Saturday, January 29, 2022

Manis Dibibir Mulut

Terbaca sedikit luahan dari penerbit dan penulis lirik serta komposer terkenal yang menyarankan agar kandungan kreatif tidak sewenangnya dimuatnaik ke internet semata-mata untuk mendapatkan "like". Kata beliau bilangan "like" tidak dapat mengisi perut.


Aku sangat setuju dengan kenyataan ini. Walaupun memang sudah ramai yang kita dengar menjadi kaya raya kerana internet. Namun, aku masih juga tidak bersetuju sekiranya kandungan kreatif ini diberikan secara percuma.

Aku berpandangan, adalah tidak adil jika segelintir pihak mendapat keuntungan atas angin yang lebih banyak dari mereka yang sudah pasti menggunakan masa, tenaga, wang ringgit serta kreativiti  untuk mengeluarkan kandungan tersebut. Kelihatan amat mudah mendapat duit dari kontent yang diletakkan secara percuma. Tetapi jauh panggang dari api untuk mengiyakan kata-kata tersebut.

Selamanya, akan ada yang mengaut keuntungan di atas jerih perih usaha orang lain.


Wednesday, January 26, 2022

Scammer

Mendapat khabar berita seorang sahabat ditimpa kemalangan. Dia telah di"Scam". Dalam dunia jenayah, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Tiada skop untuk membataskan jenayah kepada sesiapa pun. Semua orang boleh menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Sesungguhnya, dengan adanya niat jahat tersebut, mereka sebenarnya telah menetapkan tiada batas yang memisahkan "laba" yang mereka dapat dengan kemanusian. Ketika itu, mereka bukan lagi manusia untuk membataskan jenayah mereka.

Selalu kita dengari atau melalui pembacaan, mereka yang ditipu bukan calang-calang orang. Ada yang bergelar, ada yang mempunyai jawatan tinggi. Malah, tidak disangka mereka ini juga berjaya di"scam". Jelas, tipu daya scammer ini mempunyai banyak cara dan ilmu psikologi yang telah dipelajari dengan baik sekali. 

Harus ada peringatan kepada diri sendiri tentang apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak boleh dikongsi.


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...