Sunday, April 10, 2011

Palsu

Cerita tentang telur palsu amat menakutkan jiwa dan raga. Buatnya terambil sebiji, ntahlah apa akan jadi pada seluruh badan. Walau sikit, mesti ada side effectnya.

Tetapi, aku rasakan, cerita tentang palsu dan kepalsuan ini, bukanlah cerita baru. Kalau sebelum ini, kita semua sudah dengar tentang cerita kepalsuan yang halal. Orang tu-tua sudah lama guna gigi palsu dan sekarang ada iklan mengaku pakai gigi palsu. Aku cuma teringat kepada askar masa zaman kominis untuk ceritakan hal kaki palsu. Sekarang, sebahagian dari askar tersebut telah digantikan dengan mat rempit. Tapi mat rempit ada tambahan program special iaitu, Six million Dolar Man, tambahan skru dalam tulang-temulang.

Kemudian berlaku kemalangan jalanraya yang didebatkan di dewan rakyat. Konklusinya ialah alat ganti palsu. Kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan kepalsuan iaitu IC dan pasport palsu yang bertimbun-timbun. Tak de cip berprestasi tinggi pun!

Kemudian cerita palsu beralih kepada ubat-ubatan palsu, oleh datuk palsu yang punyai ijazah palsu. Untuk melariskan ubat-ubat kecantikkan ini, model-model jelita yang palsu digunakan. Akhirnya lahirlah generasi baru yang palsu, hidung yang tiba-tiba jadi seludang. Pipi yang dah jadi seperti pauh dilayang, licin bak telur original!

Akhir-akhir ini, kadang tangkapan perempuan dan lelaki palsu juga semakin meningkat, mungkin kerana wujud tidak boleh dibezakan yang amat tinggi antara ori dengan local. KAta orang sekarang copy class A.


Kebetulan pulak, pendedahan ini berlaku dalam bulan April iaitu bulan yang penuh kepalsuan Aprill Fool!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...