Friday, November 27, 2009

Salam EdulAdha

Hari ini seekor lembu akan tumbang dan akan dibahagi lapan tujuh. Ada peserta hanya menunggu bahagian masing-masing tanpa membuat apa-apa. Dia menerima bahagian yang menjadi miliknya sebentar lagi tanpa apa-apa kemuskilan. Kalau daging elok yang diperolehi, dia bersyukur kepada Allah SWT. Kalau dapat yang kurang elok dia pun masih bersyukur dengan keredhaan yang sama.

Ada peserta melihat-melihat bahagian manakah yang mempunyai isi yang bagus. Dan mengsasarkan bahagian itu akan menjadi miliknya sebentar lagi. Dia cuma hanya berharap, agar bahagian itu akan menjadi milikya nanti. Tapi nasibnya masih diserah kepada Allah.

Ada peserta yang sudah memilih bahagian yang dikehendaki, dia turut sama membahagikan daging-daging, ada bahagian-bahagian yang cantik diberikan kepada kepadanya, dan ada jugak diletakkan di bahagian orang lain. Nampak keadilan ada di situ. Tapi yang orang lain itu adalah disasarkan kepada anak sendiri. Terserah pada Allah menentukan korban ini.

Ada yang memerhati bahagian dengan rapi. Melihat dengan mata, mencongak dengan hati, akal tidak ditepi. Permainan orang-orang berani diperhatikan. Ringan badan kerana bersebab. Hati mula jadi marah, memikirkan nasib teman-teman lain dan bahagian masing-masing. Argh, aku akan mengambil bahagian itu, yang dikumpulkan oleh sipolan-polan supaya ia menganga nanti dan pengajaran kepadanya.

Situasi ini, orang tidak berebut kerana memikirkan korban yang dibuat, kalau berebut bahagian daging korban kurang ajarnya namanya. Tapi pengajaran harus diberikan, kerana daging ini bukan milik perseorangan.

Si pemotong daging, melihat dengan mulut mencebik, aku sudah sedaya upaya membahagikan sama rata. Kerana di sana nanti aku akan di tanya. Kalau ada yang cuba buat pandai, apa lagi aku boleh buat. Aku hanya pemotong daging. Aku sudah cuba sedaya upaya ku.

2 comments:

  1. seekor lembu di bahagi tujuh jer...lapan camna plak???

    ReplyDelete
  2. Terimakasih tuan anonymous! Entah ke mana fikiran ku ketika itu?

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...