Senja tadi jiran rumah sewa ku datang memohon simpati katanya dengan ayat ku sendiri "tolong jangan bising!". Argh aku hanya tinggal 2 hari sahaja dalam seminggu di sini, mana mungkin aku sempat menganggu keindahan kehidupan orang lain. Tetapi aku hanya memohon maaf, aku tidak mahu keharmonian ini diganggu gugat, berkali-kali aku mengucapkan kata maaf.
Dalam ruang yang sempit ini, haba panas yang berbaur resah dalam hati terus silih berganti dan subuh yang aku nantikan semakin kurasakan jauh kerana waktu seakan beku dan tubuh seperti dikukus dan aku seperti udang dibakar walaupun tidak mati tetapi panas pedih menjalar hingga mengalirkan peluh dan aku seperti dijemur dibawah payung mentari detik dua belas.
Kata jiran ku lagi, berilah dia peluang, wife beliau baru empat hari meninggal. So tolong lah jangan bising. Aku hanya baru sampai subuh tadi, dan terus tido dalam keletihan. Anak dan isteriku pun, semuanya mengantikan tido. Dan aku meninggalkan mereka pada pukul 8 pagi untuk ke kuliah. Dan baru sekarang aku pulang, aku masih tidak faham pakah bentuk bising yang diperkatakan. Wife aku kata, semuanya OK jer!
aku masih bermain dengan akal dan nafsu mengumpulkan keresahan supaya aku jadi lebih kuat dan mengayam impian untuk memeluk bulan . antara pejam dan celik fatamorgana ini, ada bayu sejuk melingkari tubuh dan mata semakin terpejam, gelap pun datang dan aku tidak sedar apa -apa pun lagi!
Bila aku tersedar pagi ini, yang bising ialah bunyi anak-anak tangga kayu yang bertiangkan besi. Bila dipijak pasti akan berkeriut lah bunyinya. Kebetulan tangga itu diletak didinding, pasti bunyi itu akan bergerak ke rumah sebelah. Aku cuba meletakkan kaki paling perlahan, tapi ia tetap berbunyi. Anak ku yang paling kurus dan ringan juga berjaya mengeluarkan bunyi keriut di tangga tersebut, apatah lagi aku!
Nanti ku minta tuan rumah mengetatkan skru-skru ditangga itu!
Hidup mesti diteruskan, kematian bukan disebabkan oleh tangga, tapi tangga ini mungkin penghapus sedikit dosa menjelang kematian kerana ada hukumanNYA sudah dibalas atas dunia yang fana ini.
No comments:
Post a Comment