Saturday, November 07, 2009

Kuatagh87 Re-Union

Sememangnya, aku percaya semua orang akan mengakui bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. Pada zaman ini, banyak ilmu yang diperolehi, samada melalui guru-guru, buku-buku dan kawan-kawan, waima dari diri sendiri. Pada era persekolahan inilah identiti diri di cari, kemahuan diri diselidiki dan diri sendiri di kenali. Pelbagai eksperimen dilakukan ketika itu, eksperimen diluar waktu makmal. Semuanya hanyalah untuk membentuk jati diri, mengenal diri dan mengenal jantina yang lagi satu.

Kita bertumbuk mencari keadilan, kita bertelagah mencari kekuatan dan kita saling bermusuh cuma untuk mencari kelemahan diri sendiri. Akhirnya, selepas habis zaman itu, barulah kita sedari, kehidupan diluar dari situ adalah lebih hebat. Kita gunakan kekuatan yang kita bina dulu, kita gunakan kelemahan yang ditemui dulu dan akhirnya ramai antara kita menjadi lebih kuat kerana pengalaman yang dibina di situ dulu.

-------

Esok 8/11/09 kawan-kawan mrsm kuantan batch 87 akan berkumpul di Bukit Cahaya Seri Alam sempena menyambut kedatangan usia yang ke 40. Setau aku, reunion ini adalah kali pertama sejak 'graduate' dari sekolah dulu. Tetapi sebelum ini ada jugak diadakan sessi teh tarik sahaja.

Akibat dari peristiwa ini, mailbox aku penuh dengan berita reunion ini. Berita tentang siapa nak datang, siapa nak bawak apa, peta ke lokasi berkenaan dan macam-macam lagi.

Aku mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan penganjur yang telah berusaha sedaya upaya, bertungkus lumus di dalam dan diluar waktu pejabat. Tetapi aku mohon maaf kerana aku tak dapat pergi!

1 comment:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...