di garis ini
aku masih keliru
antara tipu dunia
dan dunia tipu tipu
campur adukan
antara realiti dan fantasi
sedangkan garis ini
sudah dekat dengan titik silang
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Bumi adalah sebuah planet yang satu-satunya mempunyai kehidupan. Planet-planet lain yang ditemui tidak mempunyai apa-apa melainkan tandus dan gersang. Malangnya, kita tidak pernah sayang dengan apa yang dekat dengan kita. Kita hanya merindui yang jauh. Sedangkan yang dekat di abaikan.
Planet Bumi sedang beransur-ansur mati! Jika melihat pada usianya, ia sudah lama mati. Walaupun hidup, namun, kehidupan sudah tidak seperti sebelumnya. Perubahan-perubahan demi perubahan kian terasa, bumi yang nyaman sudah dikatakan mulai membahang. Suhu naik tinggi, hujan turun tanpa tanda. Adakah bumi sudah nyanyuk.
Mencari siapa yang salah bukan penyelesaian tetapi membelanya agar lebih baik adalah keutamaan.
Zaman budak-budak adalah zaman yang punyai keseronokan tersendiri. Semua perkara yang terlintas boleh dibuat. Tiada malu tiada segan. Semua perkara boleh dicuba walau hentam keromo. Sekarang aku punyai 2 gitar kerana itu antara perkara yang aku tak dapat buat masa kecik. Bukan reti main pun, sekadar memenuhi impian zaman budak-budak.
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...