 2014

VIVA!

Tiga hari sudah berlalu. Hentaman masih terdengar-dengar di corong telinga, kritikan masih terbayang-bayang di ruang mata. Ketika jaga, ketika tidur. Ketika makan, ketika itu!.

Kini hingus mencurah keluar, badan seram sejuk, aku keletihan, urat saraf berdenyut, kepala terasa senak,  perut tidak selesa, mata sedikit pedih, telinga juga berdengung, Demam ini kerana VIVA atau perjalanan yang jauh?

Ah, aku hanya insan kerdil yang mencari MU dengan jalan lain!

Sunday, February 09, 2014

Di Satu Pagi Minggu

Anak: Bukan ke harga Telefon baru mak harganya lebih dari dua ribu?

Ayah: tak de lah, dalam seribu lima ratus je

Anak: Hambek!

Apakah maksud "hambek" itu?


Wednesday, January 29, 2014

Ku Lihat Hijau

Apabila berdiri di sampingnya merenung seni yang terukir di atas daunnya, melihat perbezaan dari hari ke hari, aku tidak pernah bosan, dan setiap hari aku menunggu untuk menatap lagi keindahan ciptaan Allah ini.


Anak Timun sedang membesar, 2 sudah punyai sulur paut dan makin membesar. Aku jadi bingung bagaimana harus dipindahkan kerana aku tidak punyai ruang dan aku mahu guna seminimum tanah mungkin.


Kerana semua orang sedang berbicara tentang cuaca sejuk yang sedang melanda, aku mengambil peluang ini untuk mencuba tomato. Mungkin aku patut cuba potato jugak

Anak-anak kailan (kalian?), menunggu sedikit besar untuk punyai rumah sendiri.

Walaupun dikatakan murah, aku cuba menanamnya kerana dikatakan orang jenis ini memang tidak perlu jagaan rapi. Tabur dan biarkan.

Thursday, December 26, 2013

Gimp dan Photoshop

Aku sudah lama berkeinginan untuk belajar photoshop. Tetapi, setiap kali aku cuba mengikut langkah demi langkah dalam photoshop aku jadi buntu dan hilang punca. Lantas, aku merasakan aku sudah tua untuk belajar photoshop ataupun photoshop bukanlah dunia ku.

Tiba-tiba aku terdedah kepada Gimp dan aku merasa ia amat mudah berbanding dengan photoshop. Gimp adalah satu produk persekutuan sumber terbuka yang pada asalnya dibina untuk pelantar Linux. Sejajarnya dengan misi persekutuan sumber terbuka, banyak program sumber terbuka dalam pelantar linux telah dibangunkan untuk pelantar window.

Sebagai asas untuk aku menggunakan Gimp, perkara pertama yang aku buat ialah mengubah gambar kepala bagi blog ini. Inilah gambar pertama yang aku buat dengan Gimp. Gambar ini ialah sebuah tulisan dengan menggunakan tiga imej sebagai latar teks tersebut.

Namun ketika itu, ketika digabungkan dengan gambar kerosakkan alam Tok Jembal, aku gagal untuk menjadikan ia lebih baik kerana aku tak tahu untuk menjadikan ia transparency! Ia menjadi seperti berikut:


Melihatkan gambar yang sedikit cacat dan tidak memenuhi kehendak peribadi, aku mencari kaedah bagi menjadikannya transparency. Akhirnya ia berjaya diubah seperti berikut:

Terdapat 2 garis menegak lebihan gambar latar yang tidak diperasani. Namun ketika diadunkan dengan gambar kerosakkan alam tok jembal, ia boleh dipadamkan begitu sahaja. Jadilah hasilnya seperti berikut:

Oleh kerana aku tak reti nak potong gambar tu guna Gimp, jadi proses pemontongan dibuat dengan menggunakan Paint program. Jadilah hasilnya seperti berikut sepertimana header yang aku letak kat atas tu. tapi yang atas tu dimasukkan bersama dengan teks yang juga di edit menggunakan paint.

Selepas nie aku nak belajar bagaimana nak kerat image guna Gimp. Kalau dah expert nanti bolehlah aku buka kelas percuma untuk budak-budak sekolah!

Khidmat Sosial

Aku selalu berkeinginan untuk memberikan sebuah perkhidmatan secara percuma kepada anak bangsa seagama. Sehinggakan dalam satu interview suatu ketika dulu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, aku bersedia menjadi sukarelawan pertama ke Afghanistan jika diperlukan, ketika aku ditanya tentang kesediaan untuk memberikan khidmat baktiku. Dan aku berjaya untuk memperolehi jawatan tersebut!

Tetapi ketika panggilan untuk memberikan khidmat kepada mangsa banjir di Kemaman aku jadi takut dan bimbang. Aku takut kerana aku sudah tidak bertenaga seperti dulu dan aku bimbang aku akan menjadi beban kepada orang lain nanti.

Sehingga sekarang aku masih selalu memikirkan apakah kaedah yang dapat aku sumbangkan secara percuma kepada manusia. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi sebahagian daripada sedekah dan sebahagian dari amal jariah ku. Namun, sedikit rasa kapitalisme juga muncul sesekali.

Ntahlah, bila aku dapat merealisasikan impian ini!

Sunday, December 01, 2013

Lembu dan Negaraku Yang Aman

Aku melihat sekumpulan lembu, mungkin dalam 8 hingga 10 ekor meragut rumput ditepi pagar batu rumahku dengan penuh bebas dan mungkin penuh keriangan juga. Aku katakan mungkin kerana aku tidak reti mentafsir riak keriangan pada wajah lembu-lembu ini dan aku katakan mungkin kerana mereka merenung aku ketika di sergah seolah-olah mengganggu keriangan mereka.

Aku menyergah mereka kerana aku bimbang. Selain dari meragut rumput, mereka akan melepas hajat mereka disitu, meninggalkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Nasib baik, musim hujan begini, bau-bau ini tidak kekal lama, dibersihkan oleh air yang turun dari bukit.

Walaubagaimanapun, mereka sedikit pun tidak terkasima dengan sergahan aku, malahan mendongak memandang seolah-olah marah! Bukan seekor, bahkan hampir kesemuanya begitu. Aku membaling sebiji batu agar mereka berganjak, tapi sedikit pun mereka tidak mengendah balingan batu yang aku tidak tujukan pada badan mereka itu, melainkan terus mengunyah-nguyah rumput hijau yang benihnya sengaja ditaburkan oleh tuan punya lembu ketika kawasan rumah ku masih lagi kosong dulu.

Tiba-tiba aku ternampak seekor lembu jantan muda berwarna hitam berkilat macam kuda "black beauty". Cantik sekali ciptaan Tuhan, walaupun terletak pada seekor lembu, tapi kecantikkan itu tetap menyerlah. Lantas fikiran setan menusuk masuk, "Kenapa engkau tak tangkap je lembu itu, bukannya Tuannya tahu pun?"

Aku masih lagi melihat lembu-lembu ini meragut rumput, hati malaikat ku berkata "Kerana aku orang islam, aku tidak boleh mengambil harta orang lain sesuka hati, islam ada peraturan untuk semua ini demi jaminan sebuah kehidupan yang baik di sana juga disini"

Melihat lembu-lembu ini, aku merasakan negaraku ini adalah negara yang paling aman kerana lembu-lembu ini lepas bebas ke sana ke mari oleh tuannya yang tidak risau lembu-lembu akan dicuri orang atau tidak! Sedangkan ruang dan peluang untuk mengambil lembu ini tetap ada seperti persekitaran rumah ku ini yang dikelilingi oleh hutan pokok-pokok kecil. tetapi kenapa ia jarang-jarang berlaku? Hati ku menjawab, inilah hakikat kehidupan yang mempunyai roh islam.

Namun, kecurian lembu tetap berlaku macam cerita musang berjanggut. Pernah dulu ada cerita dalam suratkhabar, pencuri menyuntik lembu dengan obat pelali dan ketika lembu tu sedang pening-pening ia dimasukkan ke seat belakang dan lepak diam disitu.

Kerana melihatkan gaya memelihara lembu yang mudah dan ringkas di kejiranan ini, aku pernah meminta seekor anak lembu atau kambing dengan seorang towkey lembu. Dia tanya, camner nak bela? Aku jawab lepas bebas je lah tepi pagar rumah! Dia berkata, kalau tak de kawasan sendiri tak payah lah membela lembu nanti kena sumpah seranah orang jer. Kesannya kita tak tahu!

Jadi, disebalik kelangsungan kebebasan menternak lembu dengan cara ini, tuan-tuan lembu hendaklah juga islamik dalam pemikiran mereka. Bukan disebabkan oleh orang lain islam, tidak mengambil lembu mereka, tidak bermakna mereka boleh lepas bebas lembu-lembu mereka. Mereka juga hendaklah mengambil kira nasib orang lain yang mendapat "faedah" dari lembu-lembu mereka, seperti berak dan kencing merata-rata, pucuk pokok yang tak pernah tinggi dan gangguan fizikal atau pun mental dari lembu-lembu mereka itu. Aku teringat ketika perasaan dan fikiran ku sedikit terganggu apabila terpaksa brek dengan tiba-tiba dan menunggu hampir 10 minit kerana kawanan kerbau dalam 40 ekor melintas jalan. Bukan melintas macam budak sekolah, tapi macam-macam gaya ada.

Jika tuan-tuan lembu ini berfikiran sebegini, sudah pasti tiada lembu kambing yang ada di jalanan.

Thursday, November 07, 2013

Sebuah Bilik dan Sebuah Komputer

Masa berlalu amat pantas, dan aku masih lagi berada di dalam kekeliruan di antara rehat yang panjang (kerana aku bekerja dari rumah) dan tugasan hakiki disebuah ruang pejabat yang tidak punyai apa-apa selain sebuah meja, 3 buah kerusi dan sebuah komputer serta sebuah printer.

Sedar tidak sedar, aku sudah hampir sebulan tidak menggunakan perisian windows dalam kehidupan ini. Dan aku tidak pula merasai kehilangannya. Detik ini terjadi kerana aku dibekalkan dengan sebuah komputer yang pantas tetapi tidak boleh diupdate windowsnya. Ini menyebabkan ia pantas diserang oleh virus dan bakteria komputer.  Komputer desktop yang diberikan ini juga dikunci supaya perkakasan dalaman seperti ram, cpu, grafik card dann hard disk tidak dicuri oleh aku (agaknya) kerana hanya aku yang ada access ke bilik ini.

Menggunakan komputer desktop ini membuatkan aku merasa susah, kerana perlu menyalin setiap data yang ada ke dalam pendrive untuk digunakan pula di komputer di rumah. Pada masa sekarang aku sudah jarang menggunakan laptop 13 inci yang aku banggakan dulu, kerana mata ku sudah tidak cukup kuat untuk mengendap huruf-huruf dan nombor yang aku rasakan semakin kecil dalam skrin berkenaan atau mungkin sebenarnya mata ku sudah letih untuk mengendurkan urat-uratnya. (aku akui itu)

satu ketika dulu, ketika aku ingin berpindah dari bilik yang lama dan terpaksa menyerahkan komputer yang lama, banyak sekali dvd yang aku gunakan untuk backup dan banyak juga data yang terpaksa ku tinggalkan kerana tidak cukup duit untuk beli dvd. Aku tidak ingin perkara yang sama berlaku lagi. 

Akhirnya, aku membuat instalasi Ubuntu Linux ke dalam sebuah hard disk dan menggunakannya di sebuah desktop dirumah, dan aku membawa sebuah desktop lain ke pejabat dan menjadikan hard disk itu betul betul portable.

Aku rasa setakat ini, masalah mata yang rabun , dan msalah menyalin data tidak lagi timbul. kerana aku sudah gunakan monitor 24 inci dirumah dan pejabat dan sebuah hard disk 320GB yang masih lagi tidak penuh!



Monday, October 21, 2013

Mari Mencela!


 Fooooooooh, nasib baik la tak kena cela. Tapi aku teringin jugak nak tengok bagaimana proses celaan ini berlaku kerana aku tidak dapat membayangkan bagaimana celaan boleh berlaku secara formal dan tiada unsur kemarahan.

Tapi rasa sedikit respek dengan bangsa ini yang dikatakan sudah bertamadun sejak 2013 tahun yang lampau

p/s: tolong jangan mainkan isu perkauman disini.

Sunday, October 13, 2013

Baju Superman

Aku tidak mahu menguraikan kepelikkan baju superman di mana celana dalamnya di pakai di luar. Tapi menulis ebegini membuat ilusi aku bertanya, adakah superman masih memakai celana di dalam?

tetapi aku terfikir kenapa aku tidak sahaja memakai costume superman untuk kerja kerana aku sudah tidak perlukan iron dan aku pasti sudah berjaya menjimatkan fulus ketika duit ku yang dulu kelihatan banyak tetiba menjadi kurang nilainya


Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...