Aku terbaca tentang seorang wanita pertama yang menayangkan tubuh bogel beliau secara total dan berkata kecantikan itu tidak harus disembunyikan. Kecantikan yang dimaksudkan ialah rekabentuk susuk tubuh seorang wanita. Tidak harus disembunyikanitu bermaksud harus didedahkan menjadi tatapan kepada umum supaya kesenian itu tidak tersembunyi dibawah lapisan nilon. Aku mengeleng dengan falsafah ini.
Falsafah perempuan adalah satu seni sudah lama di tanam di kalangan pelukis-pelukis tersohor. Kerana pandangan ini, banyak kelas-kelas lukisan menggunakan model perempuan hidup sebagai objek untuk dilukis. Teringat satu babak dalam cerita Encik Kacang, beliau terpaksa menutup muka tetapi dengan mata terbeliak apabila tersalah masuk ke kelas seni lukis.
Sebetulnya, perempuan adalah keindahan yang tertinggi, malah 'sedap' kata penguasa tertinggi ditempat ku pada satu ucapan beliau. Semua orang mengakui hal ini samada terang atau berselindung. Samada terbuka atau tertutup, perempuan itu tetap cantik dan berseni. Kadang-kadang melihat yang bertudung dan berjubah coklat pun penuh dengan kesenian kepada yang mengerti. Tetapi kadang-kadang melihat yang terbuka seperti tiada makna. Itulah ertinya seni.
Sebuah buku yang dibungkus kemas di kedai dengan tajuk yang hebat menarik orang ramai untuk membelinya berbanding sebuah buku tanpa tajuk yang dibiarkan bebas dibelek-belek.
Mengambil peluang yang ada didepan mata ini, maka golongan kapitalisme dengan berlandaskan kuasa "consumerisme" pun memperkenal majalah-majalah songsang dengan falsafah seni ini tidak harus disembunyikan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih. Kalau rasa tidak sesuai, jangan beli dan sebaliknya. Tetapi yang tidak disebut ialah pengaruh kepada membeli adalah lebih tinggi kerana seni ini bermula dengan nafsu.
Aku teringat ketika perut sedang lapar dan berhenti dengan niat membeli sedikit makanan di pasar malam. Sedikit makanan itu bermaksud bermacam jenis makanan yang dibeli kerana nafsu. Sebaliknya jika kenyang pasti tiada apa yang menarik perhatian.
Betulkan aku jika aku tersilap!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment