Tuesday, June 30, 2009

Timing belt & Minyak Hitam

kilometer sekarang ialah : 158390

kena charge RM 90

Grand total = RM683+90 = rm773

next tukar minyak hitam ialah 158390 + 10000 = 168390

next tukat timing belt = 158390 + 80000 = 238390

Aku nak tengok kapal terbang

Kalau orang pergi muzium, orang nak tengok barang-barang lama. Kalau orang gi akuarium, mestilah orang nak tengok ikan. Kalau gi airport, at least ada lah jugak hajat nak tengok kapal terbang.

Tapi airport kat tempat aku nie, tak de langsung ciri-ciri panorama indah. Semua berdinding, hanya orang yang beli tiket sahaja yang boleh tengok kapal tebang di bilik menunggu. Tapi, untuk orang yang hantar, balik je lah, kalau tidak pun, pergi ke sebelah sana, pasti boleh tengok kapalterbang. Ah leceh lah! aku bukan nak ke seberang sana, aku nak hantar orang jer.

Sepatutnya, tinjauan dibuat ke atas airport-airport hebat di serata dunia. Setau aku, semua ada anjung tinjaunya. Contoh paling dekat ialah KLIA kita lah, ada anjung tinjau yang sangat luas dan lebar walaupun tak de kerusi. Sekurang-kurangnya, ada jugak hiburan kepada sesiapa yang cuma singgah untuk hantar orang naik kapalterbang.

Nampak dari luar cam gah, tapi tak visitor friendly langsung. Cam hangin satu badan jer aku rasa!

Monday, June 29, 2009

Plan Nak Tukar Timing Belt

tak lama lagi odometer akan mencecah 160000km. so pomen dah suruh aku beli barang-barang untuk tukar timing belt. jadi aku beli:

set timing belt jenis optibelt buatan german: rm175
water pump rm 80
magnatec rm 94
oil filter rm 10

total rm359

grand total rm324 + 359 = rm683
nak buat rabu nie, berapa pulak kena charge?

Komplot - Episod 7

Aku kembali tersedar apabila kedengaran azan subuh dari surau sekolah. Aku sangat arif alunan suara yang sedang berkumandang itu. Aku tidak syak lagi, itu semestinya suara Yatim aka ustaz, tukang azan, pak iman, ustaz dan kepala agama bagi aktiviti hostel kami. Kalau teringin mendapatkan nasihat agama jumpalah si Yatim ini. Tapi, masa tu, aku mana reti nak mintak-mintak nasihat. Ruginya aku!

Lantas aku bangun dan kembali ke bilik aku untuk mempersiapkan diri , mandi, solat dan berbaju sukan. Seperti dijanjikan cikgu Zul sudah bersiap menunggu di hadapan balai pengawal, menanti dengan sabar kedatangan semua ahli kumpulan kami. Cikgu buat sedikit kejutan rupanya, pagi itu bukan kami sahaja yang kena berstamina ke pantai, tetapi jugak ahli pasukan hoki perempuan.

Pagi itu, kami berderap komando ke pantai. Tapi kali ini, semua berazam agar tidak ditinggalkan di belakang pemain pompuan. Semua berlagak nak tunjuk hebat! Tapi memang kami hebat, minggu sebelum nie kami dah berlari mendaki Bukit Pelindung.

Dengan motivasi cerita tentang matahari pagi sedang naik yang cantik di tambah pula di ekori oleh peserta wanita. Dengan pantasnya kami tiba ke pantai teluk cempedak! Setelah membuat sedikit senaman ringkas sambil berlagak kepada pengunjung lain, Cikgu zul lepaskan kami untuk acara bebas. Pagi yang nyaman, ramai mengambil keputusan untuk melihat mentari naik. Tapi kami harus kembali ke hostel semula dengan berjalan kaki.

Sunday, June 28, 2009

Ini Takdir Aku

Siang tadi melalui lebuh universiti (jalan di antara pagar UMT dan pagar UDM), deretan panjang kereta bersesak di jalan yang tiada titik keluar itu bermula dari lampu trafik hingga bulatan pasar malam dan mungkin lebih jauh dari itu.

Hari ini pendaftaran 2 universiti yang berdekatan, jalan jadi lebih sesak daripada biasa dan lebih bising. Aku terperangkap di laluan itu, rupanya ada kereta rosak di trafik light hadapan. Terus memecut menuju ke arah tok jembal. Aku mengambil keputusan meninjau kawasan asrama UMT. Ibu bapa kelihatan beransur pulang.

Memandu secara santai mengubat hiba tak dapat turut serta ke Sipadan. Tanpa sedar aku sudah berada di jalan belakang Airport. Secara spontan menekan brek dan masuk ke tepi apabila melihat sebuah airasia sedang bergerak perlahan untuk berlepas.

Aku matikan enjin dan menyandar melihat kapalterbang itu berlepas. Ketika mendongak ke langit memerhati airasia ini hilang dari pandangan, aku terfikir akan seseuatu. Hari ini aku memang telah ditakdirkan untuk melihat airasia terbang naik. Kalau bukan di sini, pasti aku melihatnya di sana.

Sebuah Meja VIP di Sebuah Warung

Ada sebuah warung yang dibuka ditepi kedai nasik kerabu yang popular di daerah ku ini. Aku percaya pemilik warung ini orang yang cukup berani dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Ketika orang berpusu-pusu mengerumuni kedai nasik kerabu, dia masih jugak sibuk dengan pelanggan di warung beliau walau tidak seramai di nasik kerabu, tetapi ada rezeki masih kepunyaan beliau.

Aku selalu singgah di situ menghabiskan 2 biji roti canai kosong "banjir" dan segelas teh tarik kerana aku tidak suka makan nasik kerabu.

Ada sebuah meja di kedai itu yang menarik minat aku. Setiap kali aku datang, meja itu dihuni oleh orang yang bersih mukanya, luas dahinya, bercakap dalam nada yang tidak tinggi dan tidak rendah dan kekadang ada maksud tersirat di dalam baris perkataan yang diluahkan. Selalunya tentang "perjuangan yang belum tamat" kekadang tentang kemanusian yang semakin hilang.

Ada yang berkopiah, berkain pelekat, berserban dan ada yang kemas berpakaian pejabat. Dan ada yang kelihatan rakyat biasa-biasa sahaja.

Dari sudut aku duduk, aku merasakan kehebatan makan di meja itu. Hanya sebuah meja kayu yang hanya ada hamparan warna kuning untuk menutup kerutu di atasnya mungkin tapi di kelilingi oleh orang yang aku rasakan ada kehebatan tersendiri.

Aku selalu bertanya,Apa yang menarik sangat di meja itu?


Saturday, June 27, 2009

Sipadan oh Sipadan II

maaf sahabat! aku tak dapat turut serta kerana aku ada kerja lain yang lebih penting untuk perjalanan yang lebih jauh!!

Sipadan oh Sipadan

Oh Sipadan, antara pulau yang dikatakan tercantik dalam dunia. Peluang untuk aku hadir ke pantaimu kini sudah ada di depan mata. Kalau tiada aral melintang malam ini pasti aku akan bertolak ke sana.

Peluang tidak akan datang dua kali, aku selalu akan ingat kata-kata Rod Stewart dalam lagunya itu. Sebab itu aku sekarang berada dalam keadaan berbelah bahagi. Antara mau pergi atau pun tidak. Semua persediaan sudah dilakukan, semua sekarang bergantung kepada diri aku untuk menghadirkan diri atau tidak.

Tetapi perjalanan untuk ke Sipadan bukan dekat. Paling tidak bagusnya aku mesti melalui LCCT. Tak kan tak tahu LCCT, tempat rakyat biasa macam aku berkumpul untuk naik kapalterbang. Paling tak best ialah ramai jugak yang datang ke LCCT dari Melbourne, Bangkok dan China. Baca elok-elok! Melbourne tu. Melbourne! Korang bukan tak tahu Melbourne. Banyak kes import selsema babi datang dari sana.

Ini yang buat aku masih terpikir-pikir ni. Kadang-kadang terlintas jugak nak tengok acara sambutan selsema babi kat airport nie, maklumlah aku nak berjalan jauh jugak bila dah tiba masanya nanti. Nak jugak tengok persediaan orang-orang kat airport nie, pakai topeng muka ke? tak pakai ker? stanby ajer ker? Itu yang aku nak tau tu.

Isk. isk. isk susah nak buat keputusan nie, ada dalam 8 jam jer lagi nak kena pikir dan buat keputusan.

Tak de ke orang jual topeng muka untuk gas beracun macam makhluk asing tu ke. pakai yang tu lagi gempak aku rasa!


Friday, June 26, 2009

R.I.P Michael

Sekarang aku bukan peminat tegar Michael Jackson. Tapi dulu-dulu sempat jugak aku layan Billy Jean ngan Beat it.

Tapi sekarang aku saling suka dengan teka teki budak-budak, "masa kecik itam, masa besar putih. Mesti dah tahu jawapannya kan!!

Aku paling suka bab berani berubah yang dibuat oleh Michael Jackson. Untuk menjadi lebih baik, M.J berani berubah dari hitam kepada putih. Walau apa risikonya! Dia mahu menjadi yang hebat.

Apa-apa pun R.I.P M.J! August 29, 1958 – June 25 2009

Thursday, June 25, 2009

Babi sungguh!

Yang mana harus ku maki: babi atau pemakan babi? Tapi ada jugak gambar orang yang sedang mencium babi, dengan ghairahnya, dengan penuh kasih sayangnya. Malah, ada yang lebih teruk, menngucup mulut babi. Ah babi sungguh! tak tau kepada siapa? babi atau orang yang mencium babi.

ketika spesies hama hampir pupus dilupuskan akibat selselma burung, babi mengalami kehidupan yang lebih selesa, diberikan ubat selsema! Apa yang special tentang babi? Ada orang kata, orang islam minum arak adalah biasa, tapi payah sekali nak jumpa orang islam makan babi! betul ke? Mungkin ya, tak ada orang buat kes study ke?

eh babi lah babi nie! aku nak gi jalan-jalan kat LCCT pun dah takut!

p/s: tak silap aku, dah ada posting dulu yang menyeranah babi cam nie! babi btul!

Wednesday, June 24, 2009

Buku Muka

Argh!! Seronok sekali kerana berjumpa dengan rakan-rakan lama secara kebetulan di dalam buku muka. Ada juga kebaikkan buku muka ini rupanya. Tetapi aku masih lagi terbelenggu dengan kemungkinan-kemungkinan buku muka dibuat untuk menjejaki apa yang dipanggi terrorist oleh USA. Aku memang selalu berhati tentang itu..

Wednesday, June 17, 2009

Kapitalis..

What worries us is that the (U.S.) deficit is being financed by printing more money.That is what is happening. The Treasury in the U.S. is printing more notes.

- Najib Tun Razak

argh!!

Monday, June 15, 2009

Retro 1987

gambar di rembat dari metro.

Motivasi untuk aku

Ada banyak benda sedang berbuku di kepala otak. Dan aku sedang berusaha 'reconcile' seme perkara itu satu-satu. Juga, ada debaran halus di dada yang kekadang mengeletarkan jari-jemari. Aku masih mencari punca dan sebabnya. Tapi aku pasti, seme ini adalah kesan "pengungsian" aku nanti.

Tugasan-tugasan yang belum siap, dan tarikh semakin dekat. Ditambah pula gatal tangan mendaftarkan diri sebagai reviewer. Dapat "bonus" 3 paper untuk di review. Berkecamuk jiwa dan raga aku.

Letih berkenduri 2 minggu lepas, aku rasa masih belum pulih. Mood masih berkisar pada nak berehat dan berehat. Tersampuk apakah aku ini?

Argh! Aku mesti kuat dan tabah..
Aku mesti kuat dan tabah
aku mesti kuat dan tabah
aku mesti kuat dan tabah

perjalanan masih belum bermula, aku baru sahaja mengetus bunga-bunga perjalanan panjang itu. Kalau ini sudah menjadi kerikil, apakah nanti yang akan datang itu badai? Aku tidak tahu, harapan aku ia hanyalah kekacang kuda yang sedap dikunyah walau sakit terasa di gigi.

Argh aku mesti kuat dan tabah serta tawakal!
Bukankah aku masih punya Tuhan!

"restuilah doa yang kami panjangkan padaMU ya Allah"

** ketika ini flute dari filem kill bill sedang ke udara

Saturday, June 13, 2009

Bahana E-Nino

Jabatan kaji cuaca mengatakan cuaca panas dan kering sekarang adalah disebabkan oleh El-Nino. Dan di jangkakan ia akan berlanjutan sehingga akhir september.

Aku singgah di mydin mall. Aku tengok ramainya orang. Nak kata musim cuti sekolah! Musim bukan cuti sekolah pun sama. Aku tersinggah kat Giant. Keadaan 'keramaian' masih lagi sama. Bahkan hampir sama ramai dengan mydin mall. Aku tersinggah kat Sabasun, keadaan yang sama. Tersinggah jugak kat Astaka, aku tengok ramai jugak orang. Keadaan keramaian ini, kadang berlanjutan sehingga tengah malam.

Aku balik rumah dan aku terfikir-fikir fenomena ramai orang ini. Akhirnya aku mendapat satu jawapan. Inilah bahana el-nino. lepak dishopping complex lebih menyejukkan!

Friday, June 12, 2009

Kasih ibu

Tengah hari itu, aku menyambar gergaji dan terus mengergaji sebatang kayu rambutan yang sebesar peha orang gemuk. Kebetulan di rumah sebelah ada tetamu sedang lepak-lepak di halaman belakang. Ada lah beberapa orang awek dalam kumpulan tersebut.

Aku dengan tabahnya mula menghayun lengan ke depan dan ke belakang. Sampai satu titik aku mula tercungap-cungap kerana kehabisan power. Tapi memandangkan ramai orang memerhati aku kuatkan semangat untuk menghabiskan 'gajian' kayu tersebut. Setelah berhempas pulas, kayu itu pun putus dan pun dengan segera bangun dari kedudukan "tinggung" tadi dan menjerit meraikan kejayaan aku memotong kayu yang "gemuk" itu. Kemudian aku duduk di meja yang ada di situ.

Tiba-tiba, aku rasa kehilangan nafas, dadaku terasa penuh sekali, sebelah pinggang ke bawah seolah tidak terasa ada. penglihatan mulai kekuningan seperti dikelilingi asap, telinga hanya mendengar sayup-sayup. Aku menjerit "aku nak pitam!" semoga ada yang membantu. Sayup-sayup aku mendengar seseorang berkata, "jangan duduk! bangun jalan-jalan". Aku pun bangun berjalan perlahan-lahan macam orang mabuk. Kemudian ada suara lain datang ke telinga "tengok warna hijau" katanya. Aku mula memandang ke atas mencari-cari daun-daun pokok.

Aku teringat Tuhan, aku menyeru-nyeru namanya. Dalam keadaan "hilang itu" akhirnya, semua yang hilang tadi datang perlahan-perlahan, nafas mula terasa masuk ke dada, dan aku merasa lapang di data, bayang kekuningan mulai berlalu bersama asapnya. Dan telinga makin kuat pendengarannya. Aku pulih!

Aku masuk ke rumah. Mak aku menyapa "kenapa pucat nie?" katanya. Aku cakap naik darah tadi. Lantas dengan segera dia menyuruh aku berbaring dan memicit-micit belakang serta tapak kakiku. Sejurus kemudian yang lain pun datang membantu. Aku terus segar. Itulah kasih seorang ibu.

Thursday, June 11, 2009

Alice in the wonderland

Aku megalami sebuah mimpi yang aku sebut sebagai "Alice in the wonderland". Aku tidak pernah bermimpi yang sebegitu indah dan menyeronokkan. Penuh dengan adventure yang terisi dengan hantu-hantu dan magik. Tetapi aku tidak takut bahkan keseronokkan paling maximum terasa di hati.

Antara yang aku ingat ialah, perjalanan mencari sebuah kedai makan di sebuah lereng gunung berjumpa dengan magician yang menyumpah moto berkuasa besar menjadi basikal budak-budak dan penjaga kedai yang tiba-tiba bertukar menjadi hantu yang sedikit pun tidak membuat peluh aku terpecik.

Terbangun sekitar pukul 3 pagi, aku beristighfar. Tiada seram terasa bahkan aku tersenyum dalam kebingungan. Ah dejavu!

Tuesday, June 09, 2009

Check List Untuk Ke UK


1. Buat Visa
- translate Surat beranak - surat rasmi permohonan buat sendiri, hantar ke mahkamah bersama salinan surat beranak
- translate sijil nikah - surat rasmi permohonan hantar ke pejabat agama bersama salinan sijil nikah
- prepare evidence of financial wealthy done, provided by KPT and UMT
- amik gambo, background biru untuk passport, background putih untuk visa
- Prepare passport, done 18/06/09
- isi borang im42, can be downloaded from imi.gov.my
-isi Atas Application Form
- fill-in on line visa application form - mandatory for student visa
- setup e-appointment

2. medical checkup

3.kemas barang2
- barang2 opis ?
kotak?
- barang2 rumah ?

4. kenduri ?

5. tunggu surat KPT, surat apa?done16/6/
- surat tawaran
- ada form medical checkup
- claim pakaian panas
- claim visa dan passport
- surat perjanjian dah isi dah
- mati stem surat perjanjian
-


6. tukar rumah jadi rest house?
- rm155 sehari ok ke?

7. Tiket kapalterbang

8. tangguh sekolah anak

Kenduri 2009

Seminggu lepas balik dari Melaka. Aku terlibat dengan kenduri kahwin adik aku yang paling bongsu.

Melalui mesyuarat adik beradik, aku telah dipilih sebulat suara untuk menjadi tukang sambut tetamu merangkap "sambut salam" dan pengurus air. Tapi 2 hari sebelum tu aku dah sibuk dengan
aktiviti pertama iaitu membersihkan kawasan rumah, kemudian disambung dengan aktiviti memasak air untuk kegunaan esok. Tapi masakan air ini menggunakan dapur gas dan periuk besar, sambil-sambil tu aku turut sama mengumpul kayu api kat area nak masak. Aktiviti itu buat aku tido seawal sesudah isyak dan tak sedo langsung sampai subuh. Aku mana buat keje-keje berat cam tu.

Hari kedua, aku prepare kawah dan sediakan api dan kena rebus telor untuk tetamu. Ada lebih kurang 800 biji yang perlu direbus dengan cermat dan menggunakan petua-petua sains yang patut supaya semua telor masak sebaik mungkin. Tetapi tugasan ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan api yang panas. Tubuh mengalami kehilangan air yang cepat dan tanpa sedar aku telah minum banyak air pada hari itu. Setelah tugasan ini berakhir, aku dipuji kerana telor yang aku rebus sangat enak dengan sedikit rasa lemak. Maunya tidak sebab aku campur sedikit garam supaya telo tidak pecah ketika merebus. Dan hari itu buat pertama kali aku merasa amat bosan berhadapan dengan 'telor'.

Seperti malam sebelumnya, aku tidor sebaik sahaja semayang isyak sejurus masuk waktunya. Sesudah subuh aku bangun kerana daging lembu yang ditempah sudah tiba. Sebaik semayang subuh aku turun membantu melapah daging yang berjumlah lebih kurang seekor lembu kata tukang sembelihnya. Dengan bantuan jiran-jiran, operasi tersebut selesai pada pukul 7 lebih dengan sedikit tulang-tulang yang masih belum selesai. Ketika itu juga chef yang dibooking oleh emak pun tiba.

Sebenarnya chef ini sudah datang malam tadi untuk 'matikan' rempah. Jadi hari ini beliau hanya memasak gulai daging dan nasik dalam kawah yang telah disusun oleh kami. Aku meninggalkan chef dengan tugasannya kerana aku ada tugasan lain iaitu membancuh air. Seperti biasa, air sirap menjadi keutamaan, aku menyediakan satu tempayan air sirap untuk program hari itu.

Pukul 10.30 aku meninggalkan semua aktiviti untuk bersiap bagi tugasan kedua iaitu menyambut salam tetamu. Bersiap sebaik mungkin dengan mengenakan baju melayu aku pun mula menjalankan tugas, mundar-mandir di hadapan sekali menyapa dan menyambut tetamu yang datang. Argh! aktiviti ini amat meletihkan, orang datang bersilih ganti dan aku tidak sempat duduk pun!

pukul 3, keadaan hampir lengang, aku cuba mencelah untuk solat zohor tetapi tiada penganti kerana masing-masing sengaja nak mendera aku. Hampir pukul 4 barulah aku boleh mencelah untuk semayang zohor. Lepas itu, tetamu sudah semakin kurang.

Kami mula berkemas apa yang patut. malam nanti, penyewa khemah dan meja akan mengangkut khemah ke rumah lain untuk kenduri esok. Malam nanti juga kerusi perlu dihantar ke rumah Rela, malam itu juga, kawah perlu di hantar ke rumah yang seterusnya.

-bersambung-

Monday, June 08, 2009

Zoo Negara 2009

Aku pernah sampai sekali di Zoo Negara. Aku dah tak ingat dah bila? Tapi desakan anak-anak memaksa aku membuat pusingan 'n' untuk masuk ke Zoo Negara. Bukan sahaja hati anak-anak tapi hati aku pun turut teruja untuk melihat binatang-binatang di situ. :D

Dengan selesanya aku memasuki kawasan parking A zoo negara. Hanya disambut oleh pintu pagar otomatik. Tiada apa-apa signboard. Dengan selesanya, aku mencari parking kerana pagi masih 'awal' untuk musim cuti-cuti sekolah, orang masih tak ramai pada jam lebih kurang pukul 11.00 pagi itu.

Tanpa berlengah kami pun terus menuju ke kaunter tiket. Kejutan pertama mula di terima. Terpapar dengan jelas disitu harga tiket masuk. Dewasa RM15, Bawah 12 - RM6, bawah 2 - percuma, video kamera rm15. Aku pun mengira-ngira di kepala. AKu dan isteri dan 1 anak adalah rm15 x 3 = 45, 1 anak rm 6, dan satu kamera rm15. Jumlah semuanya ialah RM66. Aku harus fikir sedalamnya untuk membelanjakan wang sebanyak itu. Argh! bukan jumlah yang sedkit. Dan aku bukan jutawan!

Ahli kumpulan yang lain mulai masuk dengan ahli keluarga yang lain. Tinggal aku dan keluargaku sahaja disitu. Anak-anak merengek cuba memujuk ku masuk. Alasan, lawatan hanya sekali, aku akhirnya tewas juga. Terbang RM 51 pagi itu setelah aku menolak kamera ku.

Di pintu masuk, pas masuk di lilit di lengan macam baby kat hospital. Tapi x de lah pulak penjaga tu tanya tentang video cam yang kendong di belakang. So aku buat selamba je lah!


Merayau di dalam zoo, argh! letih nya, jadi aku amik laluan utama sahaja, AKu tak nak citer lah menatang apa yang aku tengok. Tapi bab nak gelak memang ada. Apa ke hal kambing dan lembu pun ada dalam zoo. Tak teringin aku nak tengok. Kesian menatang 2 e kor tu!

Yang aku nak tengok sangat ialah singa, tapi sayang, hanya nampak dari kejauhan ajer, nasib baik singa tu mengaum kelaparan kerana aku pergi elok-elok je lunch time. Seronok lah jugak dapat dengar singa mengaum. Lepas tu sekor lagi menatang aku nak tengok ialah harimau, hanya seekor harimau jer yang suka menonjolkan diri, kejap-kejap masuk dalam air nak menyeberang ke bahagian penonton. Aku tengok gelisah semacam jer hari mau nie, aku sempat amik video kegelisahan harimau sekor nie. AKhirnya, aku jumpa jawapannya, rupanya nak melepas. Pun sempat masuk dalam phone aku.

Aku dengan penuh intergritinya tidak menggunakan video cam yang aku bawka masuk tapi tak bayar tu. Tapi amik jugak video guna phone camera. hehehehe

Fooh penat giler merendek kat dalam tu. Sampai ke starting point rasa nak beli air mineral. Alamak! ai mineral 500ml regenya 2.50. Terus tak jadi beli. Zoo negara nie memang cekik darah lah.

Sunday, June 07, 2009

Linux Login Screen






if suddenly you feel bored of your current GDM login screen. I recommended these 2's.

Can be download at www.gnome-look.com

Friday, June 05, 2009

Shah Alam 2009

Sebaik sajer masuk highway, hati menjerit keriangan, perjalanan smooth sekali dengan kelajuan saling bertukar kekadang 100 kekadang 110 kekadang 140 kerana tak sedar terlebih tekan minyak.

Menghampiri tol Senawang, aku dikejutkan oleh deretan kereta yang panjang dan kelajuan mulai menurun ke 90, 60 dan akhirnya mencecah 50km/j. Argh! tak sangka, atas highway pun jem. Ramainya orang pakai kete kat Mesia yang meriah ini.

Akhirnya, akibat perjalanan yang terhenti-henti itu, mata jadi mengantuk dan menurunkan tumpuan memandu ke aras 45%. Sebulat suara, kami bersetuju berenti di Perhentian Rehat Senawang.

Berehat di situ lebih kurang 45 minit. Macam-macam ragam dan telatah manusia aku tengok. Dari satu sumber yang sahih mengatakan, jem itu adalah perkara biasa di laluan tersebut pada petang ahad kerana marhaen warga KL berpusu-pusu kembali dari kampung masing-masing. Sumber mengatakan, boleh redah jer jem tersebut yang mungkin mengambil 30 hingga 45 minit ajer.

Setelah refreshment, kami pun kembali turut sama bersaing dalam jem tersebut. 45 minit masa berlalu, 1 jam masa berlaku, 1 jam setengah masa berlalu. akhirnya, kami tersangkut dalam gerakan perlahan itu hampir 2 jam rupanya. sebaik keluar ke persimpangan shah alam, masing-masing memecut seperti baru bebas dari penjara. laluan shah alam yang lebar, tapi kenderaan yang sikit membuatkan stress sedikit kurang.

Adik aku driver kete belakang call suruh berenti sebab dia nak muntah. Lantas berenti di satu ruang yang luas ditepi laluan tersebut, berkejar ke ketenya dan menolong memicit-micit bahu dan tengkoknya dan belakangnya. laluan dimana kami berenti itu ialah laluan utama, KL ke KLIA. Seme kenderaan amat laju! Argh KL, seme orang nak mencuri masa!

Akhirnya kami tiba di Shah Alam seksyen 28 pada pukul 12.30. Macam semalam jugak, aku terus tido, bangun pukul 3 terus mandi untuk jamak solat dan sambung tido kembali.

Esok perjalanan akan diteruskan ke Zoo Negara.

Thursday, June 04, 2009

Tangkak 2009

Keglamoran Tangkak sebagai pusat jualan kain jenis baru berjaya menarik minat kaum-kaum ibu untuk kesana. Ibu disebelah aku pun turut terkena tempiasnya. Dengan alasan "kalau tak pergi sekarang bila lagi mau pergi", hati jadi cair untuk sampai ke situ.

Kami tiba ke Tangkak melalui Tol Tangkak dari Tol Ayer Keroh. Ketika itu senja sedang menghampiri. Pusingan pertama melalui jalan tersebut, sengaja kami menyesatkan diri ke laluan lain. Kata orang, kalau tak sesat, tak kenal!. Mungkin boleh pakai istilah tu!
Jadi pusingan kedua, aku terus memilih satu lorong dan parking je di situ.

Masing sudah berada di lorong-lorong masing. Tangkak terkenal sebagai bandar transit. Aat sibuk kerana, kereta yang menuju destinasi masing-masing pasti melalui laluan yang sempit itu.

First time berenti di Tangkak, aku sperti hilang punca, tak tau nak tuju ke mana. So jalan-jalan berlenggang di sepanjang jalan yang sibuk itu. Senja semakin berlalu, malam pun tiba dengan kegelapannya.

Aku membuat rumusan, Tangkak bukanlah satu tempat yang bagus untuk bercuti, kerana pada aku ia adalah sebuah bandar yang busuk. Sekejap-kejap bau getah sekerap akan melalui rongga hidung. Nak termuntah pun ada, nak pitam pun ada. Kadang-kadang bau itu seperti bau ada orang berak! Mungkin bau itu sudah berasimilasi dengan lain-lain bau yang ada di situ.

Aku sempat mencari stesyen bas Tangkak untuk menunaikan hajat sendiri. Tapi sebelum sampai ke situ, mesti melalui, warung orang-orang china. Aku sempat meninjau sebuah warung yang paling dekat, sedang menggoreng mee, baunya bukan main. tapi bila teringat H1N1, geli geleman tekak aku terasa dan cepat cepat aku menahan pernafasan, supaya bau mee goreng tidak lagi melalui hidung!. Tapi china memang pakar membuat mee goreng!

Tandas stesyen bas Tangkak pun sama dengan tandas awam yang lain yang aku pernah pergi. Nampak cam bersih, tapi kotor! Boleh lah melepaskan hajat yang sudah lama terbuku, elakkan menjadi batu.

Selepas itu, semua orang sudah letih, kerana tidak tau kedai mana yang menjual kain murah, kedai mana yang menjual kain terkini dan hasilnya ibu-ibu hanya-hanya membeli sepasang dua sahaja kain. tapi aku dimaklumkan, ada beberapa kedai yang menjual baju t-shirt pada harga rm10 sehelai. Jauh di bawah harga pasaran. tapi aku dah letih nak ronda semula mencari sehelai baju itu. Baik aku beli kat tempat je lah!

Perjalanan diteruskan ke Shah Alam!

Wednesday, June 03, 2009

Melaka 2009

Selepas seminggu dikurung di D'Riyaz Heritage, Ari Sabtu nak kena gi Melaka. Aduhai! Kete belum check tyre, sebab aku rasa ada sedikit gegar kat steeringnya. So Pagi sabtu yang nyaman itu, aku bangun pepagi cari kedai nak service tayar. Giler ke haper? Kedai tayar memang tak bukak pukul 8 pagi. kebanyakkannya bukak pukul 10 pagi. Mana nak cari nie. Aku merayau-rayau. last-last aku teringat depan masjid baru tok jembal ada sebuah kedai tayar yang dah dibuka ketika aku brekfast dikedai sebelah pada pukul 7.40 pagi. aku terus menuju ke sana.

Btul, kedai tersebut dah bukak tetapi pomennya belum sampai. Aku blah dan menuju ke kedai tayar yang familiar sikit. Malang! Masih tutup. Aku kembali ke kedai tayar tadi. Ketika aku sampai, aku lihat pomen berlari-lari ke arah ku dari kedai makan sebelah. Wow, dedikasinya pomen ini. Terus bertanyakan soalan padaku. aku cerita lebih kurang dia pun mula buat keje.

Aku menunggu sambil bersembang dengan ayah tuan punya kedai tu. (katanya lah, tapi aku rasa dia adalah stakeholder yang terbesar sekali).

Pukul 10. kete aku siap. Habis lah RM100 dan aku terus balik rumah meneruskan perjalanan ke Melaka.

Malam tadi aku dah merayau kat goolgle maps, dan catat apa yang patut. Jalan dari teganu ke segamat aku dah biasa, so aku tulis dari segamat sampai Tannjung keling je lah.

Mengikut laluan yang aku dah buat, perjalanan amat lancar sekali. tetapi ketika di Melaka, berlaku sedikit kesilapan, dimana, aku terus ke pukul 12 sedangkan peta menyuruh pukul 3. So tersesat lah sehingga ke jalan datok mat zin. Sampai disitu terpaksalah menggunakan talian hayat. nasib baik adik aku dalam ingat-ingat lupa, jumpa jugak cari tempat yang dituju. Kami sampai dalam pukul 9.30 malam dan masuk rumah yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Makan nasik bekalan dengan lahapnya, dan terus tido.

Pukul 12 lebih baru lah aku bangun sebab, kaum ibu masih lagi bersembang dengan rancaknya, aku gi mandi, solat jamak dan sambung tido balik. Argh letihnya tubuh aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu aku terlambat sedikit bersolat subuh, tapi nasib baik masih dalam waktunya. Ketua rombongan membeli nasik lemak, roti canai dan roti high 5 untuk breakfast di pagi itu. Air teh dan teh 'o' pun turut di bungkus. Sebagaimana dijanjikan, pukul 8.53 sharp kami semua sudah terpacak di depan rumah pengantin perempuan. Tetapi kesilapan teknikal, menyebabkan kami terpaksa menunggu hampir setengah sebelum dibenarkan masuk. Aduhai, pengantin lelaki sampai lebih awal dari tetamu rumah pengantin perempuan. he he he ! bukan kemaruk nak kawin, tapi nak menepati janji.

Dengan 2 kali lafaz, adik ku menamatkan zaman bujang. Actually aku yang pesan, supaya jawab sebanyak 2 kali supaya tak tunjukkan kan main kemaruk nak kawin secara tersirat. Lepas akad, ada pulak acara membaca rawi dan marhaban. Aku pun join sama. Pah tu, sebelum balik, kami makan nasik yang disediakan kemudian balik.

Sebab terawal datang pagi itu, kami semua sepakat untuk datang lambat pada program kedua. So sampai rumah lepak-lepak kodo tido sampai zohor. Ingat nak continue lepak sampai pukul tetiba. Pukul 2, orang sana dah call kenapa lambat. hehehe. memang dah tujuan kami nak balas dendam. Busuk btul hati!

Selepas 2 3 kali ditelepon oleh pihak pompuan, dan pengantin lelaki pun asyik mengejar, kami pun terkejar-kejar menyiapkan diri. Akhirnya, dalam pukul 2 lebih-lebih lami sampai umah pengatin pompuan untuk sesi kedua. kali nie, "Kompanger" sudah siap menunggu kami. Dah berpeluh-peluh mereka nampaknya. Terpaksalah korang menerima pembalasan dendam kami. mak andam pun turut sama terima tempias busuk hati kami. hehehehe.

Tak lama majlis pun dimulakan dengan paluan kompang. Amat dasyat, gempak dan memekakkan telinga. Aku hanya duduk dikejauhan kerana telinga aku tak tahan. Tapi sometimes ada gak aku menyelit gi tepung tawar dan amik video apa yang patut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abis program, kami dijamu dengan masakan pantai timur. Kata orang melaka, itu adat diaorang.
lepas makan, balik ke rumah penginapan dan bersiap untuk menuju ke Tangkak. Kaum ibu nak beli kain baju plak!!!

kali ini kami memilih untuk menggunakan highway. tapi sebelum sampai highway, ada lah jugak tersesat jalan 2 3 kali. Akhirnya sampai jugak kat Tangkak

Monday, June 01, 2009

Ne Me Quitte Pas

Aku pernah menulis tentang lagu ini suatu waktu dulu. Hari ini aku menulisnya lagi. Setiap kai aku memasang lagu ini, melekapkan headphone ke telinga. Kesedihan mula meresap ke dalam jiwa. Aku tiba-tiba jadi hiba, kesunyian mulai merajai hati. Lagu ini benar-benar berkesan, Walaupun aku tak faham, mendengar lontaran suara menyebut patah-patah perkataan bahasa perancis bercampur dengan turun naik suara dan selan seli antara kasar dan nyaring suara menjentik hati menjadi sebak.

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...