Monday, July 25, 2011

Malas

Terlalu banyak cerita, peristiwa, idea-idea dan falsafah untuk di lorekkan di dalam ruang yang tidak terbatas ini (batasan yang tidak di ketahui, jadi aku andaikan tidak terbatas). Tetapi, cerita mesti di karang dalam kumpulan masing-masing supaya tidak wujud pertindihan dan salah faham tentang apa yang aku ingin sampaikan.

Aku adalah programmer sejati yang tidak perlukan designing method secara berdokumen. Dengan kata yang lebih mudah, designing method hanya berlaku di dalam kepala, bukan di atas kertas. Jadi, pengaturcaraan dibuat secara terus di keyboard dengan merujuk kepada master plan di dalam kepala. Justeru itu, ia menjawab kenapa, programmer tegar seperti aku susah hendak berhenti apabila sudah memulakan pengaturcaraan, kerana, idea dan design sudah banyak di kepala. Jika aku berhenti ketika itu, semuanya itu ( design) akan tinggal sedikit atau hilang terus.

Begitu juga dengan kaedah aku menulis di sini, aku bukan pengarang tegar, yang mengambil nota-nota kecil-kecilan ke dalam buku 3 5 dan diolah semula supaya menjadi lebih halus dan cantik dari sei bahasanya. Aku tidak perlukan itu semua, kerana aku adalah diri aku sendiri, yang terlintas dikepala itulah yang aku taipkan.

Kadang-kadang aku kehilangan punca. Ada sebuah idea yang terlempar di kepala, tetapi aku tidak dapat kembangkan, kerana ketika itu juga kepala ku dimasuki juga idea-idea dalam bidang lain yang berbeza seperti kadang-kadang idea kejuruteraan tentang hydrolik menonjol masuk, kadang-kadang idea matematik tentang set menjolok dan kadang-kadang idea tentang falsafah Pluto juga mencuit ditepi minda. Justeru, ketika itu, aku berada di dalam kecelaruan, kerana minda sudah mereng mencari penyelesaiain untuk semua. Ketika itu, jika aku berhajat untuk menulis, 2 jam yang berlalu pasti hanya memberikan aku 2 baris ayat sahaja. Jadi ketika itu, adalah lebih baik aku mengayuh basikal melihat kampung, air laut, pantai dengan pokok-pokok yang bergelimpangan terbalik, kapal terbang, orang berebut masuk kerja dan minum oren Goodday yang sedap dan murah di benteng batu sambil melihat orang memancing yang sangat mesra alam kerana mereka selalu tidak pernah loket dengan senyuman pada sesiapa sahaja yang melihat mereka.

Tetapi antara semua itu, aku sebenarnya masih di belenggu oleh M.A.L.A.S

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...