Setelah memasang SharpDevelop aku mula mengetest, mengetest dan mengetest C# code.
Aku dapati, C# sangat berbeza dengan Java. Pada pendapat aku, struktur java lebih mudah dan lebih tersusun seperti konsep object oriented yang di ajar di dalam kelas. Jadi penggunaannya tidak jauh beza berbanding teori. Sebaliknya C# lebih kepada pelbagai arahan dalam pelbagai bahasa komputer yang diadun dan diguna semula supaya setiap org yang sudah menguasai sesuatu bahasa pengaturcaraan tidak merasa asing dengan bahasa baru ini. Kaedah object oriented yang digunakan juga pada pandangan aku juga sedikit lari dari konsep yang di ajar dalam kelas.
Tetapi, kefahaman dari satu sudut sudah pasti berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Justeru itu, tidak boleh disalahkan kepada C# jika ada kelainan dari konsep yang aku fahami. Kedatangan C# selepas Java juga menjadikan sebab C# harus menjadi berbeza berbanding Java supaya tidak dikatakan meniru.
Akhirnya , orang yang sudah berkarat Java seperti aku, jika tidak punyai perasaan dan semangat yang tinggi, jangan sekali-kali cuba beralih angin! Ah, masa juga memainkan peranan disini kerana aku perlu cepat menyiapkan tugasan ini!
heh pernah juga belajar c#.net itu pun sebab buat pita dengan kumpulan. so diorang tanya, kene la belajar sikit. sintaknya tak banyak beza tapi memang structure sedikit lain.
ReplyDeletetapi ok la akhirnya siap budak2 tu punya. dan saya yang guna java pun siap :D tapi kini dah lari dari dua tempat. java dan c#. kini php + CI & CakePHP