Wednesday, February 10, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Malam itu, seorang rakan serumah aku balik agak lewat. Dia boleh dikatakan 'otai' sebab dia budak negeri selangor, dari teluk panglima garang lagi! Dia selalu sangat keluar malam-malam, kalau ditanya jawabnya ringkas sahaja "release tensen" katanya.

Jadi apabila bunyi motosikal honda fame beralunan diluar rumah, rakan-rakan lain tidak kecoh sedikit pun. Alah! perkara biasa.

Tapi malam itu, rakan ku pulang dengan gaya yang luar biasa. Bakul motosikalnya penuh dengan "lokam". Dan dengan pantas membawa lokam masuk dan menjemput rakan-rakan lain makan tanpa batasan.

Tidak terlintas dihati kami untuk bertanya tentang asal-usul lokam itu. Kami makan dengan lahap sekali, sesekali bau colok cina singgah, kami anggap bau dari rumah jiran-jiran yang kebanyakkannya orang-orang cina.

************

Malam esoknya, beliau bersiap untuk keluar lagi, tambahan pula malam itu malam minggu. Memandangkan aku punya banyak masa lapang dan banyak pula assignment menunggu, aku merelakan diri mengikut beliau untuk turut "release tensen".

Selepas puas meronda. Kami pun pulang. sehingga tiba di kawasan perumahan. Dia pun memberhentikan motor dengan tiba-tiba dan menyuruh aku mengambil lokam dari sebuah rumah yang tidak berkunci pagarnya. Lokam pulak berada di antara 2 batang colok yang masih belum habis. Tuan punya colok sudah pasti tiada dirumah kerana rumah tidak berkereta.

Melihat aku yang sedikit takut. Dia pun membunyikan suaranya, "malam tadi aku mengambil lokam di sinilah!". Tetapi aku masih tidak berganjak. Dia sudah tidak tahan menunggu lantas memulakan langkah dulu. Aku lihat beliau mengutip semua lokam disitu dan memasukkan ke dalam plastik yang sedia di bawa.

******

Sejak itu banyak aktiviti seperti ini dilakukan.

Tetapi aku masih tidak tahu status lokam yang aku makan itu. Dan yang paling kelakar ada jugak lokam yang berjenis plastik diletak disitu. aku tidak pasti, samada untuk menipu orang seperti aku atau pun untuk menipu "tuhan" mereka.

Aku amat tidak pasti!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...