Friday, June 18, 2010

Ke Cameron Highland



Perkara pertama terlintas di dalam kepala apabila menyebut Cameron Highland (CM) ialah laluan mana yang perlu di ikuti? Setelah merujuk kepada internet, ada beberapa blog yang menceritakan tentang jalan dekat ke CM iaitu melalui Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang. Tetapi kebanyakkannya sudah outdated dan ada unsur ugutan iaitu jalan banyak rosak. Dan aku sendiri tidak pernah tahu ada jalan yang menghubungkan Tasik Kenyir dengan Gua Musang.
Bila dirujuk kepada pakcik google maps, aku nampak hanyalah laluan yang tidak bersambung seperti kat bawah (aku sambung sendiri dengan titik merah). Jadi itulah laluan yang aku akan lalui.


Dalam internet, ada dua nama yang popular bagi merujuk jalan yang ghaib ini iaitu Lebuhraya Timur-Barat 2 dan Laluan Di atas Tasik. Aku suka merujuk laluan ini sebagai Laluan di Atas Tasik kerana ia lebih berkait dengan tasik kenyir. Setelah yakin dengan ilmu yang diperolehi aku nekad untuk melalui jalan ini, kerana ia sudah pasti lebih dekat dan yang paling penting kerana ia memberikan pengalaman yang berbeza.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah tempat penginapan. Setelah membuat beberapa panggilan telefon akhirnya aku mendepositkan Rm200 ke dalam sebuah akaun untuk booking sebuah apartment 3 bilik dengan kos RM300 sehari di sebuah tempat antara Tanah Rata dan Brincang di kenali sebagai Apartment Desa Anthurium iaitu kos piawai pada musim cuti sekolah. Kalau bukan musim cuti sekolah, harga apartment ini jatuh sehingga RM150 sehari. Aku rasa elok bercuti pada bukan musim cuti sekolah!

Hati sangat teruja untuk melalui pengalaman yang berbeza ini.


2 comments:

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...