Versi Rumi ada di bawah!
کتيک برݢرق باليق دري برماءين بدمينتون د ارينا فوتسل ݢوڠ بادق، اکو ليهت راماي انق-انق مودا برماءين \"بولا دالم کندڠ\". دان کليهاتن جوݢ انق-انق ݢاديس برماءين دالم ڤادڠ يڠ لاݢي ساتو. تاڤي تياد ساتو ڤون يڠ کليهاتن مانيس ڤد ڤنداڠن مات اکو.
تيبا-تيبا اد ايديا ليار داتڠ مڠݢڠݢو د بنق فيکيرن. اکو مراساکن ڤرماءينن فوتسل اياله اݢيندا يهودي اونتوق ملمهکن بڠسا بوکن يهودي. راسيونلڽ اياله بيلا برماءين بولا دالم کندڠ، بادن تيدق دڤنچاري ڤانس ماتهاري ممبواتکن اي جادي کوات. کالاو برڤراڠ ڤستي اکن کاله اول کران ڤڤراڠن اداله دتمڤت تربوک!
بوليه تريما ک؟
Ketika bergerak balik dari bermain badminton di Arena Futsal Gong Badak, Aku lihat ramai anak-anak muda bermain "bola dalam kandang". Dan kelihatan juga anak-anak gadis bermain dalam padang yang lagi satu. Tapi tiada satu pun yang kelihatan manis pada pandangan mata aku kerana semuanya seperti lelaki!
Tiba-tiba ada idea liar datang mengganggu di benak fikiran. Aku merasakan permainan futsal ialah agenda yahudi untuk melemahkan bangsa bukan yahudi. Rasionalnya ialah bila bermain bola dalam kandang, badan tidak dipancari panas matahari membuatkan ia jadi cepat lemah. Kalau berperang pasti akan kalah awal kerana peperangan adalah ditempat terbuka!
Boleh terima ke?
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
setiap kali persekolahan bermula, murid mesti menyerahkan borang BMM. Kata mereka, untuk disimpan di dalam sistem maklumat murid. Tetapi...
haha spekulasi tu
ReplyDeleteentah tapi paling tidak ok la dari yang duduk depan monitor ni ha :p
tmukmkd:
ReplyDeleteiyer betul jugak! agenda yahudi jugak tu!
dalam masa perang..x semua akan pergi berperang...kalu saintis pun pegi perang..pastu mati di medan perang...maka tinggallah petani dan nelayan....mengatur strategi mengikut kebolehan masing...
ReplyDeletemain futsal perlu stamina yg lebih dari main padang besar... sbb tu boleh tukar pemain pada bila2 masa sahaja.. dan sesungguhnya main futsal mmg amat meletihkan.. peluh keluar seluruh badan..
ReplyDeleteerm Anonymous!
ReplyDeletesebab tu la Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda sebaik2 permainan ialah berenang, menunggang kuda dan memanah. :)
ReplyDeleteajarlah ank2 berenang, menunggang kuda dan memanah sbgai persiapan berhadapan dengan Al-Masih dajjal..kerana mungkin saat anak kita dewasa saat itulah dia berdepan dengan musuh Islam. :)
jadi jika di fikirkan..mungkin benar sekali sukan hari ini sekadar ingin melemahkan umat islam :) berpegang lah pada apa yang di tinggalkan oleh Rasulullah S.A.W