Monday, November 02, 2009

Pok Bong

Apakah Pok Bong? Sejenis kereta kebal atau sejenis buah yang sedap di makan? Kedua-duanya salah. Pok bong ialah seekor binatang yang matanya seperti musang, ekornya seperti musang, mulutnya seperti musang, kakinya seperti musang. Pendek kata semuanya seperti musang, tetapi beliau ini bukan musang tetapi beliau adalah Pok Bong.

Apa yang sangat special tentang Pok Bong? Sepanjang pengalaman aku terlibat dalam arena kepokbongan, satu-satunya kesitimewaan Pok Bong ialah namanya. Ini kerana namanya sahaja sudah boleh mengecutkan perut budak kecik. Itulah yang paling dihairankan. Jika disebut saja, Pok Bong akan datang mengigit, sudah kecut perut budak dibuatnya. Sedangkan, kebrutalan Pok Bong tidak disebut pun. Tidak diulas langsung tentang keganasan Pok Bong. Hanya perlu menyebut namanya dalam nada mengusik sudah cukup mengerikan!

Aku tidak tahu, sejak bila binatang Pok Bong mula digunakan untuk mengusik budak-budak. Dan aku sendiri tidak pernah melihat binatang Pok Bong ini. Apakah binatang ini masih lagi ada atau hanya tinggal nama sahaja.

Malangnya, nama Pok Bong hanya menakutkan kanak-kanak kecil sahaja. Bila mereka sudah sedikit besar, mereka sudah tidak takut dan bimbang lagi. Akhirnya mereka mengakui, Pok Bong hanyalah ilusi yang menakutkan.

Tapi Pok Bong tetap hebat sebuah propaganda yang sangat hebat!


1 comment:

  1. kebrutalan pok bong ialah makan organ dalaman ayam atau burung

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...