Wednesday, November 24, 2010

Aku dan robinson crusoe

Salah satu buku yang menjadi kegemaran aku ialah buku yang bertajuk "Robinson Crusoe". Cerita mengenai seorang lelaki yang dilanda ombak dan terperangkap di sebuah pulau. Aku menyukai cerita ini kerana ia adalah cerita jati diri dan kemahiran hidup serta ditambahi pula dengan satu sudut 'kebebasan' yang ditonjolkan dalam buku tersebut.

Antara yang memberi kesan ialah apabila aku membuat sebuah pondok, bukan pondok sebenarnya, tapi para yang bersaiz lebih kurang 3 kaki x 3 kaki di atas pokok belimbing di depan rumah ku. Cukup untuk memuatkan aku serta 3 orang yang lain bersaiz aku di atas para tersebut. Ketinggian pondok tersebut dari aras tanah lebih kurang 25 kaki. Dan dengan semangat robinson crusoe, aku sedikit pun tidak merasa takut dengan ketinggian tersebut. Saat paling sukar ketika membina para tersebut ialah ketika memaku 4 kayu tapak para tersebut, terpaksa berdiri dan memaut dahan sambil mengetuk paku dan sebelah tangan memegang kayu yang dipaku.

Selepas itu, hampir seminggu aku melakukan semua perkara rutin di atas para tersebut antaranya, makan nasik, baca buku dan tido. Termasuk juga mencipta perkara-perkara yang jarang aku buat seperti makan "colek" belimbing , usek budak-budak balik balik masjid lepas isyak, tengok bintang di waktu malam serta main 'daun'.

Sebenarnya, aku tidak ingat langsung tentang aktiviti robinson crusoe ini. Ingatan ini hanya diaktifkan apabila aku melihat sebuah pondok berwarna kuning di atas pokok kelapa dikejauhan sebuah jalan raya. Tetapi aku, merasakan ia hanya mainan kanak-kanak. Tetapi andaian ini bertukar apabila melalui jalan tersebut di malam hari, pondok tersebut bercahaya dengan mentol letrik. Aku pastiia adalah mainan orang dewasa. Lantas aku ceritakan kepada adik lelakiku. Dia yang mengimbau ingatan aku kepada Robinson Crusoe lantas mencoretkan disini.

Aku tidak pasti kenapa, ada ingatan yang 'idle' dan memerlukan 'loader' untuk di aktifkan!

2 comments:

  1. ho~ pernah buat pondok macam tu kat atas pokok ceri di kampung dengan sepupu. tapi akhirnya pokok ceri tu tumbang. tak de pokok ceri lain nak dihentam. nak buat atas pokok rambutan kompem kene serang dengan kerengga.

    tak mahu mula photoblog ke :P alang2 ada kamera

    ReplyDelete
  2. kena serang dan berperang dengan kerengga baru true robinson crusoe! hahaha

    yup! alat itu amat canggih dan mahal! hasilnya sepatutnya sangat baik. Rasanya selit-selit dalam blog nie dulu, lepas tu bila dah rasa selesa dan banyak ilmu dan gambar dah banyak baru pikir balik ttg photoblog!

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...