Sesekali meronda sekitar Mydin Mall dan juga Giant, aku melihat ramai penjual yang fokus kepada barangan sebegini. Ada yang fokus kepada kecantikkan luaran sahaja dan ada juga fokus kepada kecantikkan dalaman. Tapi banyak sekali yang menjual pelbagai produk dari perlbagai jenama dengan alasan produk-produk ini masing-masing sudah ada pengikut tersendiri, peluang ada didepan mata, mengapa tidak sapu semua peluang yang ada itu.
Cerita tentang wanita dan cantik, aku teringat kisah seorang rakan sekelas sewaktu sekolah rendah. Ramai kawan-kawan aku 'bilang' beliau amat cantik mungkin seperti Sharifah Aini ketika remaja. Semua rakan-rakan bersetuju tentang kecantikkan beliau. Tetapi beliau bukan 'taste' aku waktu itu. Mungkin aku ada definisi berbeza tentang kecantikkan pada waktu itu.
Aku mendengar cerita, ketika masuk ke sekolah menengah, Si Cantik ini, cuba membunuh diri dengan berlari ke arah jalanraya dengan kereta yang memecut laju. Dengar cerita, kerana beliau sudah tidak lagi dipandang cantik kerana sudah ada pelajar lain yang lebih cantik. Tetapi Si cantik kembali cantik apabila si lawan itu berpindah sekolah. Keadaan kembali ceria!
Perempuan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Dan ramai jutawan wujud kerana hal-hal mau cantik ini. Lihat sahaja bekas isteri Nash lefthanded dan juga tuan punya produk Sendayu Tinggi. Kenapa? X Percaya?
No comments:
Post a Comment