Wednesday, March 17, 2010

Sketsa memilih kereta

Sebelum ini:

Aku selalu terfikirkan tentang kesusahan orang yang mempunyai banyak kereta. Kesusahan yang aku maksudkan ialah kesusahan untuk memilih kereta mana yang akan digunakan bila ada aktiviti luar.

Keluar dari pintu rumah terus lihat kereta yang berderet-deret yang mempunyai nilai yang setara. Jadi pasti susah untuk memilih kereta yang mana secara spontan, melainkan jika dibuat jadual terlebih dahulu.

Tak kan termenung dulu memilih kereta mana yang harus di guna. Adakah ia seperti memilih nak memakai baju yang mana? sedangkan baju penuh satu almari.


Sekarang ini:

Setelah aku mempunyai 2 kereta, aku dapati fikiran aku tentang "masa berfikir" tidak wujud sama sekali".

Kebanyakkan pemilihan sudah dibulatkan ketika terlintas di kepala satu perbuatan akan menggunakan kereta.

Selalunya pemilihan berdasarkan kepada keperluan perjalanan tersebut. Mungkin berapa ramai orang nak naik? Mungkin juga faktor minyak yang sudah hampir habis diambil kira. Mungkin jugak faktor, kereta itu sudah lama tak bergerak. Mungkin juga kerana senang nak keluar dari tempat parking?

Jadi tidak ada alasan untuk termenung memikirkan nak pakai kereta mana?

:D

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...