Sunday, February 14, 2010

Kenapa Hari Ini?

Tiba-tiba hari ini, aku dapati banyak pulak kenduri perkahwinan orang melayu ("faham-faham je lah bagaimana nak tafsirkan kenduri kahwin orang melayu"). Sepanjang perjalanan hari ini, aku temui bukan 4 tetapi hampir 20 khemah kenduri kahwin sepanjang laluan yang aku tempuhi. Itu hanyalah sepanjang jalan utama, bagaimana pula dengan kenduri di celah-celah kampung! Mungkin lebih banyak daripada ini!

Aku mengucapkan alhamdulillah kerana ada yang berkahwin hari ini. Syaitan-syaitan pasti menjerit hari ini kerana mendengar berita anak adam telah berkahwin. Maka hampir sempurnalah agamanya!

Tetapi aku muskilkan tentang hari ini, iaitu hari yang dipilih untuk berkenduri dan mungkin juga hari untuk akad dan nikahnya.

Mungkin kerana cuti panjang semperna tahun baru cina memungkinkan untuk memilih hari yang indah ini. Atau pun masiih lagi menggunakan nisab pakar kebaikkan hari sehinggakan memilih hari ini.

Tetapi aku muskil jika masih ada lagi yang memilih hari ini kerana hari ini adalah hari untuk memperingati kekasih!

Tolonglah, Jangan Jadi Bodoh!

2 comments:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...