Cuaca tidak begitu baik, semua penumpang diminta berada di tempat duduk masing-masing dan memasang tali pinggang keledar , bunyi suara dari speaker kapal terbang yamg aku naiki, aku memandang ke tingkap, sekali sekala bila lampu sayab kapal terbang berkelip, aku lihat titik hujan berkabus berebut untuk jatuh. Aku dapat membayangkan, hujan diluar sana sangat lebat. Sekali sekala kapal terbang bergegar kuat. Kadang-kadang ia turun mendadak membuat perut terasa geli tanpa raja lawak.
Aku terus memejamkan mata kerana aku memang rasa mengantuk, malam tadi aku tidur sedikit lewat kerana melakukan explorasi linuu. Jadi peluang ini, aku ambil untuk melayan mata yang mengamtuk. Setiba di KLIA 2, aku rasa ia sedikit lewat, Ini kali pertama aku tiba ke KLIA 2, jadi aku sedikit lambat mengatur langkah kerana berjalan sambil melihat sekeling serta membaca arahan/papan tanda mencari arah ke tempat pengambilan bagasi. Akhirnya, dalam kessusahan yang senang itu, akhirnya aku sudah berada di dalam perut bas menuju ke KL Central.
ahhhhhhhhh ngantuk ah.. lain kali aku sambung....
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment