Wednesday, June 22, 2011

Tak Kenali Diri

Mari kita menyeberangi sempadan lautan hairan
dan lepasi batasan akal.
Mari kita bicara tentang ilmu yang tersembunyi
di balik huruf dan di balik rasa
Mari kita mengenal diri!

Mari kita mengembara ke dalam ilmu kalam
menuju binasa, fana, baqa, zuk
dan akhirnya rasa kita menyuluh kalbu
Mari kita mengenal diri


Tuesday, June 21, 2011

Walau Siapa Pun Kita

Walau siapa pun kita,
walau kaya sekaya-kayanya,
walau miskin semiskin-miskinnya,
walau sakit sesakit-sakitnya,
apatah lagi kalau sihat sesihat-sihatnya,
walau susah sesusah-susahnya,
apatah lagi kalau senang sesenang-senangnya,
walau tidak bertempat kita,
walau pun kita ini mengungsi,
walau pun tsunami,
walau pun banjir merah,
walau pun kering kontang,
walau pun apa sahaja
tugas kita yang utama ialah mengesakan Allah

Thursday, June 16, 2011

alahai telefon bimbit

senibina telefon bimbit hari ini yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi menjadikan telefon bimbit sebagai alat serbaguna yang sangat canggih. Sepertimana yang diigaukan oleh ramai orang. Telefon bimbit telah menjadi pembantu peribadi yang sangat setia. Ditambah pula dengan selitan aplikasi mainan mp3 dengan keupayaan ingatan yang agak besar, menyediakan telefon bimbit sebagai personal entertaiment device (PED). Telefon bimbit hari ini juga dilengkapi dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 24 jam jika digunakan secara terus menerus. Semua keupayaan ini menjadikan telefon bimbit seolah-olah rakan karib yang mengetahui semua profile pemiliknya.

Tapi malang sekali jika, dalam kedudukkan selangkah di antara satu sama lain, dua orang sahabat saling mendengar lagu kegemaran masing dengan menggunakan loudspeaker. Aku rasa itu sudah menjadi sebuah pasar malam yang meriah. Aku rasa hak personal aku untuk berada dalam keadaan tenang sudah dinodai!

Bacalah....

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Peteh!

kalau ikut kamus dewan edisi ke 3 peteh bermaksud banyak bercakap contohnya Peteh sungguh budok ning! Ia juga bermaksud tendang pada kaki atau betis, contoh ayat ialah jangan peteh orang masa main bola. Tapi Kelab Peteh lebih menjurus kepada maksud yang kedua ( masa main bola, petehlah, kalau dop peteh dop seronok!)


Kamus dewan edisi ke 3 tiada perkataan gomo, tetapi aku merujuk kepada gomol yang diberi maksud sebagai berpeluk-peluk dengan maksud tersirat hendak menggulingkan orang yang dipeluk. Dalam konteks, loghat kelate/tranung, adegan bilik tidur juga bermula dengan gomo!

Entahlah, aku pun tak faham!

Saturday, June 11, 2011

Satu Peristiwa

Perjalanan yang dimulakan pada pukul 4 pagi itu amat lancar sehingga aku berenti di Masjid Geliga untuk solat subuh. Mata yang mengantuk dengan tiba-tiba buatkan aku sekali lagi membuat keputusan untuk berenti. Kali ini aku memilih hentian rehat maran lebuhraya pantai timur.

Aku pun memejamkan mata, sedikit terlelap, tetapi perut sedikit kurang selesa untuk meneruskan perjalanan. Aku berlegar-legar diperhentian memerhati kenderaan yang datang dan pergi pada pukul 8 pagi itu sambil menenangkan perut. Mungkin tidak makan apa-apa membuatkan perut masuk angin.

Setelah merasa sedikit selesa. Aku pun bergegas ke kereta, perjalanan ke kuala lumpur mungkin mengambil masa 1 hingga 1 setengah jam lagi. Aku pun menghidupkan injin tanpa apa-apa perasaan prejudis kepada kereta kesayangan ku yang sudah dibayar sepenuhnya. Trek... trek... dan alarm pun berbunyi dengan nyaringnya. Aku pun segera mematikan alarm. Bunyi alarm yang dimatikan masih seperti biasa tiada-tiada tanda-tanda bateri sudah lemah disitu. Aku pun mencuba start sekali lagi, perkara sama pun berulang.

Aku pun memeriksa kereta, rupanya aku terlupa memadamkan lampu dan suis ku tadi ditinggalkan dalam keadaan on. Mungkin bateri sedikit lemah untuk menghidupkan enjin.

Aku merasa sedikit gusar. Tetapi perasaan itu segera dimatikan apabila aku teringat pada peronda plus, pasti nombor mereka ada di hentian itu. Yang aku gusarkan ialah ongkos untuk untuk menguatkan bateri ku balik. Aku sangat pasti, bateri itu baru sahaja ditukarkan.

Dalam aku mencari-cari peluang dan ruang dalam memori, sambil di tekan-tekan perasaan oleh penumpang-penumpang kereta (anak-anak dan isteri), kelihatan sebuah van putih masuk ke parking. Aku memerhatikan mereka di dalam, melihat tanda-tanda kebajikkan yang mungkin ada pada diri mereka. Ah! haruskan aku meminta tolong pada 2 orang india ini?

Jauh di sebelah sana sebuah MyVi bercermin gelap sedang parking dan aku pasti tuannya ialah seorang melayu.

Setelah membetulkan van sebaiknya, mereka pun keluar, aku dengan pantas menuju kepada mereka setelah ruang kebajikan itu kelihatan pada mereka.

"Hello encik! Boleh tolong satu kali?" Aku bersuara seperti Rajoo upin dan ipin. "Boleh tak buat jumper ke kereta saya?"

"boleh-boleh!" mereka menjawab pantas, "tapi ada ke kabel jumper". "Oh, saya ada kabel tu"

Beliau pun kembali ke van, menghidupkan van, dan sebuah kereta vios tiba-tiba parking disebelah ku. Aku dengan pantas meminta mereka mengalihkan kereta. Muka pemandu lelaki nampak sedikit cuak, selepas aku terangkan, dia pun bereda jauh dari keretaku. Van pun sampai, aku keluarkan kabel. Tapi tak cukup panjang. India itu pun menolak kereta supaya hampir dengan van, kabel pun disambungkan!

Trekkkkkk.....trekkk...trekkk. kali pertama enjin dihidupkan, alarm kembali berbunyi. Cubaan kedua, sangat berjaya, kereta kembali hidup. Aku bernafas lega. Tiada apa yang aku mampu ucapkan melainkan jutaan terima kasih. Aku rasa memberi wang kepada mereka bukan satu perbuatan yang baik. Mereka pun berlalu dengan pantasnya meninggalkan aku. Aku pun terus menutup bonet kereta, dan terus bergerak ke destinasi.

Alhamdulillah! aku selamat kembali ke rumah ku dengan bateri yang sama!

Thursday, June 09, 2011

Hakikat....

aku berlari anak ke dalam lif, kebetulan, seorang pekerja hotel sudah berada disitu menunggu aku masuk. "tingkat berapa encik?" tanya beliau. Aku menjawab ringkas, "12". Mataku dengan jelas melihat beliau menekan nombor 12. Aku mengucapkan terima kasih.
Tiba di tingkat enam, pekerja tadi keluar tinggalkan aku berdua di dalam lift tersebut dengan anak lelaki ku. Kami berbual-berbual tidak menghiraukan lift yang naik tingkat demi tingkat.

"Ting" lift berbunyi menandakan aku sudah tiba didestinasi. Aku pun mengheret beg keluar. Pintu lift sudah tertutup. tetapi aku terpaku pada nombor 13 yang ditampal pada dinding.

Aku confius, macam mana aku boleh sampai ke tingkat 13. Lantas aku berpusing kembali ke lif. Anak ku pun sama dengan wajah yang curios membunyikan suara , "abang tengok dengan mata abang, staff tu tekan 12".

Aku rasa aku sudah dipermainkan pada tengah hari itu! We are not alone!

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...