Monday, May 10, 2010

Nilai Tambah

Nilai Tambah merujuk kepada perbuatan menaiktaraf sesuatu supaya ia lebih bernilai. Dengan kata lain supaya lebih mahal.

Nilai tambah yang diberikan oleh penjual ada pelbagai-bagai. antaranya memberikan hadiah tertentu jika membeli barang tertentu. Contohnya, beli kereta dapat henfon percuma. Beli TV dapat dvd player percuma.

Kalau difikir-fikir selalunya beli yang berharga mahal barulah dapat hadiah yang berkaitan yang berharga tidak mahal. Beli Perabut kat Courts dapat jaket contohnya. Perabut berharga 5 6 ribu tapi jaket berharga 5 6 puuh ringgit jer.

Tapi itulah nilai tambah kepada perabut tersebut walaupun jacket tersebut murah, tetapi jika diperhatikan dari sudut 'rare' memang tak kan jumpa jacket sebegitu di pasaran!

*****

bersarapan dengan nasik minyak kekadang wajib bagi sesetengah orang. tetapi nasik minyak juga telah di tambah nilai oleh sesetengah peniaga supaya lebih mahal. Apa nilai tambah kepada nasik minyak? Aku selalu perhatikan masalah dengan nilai tambah nasik minyak ialah keterbalikan konsep nilai tambah itu sendiri, masakan tidak, niat dihati ialah makan nasik minyak berlaukkan ayam. tetapi akibat dari nilai tambah, apa yang aku dapat ialah makan ayam berulamkan nasi minyak. dan harganya pula ditentukan oleh saiz ayam. Ini lah kepandaian peniaga-peniaga kita.

Pembei dipaksa membeli ayam untuk mendapatkan nasik minyak. Setau aku ayam hanyalah sebahagian pakej dalam nasi minyak!

Lu pikirlah sendiri!

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...