Thursday, February 25, 2010

Kedai Kopi vs Restoran vs Kopitian

Mengikut fantasi aku yang sedikit rumit ini, Kedai Kopi ialah kedai makan yang menyediakan masakan panas. Boleh order apa sahaja termasuklah mee rebus, mee goreng teh tarik, kopi kaw kaw dan macam-macam lagi.

Tapi kedai kopi kurang dari sudut penggayaan, dengan kata lain, kedai kopi amat tidak bergaya. Meja makan hanya dari jenis meja lipat bermaterialkan plastik dan sangat usang dengan kesan-kesan minyak di sana-sini, tempat duduk pula hanyalah kerusi plastik atau kayu yang tiada penyandar. Kedai pula tiada sudut-sudut hiasan dalaman yang menyenangkan hati, walaupun dinding kedai penuh dengan tampalan iklan-iklan rokok yang pelbagai jenis (sekarang iklan rokok digantikan dengan iklan ceramah politik dengan pelbagai warna kertas dan bentuk serta saiz tulisannya).

Itulah kedai kopi pada fantasi gua yang dhaif ini.

Apabila teknologi semakin meningkat, kedai kopi ini dilengkapi pula dengan TV serta video dan memasang cerita mengikut musim tertentu. Ketika Bollywood menjajah diminda, banyak tayangan percuma filem hindi di buat. Tetapi pengaruh hindi tidak lama mungkin kerana secawan kopi tidak cukup untuk meng'cover' 3 jam cerita yang panjang. Fenomena ini diganti pula dengan Wrestling yang 'pegang' dalam tempoh yang agak panjang. Ia juga berjaya menarik khalayak yang leboh ramai dan memenuhkan kantung tokey kedai kopi.

------

dengan kemasan yang lebih indah, susun atur hiasan dalaman yang lebih cantik. Perabut yang lebih baik, kedai kopi menjadi restoran dengan keluasan yang lebih besar. Tetapi mentality masih lagi sama. Cara promosi masih lagi sama.

-----

Kini, konsep perniagaan makan-makan ini diperbaharui dengan nama kopitiam iaitu yang bermaksud kedai kopi. Melalui konsep ini, kedai kopi menyediakan ruang privacy untuk pengunjungnya, dengan pilihan meja makan yang pelbagai, gaya pelayan yang lebih anggun dan menawan serta nampak lebih bersih. Persekitaran yang lebih tersusun dan harmoni.

Tetapi yang paling penting ialah, harganya lebih mahal dari kedai kopi atau restoran.

-----

Aku masih tidak faham apakah perbezaan antara kedai kopi dan Restoran dan kopitiam!


3 comments:

  1. apa itu tiam? tiam = kedai (hokkein)
    so kedai kopi = kopitiam :)

    ReplyDelete
  2. kopitiam = tuk mereka yang mementingkan suasana dan yg xkesah bayar mahal walau xsedap..biase yg lepak pakai kemeja..(yg wa dok tgk kt old.town..pak.li gn bangi.kopitiam...semua pakai kemeja bile dtg..pak.wan xtau pulak..)... makan yg dihidang yg tertulis dalam menu(mahal tu)..paling digilai..white.coffee

    restoran = lebih kepada tempat tuk menjamu selera..tempat makan tuk seisi keluarga..lebih tepat tempat tuk mencerik bile lapo...makanan biase kalu siang2 beraneka lauk campur style kampung...mlm2 tomyam + masakan panas2 etc..

    kedai kopi = tempat tuk lepak2...minum2 smbil smbang2 politik...isu semasa...bola n sebagai nya...sambil lepak2 hisap rokok daun...paling style leh maen DAM haji..menu.ader jual air kopi@teh...myb ader kuih muih + roti.canai+ benda2 berbungkus..sprt nsi lemak..nasi kerabu..kdg2 ader mee...kdg2 ader telur separuh masak...

    ReplyDelete
  3. siPenGarut: aku suka komen yang bererti ini.

    Matahari yang sebutir itu, kadang-kadang di panggil mentari, kadang-kadang dipangil suria, kadang-kadang sang suria. Dipanggil mentari kerana panas yang dilemparkan amat terik. Dipanggil suria kerana ia memancarkan panas yang lembut.

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...