Seperti biasa, hujung bulan adalah hari-hari untuk membayar hutang. Bagi orang yang bergaji besar, hutangnya mungkin lebih besar dan berselerak. Maknanya banyak tempat dia berhutang. Tapi orang macam aku hanya berhutang hanya untuk dua perkara sahaja, satu hutang rumah dan satu lagi hutang kereta. Dan aku pun sama seperti sipenghutang yang lain hujung bulan selepas dapat gaji terus bergegas ke bank untuk membayar hutang.
Hari ini merupakan hari sabtu yang pertama selepas hari gaji. Orang sangat ramai. Hari sabtu bank tutup. Proses membayar hanya dilakukan di mesin kemasukkan tunai (MKT)
Untuk rumah aku meminjam dengan public bank. Kebetulan, ketika aku sampai tiada orang di kaunter MKT. Jadi aku dengan pantasnya berjaya membayar hutang untuk bulan ini. Mungkin orang tak berminat dengan pinjaman public bank agaknya. Entahlah kenapa? Aku tak mau memecahkan kepala memikirkan kemungkinan itu. tetapi setau aku, public bank adalah sebuah bank dengan perkhidmatan kaunter yang cekap. masa menunggu sangat efficient. Mungkin diaorang buat kajian "Teori Beratur".
Kemudian aku pergi ke MKT bank untuk membayar kereta pula, kali ini bank yang terpilih ialah ambank. Nampaknya aku tidak bernasib baik kali ini. Barisan sangat panjang, tetapi aku tidak mau kembali ke sini esok atau lusa, jadi aku berpendapat eloklah aku beratur daripada datang pada waktu kali.
Sedang beratur tiba-tiba masuk seorang pemuda dengan bertopi dan bercermin mata gelap dan kelihatan sangat brutal terus beratur di belakang orang yang sedang membuat urusan di KMT. Ia tidak mengindahkan orang lain. Mungkin susun atur KMT di bank ini seolah-olah orang lain hanya beratur untuk satu KMT sahaja. Aku amat meluat dengan lelaki ini. Tetapi lebih baik aku berdiam diri, salah buat, kena pukul tak ke naya? Sudah banyak kejadian sebegitu aku baca di dalam suratkhabar.
Kebetulan atau sememangnya hukuman Allah, lelaki yang sedang berurusan di KMT dimana lelaki brutal berada dibelakangnya memounyai banyak sekali urusan. Mesin KMT disebelah silih berganti penggunanya. Tetapi lelaki di KMT lelaki brutal masih tidak berganjak!
Akhirnya, tiba jua giliran lelaki brutal, dan giliran aku sudah semakin hampir. Aku lihat lelaki brutal mula memasukkan wang ke dalam KMT. Dan, aku lihat KMT memuntahkan balik wang yang dimasukkan. Lelaki brutal mencuba lagi memasukkan wang ke dalam KMT. Tidak lama KMT memuntahkan balik wang lelaki brutal. KMT seolah-olah tidak mahu menelan wang yang dimasukkan oleh lelaki brutal. Setelah mencuba berualang kali, KMT masih macam tu, lelaki brutal terus blah!
Orang seterusnya menggunakan KMT itu membuat urusan dengan berjaya tanpa apa-apa masalah. Keadilan sudah pun ditegakkan oleh mesin!
Alangkah seronoknya kalau mesin-mesin ada semangat keadilan seperti KMT ini, pasti aman damai dunia ini.
Keadaan barisan di dalam bank kembali normal. Wajah-wajah di belakang ceria semula!
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
No comments:
Post a Comment