Perjalanan yang dimulakan pada pukul 4 pagi itu amat lancar sehingga aku berenti di Masjid Geliga untuk solat subuh. Mata yang mengantuk dengan tiba-tiba buatkan aku sekali lagi membuat keputusan untuk berenti. Kali ini aku memilih hentian rehat maran lebuhraya pantai timur.
Aku pun memejamkan mata, sedikit terlelap, tetapi perut sedikit kurang selesa untuk meneruskan perjalanan. Aku berlegar-legar diperhentian memerhati kenderaan yang datang dan pergi pada pukul 8 pagi itu sambil menenangkan perut. Mungkin tidak makan apa-apa membuatkan perut masuk angin.
Setelah merasa sedikit selesa. Aku pun bergegas ke kereta, perjalanan ke kuala lumpur mungkin mengambil masa 1 hingga 1 setengah jam lagi. Aku pun menghidupkan injin tanpa apa-apa perasaan prejudis kepada kereta kesayangan ku yang sudah dibayar sepenuhnya. Trek... trek... dan alarm pun berbunyi dengan nyaringnya. Aku pun segera mematikan alarm. Bunyi alarm yang dimatikan masih seperti biasa tiada-tiada tanda-tanda bateri sudah lemah disitu. Aku pun mencuba start sekali lagi, perkara sama pun berulang.
Aku pun memeriksa kereta, rupanya aku terlupa memadamkan lampu dan suis ku tadi ditinggalkan dalam keadaan on. Mungkin bateri sedikit lemah untuk menghidupkan enjin.
Aku merasa sedikit gusar. Tetapi perasaan itu segera dimatikan apabila aku teringat pada peronda plus, pasti nombor mereka ada di hentian itu. Yang aku gusarkan ialah ongkos untuk untuk menguatkan bateri ku balik. Aku sangat pasti, bateri itu baru sahaja ditukarkan.
Dalam aku mencari-cari peluang dan ruang dalam memori, sambil di tekan-tekan perasaan oleh penumpang-penumpang kereta (anak-anak dan isteri), kelihatan sebuah van putih masuk ke parking. Aku memerhatikan mereka di dalam, melihat tanda-tanda kebajikkan yang mungkin ada pada diri mereka. Ah! haruskan aku meminta tolong pada 2 orang india ini?
Jauh di sebelah sana sebuah MyVi bercermin gelap sedang parking dan aku pasti tuannya ialah seorang melayu.
Setelah membetulkan van sebaiknya, mereka pun keluar, aku dengan pantas menuju kepada mereka setelah ruang kebajikan itu kelihatan pada mereka.
"Hello encik! Boleh tolong satu kali?" Aku bersuara seperti Rajoo upin dan ipin. "Boleh tak buat jumper ke kereta saya?"
"boleh-boleh!" mereka menjawab pantas, "tapi ada ke kabel jumper". "Oh, saya ada kabel tu"
Beliau pun kembali ke van, menghidupkan van, dan sebuah kereta vios tiba-tiba parking disebelah ku. Aku dengan pantas meminta mereka mengalihkan kereta. Muka pemandu lelaki nampak sedikit cuak, selepas aku terangkan, dia pun bereda jauh dari keretaku. Van pun sampai, aku keluarkan kabel. Tapi tak cukup panjang. India itu pun menolak kereta supaya hampir dengan van, kabel pun disambungkan!
Trekkkkkk.....trekkk...trekkk. kali pertama enjin dihidupkan, alarm kembali berbunyi. Cubaan kedua, sangat berjaya, kereta kembali hidup. Aku bernafas lega. Tiada apa yang aku mampu ucapkan melainkan jutaan terima kasih. Aku rasa memberi wang kepada mereka bukan satu perbuatan yang baik. Mereka pun berlalu dengan pantasnya meninggalkan aku. Aku pun terus menutup bonet kereta, dan terus bergerak ke destinasi.
Alhamdulillah! aku selamat kembali ke rumah ku dengan bateri yang sama!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment