Wednesday, May 04, 2011

Cerita Tentang Yong Tau Fu

Cerita pada satu waktu dulu:
Aku pun turut mengambil makanan pilihan, ketika itu pilihan di buat mengikut "sedap mulut" dan berwaspada supaya harganya tidak terlalu melampau. Melampau boleh dikatakan bila harganya mencecah harga lampin dypers anak aku. Pilihan pula sangat banyak, sosej, bebola ikan, kek ikan, sosej ikan, pendek kata kebanyakkan nya adalah berasaskan ikan, sedikit sahaja yang berasaskan soya dan daging.
Setelah pilihan dibuat dan aku berpuas hati, aku menghulur kepada si penjual dan menunggu makanan ku di celur dan dipotong dengan sabar. Memandangkan giliran ku masih lagi jauh, dan aku tidak mahu menghalang pelanggan lain memilih makanan kegemaran mereka, aku pun keluar sedikit ke belakang. Mata ku terus melirik melihat tenon yong tau fu ku bergerak ke depan. Akhirnya giliran ku sudah tiba. Semuanya 7.90, aku mengangguk dan menuju ke arah pembungkus. Tak sempat aku tiba di situ, seorang lelaki menghulurkan duit dan mengambil bungkusan yong tau fu yang sepatutnya milik ku.
"Guaner beri ke orang lainnya", aku berkata. Penjual hanya memandang aku dengan muka bersalah dan meminta aku memilih makanan yang lain. Aku melangkah kaki dan pergi dari situ.
Aku terfikir-fikir mengapa lelaki itu mengambil YTF ku. Mungkin kerana beliau mencari jalan mudah untuk mendapat YTF. Atau pun mungkin beliau merasakan YTF ku murah berbanding YTF yang dipilihnya. Atau mungkin dia memang tersalah ambil, tapi selepas ku sebenarnya seorang perempuan!
Cerita semalam:
Sudah lama aku tidak singgah pasar malam. Sebab yang paling utama ialah aku bosan apabila berjalan dan terpaksa memikirkan keselamatan anak-anak yang di bawa bersama. Sehinggakan banyak masa lebih tertumpu kepada keselamatan dan kurang perhatian diberi kepada barang jualan. Kadang-kadang aku juga benci dengan budaya membeli di pasar malam.
Tapi semalam, kebosanan membuat aku menyelinap keluar seorang diri dan aku dapati aku sudah berada di pasar malam gong badak. Aku pun menyelinap masuk di dalam keramaian tersebut. Jiwa masih kosong dengan apa yang perlu dibeli. Tiba-tiba aku teringat seorang makcik yang menjual roti arab. Aku berpusing mencari beliau, lorong pertama lorong kedua, lorong ketiga dan masuk ke lorong kedua semula. Aku tidak bertemu beliau!
Jalan-jalan, aku melihat seorang lelaki menjual yong tau fu, dan dialah penjual yang aku ceritakan di atas. Lantas aku membuat keputusan drastik, Terus membuat pilihan, kali ini pilihan yang dibuat semuanya berasaskan berzat atau tidak! Giliran ku tiba dan aku membayar. Masih lagi RM 7.90 pilihanku.
Cerita hari ini:
Entah mengapa aku teringat tentang yong tau fu. Yong tau fu semalam memang sedap. Patutlah , 2 warung yong tau fu lain tiada orang. Bisness yong tau fu juga nampak menguntungkan. Bayangkan sebiji bebola ikan dijual dengan harga 40 hingga 50 sen, sebatang sosej dijual dengan harga seringgit. Selalunya, harga sebatang sosej ialah 50 sen, jadi penjual telah mengambil untung sebanyak 50 sen iaitu separuh dari harga asal. Jadi bayangkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi atas sebungkus.
Suatu hari aku pernah ingin memakan YTF dengan sepuas hati. Jadi aku pun menuju ke Pasar Kedai Payang, aku tahu disitulah, penjual-penjual mengambil stok masing-masing. Aku menghabiskan Rm30 untuk YTF mentah. Disitu juga turut dijual kuah YTF. Tapi aku tidak membelinya kerana penjual ini adalah cina dan aku terfikir tentang halal haram ketika itu.
RM30 yang aku beli itu, boleh dimakan sepuas hati selama 3, 4 hari. Boleh kah dibayangkan berapa banyak keuntungannya!

2 comments:

  1. salam...tp yg buat barang2 yong tau foo tu semua nye cina gak...eee...hehe...

    ReplyDelete
  2. Hehe ye kot! tapi aku banyak beli yang berbungkus dengan tulisan jepun!

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...