Monday, May 31, 2010

Tetamu Senja

Puisi ini ditulis oleh A. Samad Said pada tahun 1955 dan kemudian dilagukan pula oleh Usop dan gengnya di atas jenama Kopratasa.

Walaupun ditulis pada 1955, tahun 2010 ia masih lagi relevan!



Kita datang ini hanyalah sebagai tetamu senja. Bila cukup detik, kembalilah kita kepadanya.

Kita datang ini kosong tangan dada, bila pulang nanti bawa dosa, bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang, bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang, usahlah derhaka pula kepada tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat, atau segera sesat puja darjat, puja pangkat. Segera kita insaf, kita ini punya kiblat. Segera kita insaf, kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat, hingga mesti merempat ke laut biru, kekuning darat, harus kita lekas sedar penuh pada tugas, harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad, bila pulang nanti bawa bakti padat berkat.
Kita datang ini satu roh satu jasad, bila pulang nanti bawa bakti padat berkat.

No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...