update pada : 31 Jan 2015
Dari analisis
rambang bukan akademik yang aku buat, di antara banyak-banyak jalan yang
ada di internet, kebanyakkannya adalah tipu muslihat perekanya untuk
menjadi kaya. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar memberi ruang untuk
mendapatkan wang mudah melalui internet.
Aku temui
sebuah iklan yang menawarkan pelbagai kerja dari rumah samada jenis
kerani surat menyurat, mengisi data yang berjumlah ribu-ribu atau
menjawab survey atau apa sahaja, tetapi iklan ini disertakan dengan
pembelian kit yang bernilai RM50, kemudian "job" akan ditawarkan dan
bergantung kepada nasib bilangan job yang akan ditawarkan nanti. Dalam
iklan tersebut dinyatakan mungkin hasil kerja sebelum ini akan menjadi
rujukan untuk mendapat banyak job. So, bagaimana mahu mendapatkan yang
pertama? Tanpa kit tersebut, tiada job akan diberikan. Bukankan
pembelian kit ini mengandungi unsur penipuan? Mungkin bagi orang tidak!
tetapi
ada juga kaedah yang dicadangkan memang benar memberikan hasil,
contohnya meletakkan banner iklan dalam laman web sendiri dan menjawab
survey atau memberikan rekomendasi bagi sesuatu product, kebanyakkan
kelihatan amat jujur dan booleh dipercayai.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Saturday, January 31, 2015
Sunday, June 01, 2014
Sunday, May 16, 2010
Berita Terkini :-)
Ini berita terkini aku cedok dari utusan.com.my
"Claudia Schiffer Lahirkan Anak Perempuan"
Pendapat aku:
kalau begini keadaannya berita terkini oleh suratkhabar yang dikatakan berjiwa nasional, pasti wawasan 2020 akan terpinggir jauh dan kompeni ini pasti mengikut jejak langkah suratkhabar bertulisan jawi suatu waktu dulu.
Dan aku memang sudah lama tidak membeli suratkhabar ini!
p/s: ini pendapat aku sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, atau yang berwarna biru atau hijau, atau biru muda atau merah.

Monday, April 26, 2010
My Dear Enemy
Hari ini hujan sangat lebat, jadi seperti biasa, astro akan menimbulkan masalah tidak menerima siaran dengan baik. Jadi untuk mengisi ruang-ruang kosong antara aku dan jiwa ku kerana aku juga seperti Amalina 20A perlu membaca didepan TV supaya seolah-olah aku ditemani dan diperhatikan jika aku tidak memberikan tumpuan. Jadi aku mainkan sebuah dvd korea yang bertajuk "My Dear Enemy".
.jpg)
My Dear Enemy ialah kisah sepasang bekas kekasih, dimana silelaki mempunyai hutang dengan si perempuan. Kisah yang berlaku dalam tempoh 24 jam ini merujuk kepada adegan bagaimana si lelaki membawa siperempuan menemui kawan-kawan si lelaki untuk menyelesaikan hutang beliau.
Filem ini lakonan Ha Jung Woo (lelaki) dan Jeon Do-Yeon (pempuan)
Amat menarik. Boleh letak rating 7/10. Kat kulit dvd nie ditulis
"An unforgetable day for a couple old flame, she comes to him because of duns..."
ps: gambar aku letak versi korea tak de tulisan rumi pun

Saturday, February 20, 2010
Wanita Dan Kecantikkan!
Kalau aku diberi modal wang yang cukup, salah satu perniagaan yang ada dalam kepala ialah perniagaan barangan kecantikkan untuk perempuan. Aku benar-benar merasakan perniagaan sebegini amat memberikan keuntungan kerana perempuan sememangnya semakin ramai dan tidak boleh dipisahkan dengan kecantikkan.
Sesekali meronda sekitar Mydin Mall dan juga Giant, aku melihat ramai penjual yang fokus kepada barangan sebegini. Ada yang fokus kepada kecantikkan luaran sahaja dan ada juga fokus kepada kecantikkan dalaman. Tapi banyak sekali yang menjual pelbagai produk dari perlbagai jenama dengan alasan produk-produk ini masing-masing sudah ada pengikut tersendiri, peluang ada didepan mata, mengapa tidak sapu semua peluang yang ada itu.
Cerita tentang wanita dan cantik, aku teringat kisah seorang rakan sekelas sewaktu sekolah rendah. Ramai kawan-kawan aku 'bilang' beliau amat cantik mungkin seperti Sharifah Aini ketika remaja. Semua rakan-rakan bersetuju tentang kecantikkan beliau. Tetapi beliau bukan 'taste' aku waktu itu. Mungkin aku ada definisi berbeza tentang kecantikkan pada waktu itu.
Aku mendengar cerita, ketika masuk ke sekolah menengah, Si Cantik ini, cuba membunuh diri dengan berlari ke arah jalanraya dengan kereta yang memecut laju. Dengar cerita, kerana beliau sudah tidak lagi dipandang cantik kerana sudah ada pelajar lain yang lebih cantik. Tetapi Si cantik kembali cantik apabila si lawan itu berpindah sekolah. Keadaan kembali ceria!
Perempuan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Dan ramai jutawan wujud kerana hal-hal mau cantik ini. Lihat sahaja bekas isteri Nash lefthanded dan juga tuan punya produk Sendayu Tinggi. Kenapa? X Percaya?
Tuesday, January 26, 2010
Saturday, November 28, 2009
Perempuan IV ( Isteri Merungut)
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

Wednesday, November 25, 2009
Perempuan III ( Isteri Merungut)

- dipetik dari inbox (karangan siapa entah!)

Thursday, November 19, 2009
Perempuan II (Kalau Isteri Merajuk)
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... ... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Wednesday, November 18, 2009
Perempuan I
Kata pujangga
Perempuan bagaikan angin..
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan
Adakala mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
Adakala mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanja
Adakala mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahunya
Namun perempuan adalah
teman kembara dalam kehidupan
yang sementara ini
bahagia dan derita berkait dengan mereka..
* diambil dari mailbox oleh seorang professor

Wednesday, November 11, 2009
Falsafah Songsang
Aku terbaca tentang seorang wanita pertama yang menayangkan tubuh bogel beliau secara total dan berkata kecantikan itu tidak harus disembunyikan. Kecantikan yang dimaksudkan ialah rekabentuk susuk tubuh seorang wanita. Tidak harus disembunyikanitu bermaksud harus didedahkan menjadi tatapan kepada umum supaya kesenian itu tidak tersembunyi dibawah lapisan nilon. Aku mengeleng dengan falsafah ini.
Falsafah perempuan adalah satu seni sudah lama di tanam di kalangan pelukis-pelukis tersohor. Kerana pandangan ini, banyak kelas-kelas lukisan menggunakan model perempuan hidup sebagai objek untuk dilukis. Teringat satu babak dalam cerita Encik Kacang, beliau terpaksa menutup muka tetapi dengan mata terbeliak apabila tersalah masuk ke kelas seni lukis.
Sebetulnya, perempuan adalah keindahan yang tertinggi, malah 'sedap' kata penguasa tertinggi ditempat ku pada satu ucapan beliau. Semua orang mengakui hal ini samada terang atau berselindung. Samada terbuka atau tertutup, perempuan itu tetap cantik dan berseni. Kadang-kadang melihat yang bertudung dan berjubah coklat pun penuh dengan kesenian kepada yang mengerti. Tetapi kadang-kadang melihat yang terbuka seperti tiada makna. Itulah ertinya seni.
Sebuah buku yang dibungkus kemas di kedai dengan tajuk yang hebat menarik orang ramai untuk membelinya berbanding sebuah buku tanpa tajuk yang dibiarkan bebas dibelek-belek.
Mengambil peluang yang ada didepan mata ini, maka golongan kapitalisme dengan berlandaskan kuasa "consumerisme" pun memperkenal majalah-majalah songsang dengan falsafah seni ini tidak harus disembunyikan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih. Kalau rasa tidak sesuai, jangan beli dan sebaliknya. Tetapi yang tidak disebut ialah pengaruh kepada membeli adalah lebih tinggi kerana seni ini bermula dengan nafsu.
Aku teringat ketika perut sedang lapar dan berhenti dengan niat membeli sedikit makanan di pasar malam. Sedikit makanan itu bermaksud bermacam jenis makanan yang dibeli kerana nafsu. Sebaliknya jika kenyang pasti tiada apa yang menarik perhatian.
Betulkan aku jika aku tersilap!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bahasa Apa
Bahasa pengarurcaraan yang pertama aku belajar ialah gwbasic dekat sekolah. Tapi ketika itu komputer adalah benda baru yang mencurigakan. M...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...