Wednesday, November 30, 2011

Turkiye!

Tiba-tiba aku berpeluang untuk singgah dan merayap dibumi Turki kerana kertas kerja yang aku hantar ke satu persidangan di sana telah diterima tanpa compromise! Dengan perasaan berat tapi teruja tiada apa yang aku lakukan melainkan memohon kepada kementerian untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kerja-kerja PhD di sana dengan izin penyelia ku!

Terimakasih kepada Najib Razak kerana dengan usaha beliau, rakyat negara ini tidak perlu lagi menggunakan visa untuk ke Turki. Hal-hal penerbangan aku serahkan kepada Magna Bridge sebuah syarikat pelancongan. Ini membuatkan aku kurang berfikir tentang keberangkatan aku ke Turki.

Banyak masa ditumpukan kepada penyediaan powerpoint, penulisan kertas kerja baru, serta sedikit-sedikit penulisan thesis. Hati sedikit pun tidak berdebar, seolah-olah aku sudah acap-kali terbang ke luar negara!

Mendapat perlepasan dari kementerian merupakan berita gembira, tapi ia juga bermakna aku perlu menyediakan duit sendiri untuk pendahuluan ke sana, kementerian hanya menerima tuntutan sahaja. Letih aku memikirkan tentang keperluan duit ini! Tetapi dengan izin Allah, kebetulan duit sara hidup untuk 3 bulan telah masuk ke dalam buku bank, jadi hanya perlu top-up separuh sahaja lagi. Setelah berhempas pulas, korek di dalam buku bank, tabung haji, tabung entah-entah apa-apa, akhirnya aku berjaya jugak mengumpulkan wang untuk bayaran tiket penerbangan. Setelah difikir balik, rupanya dalam sengkek kehidupan aku, aku sebenarnya sudah mampu untuk pergi Umrah berdua. Aku mula bertekad dan menyemai keinginan untuk menggunakan duit tuntutan nanti untuk melakukan umrah! InsyaAllah...

Bayaran RM11800 pun dijelaskan untuk tambang pergi dan balik untuk dua orang ke negeri Altanya, Turki iaitu dari TEGANU-KOLUMPO-INSTANBUL-ALTANYA-ISTANBUL-KOLUMPO-TEGANU. Tidak termasuk lagi duit untuk sara hidup, ah mana lagi nak cekau?

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...