Saturday, August 20, 2011

Orang IT

Banyak sumber yang menjadi rujukan menamakan orang-orang dalam bidang IT sebagai antara yang terkaya didunia! Aku melihat penyataan ini dengan kecenderungan yang amat tinggi. Siapa yang tidak mahu jadi kaya dan berkhidmat untuk 'alif', 'ba' dan 'ta'. Tetapi bak kata anak muda jaman sekarang, "Susahnya untuk Senang , Senangnya untuk Susah", kejayaan suakr dikecapi dengan mudah.

Melalui kenyataan ini aku selalu berfikir tentang ruang dan peluang sebagai orang IT untuk menjadi kaya. Bila memikirkan perkara itu, yang melintas dijiwa sudah pasti satu produk yang akan menjadi kebanggaan kerana pernyataan di atas juga merujuk kepada billionaire IT yang hanya mempunyai satu produk sahaja!

Tetapi, membelek kembali sejarah pembangunan perisian, aku dapati aku tidak pernah membina sebuah perisian yang lengkap dan berteraskan komersial, kecuali semuanya sistem main-main untuk menguji kemampuan diri sendiri. Kalau begini keadaannya, bagaimana aku sebagai orang IT boleh menjadi kaya raya?

Justeru aku mula memikirkan perisian-perisian pelik yang boleh memberi jalan cepat untuk menjadi kaya. Suatu masa dulu, ledakan dalam pembangunan perisian menyaksikan pelbagai skim cepat kaya muncul di internet, untuk mengaut keuntungan cepat, mungkin kepala ku sudah selari dengan keinginan mau cepat kaya! Tetapi, bila melihat website diluar negara, keadaan ini masih berjalan dengan pesatnya, pelbagai produk HYIP masih lagi berterusan mencari pelanggan. Dan yang paling best, pengeluar perisian-perisian HYIP juga tidak kurang aktif memasarkan produk masing-masing. Menyelam di air keruh!

Aku juga kadang-kadang tersasar jauh ke dalam alam khayalan penuh dosa! Bagaimana mungkin internet boleh menjadi sumber perjudian dan pertaruhan. Selain dari pertaruhan sukan yang telah dihalalkan, aku terfikir perbuatan zaman jahiliah! Mungkin perlu ada sebuah sistem pertaruhan untuk bertaruh anak si artis ini lelaki atau perempuan atau lebih parah lagi mungkin bertaruh tentang mangsa kemalangan semalam akan hidup atau mati. Tetapi, alhamdulillah aku masih seorang islam!

Jadi seharusnya, bagaimana orang IT boleh jadi kaya? Sedangkan semua kepandaian teknikal sudah ada dihujung jari. Seorang rakan penjual di pasar malam datang bertemu dan menyatakan visinya: "Tak kan aku terus berniaga di pasar malam sampai tua!". Aku tersentuh dengan visi beliau. Dan yang paling best, missi beliau untuk mencapai visi itu adalah berasaskan IT! Takjub aku mendengar olahan produk yang beliau ingin keluarkan.

Sebenarnya, banyak lagi ruang-ruang yang belum diteroka atau cukup tinggi keperluannya tanpa disedari oleh syarikat-syarikat besar. Cuma kuasa pemasaran yang rendah membuatkan satu produk yang berinovasi kelihatan sangat futuristik sehingga tidak sanggup diguna pakai olleh orang kebanyakkan. Ah terlalu banyak....



No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...