Monday, August 08, 2011

Popo Sudah Bebas

Popo sudah lama terkurung dalam besen bulat berwarna hijau. Di dalam besen itulah dia duduk, makan, berak dan kencing. Kadang-kadang aku kesian lalu membawanya keluar dari dunia besen dan menikmati alam bebas di sekitar kawasan pagarku. Apabila masa sudah cukup, besen sudah dibersihkan, dia akan dimasukkan kembali!

Akhir-akhir ini, besen sudah lama tidak dicuci, dan pencinta-pencinta Popo kelihatan tidak menghiraukannya lagi. Semalam aku membiarkan Popo lama di dalam kawasan pagarku, dengan harapan dia mencari makan sendiri.

Selepas 2 jam di biarkan begitu, aku cuba mencarinya. Tapi dia sudah tiada! Aku tidak mengerti bagaimana Popo boleh melarikan diri dalam ruang yang terkepung itu tanpa ruang lebih besar dari badan beliau. Aku suspek Popo sudah dicuri orang.

Semoga engkau selamat dan sihat dan bebas sepenuhnya.

Popo ialah seekor kura-kura hutan.

No comments:

Post a Comment

Sebuah Kisah Tentang Kesetiaan

 Sepuluh tahun. Itulah tempoh masa sebuah kisah bermula dan masih berjalan hingga hari ini. Setiap pagi, setiap petang, sebuah Nissan Livina...