Showing posts with label MyLinux. Show all posts
Showing posts with label MyLinux. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Internet

Internet pejabat ku selalu di war-warkan amat laju. Yer ! amat laju jika bergerak dalam intranet, sehinggakan muat turun office 2010 hanya mengambil masa 3 minit. Tetapi bila bertemu dengan jaringan luar, ia jadi amat perlahan, menggunakan internet pejabat, aku memerlulkan 5 jam untuk update linuxmint, tetapi mengunakan jaringan luar aku hanya perlukan 20 minit, Bayangkan berapa banyak masa aku tergadai kerana menunggu prosess update ini selesai apabila menggunakan internet pejabat, Tapi malang sekali, apabila ia hampir selesai aku terpaksa mengcancelkan proses update tersebut, kerana ada projek lain menunggu dan aku perlu membawa laptop yang tiada bateri ini bersama!

Entahlah....

p/s: ketika aku menyiapkan perkataan terakhir di atas, linux mint sudah diupdate sepenuhnya.

Monday, October 04, 2010

Ubuntu Server

Aku tidak pernah menggunakan ubuntu server dalam kehidupan aku! Tiada sebab untuk menjelaskan ketidakgunaan ini. Tetapi jika mahu disebabkan mungkin kerana ubuntu hanya hadir pada detik terakhir ini sahaja.

Semalam menjadi titik tolak kepada dekatnya aku dengan Ubuntu Server. Ubuntu sepeti namanya, "linux untuk kemanusiaan" memang sangat berhati perut! Dengan dokumentasi yang lengkap, Ubuntu server boleh dipasang tak sampai 10minit sebenarnya jika rajin membaca dan sudah memahami asas-asanya.

Semalam, ubuntu server sudah di sediakan untuk menjadi dhcp server, gateway dan ssh server. Semuanya berlaku amat pantas.


kesimpulan : "belum cuba, belum tau, aku selalu memandang ubuntu sebagai linux budak sekolah sebelum ini!"

hehehehe

Wednesday, August 25, 2010

Scilab In Action


Scilab adalah OSS version bagi matlab. Kebanyakkan arahan adalah seperti matlab. Aku rasa ia masih lagi perlukan fungsi-fungsi ajaib yang hebat supaya setanding dengan matlab. Tapi kata orang tak ada tali, akar pun bolehlah!

Sunday, August 01, 2010

Mengisi Topi Merah

Topi Merah ini sudah punyai :

1. Flash Plugin
2. Audacity
3. VLS
4.Pidgin
5. Fuse + NTFS-3g

dan aku masih mencari-cari bagaimana dengan ScienceLab!

Thursday, July 29, 2010

topimerah

Kata orang tua, kadang-kadang cinta yang berada di depan mata di sampingkan, sebaliknya hati masih mencari yang belum tentu jatuh ke riba.

So sebentar tadi aku sudah berjaya mengantikan ruang ubuntu 10.04 dengan centos 5.5. Perkara pertama yang dibuat ialah memastikan mesin topi merah ini boleh mencapai internet. Walaupun sedikit rumit, tetapi amat berbekas. Terutamanya ketika, USB modem sudah berjaya menghubungi server, tetapi aku masih tidak berjaya mencapai laman web.

Dengan sedikit bacaan dan ilmu yang sudah sedia ada. Akhirnya ia boleh diselesaikan. Puas terasa hingga ke tulang sum-sum. :D

program wvdial juga merupakan program yang berkuasa dan hebat. dengan sekali cubaan sahaja, wvdial sudah berjaya membuat penyambungan.

Apa yang seronok dengan topi merah ini, ialah aku kembali kepada konsep asal linux iaitu

"OS computer scientist, oleh computer scientist dan untuk computer scientist"

hari ini banyak sekali program penyelidikkan yang dijalankan dibawah platform linux.

Yang pasti langkah pertama ini sudah bermula

Wednesday, July 28, 2010

Aku Buntu

Aku bukan peminat tegar Ubuntu kerana aku dilahirkan untuk menjadi topi merah. Tetapi propaganda yang berterusan dari persekitaran, membuatkan aku menjadi pengguna biasa ubuntu. Seperti orang-orang di dalam matrix yang di ikat tengkuk mereka. Aku tidak berjaya melihat kawasan dalaman ubuntu kerana terpesona dengan keindahan luaran dan "kesenangan" yang diberikan membuatkan aku gagal untuk bangun dan merayau di sekelilingnya. Akhirnya aku meratapi kebodohan sendiri.

Semalam aku hampir gagal memasang NAT untuk ubuntu kerana 'keselesaan' itu.

Hari ini aku berazam untuk kembali memakai topi merah, kerana ia adalah sepatutnya menjadi destiny ku dari dulu kini dan selamanya.

Friday, October 30, 2009

Window dan Linux

Beberapa lama aku cuba untuk mentafsirkan apa sebenarnya alasan yang membuatkan aku memilih Windows berbanding Linux dari sudut seorang pengguna biasa. Aku cuba mentafsirkan dari sudut persamaan dan perbezaan di antara kedua-duanya. Pada pandangan aku dari sudut orang biasa kedua-duanya adalah sama. Tetapi yang tersirat ialah Linux dilihat lebih susah kerana ia memerlukan "screen hitam" yang perlu dikuasai arahannya. Tetapi yang sebenarnya, untuk menjadi orang biasa, tak perlu memikirkan tentang "screen hitam" tersebut kerana semuanya yang ditaip di screen telah pun mempunyai bentuk grafikal masing-masing yang tersendiri. "screen hitam" adalah senjata otai-otai untuk menunjukkan tahap kepakaran masing-masing.

Aku melihat dari sudut susah dan senang kedua-duanya. Akhirnya dari pandangan orang biasa aku dapati ada sedikit kesusahan, dimana menu-menu yang ditulis tidak sama dengan menu-menu yang dilihat di window. inilah yang dikatakan sebagai kesusahan.

Tapi akhirnya aku dapati sebab sebenar yang menyebabkan linux tidak di pilih di kalangan orang biasa ialah kerana ketidakbiasaan samada dengan cara dan juga grafikal yang dipersembahkan.

Tapi kata orang "alah biasa tegal biasa"! Akhirnya aku mulai menyukai Ubuntu!

Install Lamp on Ubuntu 9.04

Step 1: Install apache 2
sudo apt-get install apache2


step 2: install php
sudo apt-get install php5 libapache2-mod-php5


step3: install mysql
sudo apt-get install mysql-server

step 4: install phpmyadmin
sudo apt-get install libapache2-mod-auth-mysql php5-mysql phpmyadmin

Saturday, September 05, 2009

Aku dan Linux

Aku tidak pernah membenci Linux. Walaupun aku menggunakan Window, hati ku masih pada Linux. Ada sesuatu pada Linux yang sangat istimewa. Aku dapat rasa keistimewaan itu. Malangnya, aku gagal mentafsirkan keistimewaan itu lantas mencampakkan Linux ke sisi.

Akhirnya aku berpijak di bumi nyata. Aku dan linux mana mungkin dipisahkan. Aku dan linux ibarat irama dan lagu, seperti laila dan majnun. Tiada salah satu pasangan, akan mengundang kecewa dihati jawapannya.

Dan kembali aku mengutip Linux di tempat ia tercampak. Kali ini, aku akan menjaganya dengan baik, mendalaminya agar aku dapat fahami keistimewaan yang tersirat itu. Hingga aku jadi orang alim linux.

Monday, August 24, 2009

Pemasangan Baru Windows XP

Installasi Windows telah berjaya dengan cemerlangnya. Sebaik sahaja Windows XP siap dipasang dengan pemacu-pemacunya, Symantec End Protection terus dibiarkan hidup untuk mengawasi laptop ini dari semua segi (kelemahan Windows yang paling nyata :).

Terus menghubungi update.window.com dan muat turun semua kemaskini termasuklah yang kritikal, tidak kritikal sehinggalah hardware update pun dibuat. Sehinggakan tiada lagi update yang boleh di ambil dari update.window termasuklah service pack 3. Semua di buat dalam satu malam. Ahh, lapang rasa hati.

Setiap kali melihat logo windows XP, hati kembali tidak girang kerana rasa amat tertinggal, kuno dan kolot, menggunakan operating system yang sudah berusia hampir 6 tahun.

Merayau lagi di internet sehingga bertemu dengan Vistamizer. Sekarang hati sedikit gembira kerana operating system sudah kelihatan seperti Vista. Rasa seperti muda dan bertenaga semula.

Saturday, August 22, 2009

Akhirnya....

Satu waktu dulu aku pernah bertanyakan berapa lama ubuntu 9.04 yang aku fully install ke dalam laptop aku ini akan bertahan. Hari ini, aku membuat keputusan untuk kembali ke Windows XP.

***

Menggunakan Linux amat seronok. Tidak perlu runsing tentang virus atau spyware, malicious script yang dah ada dalam flash drive dapat dilihat dengan jelas hanya menggunakan file browser. Apa-apa sahaja aplikasi yang terlintas di kepala untuk digunakan, browse sahaja application repository dan masukkan key word. Pasti ada aplikasi percuma yang akan diberikan. Kehidupan amat mudah dengan open source ini. Sehinggakan free applications just like AutoCAD can be freely and easily download from the repository, cuma tunggu cara nak guna ajer.

Tetapi, fikrah manusia yang sukakan kecantikkan, aku tidak menolak, rekabentuk windows amat cantik berbanding linux. Tulisan dalam windows lebih seronok dilihat berbanding tulisan dalam linux. Walaupun nampak cam sama, tetapi itulah harga yang perlu dibayar walaupun Linux itu percuma. Aku akui, windows menang dari sudut itu.

***

Memilih untuk menggunakan Linux sebenarnya, memaksa diri untuk sedikit lebih susah. Walaupun teknologi dalam Linux adalah jauh lebih baik dari windows, tetapi dari sudut perisian-perisian pemacu masih lagi kurang yang boleh menyokong peranti-peranti dalam Linux. Contohnya, aku sendiri terpaksa mengorbankan menggunakan camera dan bluetooth kerana tiada perisian pemacu yang menyokong.

***

Akhirnya, kerana kekurangan ini, aku kembali ke Windows. Tapi aku kan terus gunakan Linux dalam persekitaran yang sesuai dengannya seperti HPC dan Web Services.

Linux, jangan kecik hati yer!

Thursday, July 30, 2009

Pemasangan Baru Ubuntu 9.04

Entah apa punya mimpi, tiba-tiba aku backup semua fail dalam folder My Documents dan install Ubuntu 9.04. Kali ini aku memilih untuk menggunakan version i386 tidak lagi version amd64.

Ssetelah semua selesai, nampak macam berjalan lancar. Kotak ini sudah segera kenal huawei modem dan terus melakukan konfigurasi. Masalah yang sebelum ini terpaksa menggunakan wvdial selesai dengan jayanya.

Aku pun terus mencuba untuk memasang java. Pun berjaya dengan cemerlang apabila aku dengan mudah boleh memasuki laman web irakyat.com.my tanpa ingatan tentang JRE.

Seterusnya aku, mula menginstall VirtualBox supaya Windows XP boleh dipasang untuk kes-kes khas seperti office 2007 conversion.

Seterusnya install flbsed untuk PDF editing, Wallpaper-tray, update plug in untuk mp3, mp4 and other video format as well as the gstreamer.

Masukkan Netbeans 6.5 using new repository suggest by the ubuntu forum user.

Tak tau lah berapa lama pulak this box will last longer?

Thursday, July 02, 2009

Tukar Wallpaper Randomly

Untuk menukar wallpaper secara rawak dalam gnome ubuntu, boleh guna program wallpaper tray.
Installation sangat mudah, lebih mudah dari makan kacang kuda!

1. Open synaptic ,
2. cari dan tanda Wallpaper-tray
3. click on apply

now you are done! , tapi program nie nak kena start manually guna terminal, so, open your terminal and then type $ wallpaper-tray. Kalau nak mudah boleh masukkan program nie ke dalam application menu, bab nie akan diroyak kemudian.

bila dah start dari terminal, wallpaper-tray akan dipaparkan, so boleh lah beritahu folder apa yang mengandungi wallpaper yang nak ditukar-tukar ( kalau nak mudah create jer folder mywallpaper untuk simpan semua wallpaper yang ada) dan jangan lupa setkan jarak masa untuk setiap penukaran.

supaya kehidupan jadi mudah, pastikan wallpaper dihidupkan sewaktu komputer on. caranya macam biasa pergi ke menu system -> Preferences -> Sessions

Sunday, June 07, 2009

Linux Login Screen






if suddenly you feel bored of your current GDM login screen. I recommended these 2's.

Can be download at www.gnome-look.com

Saturday, May 23, 2009

Jemput Masuk Fluxbox!

Diantara banyak-banyak Windows Manager dalam Linux, aku paling suka Fluxbox. Aku suka Fluxbox sebab ia ringan dan rekabentuknya sama sekali berbeza dengan lain-lain Window Manager dalam Linux. Antara perbezaan yang ketara ialah ia tiada butang start untuk menu navigator. Untuk mendapatkan menu, user Fluxbox hanya perlu did a right click anywhere on screen the the menu will appears. Kaedah ini, pada aku dapat mempercepatkan proses mendapatkan menu dan sangat menarik. Menu ini pula boleh dicustomizedkan mengikut citarasa sendiri terutamanya dari sudut font, color and size. Tetapi malangnya, semua kelebihan dalam fluxbox tidak datang dengan hanya "click". Ia perlu dicustomizedkan dengan mengedit fail-fail text tertentu. Ini satu lagi bab yang menyebabkan aku suka Fluxbox, membuatkan kita rasa seperti hacker. :D. Pakar-pakar sukarela diperlukan untuk selesaikan masalah ini. Kalaulah boleh diubah kaedah configuration kepada butang click orientation, pasti peminat Fluxbox akan jadi lebih ramai.

Selepas hampir sehari setengah melombong Fluxbox FAQ dan documentation, akhirnya dapat jugak aku customized Fluzbox mengikut citarasa dan keperluan aku sendiri. Tengoklah screenshoot disebelah diambil dengan menggunakan Gnome Screenshot Tools. Fluzbox tidak seperti lain-lain Window Manager yang sudah dipackagekan dengan software tertentu, semua mesti diadutn mengikut kegunaan sendiri. Mungkin sebab inilah ia menjadi "ringan". So, benda pertama aku tambah ialah software conky. Software conky berfungsi memaparkan beberapa maklumat mengikut pilihan ke desktop secara real time. Antaranya ialah maklumat host, CPU, usage time, dan banyak lagi lah. Ia akan sentiasa di update mengikut interval masa yang ditetapkan. Aku masukkan conky sebab yang utama bukan kerana maklumat yang di paparkan, tetapi seoalah-olah ia menjadi decorated kepada wallpaper itu sendiri membuatkan desktop walpaper itu hidup. kalau kat screenshoot, conky ialah text yang ada tulisan merah dan kuning. Kemudian, aku perlukan juga maklumat yang sangat penting iaitu status battery, walaupun conky pun ada menyediakan status battery, but not too informative. Sebab tu aku kena install slit application seperti yang ditunjukkan oleh icon-icon disebelah kanan bawah. So kat situ boleh lah tengok status Battery. Selain dari itu, aku letak jugak lah maklumat berkaitan penggunaan ram , hard disk, CPU. Jadi senang lah nak monitor laptop aku nih.

**bersambung

Bahasa Apa

 Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...