Balik dari sekolah tadi, anak ku yang darjah 5 memberitahu, dia dan rakan-rakan yang menyertai lawatan ke pameran buku di sekolah menengan teknik wakaf tembesu, tidak dapat makan apa-apa kerana kebetulan waktu rehat yang diberikan sama dengan waktu rehat pelajar sekolah tersebut. Hasilnya, mereka terpaksa berebut-rebut dengan "abang-abang" tingkatan 4 dan 5. Dan, mereka tidak sanggup turut serta dalam perebutan itu!
Aku amat tidak faham dengan scene berebut di sini. Berebut sudah boleh ditafsirkan sebagai budaya dalam masyarakat melayu. Kalau tidak berebut, seolah-seolah tidak sempurna kejadian pada hari tersebut.
Scene berebut juga wujud kerana ada orang yang mendapat kelebihan dari scene tersebut: orang yang datang lambat. Dan ada juga orang yang suka melihat, orang lain berebut-rebut. Aku teringat seorang pakcik yang suka melambungkan syiling dan gelak ketawa melihat orang dewasa dan kanak-kanak saling berebut duit syiling tersebut.
Kenapa dari dulu sehingga sekarang, tiada sedikit pun perubahan dari sudut berebut daripada bangsa yang suka berebut ini. Mungkin tiada pelajaran yang diberikan atau pun langkah-langkah didikan yang sangat kurang. Aku merasakan pada peringkat sekolah adalah masa yang paling sesuai untuk memupuk sifat jangan berebut. Ia boleh dilakukan dengan menyuruh pihak kantin menyediakan makanan yang cukup untk semua orang. Antara lain boleh juga disediakan ruang untk beratur supaya tiada ruang untuk si perebut mengambil peluang.
Aku juga pernah menonton bagaimana seorang perempuan di belasah di sebuah kedai makanan segera kerana memotong barisan. Kita tidak perlu menunggu diperlakukan sebegitu barulah hendak beratur dengan baik dan indah.
No comments:
Post a Comment