Saturday, December 10, 2011

Antara IE dan Chrome

Aku jatuh cinta pandang pertama pada Chrome. Kali pertama aku menggunakan applikasi ini, aku terus menggunanya sehinggalah 2 hari yang lepas. Tapi aku mendapat berita yang sangat pahit dan menyakitkan, "mengguna Chrome, boleh memudaratkan". Dan sejak 2 hari lepas aku mula mendidik hati supaya menyukai IE walaupun pada dasarnya aku tidak suka.
Sekarang aku sedikit selesa dengannya! dan ia sedikit tidak ubah seperti juga chrome!, aku suka!

Monday, December 05, 2011

Negeri Antalya!

Waktu sangat pantas berlalu, dengan hidangan sebiji sandwich yang dilapisi keju putih dan sekeping timun hirisan saiz burger, dan sekotak jus oren, tanpa sedar perjalanan satu jam sudah berlalu, dan flight sudah hampir mendarat di Antalya Airport. Pemandangan dari udara juga menakjubkan, gunung disaluti putih, yang aku yakin salji! Tapi ada juga yang bersalut putih tapi bukan salji, melainkan pepasir putih yang di angkat menjadi gunung ketika "big bang" dulu, amat takjub dan menakjubkan pemandangan dari atas sini.

Airport Antalya juga sibuk, (aku melihat kesibukkan ini ketika, aku berada di air terjun di Bandar Antalya, kapalterbang beratur untuk landing, dan juga turutan kapalterbang yang take - off salin silih ganti). Tetapi, ketibaan di Antalya lebih mudah, sekali lagi jalan-jalan mengikut kaki dan sense membawa aku terus ke pintu keluar! Tapi aku sempat berpusing sebentar mencari money changer, kerana aku perlukan Turkish Lira kata "pancaindera ke 7", aku tak tahu mengapa dan aku hanya menurut kata hati ini.
Akhirnya aku sudah tercongok di depan ruang domestic arrival menunggu...






Friday, December 02, 2011

Istanbul Airport!

Waktu bertolak di kuala lumpur ialah pada pukul 12.35 pagi. Setelah mengharungi pernerbangan selama 12 jam, kira-kira pada pukul 6 pagi waktu Turki, aku tiba di Airport Artatuk Istanbul. Dingin mula terasa walaupun berada dalam bangunan airport. Dalam kekalutan pukul 6 pagi, mencari-cari pintu keluar, mencari surau untuk solat subuh, dan barisan panjang untuk melalui imigresen. Tanpa sedar, berjalan mengikut hayunan kaki dan sedikit "sense", aku sudah terpacak di ruang ketibaan airport tersebut. Tetapi itu bukan penamat total kerana aku perlu
melangkah mencari bangunan penerbangan domestik. Nasib baik, beg heret yang seberat 17 kilo sewaktu di timbang di KT sudah awal-awal aku masukan ke luggage menuju terus Antalya! Aku kini hanya berlengang dengan sebuah backpack mengandungi sebuah laptop dan sebuah camera mahal!

Langkah diteruskan dengan bantuan penunjuk arah dan sedikit "sense", dan aku sudah terpacak di kawasan daftar-masuk domestik. Pencarian ini sedekit sebanyak mengambil masa dan tenaga, aku sedikit dahaga dalam kedinginan airport istanbul, tak tau di mana nak beli mineral water dan masa untuk terbang semakin hampir!

Akhirnya aku hanya menunggu di ruang menunggu ke Antalya! Walaupun domestik flight, penerbangan sangat banyak, sehingga hangar tidak mencukupi untuk menampung semua flight yang turun dan naik. Alternatif yang di buat ialah, kapalterbang parking jauh dan bas digunakan untuk mengangkut penumpang menaiki kapal terbang. Masa terluang waktu menggu aku gunakan untuk melihat lain-lain warga yang menaikki flight yang sama.

next station Antalya!

p/s: 1. wah! mautnya soalan tu, tapi ada somebody dari duduk belakang, dia pindah duduk depan masa gue present! tak tau lah result camner?

Thursday, December 01, 2011

Pentingnya Bahasa SMS dalam internet

Satu istilah yang sangat penting dalam internet pada hari ini ialah profiling! Profilling ialah perbuatan mengumpul maklumat keberminatan berkenaan mengikut kumpulan individu, kumpulan dan negara dan banyak lagi!

Kepentingan profilling kepada seach injin ialah memudahkan bantuan diberikan kepada pengguna ketika pengguna melayari internet. COntohnya, bila seseorang mencari hal berkaitan PTPTN, rangkaian ayat sambungan boleh terus diberikan seperti permohonan PTPTN, borang permohonan, jadi senang pengguna melayari internet.

Tetapi, satu nmasalah dengan profiling ialah maklumat rahsia tidak lagi manjadi rahsia kepada enjin pencari, contohnya, jikalau peminat roket mencari-cari cara membuat roket di belakang rumah, dia boleh digroupkan dalam profile peminat roket. Mungkin suatu masa enjin pencari akan mengroupkan laptop yang digunakan sebagai ahli al-gaeda atau taliban jika selalu mencari-cari berita tentang al-qaeda atau taliban dan enjin pencari boleh mencetuskan amaran bahawa orang berkenaan adalah ahli qaeda. Semua boleh jadi kerana, dibelakang profiling in iialah algorithm2 yang tak reti bahasa!

Jadi disinilah perlunya kepada bahasa SMS, kalau lagi susah nak difahami oleh bacaan mata, maksudnya ia lagi bagus, kerana algorithm akan jadi pening dengan wording yang bermacam ejaan tapi bermaksud sama, dan database akan jadi lebih beso, tapi satu masa makna ejaan ini pasti akan diketahui jua. Cuma harapan kita, ialah bila algorithm sudahberjaya menterjemah maksud satu perkataan, kita sudah mula menggunakan singkatan lain pula yang lebih payah! tak perlu RSA 128 bit rasanya!

Jadi mungkin kajian kebaikkan bahasa SMS dalam internet dari sudut keselamatan maklumatan dan kerahsiaan mungkin boleh dijalan oleh sesiapa yang berminat, mungkin!

Wednesday, November 30, 2011

Turkiye!

Tiba-tiba aku berpeluang untuk singgah dan merayap dibumi Turki kerana kertas kerja yang aku hantar ke satu persidangan di sana telah diterima tanpa compromise! Dengan perasaan berat tapi teruja tiada apa yang aku lakukan melainkan memohon kepada kementerian untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kerja-kerja PhD di sana dengan izin penyelia ku!

Terimakasih kepada Najib Razak kerana dengan usaha beliau, rakyat negara ini tidak perlu lagi menggunakan visa untuk ke Turki. Hal-hal penerbangan aku serahkan kepada Magna Bridge sebuah syarikat pelancongan. Ini membuatkan aku kurang berfikir tentang keberangkatan aku ke Turki.

Banyak masa ditumpukan kepada penyediaan powerpoint, penulisan kertas kerja baru, serta sedikit-sedikit penulisan thesis. Hati sedikit pun tidak berdebar, seolah-olah aku sudah acap-kali terbang ke luar negara!

Mendapat perlepasan dari kementerian merupakan berita gembira, tapi ia juga bermakna aku perlu menyediakan duit sendiri untuk pendahuluan ke sana, kementerian hanya menerima tuntutan sahaja. Letih aku memikirkan tentang keperluan duit ini! Tetapi dengan izin Allah, kebetulan duit sara hidup untuk 3 bulan telah masuk ke dalam buku bank, jadi hanya perlu top-up separuh sahaja lagi. Setelah berhempas pulas, korek di dalam buku bank, tabung haji, tabung entah-entah apa-apa, akhirnya aku berjaya jugak mengumpulkan wang untuk bayaran tiket penerbangan. Setelah difikir balik, rupanya dalam sengkek kehidupan aku, aku sebenarnya sudah mampu untuk pergi Umrah berdua. Aku mula bertekad dan menyemai keinginan untuk menggunakan duit tuntutan nanti untuk melakukan umrah! InsyaAllah...

Bayaran RM11800 pun dijelaskan untuk tambang pergi dan balik untuk dua orang ke negeri Altanya, Turki iaitu dari TEGANU-KOLUMPO-INSTANBUL-ALTANYA-ISTANBUL-KOLUMPO-TEGANU. Tidak termasuk lagi duit untuk sara hidup, ah mana lagi nak cekau?

Thursday, November 17, 2011

Peristiwa

Banyak perkara yang berlaku pada bulan lepas. Sehingga aku jadi sangat sibuk dan ada ketikanya aku tidak tau nak buat apa, dan akhirnya aku duduk memandang TV sambil mata berkelip-kelip, Ah! ketika itu aku kelihatan sangat dungu dan secawan guara buatan DCL menjadi peneman yang setia.

Selaind ari kisah harga emas yang naik dan jatuh mendadak, kematian Gaddafi yang tidak di ratap, aku juga terkejut dengan keputusan fakulti yang memaksa pelajar siswazah berada di kampus 5 hari seminggu..

Musim hujan yang datang pada waktunya, dan ketika tukang rumah bergelumang dengan selut dan tanah berair (berdener pe!) kerana kebetulan projek rumah ku bermula pada awal monsun, mungkin juga semua ini berlaku kerana doa si pemuja monsun cup yang mahukan ombak yang lebih bergelombang supaya meningkatkan kemahiran dan keseronokan. Nampaknya musim ke lima ini, aku masih tidak berkesempatan menonton monsup cup dari jarak dekat!

khatan quran beramai-ramai menyebabkan aku mengenali persekitaran stadium tertutup dengan lebih rapat, sekarang ini ia menjadi destinasi pilhan di waktu pagi untuk beriadah. Jalan-jalan sepanjang tasik besar dan 5 alat besi senaman disitu sangat mengujakan!

Ada juga sebuah mimpi takut-takut yang sudah mestinya aku heronya masih bermain-main di ruang minda kerana ia berlaku ketika pukul 3 pagi dan aku rasa aku sangat 'bersih' ketika itu.

Ketika dikelilingi banyak peristiwa sebenarnya, samada hitam atau putih atau berwarna-warni. Dan alhamdulilah... hidup mesti diteruskan untuk mengenal khalik!

Wednesday, November 16, 2011

Monday, October 31, 2011

Takziah Terengganu

:( , Takziah Terengganu, Sila Cuba Lagi!

Syabas penyokong Terengganu, setiap kali kamu-kamu dipaparkan di kaca TV, TV ku bertukar menjadi TV hitam putih!

Saturday, October 15, 2011

cerita orang kelaut

Hari raya lepas aku berkesempatan beraya ke rumah 2 pupu mak aku. yer, 2 pupu mak aku! orang lama punya cerita 3 4 pupu masih dalam kepala, dalam ingatan. tapi orang jaman sekarang?

Dia adalah keturunan nelayan, ayah dia nelayan, tok ki dia nelayan, husband dia nelayan, anak dia nelayan dan cucu dia juga nelayan!

Katanya orang kelaut nie banyak duit! masa zaman arwah husband dia dulu, pergi kelaut seminggu cukup untuk makan/minum seminggu. Masa jaman cucu dia pulak, 2 minggu duduk di laut, bawa balik 700 ringgit. Sebab nelayan laut dalam. Duit belum habis belanja, orang dah ajak turun laut balik.

Dan aku sangat percaya dengan cerita dia kerana ada pelaut disini yang pergi pukul 6-7 pagi balik pukul 10-11 pagi, senang-senang je dapat seratus ringgit. Bayangkan kerja hanya dalam 3 4 jam dapat 100 ringgit. Kira cam level orang ada degree lah, rm50 ringgit sejam. Ada jugak hari-hari yang dapat lebih dari biasa, padahal masa kerja serupa macam biasa, sehingga boleh dapat Rm200 hingga Rm300. Jadi maksudnya "yamsenglah", boleh apply cuti 2,3 atau empat hari. (aku rasa org kelaut punyai falsafah yang hampir sama - rezeki esok sudah ada, jangan khuatir!)

Itu memberikan jawapan kepada soalan kenapa orang kelaut ramai anak? Bayangkan, kerja sehari dalam 3-4 jam sahaja! Dan ramai juga yang "double barrel"! Mungkin kerana yang pertama tak tahan! bayangkan, 3-4 jam sahaja pergi kerja, tak larat juger nak melayan ye? BOleh jadi yang pertama yang mintak yang kedua! itu menjawab soalan kenapa yang kedua senang-senang nak jadi nombor dua padahal keje kelaut aje! Sehingga ada kes di Pekan, ayah kelaut kawin tiga, tak kenal anak sendiri, ini adik ipar aku cerita!

Tetapi aku bukan dengki dengan orang kelaut, Aku selalu terfikir kenapa, orang kelaut selalu dikaitkan dengan kemiskinan. Kenapa? Jawapan yang selalu diberi ialah musim tengkujuh yang tidak membenarkan mereka turun ke laut. Ini membuatkan mereka banyak hutang dengan "Dagangnan-Along jaman dulu-dulu". Tapi aku rasa itu hanyalah alasan semata-mata, kalau ia betul mungkin hanya 5% sahaja yang terlibat dengan aktiviti tak sihat itu!

**isk, malas pulak nak tulis

Wednesday, October 12, 2011

MOD: Jiwang (Yang Terindah)

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


**MOD: Jiwang

World Class University?

"I thinks we need another Royal Commission!" - Anonymous

Tuesday, September 27, 2011

Purity


gambar ini sangat mengujakan kerana ia membawa aku ke satu tahap yang tak terucap dengan perkataan. Aku seringkali tersesat dalam gambar ini mencari kait antara gambar dan kata. Dan kata purity itu cukup asyik untuk aku. Entah aku tidak tahu!



definisi :

wikipedia - Purity is the absence of impurity or contaminants in a substance or abstinence from vices and/or abundance of virtue.

american heritage dictionary - 1. The quality or condition of being pure.
2. A quantitative assessment of homogeneity or uniformity.
3. Freedom from sin or guilt; innocence; chastity: "Teach your children . . . the belief in purity of body, mind and soul" (Emmeline Pankhurst).
4. The absence in speech or writing of slang or other elements deemed inappropriate to good style.
5. The degree to which a color is free from being mixed with other colors.

collins english dictionary -1. the state or quality of being pure
2. (Fine Arts & Visual Arts / Colours) (Physics / General Physics) Physics a measure of the amount of a single-frequency colour in a mixture of spectral and achromatic colours

apakah formula untuk mengukur purity?


EURO-2012 PP!

Aku sama sekali tidak faham kenapa demonstrasi jalanan menentang pelacuran ini dilakukan dengan "topless", tidak ubah seperti pelacur. Kalau begini, aku rasa ia lebih layak digelar promosi berbanding demonstrasi. Dengan apa cara pun, niat sama sekali tidak akan menghalalkan cara!

Jemputan

Semua bakal graduan JASKOM tahun 2011 dijemput untuk menghadiri Program Ramah Mesra Bakal Graduan JASKOM bersama Ibubapa, Exco COMTECH  dan staf JASKOM :         Tarikh : 30 September 2011         Masa : 8.00 malam         Tempat: DSJ, Fakulti Sains dan Teknologi 

Monday, September 26, 2011

Broadband 2

Selepas di simpan beberapa lama dalam laci, huawei e1762 yang diberikan oleh Maxis akhirnya berjaya digunakan kembali.Aku tidak sesekali menggunakan service maxis lagi, sebaliknya menempatkan kad sim celcom di dalam modem tersebut. Apabila, kad sim celcom dimasukkan, permintaan unlock code dikeluarkan. Ketika inilah, pengguna akan give up dan percaya, maxis broadband hanya untuk maxis.

Dengan bantuan engin carian google, aku pun mengoogle "unlock usb modem" dan bertemu dengan link untuk mendapatkan unlock code di dalam forum cariwang! Tak sangka, dengan hanya memasukkan imei number yang boleh didapati diluar modem, link tersebut pun memaparkan nombor unlock. masukkan sahaja nombor tersebut ketika diminta oleh preloaded modem software, selepas cucuk modem tersebut. Pastikan, sim celcom sudah dimasukkan.

ah senang, macam kacang kuda yang lembut! Jadi huawei modem aku e220 yang mungkin sudah berusia 8 tahun bolehlah direhatkan!

Thursday, September 15, 2011

Kebersihan

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman (bukan separuh tau!). Beraya baru-baru ini aku berkesempatan menggunakan tandas-tandas awam dan jugak bukan awam. Tetapi, aku dapati semua tandas yang aku kunjungi tidak menepati standard tandas kat rumah aku (terimakasih pada wife aku yang menjaga kebersihan tandas dengan baik sekali). Kebanyakkan tandas yang aku masuki itu memerlukan geli geleman dan suasana mahu muntah. Bukan mahu mengeji tapi itulah kenyataan. Nasib baik, 'hajat itu - hajat kecil ' terlalu sukar untuk dilupakan!

Walaupun peralatan yang digunakan sudah setara dengan negara maju, tetapi moral penggunaan tandas lebih teruk dari pengguna tandas-tandas awam. Itulah pendapat aku, jangan kecik hati. Tambahan pula, kebanyakkan tandas rumah sekarang adalah juga tempat mandi dan mengambil wudhu. Aku tidak faham, kenapa jadi sebegitu teruk moral orang islam dalam menjaga kebersihan.

Antara tandas duduk dan cangkung, sememangnya tanda duduk lebih menonjolkan kebersihan, tetapi tandas cangkung lebih selesa pada orang asia! Tetapi akhir-akhir ini, tandas duduk sudah menjadi pilihan dikebanyakkan rumah. Mungkin kerana ciri-ciri kebersihan yang dipakejkan bersama tandas itu walaupun kebersihan itu tidak bergantung kepada jenis tetapi moral penggunanya.

Tetapi berkenaan tandas duduk, aku sedikit konfius, haruskah ia dibiarkan terbuka seperti gambar atau dibiarkan tertutup? aku sangat tidak pasti!

.
.
.
.
.
.
.
.

Tuesday, September 13, 2011

Teknik Pemasaran

A seorang penjual cacing, dia merancang untuk buat duit dengan cepat tapi sayang cacing beliau tak laku walaupun harganya RM25 sekilo.

Dia pun melantik seorang pembeli B untuk membeli cacing-caing dari sekitar kampung. Orang kampung maner ada ternak cacing lagi.

Si pembeli B pun pusing satu kampung mencanangkan untuk membeli cacing dari orang kampung dengan harga Rm100 sekilo dengan alasan untuk dijual kepada pengilang produk-produk kecantikkan. Beliau turut berjanji akan membayar cash ketika datang mengutip cacing-cacing pada 3 bulan akan datang.

Orang kampung pun mula gelabah dan kepanasan, kerana duit sudah didepan mata, jalan sudah ada, cuma sumber je tak ada. Jadi yang yang berfikiran bisness kelas C akan bertemu dengan si A untuk menuntut ilmu cacing. Si A kemudian akan membuka kelas-kelas pertenakkan cacing, menjadi ejen benih-benih cacing, menjual tanah-tanah berkhasiat untuk cacing dan menjual semuanya yang berkaitan dengan cacing.

Jadi A sudah mendapat untung mudah, instead of nak jual cacing, dia dah jadi consultant cacing.

Penduduk-penduduk kampung yang agresif ini mula menyilang kaki dan berkhayalkan keuntungan yang bakal diperolehi dalam tempoh 3 bukan akan datang!

Tapi....



Friday, September 09, 2011

Cuma Enam Peratus Jer!

Argh! Robek dan Rabak
Kosong peratus pun sudah membebankan,
Apa lagi dengan cuma 6 peratus,

Aku berkira-kira tak nak guna handphone lagi,
Guaner gamok?

ps: petikan dari surat khabar utusan, sila baca guna kepala otak bukan kepala lutut!

"Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998. Langkah itu di ambil untuk memastikan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS)"

komen:

Sewajarnya, cam tu lah! naik slo-slow, x de lah rasa nak amuk je!

Thursday, September 01, 2011

Maafkan Cucu Nenek!

Nenek,

Maafkan cucu nenek, jika balik raya tahun ini membuatkan nenek sedih dan hati nenek bengkak! Tahun depan cucu akan balik raya lagi jika panjang umur. Tahun depan cucu akan ganti balik pelita buluh nenek yang cucu bakar. Bukan niat cucu untuk bakar pelita itu, tetapi malam itu malam raya, apakah erti malam raya pada budak seperti cucu jika tiada mercun dan dentuman (memang tiada pun), tetapi bermain api dan pelita sudah cukup mengujakan! Tanpa sedar minyak tanah habis dan api mesti terus dinyalakan. Bukan sengaja cucu nenek membuat unggun api, semuanya untuk mencerahkan rumah nenek. Dan kesemua 12 batang pelita buluh nenek, cucu lempar ke dalam unggun api tersebut supaya nyalanya lebih besar. Lagi pun malam itu malam raya, tahun depan boleh beli pelita buluh baru. Nanti cucu ganti balik 2 kali ganda.

Nenek,
Maafkan cucu nenek jika cucu sudah melukakan hati nenek dan buatkan nenek sedih. Bukan sengaja cucu minum air penawar nenek! Malam itu, lepas bermain dengan ungun api, tubuh cucu sangat panas, tekak cucu sangat kering dan dahaga. Hanya satu keinginan ketika itu, iaitu minum air batu dengan sepenuh perasaan. Takkan nenek tak pernah rasa begitu. Lalu cucu mencari sisa-sisa air batu baki berbuka tadi! Tapi, malam itu adalah malam raya, ramai orang berbuka rumah nenek, dan air batu sebungkus itu habis dengan sekelip mata. Kalau di rumah cucu, ibu selalu letak air mineral dalam peti sejuk, cucu hanya perlu buka peti sejuk dan ambil botol mineral water itu dan dan minum. Kebetulan, bila cucu buka peti sejuk nenek, cucu nampak sebotol besar air mineral siap dengantanda harganya lagi RM2.30. Tanpa membuang masa, cucu pun minum sepuas hati macam minum kat rumah, tinggal lah sedikit untuk orang lain itulah pesan ibu. sebab itu cucu tinggalkan sedikit dalam botol tu. Dan cucu tidak tahu air mineral itu lah penawar nenek. Cucu ingat penawar nenek macam tablet yang ibu selalu makan, rupanya bukan!

Nenek,
Cucu mintak ampun atas salah laku cucu. Tahun depan umur cucu dan tua sedikit, mungkin dah tak buat bende-bende tu semua. Nanti cucu belikan pelita buluh yang baru, cucu tolong pacakkan sekali, dan cucu labelkan "sila bakar sumbu aje" mana tau ada budak-budak lain yang cuba meniru gaya cucu. Bukan ke DNA yang sama mengalir dalam tubuh mereka!

komen :

1. erm.. mungkin lahir lagi cucu baru yang berjiwa agresif, maner tahu!

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Hari ini kita menghantar Ramadhan pergi, dengan pilu, dan menyambut syawal dengan gembira. Aku tidak pasti antara keduanya pilu dan gembira ? Yang mana lebih afdal untuk didekati, tapi yang pasti, bulan yang malamnya penuh keberkatan akan pergi untuk sementara sehingga jumpa lagi di lain tahun.

Pilu hati melihat bulan ini pergi kerana biarkan malam-malamnya berlalu tanpa amalan yang istiqamah! Yang tinggal kini hanya harapan supaya amalan yang sedikit ketika terbangun di malam-malam itu di angkat ke langit dan di terima sepenuhnya. Aku seorang hamba yang hanya berharap pada yang Khalik!

Gembira kerana kedatangan Syawal, bererti aku sudah berjaya mengharungi sedikit kepayahan dalam kemewahan! Bangun sahur berbantukan jam loceng, beriftar! ah tak sedap perkataan itu, belajar berbuka puasa dengan sebiji kurma, dan cuba bertarawih setiap malam. Aku gembira kerana aku melakukan semua itu kerana Mu Yang Khalik!

Di antara keduanya, antara Ramadhan dan Syawal, pilu dan gembira, aku mengucapkan Selamat Menyambut Aidifitri 2011!

Jangan lupa kepada cabaran yang lebih mencabar : PUASA ENAM!


Sunday, August 21, 2011

Nasi Dagang II


Projek nasi berjalan berjalan lancar. Ketika membeli rempah ratus nasik dagang di Pasar Payang. Wife aku sempat berpura-pura tak tahu (memang tak tahu pun) dan bertanya macam-macam hal nasi dagang kepada si penjual. Banyaklah juga ilmu yang diperturunkan dan banyak lah juga wang dilaburkan. Tapi x per, demi nasik dagang, akan aku teruskan jua, walau apa terjadi. Untuk langkah permulaan, aku beli beras nasik dagang (kata tokey kedai) sebanyak 1 kg dengan harga Rm4.00/kg. Aku syak beras tu adalah beras basmathi! On the way balik, tak lupa juga aku singgah membeli seekor ikan aya ( tongkol).

Balik rumah, terus beras tu kena rendam. Oleh kerana ini adalah kali pertama, so, aku memutuskan hanya untuk mencuba dengan 1/2 kg sahaja, maner tau tak jadi kan membazir namanya! Akhirnya, selepas berdiskusi, orang tua yang berpengalaman itu jugak yang akan menjadi mentor dalam projek ini. Walaupun beliau tidak pernah memasak arong nasik dagang, tapi teori dan rasa yang beliau ada sangat berguna ketika ini. Dan aku juga perlukan beliau untuk masak lauk nasi dagang!

Pukul 4 petang, aku pun sampai ke rumah, bau lauk nasi dagang menyusup masuk ke lubang hidung, aroma lazat dan nikmat itu sedikit mencabar supaya aku menyediakan padanan yang sesuai. Aku dengar kabo, mentor merungut-rungut menunggu aku, sedangkan lauk nasik dagang sudah siap. Tanpa lengah aku pun menyediakan kain kukusan, kerana kami tidak pernah mengukus nasik sebelum ini!
Kemudian air di panaskan, sementara menunggu ia mendidih. Aku pun membasuh, menapis dan menyediakan beras yang di rendam tadi ke dalam pengukus.

Kukusan kali pertama hanyalah kukusan kosong, meaning to say, kukusan kali pertama ini hanya mengandungi beras yang direndam sahaja.Sebaik sahaja air mendidih, beras pun di kukus.

Ah cakap banyak tak guna! ini lah hasilnya.......

Jawapan Komen:

1. InsyaAllah, nasik dah berjaya! tapi buat lauk perlu jugak masuk satu kelas lain pulak, baru kepala sajer RM40.00

Saturday, August 20, 2011

Nasi Dagang

Nasi Dagang sangat popular di daerah aku ini. Sehinggakan perwakilan dari daerah lain yang bermesyuarat di sini, menjadikan ia sebagai makanan resmi setiap pagi di sini. Tambahan pula dengan cerita kepala ikan tongkol nasi dagang RM40, membuatkan nasi dagang terengganu makin popular.

Tetapi membuat nasi dagang sebenarnya tidaklah sesukar mana, cuma, nak jadikan ia sedap dan serasi dengan mulut, itulah satu keremehan. Disebabkan hal-hal sebegini, mertua aku pun yang sudah hafal teori-teori nasi dagang, pun tidak sanggup dan tidak berani untuk membuat nasi dagang sekadar untuk makan-makan.

Aku pula yang tidak pernah tau , saut paut antara teori dan praktikal nasi dagang, menyahut cabaran ini dengan berani dan kesanggupan yang amat tinggi. Beras sudah direndam. Pelbagai rujukan di internet sudah dibuat.

Ah... cakap banyak tak guna. Tunggu aku buat petang nie. Nanti aku ceritakan kesah ini di lain kali berserta dengan gambarnya sekali.

Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Orang IT

Banyak sumber yang menjadi rujukan menamakan orang-orang dalam bidang IT sebagai antara yang terkaya didunia! Aku melihat penyataan ini dengan kecenderungan yang amat tinggi. Siapa yang tidak mahu jadi kaya dan berkhidmat untuk 'alif', 'ba' dan 'ta'. Tetapi bak kata anak muda jaman sekarang, "Susahnya untuk Senang , Senangnya untuk Susah", kejayaan suakr dikecapi dengan mudah.

Melalui kenyataan ini aku selalu berfikir tentang ruang dan peluang sebagai orang IT untuk menjadi kaya. Bila memikirkan perkara itu, yang melintas dijiwa sudah pasti satu produk yang akan menjadi kebanggaan kerana pernyataan di atas juga merujuk kepada billionaire IT yang hanya mempunyai satu produk sahaja!

Tetapi, membelek kembali sejarah pembangunan perisian, aku dapati aku tidak pernah membina sebuah perisian yang lengkap dan berteraskan komersial, kecuali semuanya sistem main-main untuk menguji kemampuan diri sendiri. Kalau begini keadaannya, bagaimana aku sebagai orang IT boleh menjadi kaya raya?

Justeru aku mula memikirkan perisian-perisian pelik yang boleh memberi jalan cepat untuk menjadi kaya. Suatu masa dulu, ledakan dalam pembangunan perisian menyaksikan pelbagai skim cepat kaya muncul di internet, untuk mengaut keuntungan cepat, mungkin kepala ku sudah selari dengan keinginan mau cepat kaya! Tetapi, bila melihat website diluar negara, keadaan ini masih berjalan dengan pesatnya, pelbagai produk HYIP masih lagi berterusan mencari pelanggan. Dan yang paling best, pengeluar perisian-perisian HYIP juga tidak kurang aktif memasarkan produk masing-masing. Menyelam di air keruh!

Aku juga kadang-kadang tersasar jauh ke dalam alam khayalan penuh dosa! Bagaimana mungkin internet boleh menjadi sumber perjudian dan pertaruhan. Selain dari pertaruhan sukan yang telah dihalalkan, aku terfikir perbuatan zaman jahiliah! Mungkin perlu ada sebuah sistem pertaruhan untuk bertaruh anak si artis ini lelaki atau perempuan atau lebih parah lagi mungkin bertaruh tentang mangsa kemalangan semalam akan hidup atau mati. Tetapi, alhamdulillah aku masih seorang islam!

Jadi seharusnya, bagaimana orang IT boleh jadi kaya? Sedangkan semua kepandaian teknikal sudah ada dihujung jari. Seorang rakan penjual di pasar malam datang bertemu dan menyatakan visinya: "Tak kan aku terus berniaga di pasar malam sampai tua!". Aku tersentuh dengan visi beliau. Dan yang paling best, missi beliau untuk mencapai visi itu adalah berasaskan IT! Takjub aku mendengar olahan produk yang beliau ingin keluarkan.

Sebenarnya, banyak lagi ruang-ruang yang belum diteroka atau cukup tinggi keperluannya tanpa disedari oleh syarikat-syarikat besar. Cuma kuasa pemasaran yang rendah membuatkan satu produk yang berinovasi kelihatan sangat futuristik sehingga tidak sanggup diguna pakai olleh orang kebanyakkan. Ah terlalu banyak....



Friday, August 19, 2011

Bahasa, Bangsa dan Jiwa

Sudin : "Hoi, ini wayang gambar pusing ka?, O, lu pun tersampuk ka?, Eh, sekarang, mari kita balik lah, dia orang banyak angin-angin lah!"

Sudin, Aziz, Ramle: "Mari da!"

Singh: "O nama saja ORANG MELAYU, sikit adat pun tak tau, orang nak cakap panggil hoi-hoi, saya ini apa, batu ke, kayu ke?"

Sudin: "Alamat, benggali tu bahasakan kita da!"

Ramlee: "Memang betul dia cakap, ko tu mana ada bahasa, panggil orang wei-wei, bahasa menunjukkan bahasa tau!"

Aziz: "A, a la ko Din"

Ramlee: "A, a ko jugak sama, tadi kawan tu sampai meludah pun!"

Ramlee: "Tabik tuan singh"

Singh : "Saya bukan tuan, saya JAGA"

---------------------------------------






Monday, August 08, 2011

Popo Sudah Bebas

Popo sudah lama terkurung dalam besen bulat berwarna hijau. Di dalam besen itulah dia duduk, makan, berak dan kencing. Kadang-kadang aku kesian lalu membawanya keluar dari dunia besen dan menikmati alam bebas di sekitar kawasan pagarku. Apabila masa sudah cukup, besen sudah dibersihkan, dia akan dimasukkan kembali!

Akhir-akhir ini, besen sudah lama tidak dicuci, dan pencinta-pencinta Popo kelihatan tidak menghiraukannya lagi. Semalam aku membiarkan Popo lama di dalam kawasan pagarku, dengan harapan dia mencari makan sendiri.

Selepas 2 jam di biarkan begitu, aku cuba mencarinya. Tapi dia sudah tiada! Aku tidak mengerti bagaimana Popo boleh melarikan diri dalam ruang yang terkepung itu tanpa ruang lebih besar dari badan beliau. Aku suspek Popo sudah dicuri orang.

Semoga engkau selamat dan sihat dan bebas sepenuhnya.

Popo ialah seekor kura-kura hutan.

Tuesday, August 02, 2011

Watak-watak Benar

Lantas aku terfikir tentang najis dadah yang tidak boleh dipinggirkan. Kenapa benda yang sekecil itu tidak boleh dipisahkan dari dalam diri penagihnya. Pun sama, kepada sesiapa yang keluar masuk pusat permulihan. "keluar-masuk" itu bermakna masuk pusat pemulihan, insaf, keluar, hisap balik dan masuk semula. Lantas akhir-akhir ini, ada perubatan penagihan dadah secara islam. tetapi aku tidka pernah tahu atau terjumpa fakta-fakta sukses dalam kedua-dua kaedah ini. Apa yang ada di dalam najis itu?

Aku teringat kata seorang teman tentang produk-produk yang popular keluaran yahudi di dunia hari ini, katanya, dibelakang produk-produk popular ini ialah iblis. Aku tidak mahu ulas tentang itu, Tetapi aku juga terfikir tentang bagaimana manusia-manusia disebelah sana boleh mendapat idea untuk melukis sesuatu yang seperti benar, seolah-olah, apa yang dilukis berada di depan mata dan seoalah-olah itulah sepatutnya kalau betul ia wujud!

Contohnya, aku terbaca tentang "murray", mahluk berhati setan yang menjadi logo kumpulan rock Dio. Ia adalah makhluk bertubuh manusia berkepala anjing dan bertanduk. Aku mempersoalkan bagaimana mereka mendapat idea ini? Aku selalu juga membaca cerita "bercakap dengan jin" yang ada juga menggambarkan makhluk sedemikian melalui pandangan batin beliau.

Begitu juga dengan watak hellboy, sebuah cerita keterbalikan, syaitan yang menjadi baik kerana dididik oleh manusia. watak ini kelihatan amat benar, dengan wajah yang mirip kesetanan yang masih cantik, tanduk yang pendek juga indah, serta warna merah yang tidak perlu di takuti.

Walaupun 2 contoh ini adalah idea kreatif, tetapi gambaran yang dibuat seolah-olah mereka dibisikkan ilham oleh sesiapa yang tidak kelihatan. Dan kebetulan watak-watak ini menjadi popular!

Aku juga fikirkan tentang Pepsi, Coca-cola, Starbuck, Nike dan Milo. Ah mungkin aku terlalu lapar sekarang!


Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

Setiap hari kita sentiasa berkejar-kejaran takutkan pembaziran masa dan bimbang peluang akan di direbut orang , kerana kita sentiasa di ajar "siapa cepat dia dapat". "Berapa kalikah dalam kehidupan kita, kita berhenti di simpang yang bertulis 'berhenti' walaupun tiada kenderaan lain?" Cuba tanya pertanyaan tersebut kepada diri sendiri. Untuk menjadi manusia baik tidak susah sebenarnya, mulai dengan perkara yang kecil-kecil seperti berhenti. Jikalu tidak mampu membuat perkara yang sekecil itu, mungkin, kita tidak layak lagi untuk melakukan kebaikan yang lebih besar!

Oh! Selamat berpuasa dan bertemu Lailatul Qadar, InsyaAllah!

Monday, July 25, 2011

Malas

Terlalu banyak cerita, peristiwa, idea-idea dan falsafah untuk di lorekkan di dalam ruang yang tidak terbatas ini (batasan yang tidak di ketahui, jadi aku andaikan tidak terbatas). Tetapi, cerita mesti di karang dalam kumpulan masing-masing supaya tidak wujud pertindihan dan salah faham tentang apa yang aku ingin sampaikan.

Aku adalah programmer sejati yang tidak perlukan designing method secara berdokumen. Dengan kata yang lebih mudah, designing method hanya berlaku di dalam kepala, bukan di atas kertas. Jadi, pengaturcaraan dibuat secara terus di keyboard dengan merujuk kepada master plan di dalam kepala. Justeru itu, ia menjawab kenapa, programmer tegar seperti aku susah hendak berhenti apabila sudah memulakan pengaturcaraan, kerana, idea dan design sudah banyak di kepala. Jika aku berhenti ketika itu, semuanya itu ( design) akan tinggal sedikit atau hilang terus.

Begitu juga dengan kaedah aku menulis di sini, aku bukan pengarang tegar, yang mengambil nota-nota kecil-kecilan ke dalam buku 3 5 dan diolah semula supaya menjadi lebih halus dan cantik dari sei bahasanya. Aku tidak perlukan itu semua, kerana aku adalah diri aku sendiri, yang terlintas dikepala itulah yang aku taipkan.

Kadang-kadang aku kehilangan punca. Ada sebuah idea yang terlempar di kepala, tetapi aku tidak dapat kembangkan, kerana ketika itu juga kepala ku dimasuki juga idea-idea dalam bidang lain yang berbeza seperti kadang-kadang idea kejuruteraan tentang hydrolik menonjol masuk, kadang-kadang idea matematik tentang set menjolok dan kadang-kadang idea tentang falsafah Pluto juga mencuit ditepi minda. Justeru, ketika itu, aku berada di dalam kecelaruan, kerana minda sudah mereng mencari penyelesaiain untuk semua. Ketika itu, jika aku berhajat untuk menulis, 2 jam yang berlalu pasti hanya memberikan aku 2 baris ayat sahaja. Jadi ketika itu, adalah lebih baik aku mengayuh basikal melihat kampung, air laut, pantai dengan pokok-pokok yang bergelimpangan terbalik, kapal terbang, orang berebut masuk kerja dan minum oren Goodday yang sedap dan murah di benteng batu sambil melihat orang memancing yang sangat mesra alam kerana mereka selalu tidak pernah loket dengan senyuman pada sesiapa sahaja yang melihat mereka.

Tetapi antara semua itu, aku sebenarnya masih di belenggu oleh M.A.L.A.S

Saturday, July 16, 2011

Ketidakpastian II

Aku dipanggil pakcik oleh sekumpulan budak sekolah , tetapi aku di panggil anak oleh seorang tua di tangga masjid.

Monday, July 11, 2011

Petua Untuk Berubah

Petua 3M

1. Mulakan dengan diri sendiri
2. Mulakan dengan perkara kecil
3. Mulakan pada saat ini

- KH Abdullah Gymnastiar aka aagym

Wednesday, July 06, 2011

aku benci speedtrap

sehingga semalam, untuk tahun 2011, aku sudah dapat 4 saman, dan semuanya sudah settle. Aku menjangkakan aku 2 saman lagi akan menyusul. Bermakna, secara kasarnya RM300 lagi akan terbang jika aku bayar dalam tempoh 15 hari.

Yang paling best ialah, selepas sejam aku memandu 70 km sejam. tetiba dah hampir dengan tempat speedtrap, aku pun pecut, sebab aku ngantuk. dan aku dapati aku telah diperangkap! Apa salah ku.

Aku terfikir jugak untuk mencari anti-speedtrap atau speedtrap jammer, tapi kita bukan kat US, seme bende buat belakang rumah je dan jual secara online.

ahhh, cakap banyak tak guna, kete aku dah nak kena mandi bunga and air yasseen lagi sekali. Aku benci speedtrap!

Sunday, July 03, 2011

Bersama Orang-Orang Hebat



dari kiri: Pak Im (boleh bertutur bahasa indonesia, jawa, inggeris, jepun, arab, dan banyak lagi sedang belajar loghat teranung), Pak Bana seorang pakar dalam neural net, Pak David Taniar - tak perlu banyak cerita tanya sahaja lebai google, Pak Tutut - pakar rough set dan soft set, Pak Zailani - Pakar dalam Association Rules). Aku? aku hanya tukang ambil gambar..

Wednesday, June 22, 2011

Tak Kenali Diri

Mari kita menyeberangi sempadan lautan hairan
dan lepasi batasan akal.
Mari kita bicara tentang ilmu yang tersembunyi
di balik huruf dan di balik rasa
Mari kita mengenal diri!

Mari kita mengembara ke dalam ilmu kalam
menuju binasa, fana, baqa, zuk
dan akhirnya rasa kita menyuluh kalbu
Mari kita mengenal diri


Tuesday, June 21, 2011

Walau Siapa Pun Kita

Walau siapa pun kita,
walau kaya sekaya-kayanya,
walau miskin semiskin-miskinnya,
walau sakit sesakit-sakitnya,
apatah lagi kalau sihat sesihat-sihatnya,
walau susah sesusah-susahnya,
apatah lagi kalau senang sesenang-senangnya,
walau tidak bertempat kita,
walau pun kita ini mengungsi,
walau pun tsunami,
walau pun banjir merah,
walau pun kering kontang,
walau pun apa sahaja
tugas kita yang utama ialah mengesakan Allah

Thursday, June 16, 2011

alahai telefon bimbit

senibina telefon bimbit hari ini yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi menjadikan telefon bimbit sebagai alat serbaguna yang sangat canggih. Sepertimana yang diigaukan oleh ramai orang. Telefon bimbit telah menjadi pembantu peribadi yang sangat setia. Ditambah pula dengan selitan aplikasi mainan mp3 dengan keupayaan ingatan yang agak besar, menyediakan telefon bimbit sebagai personal entertaiment device (PED). Telefon bimbit hari ini juga dilengkapi dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 24 jam jika digunakan secara terus menerus. Semua keupayaan ini menjadikan telefon bimbit seolah-olah rakan karib yang mengetahui semua profile pemiliknya.

Tapi malang sekali jika, dalam kedudukkan selangkah di antara satu sama lain, dua orang sahabat saling mendengar lagu kegemaran masing dengan menggunakan loudspeaker. Aku rasa itu sudah menjadi sebuah pasar malam yang meriah. Aku rasa hak personal aku untuk berada dalam keadaan tenang sudah dinodai!

Bacalah....

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Peteh!

kalau ikut kamus dewan edisi ke 3 peteh bermaksud banyak bercakap contohnya Peteh sungguh budok ning! Ia juga bermaksud tendang pada kaki atau betis, contoh ayat ialah jangan peteh orang masa main bola. Tapi Kelab Peteh lebih menjurus kepada maksud yang kedua ( masa main bola, petehlah, kalau dop peteh dop seronok!)


Kamus dewan edisi ke 3 tiada perkataan gomo, tetapi aku merujuk kepada gomol yang diberi maksud sebagai berpeluk-peluk dengan maksud tersirat hendak menggulingkan orang yang dipeluk. Dalam konteks, loghat kelate/tranung, adegan bilik tidur juga bermula dengan gomo!

Entahlah, aku pun tak faham!

Saturday, June 11, 2011

Satu Peristiwa

Perjalanan yang dimulakan pada pukul 4 pagi itu amat lancar sehingga aku berenti di Masjid Geliga untuk solat subuh. Mata yang mengantuk dengan tiba-tiba buatkan aku sekali lagi membuat keputusan untuk berenti. Kali ini aku memilih hentian rehat maran lebuhraya pantai timur.

Aku pun memejamkan mata, sedikit terlelap, tetapi perut sedikit kurang selesa untuk meneruskan perjalanan. Aku berlegar-legar diperhentian memerhati kenderaan yang datang dan pergi pada pukul 8 pagi itu sambil menenangkan perut. Mungkin tidak makan apa-apa membuatkan perut masuk angin.

Setelah merasa sedikit selesa. Aku pun bergegas ke kereta, perjalanan ke kuala lumpur mungkin mengambil masa 1 hingga 1 setengah jam lagi. Aku pun menghidupkan injin tanpa apa-apa perasaan prejudis kepada kereta kesayangan ku yang sudah dibayar sepenuhnya. Trek... trek... dan alarm pun berbunyi dengan nyaringnya. Aku pun segera mematikan alarm. Bunyi alarm yang dimatikan masih seperti biasa tiada-tiada tanda-tanda bateri sudah lemah disitu. Aku pun mencuba start sekali lagi, perkara sama pun berulang.

Aku pun memeriksa kereta, rupanya aku terlupa memadamkan lampu dan suis ku tadi ditinggalkan dalam keadaan on. Mungkin bateri sedikit lemah untuk menghidupkan enjin.

Aku merasa sedikit gusar. Tetapi perasaan itu segera dimatikan apabila aku teringat pada peronda plus, pasti nombor mereka ada di hentian itu. Yang aku gusarkan ialah ongkos untuk untuk menguatkan bateri ku balik. Aku sangat pasti, bateri itu baru sahaja ditukarkan.

Dalam aku mencari-cari peluang dan ruang dalam memori, sambil di tekan-tekan perasaan oleh penumpang-penumpang kereta (anak-anak dan isteri), kelihatan sebuah van putih masuk ke parking. Aku memerhatikan mereka di dalam, melihat tanda-tanda kebajikkan yang mungkin ada pada diri mereka. Ah! haruskan aku meminta tolong pada 2 orang india ini?

Jauh di sebelah sana sebuah MyVi bercermin gelap sedang parking dan aku pasti tuannya ialah seorang melayu.

Setelah membetulkan van sebaiknya, mereka pun keluar, aku dengan pantas menuju kepada mereka setelah ruang kebajikan itu kelihatan pada mereka.

"Hello encik! Boleh tolong satu kali?" Aku bersuara seperti Rajoo upin dan ipin. "Boleh tak buat jumper ke kereta saya?"

"boleh-boleh!" mereka menjawab pantas, "tapi ada ke kabel jumper". "Oh, saya ada kabel tu"

Beliau pun kembali ke van, menghidupkan van, dan sebuah kereta vios tiba-tiba parking disebelah ku. Aku dengan pantas meminta mereka mengalihkan kereta. Muka pemandu lelaki nampak sedikit cuak, selepas aku terangkan, dia pun bereda jauh dari keretaku. Van pun sampai, aku keluarkan kabel. Tapi tak cukup panjang. India itu pun menolak kereta supaya hampir dengan van, kabel pun disambungkan!

Trekkkkkk.....trekkk...trekkk. kali pertama enjin dihidupkan, alarm kembali berbunyi. Cubaan kedua, sangat berjaya, kereta kembali hidup. Aku bernafas lega. Tiada apa yang aku mampu ucapkan melainkan jutaan terima kasih. Aku rasa memberi wang kepada mereka bukan satu perbuatan yang baik. Mereka pun berlalu dengan pantasnya meninggalkan aku. Aku pun terus menutup bonet kereta, dan terus bergerak ke destinasi.

Alhamdulillah! aku selamat kembali ke rumah ku dengan bateri yang sama!

Thursday, June 09, 2011

Hakikat....

aku berlari anak ke dalam lif, kebetulan, seorang pekerja hotel sudah berada disitu menunggu aku masuk. "tingkat berapa encik?" tanya beliau. Aku menjawab ringkas, "12". Mataku dengan jelas melihat beliau menekan nombor 12. Aku mengucapkan terima kasih.
Tiba di tingkat enam, pekerja tadi keluar tinggalkan aku berdua di dalam lift tersebut dengan anak lelaki ku. Kami berbual-berbual tidak menghiraukan lift yang naik tingkat demi tingkat.

"Ting" lift berbunyi menandakan aku sudah tiba didestinasi. Aku pun mengheret beg keluar. Pintu lift sudah tertutup. tetapi aku terpaku pada nombor 13 yang ditampal pada dinding.

Aku confius, macam mana aku boleh sampai ke tingkat 13. Lantas aku berpusing kembali ke lif. Anak ku pun sama dengan wajah yang curios membunyikan suara , "abang tengok dengan mata abang, staff tu tekan 12".

Aku rasa aku sudah dipermainkan pada tengah hari itu! We are not alone!

Sunday, May 29, 2011

Gajah Duduk

Seberapa ketika aku berada di dalam masjid UNISZA, fikiran ku terganggu dengan kehadiran banyak "gajah yang duduk". Entah mengapa, hari ini, fikiran ku amat terganggu bukan sahaja dengan gajah-gajah yang duduk yang paling banyak, tetapi dengan pelbagai brand lain lagi seperti mangga, atlas, nur anjung dan lain-lain.

Gangguan yang aku maksudkan ialah gangguan tumpuan! Setiap kali, mereka berdiri tegak di depan ku, aku pasti akan terpandang "logo" kain pelikat masing-masing. Logo kain pelikat pulak, selalunya di letakkan di bahagian belakang sebelah bawah. Dan aku pasti akan membacanya.

Siapakah yang menetapkan cara pemakaian kain pelikat ini, yang berjalur di letakkan di belakang dan logo pula di bawah itulah prosedur memakai kain pelikat dewasa ini. Hukum siapakah itu! Dengan kehadiran bermacam-macam logo, ia cukup menganggu fikiran orang yang suka membaca seperti aku. Nasib baik, big-big company masih lagi tidak berminat dengan potensi kain pelikat. Kalau lah, John Master, Orlando, Pierre Cardin, Alain Delon Ataupun Dunhil mula mengambil minat dan terjeremus dalam industri kain pelikat, pasti lah lagi meriah keadaan di masjid. Penuh dengan logo yang pelbagai-bagai.

Entahlah! aku tiba-tiba mula merasakan ada konspirasi dalam kain pelikat, dari segi buatannya sehingga kepada pemakaiannya!

Entahlah.................

Friday, May 27, 2011

Jom Beli Emas Banyak-Banyak

PBB beri amaran krisis dolar

NEW YORK 26 Mei - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.

Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global.

Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.

Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing.

''Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,'' kata laporan itu.

Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS.

Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu.

''Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,'' katanya.

Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS.

Standard & Poor's telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun.

Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global.

Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. - Reuters

Tuesday, May 24, 2011

Antara Baik Dan Jahat

Idea nie sebenarnya dah lama dah berlegar-legar dalam kepala. Tapi aku bukan entrepeneur dan keadaan tidak mendesak untuk aku menjadi usahawan nasik bungkus aka tapau inc.

Tapi idea ini diperbaharui lagi ketika aku sedang letih lesu menyedut oksigen sewaktu mengayuh basikal ku pagi tadi dan pantai jembalku sepi seperti ada kematian!

Idea yang dijana ini sangat mudah. Aku selalu melihat peniaga yang menjual lauk-pauk macam untuk lunch pada waktu seawal pukul 9 pagi. Jadi, satu soalan yang muncul ialah bilakah mereka menyediakan semua masakan tersebut. Dan kadang-kadang mataku melirik melihat aksi chef di dapur yang sangat sibuk masih belum selesai dengan apa yang ada di ruang pameran.

Kenapa kita tak praktikan motto "1 Keluarga 1 Lauk", maksudnya kita sub-con kan "memasak" satu makanan kepada satu keluarga. Contohnya, ikan masak merah satu keluarga, gulai ikan satu keluarga, ayam goreng + kuah masak merah satu keluarga, hasilnya kita akan dapat banyak lauk! Bukankah banyak lauk itu dapat menarik ramai pelanggan untuk makan nasik!

Kemudian, bukalah khemah sementara di pantai tok jembal pada pukul 11 pagi dan tutup pada pukul 3 petang kerana disitu banyak ruang kosong yang boleh didirikan khemah. War-warkan projek ini kepada warga-warga kerajaan yang berhampiran seperti UMT, UNISZA, ILPP, ILP, ILPerguruan. InsyaAllah! rezeki Allah ada di mana-mana.

Kalau tak cukup lagi dengan projek buka khemah, lakukan pula projek Tapau Inc. Bukak Web Site, Letak gambar lauk nasik, biar pelanggan pilih. Tugas kita hanyalah bungkus, dan hantar dan collect duit. Hal-hal fraud fikirlah kemudian! Ramai staf-staf pejabat yang tak mo keluar lunch kerana wujud banyak sebab. Antaranya, cuaca sekarang sangat panas, kalau keluar makan, badan jadi berpeluh, lepas tu berbau, jadi tak selesa, dan kena sembur wangian lagi sekali. Antara sebab lain, tak ramai yang nak keluar sebab bila balik nanti, parking kereta sudah di ambil orang. Banyak lah lagi sebab lain sebenarnya.

Tak bernas ke idea aku nie.

Masa kayuh basikal tadi dapat jugak satu idea baru. Tapi idea nie nie ialah idea orang jahat. Tapi kata mossad, "fikirlah macam mana musuh berfikir", barulah dengan mudah kita dapat counter musuh balik.

Melalui sebuah rumah banglo lot tepi, aku melihat batang paip plastik terjulur keluar. Apa kata, kita inject ubat pelali kat dalam paip plastik tu. Jadi senanglah kita membuat onar di rumah tersebut. Jahat tak idea aku nie. Sepatutnya, kalau dah plastik tu, tutuplah elok2, kita tak tahu siapa yang sedang memerhatikan kita, dan malang tidak berbau, lain lah kalau ada makrifat peringkat lapan.

Ker guaner?

Sunday, May 22, 2011

Life Begin At 40's

Aku selalu dengar mat saleh berkata "life begins at 40s". Sejujurnya, aku sebenarnya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut. Walaupun umur aku dah melebihi 40, aku masih juga tidak mengerti dengan ungkapan tersebut.

Semalam terbuka hati untuk membuat medical check-up, maklumlah umur dah 40, jadi, eloklah kalau-kalau punca-punca atau tanda-tanda penyakit kalau ada, dapat dikenal pasti se awal mungkin. Lagipun, kalau nak hidup sehingga umur 65, kesihatan hendaklah dijaga dan dikawal selia dengan baik. Kerosakkan tubuh badan tidak boleh dibaiki, tetapi kalau mampu perlu jugak dibuat maintenance. Untuk buat maintenance, langkah awal ialah mengenal pasti masalah iaitu melalui medical checkup.

Lagi pula, sejak aku berumur 40, aku rasa tidak begitu fixed sangat. Ada je rasa kekurangan kat tubuh, contohnya kalau luka-luka payah nak baik. Pernah terjadi, sebulan dua yang lepas, kaki ku dihinggap penyakit gatal dengan butir-butir air, bila butir-butir air ini pecah, ia menyebabkan keadaan luka dan kudis yang 4 kali ganda lebih besar dari butir-butir air tersebut. Hampir 2 bulan baru penyakit ini hilang sepenuhnya, yang tinggal hanya parut menandakan aku pernah kena penyakit tersebut. Luka pulak macam orang kena penyakit kencing manis pulak tu! Anak aku siap beritahu gambar kaki yang kena kencing manis yang cikgu tunjukkan dalam kelas sebiji macam kudis kudis. Itu buat perasan jadi lebih takut.

Jadi, aku tidak mahu main-main lagi dengan hal kesihatan. Sejak itu, aku mula mengurangkan minuman manis-manis, kurangkan makan nasik, dan banyak minum air masak. Aku juga cuba banyakkan makan sayur-sayuran. Aku sekarang seolah-olah sudah jadi vegetarian. Aku juga, memperbanyakkan aktiviti mengeluarkan peluh. Kayuh basikal dari seminggu sekali aku cuba buat 3 kali seminggu. Aku cuba banyakkan aktiviti jalan kaki. Aku create aktiviti mengecat longkang siling rumah.

Setiap pagi, aku tidak lagi makan nasik lemak seperti biasa, sebaliknya cukuplah aku minum susu kambing hi-goat yang dicampur dengan oat. Makan tengah hari seolah tiada dalam kamus, sebaliknya makan apa-apa yang boleh buat aku rasa tidak lapar.

Tapi aku masih tak faham apa maksudnya "life begins at 40".

Thursday, May 19, 2011

Falsafah Emas

Kata Ibnu Khaldun

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK"

Lets' Ruby! : Java Version

ini pulak version java untuk melakukan perkara yang sama. Sebelum nie, aku gunakan java!





/*
* To change this template, choose Tools | Templates
* and open the template in the editor.
*/
//package sarproject;

import java.util.*;
import java.io.*;

/**
*
* @author kurodakazima
*/
public class Main {

/**
* @param args the command line arguments
*/
Dataset myDataSet = new Dataset();
int bilAttribute;
int counter;

public void preProcessing(String namaFile) throws FileNotFoundException, IOException {
readFile(namaFile);
setApprox(namaFile);
}

public void readFile(String namaFile) throws FileNotFoundException, IOException {
String cat;
Scanner scanner = new Scanner(new File(namaFile));
StringTokenizer st = new StringTokenizer(scanner.nextLine());
bilAttribute = st.countTokens();
myDataSet.setAttribute(bilAttribute);

counter = 1;
int h = 1;
do {
int c = 0;
while (st.hasMoreTokens()) {
cat = st.nextToken();
myDataSet.att[c].categorical.add(cat);

c++;
}

if (!scanner.hasNext()) {
h = 0;
} else {
st = new StringTokenizer(scanner.nextLine());
counter++;
}
} while (h == 1);

}

public void setApprox(String namaFile) throws FileNotFoundException, IOException {
int sizeCategory;
for (int i = 0; i < bilAttribute; i++) {
sizeCategory = myDataSet.att[i].categorical.size();
//System.out.println(i + " Size Category:" + sizeCategory);
myDataSet.att[i].setCategory(sizeCategory);
int pos = 0;
for (Iterator j = myDataSet.att[i].categorical.iterator(); j.hasNext(); pos++) {
Object o = j.next();
myDataSet.att[i].cat[pos].setName(o.toString());
}
}

Scanner scanner = new Scanner(new File(namaFile));
int objectCount = 0;
while (scanner.hasNext()) {
StringTokenizer st = new StringTokenizer(scanner.nextLine());
objectCount++;
int posAtt = 0;
while (st.hasMoreTokens()) {
String token = st.nextToken();
for (int i = 0; i < myDataSet.att[posAtt].categorical.size(); i++) {
if (myDataSet.att[posAtt].cat[i].getName().equals(token)) {
myDataSet.att[posAtt].cat[i].approximation.add(objectCount);
}
}
posAtt++;
}

}



}

}

public static void main(String[] args) throws FileNotFoundException, IOException {
//long startTime = System.currentTimeMillis();
String namaFile = args[0];
Main oMain = new Main();
oMain.preProcessing(namaFile);

}

}





ahhh! very complicated huh!

Wednesday, May 18, 2011

Lets' Ruby!

Here is my first Ruby Code purposely to convert any information system to soft set format, very easy and simple huh!






class Softset
attr_accessor :item, :rekod

def initialize(item, rekod)
@item = item
@rekod = rekod
end
end

dataset=[]
f= File.new(ARGV[0], "r")
linecounter=1;
while !f.eof?
line=f.gets
line = line.split(/\s+/)
(line.length).times do |i|
dataset.push(Softset.new(i.to_s+line[i],linecounter))
end
linecounter += 1
end


ss = Hash.new
dataset.each do |a|
ss[a.item] ||= []
ss[a.item]<< a.rekod
end

p ss





ohh Sorry! Terspeaking London pulak!

dan ini input dan outputnya

Saturday, May 14, 2011

Ini Bukan Perangkap Laju!

Assalamualaikum cik? Mintak lesen memandu!

W'alaikum salam, aku mengeluarkan dompet dan menghulurkan lesen memandu kepada 'encik' yang berspek mata hitam itu!

Tak boleh beri diskaun ke cik?

Tak pe encik, encik jangan risau, saya saman dengan kesalahan paling ringan iaitu gagal menunjukkan lesen memandu, encik hanya dikenakan saman rm70, kalau encik bayar dalam tempoh 4 hari dari tarikh saman, encik dapat diskaun 50%. Kalau keluar kereta dengan muka senyum, saya pun suka hati, dan rasa jugak nak tolong, tapi kalau dah keluar dengan muka marah-marah menyumpah seranah, maunya saya saman hingga rm300.

Oh macam tu ke? Kalau saya gi bayar lepas nie kira boleh diskaun lah yer?

Oh, tidak lagi sebab saya kena balik pejabat, daftarkan saman encik dulu, barulah encik boleh bayar. Esok boleh lah kot!

Terimakasih encik, dapat juga hasil untuk negara !

Aku berjalan longlai masuk ke kereta dan mencongak untuk membayar saman itu esok. Ah! Damn! esok hari jumaat mana opis buka!

Thursday, May 05, 2011

aku dengar citer!

aku dengar cerita, salah satu scene perniagaan yang sedang naik kat teganu skang ialah bundle! Kedai bundle tumbuh macam lalang! Ada kedai besar, ada kedai kecik, ada kedai bukak siang malam ada kedai bukak malam jer. Tapi ada sesetengah kedai tu, nampak kosong je! Ada pulak nampak gempak habis, ramai peminat. Ada pulak yang siap dengan logo, contohnya macam ayam jantan (ini bukan promosi tau!). Tapi, aku terfikir sebaliknya, kalau scene bundle sedang naik, maknanya orang tak de duit. dan terpaksa beli barang berjenama dari kedai bundle. itu pendapat aku, pendapat orang lain aku tak tau lah.

aku dengar dari berita radio sinar dua tiga hari lepas, ada sorang artis sudah mula belajar agama. Alhamdulillah! hati berdetik. Artis nie dah mengupah seorang ustazah selama 3 jam setiap untuk mendalami hal-hal agama. Mendengar berita ini, aku kecewa, kerana aku masih lagi macam nie dengan ilmu-ilmu agama yang aku belajar jaman sekolah rendah dulu, kalau bertambah pun sedikit je! Dekat hujung berita kemudian dijelaskan, artis ini mendalami hal-hal agama dengan ustazah ini kerana hendak mendalami watak dalam sebuah filem akan datang. Mendengar ini aku pun 'mengeciskan" beliau. Tapi aku berharap, dia terus akan mendapat pedoman dan ilham dari kelas beliau ini. Huh! dunia sudah nyanyuk agaknya. Aku teringat, kata seorang YB, mengapa bab sumpah-menyumpah kita nak ikut islam. sedangkan bab-bab lain kita tak mau ikut. Dari sudut yang berbeza tapi hampir sama, aku mentafsirkan keadaan ini sebagai mengkomoditikan islam. Bila ada keperluan, barulah dijual, tapi sebaliknya "lu fikirlah sendiri- kata nabil!"

Dulu-dulu aku tengok, banyak produk-produk khat bertulisan al-quran, jawi di jual dalam Myden. Aku tak ambil port, sebab aku bayangkan Myden tu islam, sekurang-kurangnya dia menjual untuk orang yang berminat kepada islam atas alasan dakwah. Tapi, aku tengok, banyak sekali benda-benda sebegini dijual oleh kedai-kedai pemiliknya bukan islam. Jadi terbuktilah, islam sudah jadi komoditi untuk mengaut keuntungan. Tak de dasar untuk penjualan barang-barang sebegini?


yang nie aku tak dengar, tapi aku nampak, fixie sudah menjadi trend jugak kat teganu. Aku tak tau benda nie datang dari mana. Tapi aku tumpang seronok kerana, ramai orang sudah sedar, berbasikal dapat meningkatkan kualiti kesihatan. Tapi yang aku tak suka ialah bila dah ramai-ramai atas jalan raya. Sama lah mereka dengan rempito. Menyelit-nyelit sehingga menganggu lalu lintas. Jadi niat yang baik sudah di salah anggap oleh pemandu-pemandu kereta dan menaikkan darjah kebencian. Aku tidak mahu ini terjadi dan fixie di sekat macam rempito. Ah! sudahhh, anak aku pun dah order satu fixie!

Wednesday, May 04, 2011

Cerita Tentang Yong Tau Fu

Cerita pada satu waktu dulu:
Aku pun turut mengambil makanan pilihan, ketika itu pilihan di buat mengikut "sedap mulut" dan berwaspada supaya harganya tidak terlalu melampau. Melampau boleh dikatakan bila harganya mencecah harga lampin dypers anak aku. Pilihan pula sangat banyak, sosej, bebola ikan, kek ikan, sosej ikan, pendek kata kebanyakkan nya adalah berasaskan ikan, sedikit sahaja yang berasaskan soya dan daging.
Setelah pilihan dibuat dan aku berpuas hati, aku menghulur kepada si penjual dan menunggu makanan ku di celur dan dipotong dengan sabar. Memandangkan giliran ku masih lagi jauh, dan aku tidak mahu menghalang pelanggan lain memilih makanan kegemaran mereka, aku pun keluar sedikit ke belakang. Mata ku terus melirik melihat tenon yong tau fu ku bergerak ke depan. Akhirnya giliran ku sudah tiba. Semuanya 7.90, aku mengangguk dan menuju ke arah pembungkus. Tak sempat aku tiba di situ, seorang lelaki menghulurkan duit dan mengambil bungkusan yong tau fu yang sepatutnya milik ku.
"Guaner beri ke orang lainnya", aku berkata. Penjual hanya memandang aku dengan muka bersalah dan meminta aku memilih makanan yang lain. Aku melangkah kaki dan pergi dari situ.
Aku terfikir-fikir mengapa lelaki itu mengambil YTF ku. Mungkin kerana beliau mencari jalan mudah untuk mendapat YTF. Atau pun mungkin beliau merasakan YTF ku murah berbanding YTF yang dipilihnya. Atau mungkin dia memang tersalah ambil, tapi selepas ku sebenarnya seorang perempuan!
Cerita semalam:
Sudah lama aku tidak singgah pasar malam. Sebab yang paling utama ialah aku bosan apabila berjalan dan terpaksa memikirkan keselamatan anak-anak yang di bawa bersama. Sehinggakan banyak masa lebih tertumpu kepada keselamatan dan kurang perhatian diberi kepada barang jualan. Kadang-kadang aku juga benci dengan budaya membeli di pasar malam.
Tapi semalam, kebosanan membuat aku menyelinap keluar seorang diri dan aku dapati aku sudah berada di pasar malam gong badak. Aku pun menyelinap masuk di dalam keramaian tersebut. Jiwa masih kosong dengan apa yang perlu dibeli. Tiba-tiba aku teringat seorang makcik yang menjual roti arab. Aku berpusing mencari beliau, lorong pertama lorong kedua, lorong ketiga dan masuk ke lorong kedua semula. Aku tidak bertemu beliau!
Jalan-jalan, aku melihat seorang lelaki menjual yong tau fu, dan dialah penjual yang aku ceritakan di atas. Lantas aku membuat keputusan drastik, Terus membuat pilihan, kali ini pilihan yang dibuat semuanya berasaskan berzat atau tidak! Giliran ku tiba dan aku membayar. Masih lagi RM 7.90 pilihanku.
Cerita hari ini:
Entah mengapa aku teringat tentang yong tau fu. Yong tau fu semalam memang sedap. Patutlah , 2 warung yong tau fu lain tiada orang. Bisness yong tau fu juga nampak menguntungkan. Bayangkan sebiji bebola ikan dijual dengan harga 40 hingga 50 sen, sebatang sosej dijual dengan harga seringgit. Selalunya, harga sebatang sosej ialah 50 sen, jadi penjual telah mengambil untung sebanyak 50 sen iaitu separuh dari harga asal. Jadi bayangkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi atas sebungkus.
Suatu hari aku pernah ingin memakan YTF dengan sepuas hati. Jadi aku pun menuju ke Pasar Kedai Payang, aku tahu disitulah, penjual-penjual mengambil stok masing-masing. Aku menghabiskan Rm30 untuk YTF mentah. Disitu juga turut dijual kuah YTF. Tapi aku tidak membelinya kerana penjual ini adalah cina dan aku terfikir tentang halal haram ketika itu.
RM30 yang aku beli itu, boleh dimakan sepuas hati selama 3, 4 hari. Boleh kah dibayangkan berapa banyak keuntungannya!

Monday, May 02, 2011

Al-Fatihah

Jika berita ini benar!

Setiap yang hidup pasti akan mati, mati itu pasti!

Al-fatehah Osama Laden (1957-2011)

Monday, April 25, 2011

Loren Ipsum

Perkataan ini banyak ditemui dalam sample-sample desktop publishing. Kadang- kadang untuk menunjukkan jenis font yang digunakan, size dan sebagainya.

Sebenarnya, pernggunaan perkataan ini sudah bermula sejak 1500 tahun dahulu. Dan ia terus digunakan sehingga sekarang. Diambil dari risalah Cicero de Finnibus yang menceritakan tentang teori etik yang sangat popular pada masa renainsance.

Menurut Richard McClintock, publication director at the Hampden-Sydney College in Virginia, perkataan ini digunakan supaya pelihat tidak terganggu oleh maksud text yang disampaikan. Maksudnya, perkataan ini digunakan supaya, pengguna tidak menilai text berkenaan berdasarkan makna text sebaliknya berdasarkan kepada decorationnya.

Mengikut translate.google.com, Loren Ipsum bermaksud: Hello World!

Ini satu contoh Loren Ipsium yang diambil dari Compuserve:

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetaur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum Et harumd und lookum like Greek to me, dereud facilis est er expedit distinct. Nam liber te conscient to factor tum poen legum odioque civiuda. Et tam neque pecun modut est neque nonor et imper ned libidig met, consectetur adipiscing elit, sed ut labore et dolore magna aliquam makes one wonder who would ever read this stuff? Bis nostrud exercitation ullam mmodo consequet. Duis aute in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. At vver eos et accusam dignissum qui blandit est praesent luptatum delenit aigue excepteur sint occae. Et harumd dereud facilis est er expedit distinct. Nam libe soluta nobis eligent optio est congue nihil impedit doming id Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, set eiusmod tempor incidunt et labore et dolore magna aliquam. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exerc. Irure dolor in reprehend incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse molestaie cillum. Tia non ob ea soluad incommod quae egen ium improb fugiend. Officia deserunt mollit anim id est laborum Et harumd dereud facilis est er expedit distinct. Nam liber te conscient to factor tum poen legum odioque civiuda et tam. Neque pecun modut est neque nonor et imper ned libidig met, consectetur adipiscing elit, sed ut labore et dolore magna aliquam is nostrud exercitation ullam mmodo consequet. Duis aute in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. At vver eos et accusam dignissum qui blandit est praesent. Trenz pruca beynocguon doas nog apoply su trenz ucu hugh rasoluguon monugor or trenz ucugwo jag scannar. Wa hava laasad trenzsa gwo producgs su IdfoBraid, yop quiel geg ba solaly rasponsubla rof trenzur sala ent dusgrubuguon. Offoctivo immoriatoly, hawrgasi pwicos asi sirucor.Thas sirutciun applios tyu thuso itoms ghuso pwicos gosi sirucor in mixent gosi sirucor ic mixent ples cak ontisi sowios uf Zerm hawr rwivos. Unte af phen neige pheings atoot Prexs eis phat eit sakem eit vory gast te Plok peish ba useing phen roxas. Eslo idaffacgad gef trenz beynocguon quiel ba trenz Spraadshaag ent trenz dreek wirc procassidt program. Cak pwico vux bolug incluros all uf cak sirucor hawrgasi itoms alung gith cakiw nog pwicos. Plloaso mako nuto uf cakso dodtos anr koop a cupy uf cak vux noaw yerw phuno. Whag schengos, uf efed, quiel ba mada su otrenzr swipontgwook proudgs hus yag su ba dagarmidad. Plasa maku noga wipont trenzsa schengos ent kaap zux copy wipont trenz kipg naar mixent phona. Cak pwico siructiun ruos nust apoply tyu cak UCU sisulutiun munityuw uw cak UCU-TGU jot scannow. Trens roxas eis ti Plokeing quert loppe eis yop prexs. Piy opher hawers, eit yaggles orn ti sumbloat alohe plok. Su havo loasor cakso tgu pwuructs tyu InfuBwain, ghu gill nug bo suloly sispunsiblo fuw cakiw salo anr ristwibutiun. Hei muk neme eis loppe. Treas em wankeing ont sime ploked peish rof phen sumbloat syug si phat phey gavet peish ta paat ein pheeir sumbloats. Aslu unaffoctor gef cak siructiun gill bo cak spiarshoot anet cak GurGanglo gur pwucossing pwutwam. Ghat dodtos, ig pany, gill bo maro tyu ucakw suftgasi pwuructs hod yot tyubo rotowminor. Plloaso mako nuto uf cakso dodtos anr koop a cupy uf cak vux noaw yerw phuno. Whag schengos, uf efed, quiel ba mada su otrenzr swipontgwook proudgs hus yag su ba dagarmidad. Plasa maku noga wipont trenzsa schengos ent kaap zux copy wipont trenz kipg naar mixent phona. Cak pwico siructiun ruos nust apoply tyu cak UCU sisulutiun munityuw uw cak UCU-TGU jot scannow. Trens roxas eis ti Plokeing quert loppe eis yop prexs. Piy opher hawers, eit yaggles orn ti sumbloat alohe plok. Su havo loasor cakso tgu pwuructs tyu

Saturday, April 23, 2011

Peristiwa Ghana

Kapitalis merujuk kepada satu falsafah bahawa setiap manusia (bolehjadi juga gabungan beberapa manusia menjadi syarikat) bebas untuk mengaut keuntungan tanpa gangguan dari pemerintah.

Harga gandum di Ghana ialah 3 ringgit Ghana(RG). Pemodal Amerika masuk dan menjual gandum dengan harga RG2. Oleh sebab itu, ramai pengusaha gandum di Ghana, gulung tikar dan rugi besar. Peluang ini diambilk oleh pemodal Amerika untuk membeli apa sahaja yang berkait dengan gandum di Ghana menjadi milik mereka.

Dalam masa setahun sahaja, dengan menjual gandum pada harga RG2, mereka telah melingkupkan ekonomi gandum Ghana. Pada tahun kedua, harga gandum dinaikkan kepada RG4. Maka melomponglah warga Ghana yang sudah tidak memiliki apa-apa kepentingan dalam bisness Gandum.

Akhir-akhir ini, ramai orang suka membeli di pasaraya besar dengan alasan harga yang ditawarkan leb ih murah dan persekitaran perniagaan mereka lebih bersih dan nyaman. Jadi pasar-pasar hanya menjadi tempat kutukan kerana menjual dengan harga yang mahal.

Tetapi, kenyataannya, kita masih perlukan pasar, kerana pasar mengekalkan persaingan dan keseimbangan harga. Jika tiada pasar, pasaraya besar akan menjadi kuasa monopoli dan meletakkan harga sesuka hati.

Kita semua tidak mahu, apa yang berlaku di Ghana berlaku juga kepada kita. Tetapi semua itu pasti akan berlaku juga jika kita membanggakan buatan luar dan melupakan buatan tempatan. Menyokong buatan tempatan supaya ekonomi tempatan lebih berdaya saing.

Ingatlah selalu kepada Ghana, apabila terasa nak beli barangan import yang kelihatan lebih murah !

Friday, April 22, 2011

Cemerlang

Sekarang adalah musim reality TV. Banyak realiti TV muncul dan jadikan penonton sebagai judges. Semua dilakukan dengan syarat yang mudah iaitu lagi banyak duit, maka lagi berpengaruh kuasa judges tersebut. Jelas sekali, kita semua sudah diperbodohkan oleh kuasa kapitalis! Kata mereka, mereka yang bermodal boleh melakukan apa sahaja dengan duit mereka.

Dan aku aku teringat kepada Ghana yang dipermainkan oleh pemodal Amerika. Nanti aku ceritakan di lain waktu.

Bercerita tentang juara-juara realiti show yang bakat mereka dinilai oleh mereka yang tidak sepatutnya, sudah pasti hanya melahirkan juara semusim. Oleh kerana, musim sekarang juga adalah musim penilaian prestasi pekerjaan, aku teringat kepada ketua-ketua jabatan yang memberikan prestasi cemerlang kepada anak buah mereka, sedangkan mereka sendiri tidak dapat cemerlang dari bos mereka. Dari sudut nilai, nilai cemerlang yang diberikan oleh bos yang cemerlang adalah bertaraf 'A', sebaliknya, nilai cemerlang yang diberikan oleh bos yang tidak cemerlang, seharusnya bernilai 'B' sahaja. Jadi akhirnya, kecermelangan hanya di ukur dengan nilai A, B, C dan seterusnya sahaja. Jadi mesti ada satu kaedah supaya ketidaktentuan ini boleh diseragamkan dan diukur dengan jujur dan adil

Hanya malaikat di kiri-kanan kita sahaja yang boleh mencatatkan dengan betul dan tepat tanpa keraguan. Yang lain semuanya...........kau fikir lah sendiri beb!

Wednesday, April 20, 2011

DNS Celcom Broadband

Sejak aku bangun pada pukul 4 tadi, Celcom broadband aku tak berjaya mencapai beberapa domain seperti hilangpunca.com, hanabara.com dan beberapa domain lagi. Pada mulanya aku merasakan masalah tersebut berpunca dari kesilapan server domain-domain berkenaan yang berkemungkinan down. Jadi kebangungan aku pada pagi tadi sedikit terganggu kerana ketidakbolehcapaian ini.

Selesai semua tugasan pagi, aku cuba sekali lagi mencapai domain-domain berkenaan, tapi masalah yang sama berlaku lagi. Setelah penelitian dibuat aku merasakan DNS server celcom broadband ada masalah, aku pun menukar DNS IP dalam komputer kepada openDNS IP iaitu 202.167.222.222 dan 202.167.220.220.

Alhamdulillah, masalah berjaya di atasi dengan cemerlang!

Dominasi Internet Adalah Kuasa dan Kekayaan

Hari ini, aku berpendapat, sesiapa yang menguasai internet seolah-olah dia sudah menemui Gua Qarun. Aku teringat, ketika belajar Computer dan Internet, internet diberitahu bukan kepunyaan sesiapa!

Justeru itu, syarikat internet berebut-rebut menunjukkan mereka menguasai internet dengan mengandaikan merekalah jaguh jika ramai user menggunakan produk internet mereka. Jadi mereka membeli syarikat yang sedikit dominan dalam produksi.


Banyak stuf dalam internet telah dikuasai oleh Google. Sehingga hari ini, terdapat 94 buah syarikat yang telah di ambil alih oleh Google. Tapi yang paling boleh dibanggakan ialah sebuah syarikat dari Korea dibeli untuk menyokong servis blogger.com. Bila lagi syarikat dari bolehland nak diambil alih oleh pak cik Google. Kebanyakkan yang best-best kat internet hari ini telah diambil alih oleh Google, antaranya YouTube, Adsense, Blogger, maps, flick, picaso. Melalui servis percuma ini, Google dah kaut berbillion ringgit.


Yahoo pula telah mengambil alih 62 buah syarikat. Tapi pada aku, syarikat yang di ambil alih oleh Yahoo x delah popul;ar sangat pun. Mungkin aku bukan pengguna tegar Yahoo.


Microsoft pula mengambil alih 141 buah syarikat, tetapi kebanyakkannya bukan internet based company. Jadi, halatuju internet bussiness Microsoft masih lagi kabur sebenarnya, kerana Microsoft tak tahu, samada dia nak jadi main player atau tidak dalam Internet


Aku pernah membaca sebuah buku ( malang, aku lupa buku apa, tapi benar, aku pernah membacanya). Jikalau kapitalisme memerintah dunia, dunia akan dibahagikan kepada 4 blok dimana salah satu blok tersebut dikuasai oleh clan Jepun/China (aku tak ingat yang ini). Jadi ketika itu, "swasta adalah kerajaan", dan kita semua mungkin sebahagiannya adalah Neo dalam Matrix!

Saturday, April 16, 2011

Java Vs C#

Aku sudah menyelongkar dan belajar C# sedikit demi sedikit. Aku ingin sekali beralih angin, dari Java kepada C#. Sebab utama keinginan ini ialah kerana C# boleh ditukar kepada executable dan ingin sekali memahami struktur C# yang dikatakan adalah bayangan Java. Jadi sebagai Java programmer aku sudah pasti boleh beralih dengan pantas kepada C#.

Setelah memasang SharpDevelop aku mula mengetest, mengetest dan mengetest C# code.

Aku dapati, C# sangat berbeza dengan Java. Pada pendapat aku, struktur java lebih mudah dan lebih tersusun seperti konsep object oriented yang di ajar di dalam kelas. Jadi penggunaannya tidak jauh beza berbanding teori. Sebaliknya C# lebih kepada pelbagai arahan dalam pelbagai bahasa komputer yang diadun dan diguna semula supaya setiap org yang sudah menguasai sesuatu bahasa pengaturcaraan tidak merasa asing dengan bahasa baru ini. Kaedah object oriented yang digunakan juga pada pandangan aku juga sedikit lari dari konsep yang di ajar dalam kelas.

Tetapi, kefahaman dari satu sudut sudah pasti berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Justeru itu, tidak boleh disalahkan kepada C# jika ada kelainan dari konsep yang aku fahami. Kedatangan C# selepas Java juga menjadikan sebab C# harus menjadi berbeza berbanding Java supaya tidak dikatakan meniru.

Akhirnya , orang yang sudah berkarat Java seperti aku, jika tidak punyai perasaan dan semangat yang tinggi, jangan sekali-kali cuba beralih angin! Ah, masa juga memainkan peranan disini kerana aku perlu cepat menyiapkan tugasan ini!

Tuesday, April 12, 2011

Hujan

Hujan! satu anugerah yang tidak ternilai bagi mereka yang berfikir. Bak seperti kata nenek Upin dan Ipin "Hujan tu kan rahmat!".

Hujan sangat sinonim dengan masyarakat di pantai timur tanah melayu kerana setiap tahun pantai timur tanah melayu ini akan dibanjiri air dikenali sebagai "bah". Tapi semua itu sudah tiada lagi. Walaupun hujan tetap melanda pada setiap hujung tahun, tapi jumlahnya amat sedikit berbanding dengan zaman aku kecik-kecik dulu. Mungkin awan sudah tiada air lagi untuk diturunkan! Atau pun mungkin dunia sudah tua dan nyanyuk, masakan tidak, hujan juga turun di bulan 3 tahun ini di tempat aku membersihkan jalanraya dan membawa lari kereta. Namun masih lagi ada rahmatnya yang kita tidak tahu!
Berbalik pada kisah nenek si Upin, hujan adalah anugerah yang maha esa. Walaupun yang bakal datang adalah banjir besar mengaup isi bumi, namun, hujan masih lagi satu rahmat. Kita tidak tahu apa yang tersirat di dalamnya. Ketika, bumi Jepun, dilanda ribut radioaktif, hujan turun dibumi kita, mungkin untuk menyekat kemaraan radioaktif, siapa tahu, siapa peduli! tapi itulah hakikatnya.Ketika mayat-mayat bergelimpangan akibat tsunami, banjir besar datang membantu membersihkan sisa-sisa, siapa tahu, siapa peduli? itu adalah rahmat!

Hujan sangat melankolik! Selalu dikaitkan dengan air mata. Dan banyak juga dilagukan sebagai nyanyian yang membawa maksud tertentu, hanya yang memahami sahaja akan terasa kemelankolikannya. Antara lagu yang cukup popular ialah Hujan nyanyian Sudirman Haji Arshad. Selain lagu ini, gabungan hujan dan air mata juga di nyanyikan oleh Sudirman. Kemudian lagu ini dinyanyikan semula oleh Salem Iklim. Walaupun begitu, aku lebih suka dengan lengok Adibah Nor dalam lagu hujan nyanyian beliau yang lebih harmonis. Bagi yang suka rentak lebih laju rock n Roll mungkin boleh layan lagu Hujan ini versi penutup filem Sepet.

Tapi disebalik semua kemasyhuran dan makna disebalik istilah hujan ini, aku masih tak faham kenapa, ada juga Band memilih nama hujan. Siapa tahu? Siapa Peduli? jika ada makna disebaliknya....

Sunday, April 10, 2011

Berebut


Aku menerima satu gambar berkenaan mangsa tsunami Jepun yang sangat berdisiplin! Dan aku merasakan tidak pernah lagi melihat mangsa-mangsa untuk tragedi apa pun seperti gambar ini:beratur dengan tenang dan aman.

Balik dari sekolah tadi, anak ku yang darjah 5 memberitahu, dia dan rakan-rakan yang menyertai lawatan ke pameran buku di sekolah menengan teknik wakaf tembesu, tidak dapat makan apa-apa kerana kebetulan waktu rehat yang diberikan sama dengan waktu rehat pelajar sekolah tersebut. Hasilnya, mereka terpaksa berebut-rebut dengan "abang-abang" tingkatan 4 dan 5. Dan, mereka tidak sanggup turut serta dalam perebutan itu!

Aku amat tidak faham dengan scene berebut di sini. Berebut sudah boleh ditafsirkan sebagai budaya dalam masyarakat melayu. Kalau tidak berebut, seolah-seolah tidak sempurna kejadian pada hari tersebut.

Scene berebut juga wujud kerana ada orang yang mendapat kelebihan dari scene tersebut: orang yang datang lambat. Dan ada juga orang yang suka melihat, orang lain berebut-rebut. Aku teringat seorang pakcik yang suka melambungkan syiling dan gelak ketawa melihat orang dewasa dan kanak-kanak saling berebut duit syiling tersebut.

Kenapa dari dulu sehingga sekarang, tiada sedikit pun perubahan dari sudut berebut daripada bangsa yang suka berebut ini. Mungkin tiada pelajaran yang diberikan atau pun langkah-langkah didikan yang sangat kurang. Aku merasakan pada peringkat sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk memupuk sifat jangan berebut. Ia boleh dilakukan dengan menyuruh pihak kantin menyediakan makanan yang cukup untk semua orang. Antara lain boleh juga disediakan ruang untk beratur supaya tiada ruang untuk si perebut mengambil peluang.

Aku juga pernah menonton bagaimana seorang perempuan di belasah di sebuah kedai makanan segera kerana memotong barisan. Kita tidak perlu menunggu diperlakukan sebegitu barulah hendak beratur dengan baik dan indah.

Palsu

Cerita tentang telur palsu amat menakutkan jiwa dan raga. Buatnya terambil sebiji, ntahlah apa akan jadi pada seluruh badan. Walau sikit, mesti ada side effectnya.

Tetapi, aku rasakan, cerita tentang palsu dan kepalsuan ini, bukanlah cerita baru. Kalau sebelum ini, kita semua sudah dengar tentang cerita kepalsuan yang halal. Orang tu-tua sudah lama guna gigi palsu dan sekarang ada iklan mengaku pakai gigi palsu. Aku cuma teringat kepada askar masa zaman kominis untuk ceritakan hal kaki palsu. Sekarang, sebahagian dari askar tersebut telah digantikan dengan mat rempit. Tapi mat rempit ada tambahan program special iaitu, Six million Dolar Man, tambahan skru dalam tulang-temulang.

Kemudian berlaku kemalangan jalanraya yang didebatkan di dewan rakyat. Konklusinya ialah alat ganti palsu. Kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan kepalsuan iaitu IC dan pasport palsu yang bertimbun-timbun. Tak de cip berprestasi tinggi pun!

Kemudian cerita palsu beralih kepada ubat-ubatan palsu, oleh datuk palsu yang punyai ijazah palsu. Untuk melariskan ubat-ubat kecantikkan ini, model-model jelita yang palsu digunakan. Akhirnya lahirlah generasi baru yang palsu, hidung yang tiba-tiba jadi seludang. Pipi yang dah jadi seperti pauh dilayang, licin bak telur original!

Akhir-akhir ini, kadang tangkapan perempuan dan lelaki palsu juga semakin meningkat, mungkin kerana wujud tidak boleh dibezakan yang amat tinggi antara ori dengan local. KAta orang sekarang copy class A.


Kebetulan pulak, pendedahan ini berlaku dalam bulan April iaitu bulan yang penuh kepalsuan Aprill Fool!

Wednesday, April 06, 2011

Satu Peristiwa

Aku masih tidak mengerti dengan peristiwa yang berlaku semalam!

On the way back from PR(bukan Pakatan Rakyat, tapi Parit Raja), hampir tiba ke Segamat, tiba-tiba brake pad kereta berbunyi (Kreokk kreok, nyekkkkk nyetttt) Amat mendebarkan perasaan apabila mendengar bunyi tersebut setiap kali aku menekan brake. Walaupun aku sudah biasa dengan bunyi seperti itu, malah aku amat percaya bunyi tersebut adalah bunyi brake pad yang sudah nipis namun perasaan bimbang tetap ada di dalam hati sanubari manusia yang kerdil ini. Memikirkan perjalanan panjang hampir 6 jam yang harus di tempuhi, aku membuat keputusan segera untuk menukar sahaja brake pada di mana-mana kedai service kereta di Segamat. Aku sedikit biasa di satu tempat ketika rem kereta ku pecah suatu ketika dulu.

Sekali, pusingan aku tertarik kepada sebuah kedai yang nampak tiada banyak kereta dan aku terus masuk ke situ. Aku berurusan dengannya dan dia bersetuju. Rupanya, dia adalah boss dan kuli di kedai tersebut. Sambil meinta izin dari, pelanggannya untuk menukar brake pad aku, dia terus pergi mengambil stok brake pad katanya "10 minit".

Kembali dari mengambil stok, bergegas mengambil jet dan menaikkan kereta ku untuk ditukar brake padnya. Tiba-tiba, entah macam mana, jet tidak berada di tempatnya dan kereta ku jatuh. Hasilnya, radiator sudah terhentak kepada jet dan bengkok seperti V dan pecah mengalirkan air yang kemerah-merahan.

Selesai jet kali kedua, aku duduk dan melihat. Perkataan yang mekuncur di mulut ialah "Macam mana ni Boss? Boss bangun terus membuka radiator yang tiada kena mengena dengan niat asalku pergi ke kedai itu. Dia membukanya satu persatu, dengan laju sekali, bak kata org seperti lipas kudung. Aku melihat dari tepi.
Sesekali bunyi suara boss "Rilek bang? ini memang salah saya". aku diam membisu dengan pelbagai soalan di minda. Kebetulan duit hanya ada RM90 dalam poket. Kebetulan tadi ketika mengisi minyak di Labis aku gunakan Kad Kredit!

Selepas membuka semua sambungan yang berkaitan dengan radiator dia pun berlalu pergi sambil berkata "10 minit".

Sementara menunggu Boss kembali aku menyapa pelanggan yang ditingalkan tadi. Rupanya, dia adalah pelanggan tetap kedai tersebut. Juga datang dari jauh iaitu Gemencih untuk membaiki kereta, aku tidak pasti samada dia memang ada pekerjaan lain di situ. Katanya, dia memang selalu menyervis keretanya di situ kerana Segamat terkenal dengan barang kereta yang mudah dan senang diperolehi. Bersangkut dengan peristiwa yang aku alami ini, dia tidak pernah mengalami seperti ku ini.

2o minit berlalu, Boss pun kembali dengan radiator baru, aku tidak tahu jenis apa. Dia berkata " jangan susag hati bang, saya sudah belli radiator baru, harganya RM210, kalau bang nak tolong saya, abang bayar lah, kalau tak nak bayar pun tak apa". Aku hanya menganguk dan menyuruh nya pasang dulu secepat mungkin. Aku sudah berada disitu hampir setengah jam lebih. Selesai memasang radiator, dia pun memasang brake pad. Dan selesai.

Aku perhatikan, masih ada satu barang dia terlupa pasang, aku beritahu dan dia memasangnya dengan berkata "manusia bang, ada jugak masa buat silap"

Aku tanyakan berapa kos menukar brake pad. Katanya kos Rm60 dan upah Rm20, semuanya RM80. Aku sangat keliru ketika itu, antara kemanusiaan dan hukum tuhan. Lagipun aku tiada duit banyak ketika. Aku mengambil duit dalam seluar yang aku anggarkan RM90, rupanya ia adalah Rm100, semuanya ku berikan pada Boss. Aku bersalam dengan boss, mengucapkan terimakasih dan pergi. aku mengambil masa 1 jam 15 minit berada di situ.

Pemanduan jadi amat lancar, tiada lagi bunyi krek-krek dan mata memerhati temperature level.

Aku tidak pasti, ini adalah rezeki aku kerana mendapat radiator baru dan menjadi bala kepada boss kerana buat keje percuma. ataupun bala kepada aku kerana hanya memberikan Rm20 untuk sebuah radiator dan rezeki kepada boss kerana mengantinya secara percuma! Aku amat tidak pasti. Aku menutup cerita itu pada hari itu dengan, "Argh, aku tidak mahu fikirkan tentangnya lagi, terserahlah pada yang maha berkuasa"




Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...